Corporate,Industrial,Employment
5 jenis cuti yang ada di Malaysia (dan anda akan dibayar kalau ambilnya)
almost 5 years ago Azar Ishak[Click here for English version]
Salah satu benda paling best bila mula bekerja mestilah sebab dapat gaji! Disebabkan rasa teruja dapat kerja baru tu, korang pun periksalah kontrak pekerjaan dengan tengok gaji berapa, tandatangan dan tak pernah tengoknya lagi.
Kalau korang tengok betul-betul pada kontrak tu, ia sebenarnya bukan nyatakan berapa gaji korang je, tapi juga termasuklah berapa korang kena bayar bila bercuti, cuti sakit, jumlah cuti tahunan dan sebagainya. Tapi korang tahu tak, kontrak pekerjaan tu kadang-kadang tak menggambarkan apa yang undang-undang nak?
Tapi sebelum tu, jom kita tahu dulu macam mana “pekerja” ditafsirkan dalam undang-undang – Akta Kerja 1955. Akta ni menggariskan beberapa kriteria “pekerja”, tapi ada dua yang penting iaitu:
- Sesiapa yang upahnya tidak melebihi RM2,000 sebulan di bawah kontrak perkhidmatan dengan majikan; atau
- Mana-mana pekerja manual, tanpa mengira gaji bulanan, memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan,
Satu lagi yang korang semua kena tahu adalah Akta Kerja 1955 ni hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan, manakala amalan pekerjaan di Sabah dan Sarawak dikawal oleh ordinan buruh masing-masing. Oleh itu, artikel ini cuma membincangkan mereka yang berada di bawah senarai perkhidmatan dalam Jadual Pertama Akta Kerja, dan yang hanya berada di Semenanjung Malaysia (dan Labuan).
Dan sebab itulah, korang kena tengok baik-baik kontrak pekerjaan, untuk pastikan yang terma dalam tu, terutamanya tentang cuti sama atau lebih baik dari yang diperuntukkan dalam Akta Kerja. Sekarang ni, jom kita tengok cuti-cuti yang pekerja di Malaysia selalu ambil dan kalau korang berhak dapat upah sebab ambil cuti tu.
1. Cuti tahunan – berbayar!
Sebagai seorang pekerja, korang berhak mendapat sejumlah cuti tahunan berbayar sebagai tambahan terhadap hari cuti dan cuti berbayar! Berdasarkan Seksyen 60E(1) Akta Kerja 1955, korang berhak mendapat cuti tahunan berbayar seperti mana yang dinyatakan di bawah:
- Bekerja kurang dari 2 tahun: Tak kurang dari 8 hari setahun.
- Bekerja antara 2 – 5 tahun: Tak kurang dari 12 hari setahun
- Bekerja untuk lebih 5 tahun: Tak kurang dari 16 hari setahun.
Jadinya, korang mesti bekerja sekurangnya 12 bulan dengan majikan yang sama untuk dapat cuti tahunan. Dan kalau korang baru je bekerja dengan syarikat dan fikir nak tinggalkan kerja tu sebelum habis 12 bulan, jumlah cuti korang akan berdasarkan pro-rated mengikut bilangan bulan yang korang bekerja. Menggunakan jumlah 8 hari sebagai contoh, ini bermakna korang akan dapat 0.66 hari sebulan. Kalau korang tinggalkan syarikat lepas bekerja 6 bulan, korang akan dapat pro-rated 4 hari (0.66 x 6) cuti bulanan.
Bagaimanapun, kalau korang bercuti tanpa izin majikan atau tanpa alasan yang munasabah untuk lebih 10% dari tahun bekerja, korang tak berhak mendapat cuti tahunan.
Seksyen 60E Akta Kerja 1955 menyatakan (tak ada terjemahan rasmi, diterjemah oleh Asklegal):
Hal ni seterusnya membawa kita kepada “alasan munasabah” yang selalu kita guna…
2. Cuti sakit – berbayar!
Sebaik mana pun korang bekerja, ada masanya korang akan rasa tak sihat dan kena berehat.
Dengan adanya MC dari klinik panel (atau pengamal/pegawai perubatan berdaftar lain kalau syarikat korang tak ada klinik panel), korang berhak mendapat sejumlah cuti sakit dibayar bergantung kepada berapa lama korang dah bekerja untuk syarikat:
- Bekerja kurang 2 tahun: 14 hari setahun.
- Bekerja antara 2 – 5 tahun: 18 hari setahun.
- Bekerja untuk lebih 5 tahun: 22 hari setahun.
Seksyen 60F(3) Akta Kerja 1955 menyatakan:
Di samping itu, Seksyen 60F(1)(bb) pula memperuntukkan yang korang berhak mendapat cuti sakit selama 60 hari dalam setahun, kalau korang perlu masuk ke hospital.
Tapi, walaupun korang dah dapat MC, jangan lupa untuk maklumkannya kepada majikan yang korang tak dapat datang kerja hari tu. Kalau korang gagal berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, korang akan dianggap tak hadir tanpa izin dan sebab munasabah – tak kisahlah ada MC atau tak.
3. Cuti umum – berbayar
Seksyen 60D(1) Akta Kerja 1955 ada kata – sebagai seorang pekerja, korang berhak mendapat cuti berbayar untuk sebelas (11) cuti umum yang telah digazetkan (termasuklah Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan Hari Pekerja) dan mana-mana hari yang dijadikan cuti umum di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (macam cuti sebab memang menang sukan tertentu):
Memandangkan sesetengah cuti di bawah Akta 1951 ni mungkin diumumkan secara mengejut, sesetengah majikan mungkin tak dapat ambilnya sebagai cuti umum kerana keperluan operasi atau urusan mustahak. Dalam kes ni, mereka boleh minta pekerja bekerja pada hari cuti umum dan beri hari lain sebagai ganti cuti umum yang berbayar.
[BACA LAGI: Do I get extra pay if I work during a public holiday?]
4. Cuti bersalin – berbayar!
Di bawah Bahagian IX (Perlindungan Bersalin) Akta Kerja 1955, setiap pekerja wanita berhak mendapat tidak kurang daripada 60 hari cuti bersalin berbayar berturut-turut kalau dia dah bekerja sekurang-kurangnya 90 hari untuk majikannya dalam tempoh 4 bulan yang membawa kepadanya tempoh berpantang.
Sepanjang tempoh ini, pekerja wanita berkenaan berhak menerima elaun bersalin (yang pada asasnya gaji bulanannya) yang mesti dibayar tak lebih hari ke 7 dalam bulan itu.
[BACA LAGI – Can Malaysian bosses fire you for being pregnant?]
Akan tetapi, walaupun kerajaan ada umumkan untuk menaikkan cuti bersalin dari 60 hari ke 90 hari untuk sektor swasta, yang sekaligus membuatkannya sama dengan sektor kerajaan – Akta Kerja masih lagi belum dipinda untuk hal ini. Ini bermakna buat masa sekarang, majikan sektor swasta hanya boleh digalakkan untuk memberikan cuti bersalin selama 90 hari kerana pelaksanaannya masih lagi tak ketat, sehingga undang-undang itu diubah dan dilaksanakan.
5. Cuti sebab dipenjara atau mahkamah – tak berbayar!
Kitorang betul-betul harapkan yang perkara macam ni tak akan berlaku kepada korang, tapi kalau korang tak datang kerja sebab kena tangkap atau kena datang ke perbicaraan mahkamah, korang tak boleh tuntut upah untuk cuti yang diambil.
Berdasarkan Seksyen 23, Akta Kerja 1955:
Ini pada asasnya bermaksud, pihak majikan tak perlu bayar upah kepada pekerjanya yang tak datang ke tempat kerja kerana dipenjara atau kerana dia kena pergi ke mahkamah, kecuali jika ia untuk mewakili majikannya.
Gunakan, tapi jangan salah guna
Walaupun Akta Kerja menjamin yang korang akan dapat juga upah bila bercuti untuk sebab tertentu, korang juga sebenarnya boleh dapat masalah kalau salah guna cuti-cuti yang dah diberikan.
Tapi kalau korang baru je balik dari bercuti (dengan ambil cuti tahunan) dan dapati yang gaji korang tu berkurang, korang bolehlah berbincang dengan majikan kenapa jadi macam tu. Kalau dah berbincang pun masih tak jalan, korang boleh bawa masalah tu ke Mahkamah Perusahaan.
[BACA LAGI: What can you do if your boss refuses to pay you?]
[BACA LAGI: What can you do if your boss fired you for no reason?]