Asklegal
Home banner 066b6550 995c 426e baef dc444e8103da

Corporate,General,Employment

Di Malaysia, korang boleh dipecat sebab keluar group WhatsApp pejabat. Ini sebabnya

24 days ago Azar Ishak

69

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Boleh dikatakan, WhatsApp sekarang ni dah jadi antara alat komunikasi paling biasa dan efektif di kalangan kita semua. Sebabnya, siapa yang guna SMS lagi sekarang ni kan? Walaupun begitu, kadang-kadang banyak sangat perbualan WhatsApp atau group WhatsApp pun boleh bagi kesan kepada kualiti hidup kita.

Malah sekarang ni dah jadi trend untuk syarikat-syarikat untuk buka group WhatsApp sendiri untuk majikan dan para pekerja. Benda ni dibuat untuk mudahkan komunikasi antara ahli syarikat – tak kiralah untuk syarikat besar atau syarikat kecil macam… Asklegal. Walau bagaimanapun, sorang pun tak boleh nafikan yang group WhatsApp ni kadang-kadang boleh jadi amat menjengkelkan, terutamanya bila mesej kerja masuk selepas waktu bekerja, atau masa kita bercuti.

Jadi soalannya di sini, boleh ke korang keluar group WhatsApp syarikat tanpa beritahu orang atasan dan rakan sekerja korang?

 

Pekerja Maxis ni sebenarnya dah buat!

GIF dari Giphy.com

Untuk soalan di atas tadi, jawapan terbaik yang kitorang boleh berikan adalah dengan satu kes Mahkamah Perusahaan baru-baru ni, Thilagavathy A/P Arunasalam v Maxis Mobile Sdn Bhd (Award No. 1050 of 2019, 27 March 2019). Pada asasnya, kes ni timbul bila ada sorang pekerja ni dah dibuang kerja sebab tinggalkan dua group WhatsApp syarikatnya sebab... dia nak pergi bercuti.

Ini latar belakang kisah kenapa hal ni terjadi. Thila (bekas pekerja) adalah Eksekutif Jualan dan Perkhidmatan Maxis, di mana dia dikehendaki hantar Laporan Jualan dan Perkhidmatan Harian melalui WhatsApp kepada pengurus cawangannya.

Jadinya, dia pun dimasukkan ke dalam dua group WhatsApp – satu dengan Pengurus dan Penyelia dan satu lagi dengan pekerja-pekerja lain. Ketua Cawangan juga ada beritahu kepada semua pekerja yang diorang kena maklumkan kepadanya dulu kalau diorang nak keluar dari mana-mana group WhatsApp pejabat.

Bagaimanapun, Thila tinggalkan satu dari group WhatsApp ni tanpa dapat kebenaran dari orang atasannya. Dalam pembelaannya, dia beritahu yang dia tak tahu pasal dasar syarikat yang kena beritahu pengurus cawangannya dulu sebelum keluar dari group. Disebabkan itu adalah kesilapan pertamanya, dia dah diberi amaran dari pengurus cawangan dan hal tu kembali normal semula, sampailah…

 

Dia buat sekali lagi!

Imej dari memegenerator.net

Untuk kali kedua ni, dia bukan keluar dari satu group je, tapi dari kedua-dua group dan dia maklumkan kepada satu dari group ni (nota: bukan pengurusnya) yang dia pergi bercuti dan perlukan ketenangan minda dari hal-hal kerja. Dia juga gagal hantar Laporan Jualan dan Perkhidmatan Hariannya untuk beberapa hari.

Ini membuatkan Maxis ambil langkah serius terhadap Thila. Dia dah diminta bagi penyata 'tunjuk sebab' (pada dasarnya satu pernyataan bertulis yang menyatakan kenapa tindakan tatatertib tak perlu diambil terhadapnya).

Tapi, Maxis dapati alasan-alasannya dalam penyata tunjuk sebab tu tak munasabah, disebabkan lagi dia dah dimaklumkan pasal perkara ni dan diminta beritahu pengurus cawangannya sebelum keluar dari group chat. Selain tu, dia juga sedar dan tahu yang Laporan Jualan dan Perkhidmatan Harian memang normal dihantar melalui group WhatsApp oleh para pekerja.

Disebabkan perkara ni, dia dah dipecat oleh Maxis kerana salah laku dan sikap tidak bekerjasama dengan syarikat. Jadi, Thila pun rasa tak puas hati dengan pemecatan tu dan kata Maxis bertindak tak adil terhadapnya. Dia kemudiannya buat keputusan untuk saman Maxis, dan bawa kes ni ke Mahkamah Perusahaan, yang mana dia minta dua benda:

  1. Dia nak Maxis kembalikan balik jawatannya sebagai Eksekutif Jualan dan Perkhidmatan.
  2. Dapat pampasan sebab ditamatkan pekerjaan secara tak adil.

[BACA LAGI: How is a normal Malaysian court different from a tribunal court?]

[BACA LAGI: My boss just fired me for no reason, what can I do now?]

 

Tapi, mahkamah setuju dengan Maxis

Mahkamah Perusahaan Malaysia. Imej dari flickr.com

Oleh itu, dalam kes pemecatan yang tidak adil ni, Mahkamah perlu tengok beberapa perkara sebelum membuat penghakiman. Dalam kes Thila, Maxis dah buat dua pertuduhan yang menyebabkan penamatan perkhidmatan Thila:

  1. Ia adalah kegagalannya sendiri untuk beritahu Pengurus Cawangan sebelum keluar dari group WhatsApp (dua kali)
  2. Dia gagal hantar Laporan Jualan dan Perkhidmatan selama sekurang-kurangnya 7 hari

Jadinya mahkamah kena kenal pasti sama ada tuduhan yang dibuat oleh Maxis tu benar dan ada tak bukti untuknya. Juga, kalau betul-betul dia bersalah, mahkamah kena pertimbangkan sama ada hukuman untuknya terlalu keras atau tak.

Jadinya, dalam penghakiman tu, mahkamah dapati yang tuduhan Maxis adalah berasas berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan. Maksudnya di sini, kes ni mungkin akan jadi penanda aras untuk setiap group WhatsApp syarikat lain kerana…

 

Keluar dari group WhatsApp syarikat dah sama macam langgar dasar syarikat sekarang ni

GIF dari rebloggy,com

Secara asasnya, ia dah melanggar dasar syarikat bila seseorang pekerja tu keluar dari group WhatsApp atau apa-apa je jenis ruangan chat, bila dah dinyatakan secara jelas yang diorang tak sepatutnya buat macam tu.

Dalam kes ni, Pengurus Cawangan dah bagi amaran kepada pekerja bila dia keluar group buat kali pertama. Mahkamah kemudiannya buat kesimpulan yang Pihak Penuntut telah melanggar kewajibannya untuk menghormati dan dah melanggar syarat pekerjaannya dengan syarikat.

Mahkamah nampaknya dah merujuk kepada kes Kamala Loshanee Amabalavanar v Jaffnese Co-Operative Society (1998) untuk kendalikan kes ni.

“Dalam penghakiman saya, salah laku yang lalu adalah faktor yang relevan untuk dipertimbangkan. Sekiranya terdapat pengulangan tindakan yang serupa dengan salah laku, kesan kumulatif boleh membenarkan pemecatan... Oleh itu, Pengerusi Mahkamah Perusahaan ada hak untuk mengambil salah laku yang lalu sebagai pertimbangan yang bersesuaian untuk tujuan menentukan hukuman yang bersesuaian untuk salah laku berikutnya.” – Dipetik dari Donovan and Ho.

Dalam kata lain, salah lakunya yang lepas, macam keluar group WhatsApp lebih dari sekali dan kegagalannya bagi alasan yang munasabah untuk tindakannya tu, dah membuatkan Maxis cukup justifikasi untuk memecatnya.

Tapi apa yang kita kena tahu, ia bukan sebab dia keluar dari group WhatsApp je yang telah buatkan Thila dipecat. Tapi dia juga dengan sengaja melanggar kontrak pekerjaannya apabila dia gagal menghantar Laporan Jualan dan Perkhidmatan Harian dalam group tu juga.

Mahkamah Perusahaan selanjutnya memerhatikan:

"Syarikat ... berhak untuk memberikan semua arahan yang munasabah dan undang-undang mengenai cara kerja penubuhan itu harus dijalankan dan jika arahan mereka itu dilanggar dan pekerja seperti Penuntut bertindak dengan cara yang tidak sepatutnya... oleh sebab itu kepatuhan atau tingkah laku yang tidak berasas adalah salah laku yang seriu ... "- Dipetik dari Donovan and Ho.

Oleh itu, mahkamah menyatakan bahawa kedua-dua perbuatannya, pasal keluar group WhatsApp dan tak hantar laporan adalah satu kesalahan serius, dan munasabah bagi Maxis untuk memecatnya. Jadi, kalau korang nak elakkan diri daripada pergi ke mahkamah dengan Syarikat korang, mungkin jalan terbaiknya adalah dengan…

 

Semak dengan bos korang dulu, sebelum keluar dari group WhatsApp syarikat

cc editor @AskLegal :D GIF dari indofw.com

Keluar dari group WhatsApp mungkin tak la nampak macam kesalahan yang serius sangat, terutamanya bila kita tengoknya dalam konteks komersial. Bagaimanapun, ada beberapa syarikat yang gunakan media sosial atau group chat untuk bincang hal-hal penting, yang ada kaitan dengan syarikat – di kalangan majikan/pekerja.

Kalau syarikat korang dah nyatakan dengan jelas yang group WhatsApp adalah alat komunikasi rasmi di syarikat, sebaiknya janganlah korang keluar dari group tu tanpa bagi apa-apa sebab yang munasabah. Kalau alasan korang tu dianggap tak munasabah oleh syarikat, korang boleh dianggap dah lakukan kesalahan serius dan tak mustahil korang akan dipecat kerananya.

Jadi, kalau korang memang nak elakkan diri dari diganggu lepas waktu kerja atau masa korang bercuti, mungkin korang boleh cuba dan mute group chat syarikat korang tu. ;)

Tags:
group whatsapp
kena pecat sebab keluar group whatsapp
dasar syarikat
akta kerja 1955
pemecatan tak adil
mahkamah perusahaan
thilagavathy a/p arunasalam v maxis mobile sdn bhd

69

Shares

A+

A-