Asklegal
Home banner f72e898d 816c 4ccc 8f7d aa9ccf45e92d

Corporate,Employment

Anda sekarang boleh kena pecat sebab "blue tick" mesej WhatsApp syarikat

over 4 years ago Azar Ishak

38

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

Masa tengah tulis artikel ni, seorang penulis kitorang ada tanya sama ada WhatsApp ni betul-betul membantu syarikat berkomunikasi dengan lebih baik… atau lebih banyak bawa kes ke mahkamah. Sebabnya, sebelum ni kitorang ada tulis satu artikel pasal seorang pekerja Malaysia ni yang dipecat sebab keluar dari group WhatsApp syarikat – klik sini kalau nak baca. 

Sekarang ni, ada pula kes seorang pekerja kena pecat sebab blue tick mesej WhatsApp

Memandangkan WhatsApp sekarang ni dah jadi antara platform utama komunikasi, kebanyakan syarikat ada buat group WhatsApp dengan pekerja masing-masing ataupun kadang-kadang tu mesej diorang secara personal dengan aplikasi ni, sebagai alternatif emel. 

Seperti mana yang kita tahu, kegunaan blue tick dalam WhatsApp ni menandakan sesuatu mesej tu dah dibaca oleh orang yang menerimanya

Dalam konteks pekerjaan, ia mungkin nampak tak adil untuk seseorang pekerja tu dipecat sebab tak balas mesej majikan. Mungkin ada juga di antara kita yang akan kata – mengabaikan sesuatu teks mesej atau panggilan tu sebagai hak peribadi. 

Tapi, sebelum korang nak kata, apa yang pekerja tu alami sebagai tak patut, ada banyak lagi cerita di sebaliknya, sebab…

 

Pekerja tu bukan je blue tick mesej majikannya 

Imej dari Giphy.

Pada asasnya, mana-mana syarikat di Malaysia ni tak boleh pecat pekerja diorang sesuka hati je, kecuali kalau sebab kukuh untuk berbuat demikian. Dalam kes Megat Adzwan Shah bin Shamsul Anuar v Malaysia Professional Accountancy Centre, MyPAC (syarikat) dah memecat Megat (perkerja) bukan hanya sebab dia blue tick mesej majikan dia je. 

Boleh dikatakan yang kes ni jadi bukan disebabkan satu sebab je, tapi ada rangkaian peristiwa yang akhirnya menyebabkan dia dipecat, bila dia tak balas mesej majikannya. Sebenarnya, sejak awal lagi memang dah ada aduan tentang prestasi tak memuaskan dan salah laku di tempat kerja yang pekerja tu dah buat. Dua perkara ni dah cukup untuk membolehkan MyPAC menamatkan perkhidmatan pekerja itu. 

Antara sebab-sebab kenapa dia dipecat adalah:

  • Sikapnya terhadap kerja tak memuaskan
  • Dia selalu lewat datang kerja
  • Dia gagal siapkan tugasan yang diberikan kepadanya
  • Gagal memperbaiki kualiti kerjanya

Pemecatannya bukan kerana dia tak balas mesej majikannya je, tapi juga disebabkan faktor-faktor lain. Syarikat juga ada bagi dia masa yang munasabah (3 bulan) untuk baiki prestasi kerjanya. Benda ni dibuat untuk membantunya jadi pekerja sepenuh masa, dapat pengesahan (confirmation) dari syarikat. 

Tapi, dia tak buat apa-apa kemajuan walaupun dapat tempoh lanjutan percubaan selama 3 bulan tu. Lepas tu, kontrak pekerjaannya dah ditamatkan oleh syarikat – yang kemudiannya diikuti dengan tuntutan mahkamah oleh pekerja berkenaan.

 

Tapi, mahkamah setuju dengan tindakan syarikat memecatnya

Imej dari Giphy.

Seperti mana yang diberitahu di awal tadi, mana-mana syarikat boleh diambil tindakan kalau diorang memecat pekerja tanpa sebab yang munasabah. Dan disebabkan pekerja tu masih dalam tempoh percubaan, mahkamah kena pertimbangkan beberapa perkara untuk lihat sama ada pemecatan tu dibuat secara adil atau tak. 

[BACA LAGI: Boleh ke majikan pecat pekerja yang masih dalam tempoh percubaan?]

Secara umumnya, syarikat tak boleh pecat pekerja diorang yang masih dalam percubaan, tanpa sebab munasabah. Seperti mana dalam kes – Mak Teck Mun v Ginova Marketing Sdn Bhd, di mana seorang pekerja ni dipecat sebelum tempoh percubaannya tamat. Dia kemudian saman syarikatnya tu, dan menang berdasarkan alasan yang ditetapkan oleh mahkamah:

"... pelantikan dalam tempoh percubaan selama enam bulan tidak memberi majikan hak untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja sebelum tempoh enam bulan tamat kecuali atas alasan salah laku atau alasan lain yang mencukupi, yang dalam hal itu juga perkhidmatan pekerja tetap boleh ditamatkan. Selepas tamat tempoh enam bulan, majikan boleh sama ada mengesahkan atau menamatkan perkhidmatannya, kerana perkhidmatannya didapati tidak memuaskan."

Walaupun begitu, secara asasnya – pekerja yang masih dalam tempoh percubaan, masih boleh dipecat kalau dia tak jalankan tugasnya dengan baik atau dah melakukan salah laku yang serius. 

Dalam kes blue tick ni pula, Mahkamah Perusahaan memutuskan bahawa pekerja itu tak melaksanakan tugasnya dengan baik, dan ia cukup untuk membuatkan dia dipecat.

Tapi ini bukan satu-satunya sebab kenapa dia dipecat. Pekerja tu juga dikatakan ambil masa rehat yang lama dan tak bekerja 9 jam sehari seperti mana yang keperluan dalam pekerjaannya. Lebih parah lagi, pekerja tu juga ambil cuti tanpa rekod – yang membuat syarikat meragui kejujurannya…

 

Syarikat dan mahkamah tak nampak alasannya sebagai… munasabah

Imej dari industrial-court

Sebenarnya, pekerjaan tu gagal datang ke tempat kerja pada 21 Julai 2017. Jadi, majikannya pun mesej dia guna WhatsApp, dan tanya sama ada dia akan datang kerja tak hari tu.

Tapi, pekerja ni tak balas mesej tu, dan dakwa dia tak boleh balas mesej tu sebab dia sakit – acute gastritis. Dia lepas tu kata, yang dia salah letak telefon dia tu selama beberapa hari, setelah jauh sakit.

Majikan dia yang rasa marah dan tak puas hati ni pun, tunjukkan screenshot WhatsApp di mahkamah, yang menunjukkan pekerja tu dah blue tick mesej majikannya pada hari kejadian

Bila bukti tu dibawa ke mahkamah, pekerja tu ubah pula versi ceritanya dengan kata – anak saudaranya yang main telefonnya. 

Ceritanya ni dah buatkan mahkamah cukup sebab untuk kata yang pekerja ni tahu di mana telefonnya di hari kejadian – dan membatalkan kenyataannya sebelum ni yang kata dia tak tahu di mana telefonnya tu. Mahkamah kemudian memutuskan yang pekerja itu mungkin tak jujur dengan kenyataannya, yang membawa kepada pemecatannya.

Oleh itu, mahkamah bersetuju dengan keputusan syarikat memecat pekerja itu, atas alasan prestasi lemah dan salah laku - yang sebahagiannya disebabkan oleh kes blue tick tu.

 

Blue tick WhatsApp boleh jadi bukti 

Contoh semata-mata. 

Read receipt di WhatsApp yang menjadi petunjuk sama ada seseorang tu dah mebaca mesej yang di hantar atau belum nampaknya boleh diterima di mahkamah sebagai bahan bukti.

Mahkamah tinggi Malaysia meletakkan 2 kriteria dalam kes sebelum ini, yang mesti ada untuk kita mengguna mesej WhatsApp di mahkamah:

  • Pihak yang mengakui teks WhatsApp sebagai bukti mesti memastikan mesej itu berkaitan dengan kes dan prosiding
  • Bukti mesti dikemukakan dalam bentuk dokumen yang dihasilkan melalui komputer (iaitu, hendaklah disahkan mengikut Akta Keterangan 1950).

Pada dasarnya, korang boleh menggunakan WhatsApp sebagai bahan bukti di mahkamah selagi ia sesuai dengan kriteria yang dinyatakan di atas. Dan walaupun bukan tanggungjawab undang-undang untuk korang membalas mesej majikan, tapi dah menjadi satu tindakan sopan biasa untuk korang membalas mesej penting

Atau… paling mudah pun korang pergilah ke Setting di WhatsApp korang, klik Account, Privacy dan lepas tu matikan Read Receipts untuk elakkan blue tick korang tu digunakan oleh syarikat sebagai bahan bukti di mahkamah. 

 

Tags:
mahkamah perusahaan
dipecat secara tak adil
hak pekerja
dipecat sebab blue tick whatsapp
prestasi kerja
tempoh percubaan
dipecat kerja

38

Shares

A+

A-