Asklegal
Home banner 1daaab41 ac2c 4fcc a391 f27c5aab1503

Criminal,General

5 soalan lazim mengenai penahanan Najib - terjawab!

over 6 years ago Clarence Kuna

218

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Artikel ini diterjemah dari Bahasa Ingeris. Click here for English version]

 

Di satu tengah hari yang indah pada 3hb Julai 2018, tatkala anda sedang melawan rasa mengantuk di tempat kerja  selepas melantak nasi daun pisang, anda mungkin terbaca berita tergempar mengenai Dato Seri Najib Razak yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Gambar dari Malay Mail

Kalau dilihat dari satu sudut, kes ini sepatutnya disiasat dari dahulu lagi tetapi dari sudut yang lain pula, banyak persoalan yang timbul dari segi perundangan. Salah satu persoalan yang timbul di peringkat awal adalah tindakan pasukan petugas khas 1MDB yang bertindak menahan Najib walaupun ianya di luar bidang kuasa mereka, di mana ini dijelaskan sebagai salah faham dan pihak SPRM lah yang menahan DS Najib.

Tetapi anda mungkin ada persoalan lain yang lebih penting berkenaan bekas Perdana Menteri dan apa yang berlaku seterusnya, seperti isu beliau dibenarkan pulang selepas ditahan. Kami di sini akan cuba memberi penjelasan dari sudut undang-undang dan kami berharap yang anda akan memperoleh pencerahan setelah membaca artikel ini. Jadi, mari kita lihat di bawah:

 

1. Kenapa DS Najib dibenarkan pulang setelah ditahan?

Gambar dari dinmerican

Apabila anda ditahan, anda sebenarnya belum disabitkan bersalah atas apa-apa tuduhan – bukti yang cukup dan kukuh diperlukan dan anda juga akan diberi peluang untuk membela diri. Mahkamah di Malaysia terlibat dalam banyak kes jadi secara lazimnya perbicaraan dijalankan setelah beberapa bulan dari tarikh anda ditahan. Jika anda ingin pulang ke rumah untuk meneruskan kehidupan sementara menunggu tarikh perbicaraan daripada meringkuk di penjara, anda perlu membayar wang ikat jamin. Senang kata, wang ikat jamin ini merupakan satu bentuk “deposit sekuriti” yang membolehkan tertuduh dibebaskan buat sementara waktu sementara menunggu tarikh perbicaraan.

[BACAAN LANJUT – Bagaimana saya tahu saya boleh mendapat ikat jamin?]

Kesalahan yang disabitkan ke atas DS Najib merupakan kesalahan yang tidak boleh di ikat jamin – di mana ia sebenarnya bermaksud tiada jaminan yang ianya boleh diberi, tetapi boleh diberi atas budi bicara mahkamah. Anda boleh baca perihal ikat jamin ini di artikel di atas.

Wang ikat jamin ini memastikan yang anda akan hadir di mahkamah pada tarikh perbicaraan, di mana wang ini tidak akan dikembalikan jika anda gagal hadir. Tetapi timbul pula persoalan jumlah wang ikat jamin. Wang ikat jamin untuk Najib ditetapkan pada kadar RM1 juta setelah dibahas oleh peguam kedua-dua pihak, dengan “dua penjamin (surety). Penjamin ini merupakan pihak yang akan memberi jaminan atas ikat jamin anda. Menurut peguam Najib Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, penjamin Najib di sini merupakan anak lelaki dan perempuannya. Anda boleh baca dengan lebih lanjut tentang peranan penjamin di artikel di bawah.

[BACAAN LANJUT – Bolehkan saya mendapatkan kembali wang ikat jamin setelah membayarnya di mahkamah Malaysia?]

 

2. Apa maksud “salah guna kuasa” yang disabitkan ke atas DS Najib?

Gambar dari FMT

Berbalik kepada tuduhan yang dibuat ke atas DS Najib – beliau dituduh melakukan 3 kesalahan pecah amanah dan 1 kesalahan salah guna kuasa, jadi mari kita mulakan dahulu dengan salah guna kuasa.

Kita sering berpendapat yang kita faham akan maksud salah guna kuasa – yang bererti “mendapatkan kelebihan di mana ianya tidak adil untuk pihak lain, dengan menggunakan kuasa yang diberi kepada kita”. Dari segi undang-undang, salah guna kuasa dijelaskan di Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, yang digelar sebagai “kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan”.

“Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan.”

Suapan ini boleh didapati dalam beberapa bentuk iaitu wang, jawatan atau kuasa, pelepasan dari hutang dan tanggung jawab, diskaun, bonus, perkhidmatan, bantuan dan lain-lain. Hukuman bagi salah guna kuasa adalah penjara sehingga 20 tahun dan denda sebanyak tidak lebih dari 5 kali jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

DS Najib dituduh atas kesalahan salah guna kuasa kerana beliau dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk menerima rasuah berjumlah RM42 juta, di mana dia diberi jaminan untuk mendapatkan pinjaman berjumlah RM4 billion dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP – ini berbeza dari KWSP/EPF ya) kepada SRC International Sdn Bhd bagi pihak Kerajaan Malaysia.

 

3. Apakah itu “pecah amanah jenayah”?

Gambar dari LoyarBurok

“Pecah Amanah Jenayah” pula ditakrifkan dalam Seksyen 405 Kanun Keseksaan (Tiada versi BM rasmi).

“Barang siapa, yang dengan apa-apa cara telah diamanahkan dengan harta, ... dengan curangnya menyalahgunakan, harta itu atau menjadikannya bagi kegunaannya sendiri, atau dengan curang menggunakan, atau melepaskan harta itu dengan melanggar apa-apa arahan undang-undang yang menetapkan cara bagaimana amanah itu kena disempurnakan, ... atau dengan bersengaja membiarkan mana-mana orang lain berbuat demikian itu, adalah melakukan “Pecah Amanah Jenayah”. – penekanan dan terjemahan oleh Asklegal
 

Ini bermaksud jika anda diberi kuasa ke atas sebarang harta, dan anda menggunakannya untuk kepentingan sendiri ataupun menyalahgunakannya maka anda melakukan “pecah amanah jenayah”. Hukumannya adalah penjara tidak lebih dari 10 tahun dengan sebatan, dan anda juga berkemungkinan akan didenda.

DS Najib dituduh melakukan 3 pecah amanah jenayah kerana RM4 billion yang dipinjam dari KWAP berlaku ketika beliau menyandang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Penasihat Emeritus SRC International.

 

 4. Peguam Najib meminta perintah larangan (gag order) media dikeluarkan – apa benda tu?

Gambar dari clipartuse

Peguam DS Najib, Muhammad Shafee telah memohon perintah larangan sementara (interim gag order) untuk mengelakkan pihak media (tradisi, digital dan sosial) dari membincangkan “merit kes” – iaitu segala fakta dan bukti kes dan apa sahaja yang memberi andaian bahawa DS Najib bersalah ataupun tidak. Namun begitu, perintah interim ini hanya sah sehingga 8hb Ogos, d mana selepas itu satu perintah larangan media yang rasmi mesti dipohon.

Perintah larangan media ini juga dikenali sebagai “perintah sekatan” (suppression order), dan ini tidak banyak diperbincangkan dalam undang-undang Malaysia. Perintah ini biasanya adalah perintah yang diberi mahkamah untuk mengehadkan siaran maklumat .

Perintah ini juga sering digunakan untuk memastikan pengadilan kes berlaku dengan adil dan saksama dengan memastikan publisiti kes tidak menyebabkan spekulasi liar dan juga andaian. Perbincangan mengenai kes yang belum dibaca di mahkamah sering mengakibatkan kejadian yang tidak diingini, contohnya di mana seorang ibu warga Australia disalah tuduh membunuh anak perempuan kecilnya selama 32 tahun oleh pihak media dan orang awam. Bantahan awam dan spekulasi media juga turut mempengaruhi perjalanan tugas pasukan forensik kes tersebut di mana mereka telah membuat kesilapan seperti menyangkakan kesan susu coklat dan serbuk tembaga sebagai “kesan darah”.

Rumusan – jika tanggapan terhadap satu-satu kes menjadi tidak terkawal, individu yang terlibat mungkin tidak dapat membuat keputusan yang objektif dan mengadili kes tersebut dengan adil dan saksama. Maka perintah larangan media dilaksanakan untuk mengelakan ketidakadilan.

 

5. Bolehkah DS Najib dilindungi dari tindakan undang-undang kerana beliau bekas Perdana Menteri?

Gambar dari The Independent

Oh, tidak sama sekali! Semua individu, termasuk Yang di-Pertuan Agong harus mematuhi undang-undang. Banyak spekulasi timbul kerana pada tahun 2016, Tun Mahathir menfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak bagi tort salah laku dalam jawatan awam (misfeasance in public office) yang (pendek kata) membawa maksud penyalahgunaan kuasa.

[BACAAN LANJUT – Tort tu pebenda? Boleh makan ke?]

Tun Mahathir menuduh DS Najib menghalang siasatan yang dilakukan ke atas skandal 1MDB. Akan tetapi, mahkamah telah menolak kes ini atas sebab bahawa hanya “pegawai pentadbiran awam” boleh di saman atas kesalahan ini, dan Tun Mahathir tidak boleh memfailkan saman ke atas Najib kerana Najib bukannya “pegawai pentadbiran awam” dalam konteks undang-undang. Beberapa pegawai perundangan tidak bersetuju dengan kenyataan ini, tetapi buat masa ini kita tidak akan mengkaji kedudukan DS Najib sebagai “pegawai pentadbiran awam” dari segi undang-undang.

Tetapi untuk tujuan penjelasan, kata kunci di sini adalah “SAMAN”.

Tuntutan mahkamah (lawsuit) Mahathir terhadap Najib merupakan kes “sivil” (di antara dua individu, juga dikenali sebagai ‘tuntutan mahkamah’), tetapi Perdana Menteri Malaysia masih lagi tertakluk di bawah undang-undang jenayah (kerajaan boleh mendakwanya) tidak kira jika dia merupakan “pegawai pentadbiran awam” ataupun tidak.

Dengan ini, Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang kerajaan merancang untuk meminda kod etika kerajaan sedia ada yang akan membolehkan menteri dan ahli parlimen diklsifikasikan sebagai “pegawai pentadbiran awam” – di mana mereka boleh disaman di mahkamah atas sebab salah laku.

 

Jangan sebar andaian kes – ia cuma akan mengeruhkan keadaan

Dengan ini kami berharap anda sudah diberi penjelasan yang lengkap tentang undang-undang yang terlibat dalam penahanan Najib, dan di sini kami juga berharap yang anda boleh beri pendekatan yang baru terhadap kes ini. Kes DS Najib akan disebut di mahkamah pada Fabruari 18-28, Mac 4-8 dan Mac 11-15.

Cuma ingatlah bahawa semua yang diperbincangkan di sini adalah hanya undang-undang yang terlibat dalam kes ini, dan bukti untuk kes ini belum lagi dipersembahkan di mahkamah. Oleh itu perbincangan mengenai merit kes ini boleh mengakibatkan kes sub judice, di mana jika ini berlaku ia boleh mengganggu perbicaraan kes. Jika ini berlaku, mahkamah akan terpaksa membebaskan Najib sama ada dia bersalah atau tidak.

[BACAAN LANJUT – Apa itu “sub judice”?]

Tags:
najib razak
gag order
perdana menteri
sub judice
perintah larangan
pegawai pentadbiran
pecah amanah
penyalahgunaan kuasa
Abb3569d 1a37 409d ae68 577ef094832e
Clarence Kuna

clarencekuna@gmail.com


218

Shares

A+

A-