Asklegal
Home banner e7c5413e e626 462c a8c9 b1afa18ab146

Civil,General

Mak ayah boleh kena saman kalau tak nak vaksin anak. Ini sebabnya

almost 5 years ago Azar Ishak

15

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

Tak lama dulu, kita dah dikejutkan dengan kes polio di Sabah, iaitu kes yang pertama setelah 27 tahun kita bebas dari penyakit tu. Boleh dikatakan yang Malaysia dah bebas dari polio ni selama hampir 3 dekat sampailah rekod tu terbantut baru-baru ni. Dalam keadaan kita berdepan dengan masalah ni, banyak pula salah faham orang Malaysia tentang vaksin, sampaikan munculnya golongan yang dikenali sebagai anti-vaksin

Sebenarnya, ada beberapa anggapan tentang macam mana virus ni kembali – antaranya sebab dengan adanya orang anti-vaksin yang suka gunakan hujah agama ataupun ubat tradisional. Dan disebabkan dengan peningkatan bilangan golongan anti-vaksin ni, kanak-kanak di Malaysia pun semakin berisiko untuk dijangkiti penyakit jika tak divaksinkan

Apa kata kita bayangkan satu senario yang korang mungkin boleh hadapi (kalau korang ada anak) dari pandemik semasa ni:

Anak korang berumur 4 tahun dan baru je masuk pra-sekolah beberapa minggu lepas. Beberapa hari kemudian, dia demam dan badan jadi lemah sangat. Pemeriksaan mengatakan yang dia menghidapi polio. Korang pun terkejut, sebab dia dah dapat 3 suntikan setakat ni. Tapi Dr beritahu – yang penyakit tu berjangkit, disebabkan dia tak dapat semua suntikannya lagi. Korang pun buat keputusan untuk siasat dan dapat tahu yang ada anak orang lain dalam pra-sekolah sama pun ada polio juga. Virus tu merebak sebab kanak-kanak tu tak dapat apa-apa suntikan vaksin sebelum ni. 

Ada 2 benda penting yang korang boleh bagi perhatian dalam situasi ni:

  1. Kesejahteraan dan pemulihan anak korang
  2. Saman orang tak vaksin anak diorang tu – yang membuatkan anak korang sakit

Secara asasnya, setiap ibu bapa diberikan tanggungjawab untuk menjaga anak diorang. Walaupun begitu, dalam keadaan tertentu – ada masanya juga seseorang tu boleh disaman sebab tak vaksin anak diorang

Perkara ni sebenarnya tak mustahil, tapi datang dengan beberapa syarat tertentu yang korang kena dipenuhi. Sebelum kita nak bincang lebih lanjut lagi tentang hal ni, kita kena pecahkan dulu apa yang patut, antaranya…

 

Tak ada undang-undang yang wajibkan vaksin kepada kanak-kanak

Antara kesan polio. Imej dari lavozdelsandinismo.com

Apa yang kita semua kena tahu dulu, sebenarnya tak ada undang-undang yang mewajibkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak. Tapi ada juga desakan dari pihak tertentu supaya diwajibkan vaksin ni kepada setiap kanak-kanak yang nak masuk sekolah. 

Secara asasnya, ibu bapa boleh menolak anak diorang dari terima vaksin, tanpa ada tindakan undang-undang terhadap diorang. Malah, tak ada juga sekatan untuk anak-anak yang tak divaksinkan dari pergi ke sekolah. Tapi, tindakan tu mungkin melanggar Akta Kanak-Kanak 2001, kerana Seksyen 31 menyatakan:

“Mana-mana orang… yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak – (a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak… yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan...dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan… melakukan suatu kesalahan… boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya

Akta ini pada dasarnya menyatakan – kalau seseorang tu bertanggungjawab kepada seseorang kanak-kanak, tapi mendedahkannya dengan bahaya, dia boleh didenda sehingga RM20,000, dipenjarakan hingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, ada juga hujah yang kata peruntukan ni agak tak berapa kena kalau nak dibandingkan dalam isu vaksin. Sebabnya, Akta ni tak tetapkan vaksin dan tak ada kes yang dah dibawa ke mahkamah setakat ni.

Tapi, kalau korang memang ibu bapa yang menjunjung undang-undang dan anak korang secara tiba-tiba diserang penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin. Korang sebenarnya masih boleh mempertimbangkan saman terhadap ibu bapa yang tak mevaksinkan anak diorang tu – sebab kerana dioranglah anak korang pun berjangkit dan sakit.

Dalam keadaan macam tu, korang boleh failkan tuntutan sivil di bawah tort kecuaian, atau secara ringkasnya – korang boleh tuntut duit dari ibu bapa yang anti-vaksin tu kalau anak korang jatuh sakit dari penyakit tu juga. 

[BACA LAGI: What is a tort?]

 

Anda boleh saman orang anti-vaksin yang sebabkan anak anda sakit

Imej dari Giphy.

Mungkin kita boleh mula dulu dengan terangkan macam mana korang boleh saman orang anti-vaksin ni. Pertamanya, kita kena buat perbezaan antara tuntutan jenayah dan sivil. Di bawah undang-undang jenayah, tujuannya adalah menghukum pesalah dengan mengenakan hukuman (yang ditetapkan) untuk kesalahannya. Tapi dalam undang-undang sivil, korang boleh saman seseorang yang buat kesalahan dan diberikan pampasan atas kesalahannya tu

[BACA LAGI: What’s the difference between getting sued and getting charged in Malaysia?]

Jadi dalam kes macam ni, korang boleh failkan saman terhadap orang anti-vaksin kerana menyebabkan anak korang sakit – dengan membawa tuntutan sivil dalam tort. 

Tapi untuk saman seseorang di bawah tort, korang mesti tunjukkan adanya perbuatan kegagalan untuk bertindak oleh orang anti-vaksin tu. Di mana, ia dah menyebabkan kerosakan/kecederaan terhadap korang atau anak. Dalam kes ni, orang anti-vaksin tu boleh dikatakan gagal bertindak (mevaksinkan anaknya) yang menyebabkan anak korang sakit. 

Ini dia kenyataan daripada seorang peguam di MalayMail yang mungkin menjelaskan lagi perkara ni:

"Jika ibu bapa gagal untuk mendedahkan maklumat bahawa anak mereka tidak divaksinkan dan berisiko untuk berjangkit atau menjangkitkan penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin, dan juga gagal melakukan langkah-langkah untuk mengelakkan orang lain yang berisiko terkena jangkitan, mereka sepatutnya dianggap melanggar kewajiban mereka terhadap yang dijangkiti oleh kanak-kanak yang tidak divaksin " – Ramesh Sivakumar to MalayMail.

Terdapat kewajipan ‘duty of care’ (unsur di bawah Tort kecuaian) untuk ibu bapa memberikan vaksin kepada anak diorang. Jika ibu bapa gagal berbuat demikian, diorang mungkin melanggar tanggungjawab diorang untuk kedua-duanya, sama ada kepada anak diorang dan anak-anak orang lain.

[BACA LAGI: What is negligence and how does it work?]

 

Saman tu mungkin boleh, tapi sukar

Kenangan masa sekolah dulu. Imej asal dari Hans Hanis.

Sekarang ni, kita dah tahu yang sebenarnya kita boleh saman orang anti-vaksin ni kerana pengabaian. Tapi dalam masa sama, korang juga kena tahu yang bukannya mudah nak buktikan hal ni. Sebabnya, tak ada kes atau kes-kes sebegini pernah dibicarakan di Malaysia. 

Ini kerana, segala elemen pengabaian mesti dibuktikan untuk membolehkan kita menyaman ibu bapa yang anti-vaksin ni. Ini dia apa yang pensyarah kanan kata kepada MalayMail:

“… Anda mestilah membuktikan secara spesifik kanak-kanak yang tidak divaksin itu menyebabkan anak anda sakit. Jika terdapat kemungkinan bahawa banyak kanak-kanak tidak divaksinkan dalam kes ini, maka menjadi sukar untuk dibuktikan... Ini mungkin mengakibatkan kerosakan yang anda alami dianggap terlalu jauh - yang bermaksud bahawa kerosakan itu tidak dapat diramalkan... bahawa keputusan ibu bapa tertentu untuk tidak memberi vaksin... "- Daniel Abishegam to MalayMail.

Dalam terma undang-undang, elemen unsur penyebab perlu dibuktikan, untuk menunjukkan bahawa kecuaian ibu bapa anti-vaksin tu memberi kesan kepada anak korang.

Penyebabnya terbukti apabila terdapat hubungan yang kuat antara tindakan ibu bapa anti-vaksin yang tak mevaksinkan anaknya, menyebabkan anak korang menghidapi penyakit. Sekiranya hal ini terbukti, korang ada peluang untuk menang tuntutan mahkamah terhadap ibu bapa anti-vaksin tu. 

Untuk maklumat lanjut, ini dia artikel pasal fakta/mitos vaksin di Malaysia.

 

Tags:
tort
akta kanak-kanak 2001
polio
anti-vaksin
saman anti-vaksin
pengabaian

15

Shares

A+

A-