Civil,Criminal,General
Macam mana sekumpulan 'paintballers' ni ubah undang -undang dengan bawa PDRM ke mahkamah
over 5 years ago Azar IshakBila kerajaan memperkenalkan atau gubal sesuatu undang-undang, selalunya akan ada pihak atau komuniti yang secara tak langsung akan terjejas, atau tak setuju dengannya.
Kita selalunya akan nampak rasa tak setuju ni disuarakan di media sosial, yang lepas tu mesti dapat tarik banyak komen, like dan share… tapi jarang sekali perubahan tu berlaku. Walaupun ada beberapa undang-undang yang diubah kerana lobi awam, macam kurangnya undang-undang terhadap aktiviti child grooming (Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak), tapi masih ada beberapa isu yang mungkin tak cukup orang terlibat untuk berjaya melobi perubahan.
Ini bermakna, satu-satunya pilihan yang korang ada adalah bertindak menyaman kerajaan di mahkamah untuk buatkan diorang ubah undang-undang tersebut.
Disebabkan menyaman seseorang (lebih kurang kerajaan) melibatkan banyak usaha, masa dan kos; korang kenalah ada semangat dedikasi yang tinggi bila pilih cara ni. Jadi, kitorang ada berborak dengan satu kumpulan yang berjaya saman kerajaan dan ubah undang-undang – tapi diorang ni bukanlah NGO atau kumpulan hak asasi manusia…. tapi merupakan sebuah kumpulan pemain paintball.
Semuanya bermula apabila…
Senapang paintball diharamkan pada 2013
Pada masa dulu, orang yang buat penyelidikan dalam hutan perlukan cara yang cepat dan berkesan untuk menandakan pokok – pokok dengan cat. Jadi, diorang perkenalkan alat yang bentuknya seakan-akan macam senapang untuk membolehkan diorang tembak paintball untuk tujuan tu. Tapi, benda tu dipanggil sebagai paintball marker dan bukan senapang paintball.
Dan bila masa berlalu, ada pula orang yang dapat idea, kalau paintball ni boleh digunakan untuk aktiviti menembak sesama sendiri dalam sukan. Maka lahirlah sukan paintball.
Idea sukan ni tak ambil masa lama untuk sampai ke Malaysia, dan Malaysia mula menjadi hab paintball terbesar di rantau ini. Menurut Tunku Alizan (Timbalan Presiden Persekutuan Paintball Malaysia) yang kitorang temubual, dia mengatakan:
“Pra tahun 2013, industri paintball di Malaysia berkembang pesat. Terdapat banyak taman paintball di serata Malaysia. Orang ramai dengan mudah boleh masuk dan bermain dengan rakan-rakan mereka.” – Tunku Alizan, Timbalan Presiden Persekutuan Paintball Malaysia, katanya kepada ASKLEGAL
Walaupun jarang sesuatu yang baik tu akan berakhir, tapi nampaknya ia berlaku kepada komuniti paintball di Malaysia. Pada sekitar November 2013, PDRM dah buat keputusan untuk mengklasifikasikan paintball marker sebagai senjata api, dengan meletakkannya di bawah Akta Senjata 1960. Hal ni bermakna, undang-undang akan menganggap paintball marker tak ada beza dengan pistol, dan itu juga bermaksud:
- Pemain paintball tak boleh memiliki paintball marker.
- Kalau diorang nak juga , diorang kena dapatkan lesen senjata api – sama seperti memiliki senjata api normal (yang tak mudah untuk diperolehi).
- Taman paintball pun kena mohon lesen untuk simpan paintball marker.
- Diorang mesti kena ada gudang senjata untuk simpanan senjata ni, mirip seperti gudang senjata di pangkalan tentera dan balai polis.
Untuk sesiapa yang dah beli dan ada paintball marker sebelum pengumuman PDRM, diorang dikehendaki menyerahkan alat ni ke balai polis terdekat. Korang mesti terfikir yang diorang ni boleh je mohon lesen untuk terus simpan paintball marker tu kan? Tapi, benda ni bukanlah perkara mudah, sebab lesen tu sebenarnya susah nak dapat.
Tunku Alizan beritahu kitorang, PDRM buatkan pemain paintball lebih susah untuk dapatkan lesen. Malah, bila kitorang buat kaji selidik, kitorang dapati yang PDRM ada kata yang diorang tak akan layan permohonan lesen untuk individu.
[BACA LAGI: Here's how to legally own a firearm in Malaysia]
Kalau korang rasa pemilik paintball marker dapat banyak masalah, pemilik perniagaan paintball lagi teruk. Sebabnya, diorang tak dapat beroperasi tanpa lesen, dan syarat perlesenan tu pula cukup ketat; sebagai contoh, syarikat tu mesti ada modal berbayar (paid-up capital) RM400,000. Kalau kita guna analogi bola sepak pula, benda ni tak ada beza dengan buka pusat futsal dan tiba-tiba kita dapat tahu yang bola futsal tu haram dan perniagaan mesti ada lesan untuk perkara itu.
Ini juga bermakna, secara difinisinya tak ada sesiapa dibenarkan masuk ke taman paintball dan bermain paintball menggunakan tapak itu. Sebabnya, menurut Tunku Alizan, sementara korang kena memiliki lesen senjata untuk memiliki sesuatu senjata api, korang juga kena ada permit bawa & guna untuk menggunakan senjata api.
Jadi kepada yang masuk taman paintball untuk main paintball, diorang perlukan permit membawa dan menggunakannya untuk menyewa paintball marker dari taman.
Tindakan daripada PDRM ni secara terang tak diterima baik oleh komuniti paintball, terutamanya bila perniagaan diorang yang terhenti sedikit demi sedikit. Tunku Aliza dan pemain paintball yang lain nampaknya tak faham sebab kenapa paintball marker ni dianggap sebagai senjata api - terutamanya bila ia tidak membawa maut sama sekali.
“Paintball marker tidak membawa maut. Tidak ada rekod paintball marker pernah menyebabkan kematian” – Tunku Alizan, katanya kepada ASKLEGAL
Bagaimanapun, kebanyakan pemain paintball tetap mematuhi undang-undang walaupun tak bersetuju, dan sedar yang diorang ada kekuatan dengan membentuk Persekutuan Paintball Malaysia (MPF). Diorang juga aktif berhubung dengan PDRM dan Kementerian Dalam Negeri untuk mengubah kedudukan undang-undang paintball marker ni.
Apa yang mengejutkan, kementerian bersetuju dengan diorang dan kementerian juga kata yang paintball marker tak sepatutnya dianggap sebagai senjata api. Tapi malangnya, berita baik tu berakhir macam tu je, bila undang-undang tu tetap kekal sama dan PDRM masih ada kuasa untuk rampas dan menahan sesiapa yang mempunyai paintball marker secara haram.
Dari tahun 2013 sampai 2019, terdapat beberapa laporan orang yang ditangkap kerana jenayah ni, dan ada juga taman paintball yang diserbu dan peralatan diorang pula disita oleh PDRM. Tapi semuanya berubah, bila terjadinya satu peristiwa...
Polis serbu sebuah taman paintball di Cyberjaya
Pada sekitar April 2018, PDRM dah buat serbuan ke sebuah taman paintball yang dimiliki oleh EAS. PDRM dah menemui beberapa paintball marker dalam premis tu dan bertindak merampasnya. Tapi apa yang membuatkan serbuan ni penting adalah bila EAS kemudiannya ambil keputusan untuk bawa PDRM ke mahkamah dan bukannya biarkan benda tu berlaku macam tu je.
Perkara pertama yang diorang buat adalah cari peguam yang sanggup ambil kes ni. Jadi, Tunku Alizan hubungkan EAS dengan seorang peguam bernama Art Harun, yang namanya mungkin korang kenal. Tapi Art tak ambil kes ni sorang-sorang – dan dia bentuk satu pasukan. Dia kemudiannya dekati dua peguam lain – bernama Fahri Azzat dan Shanmuga yang dia anggap akan berkongsi alasannya untuk ambil kes tu.
“Kami ambil kes itu kerana kami (Shanmuga dan saya) diminta oleh Art Harun (Pengerusi SPR sekarang) ketika dia masih dalam praktik dan kami fikir isu itu menarik.” – Fahri Azzat, katanya kepada ASKLEGAL
Tapi ada halangan lain yang pasukan ni hadapi… Art Harun lepas tu dilantik pula jadi pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan terpaksa berhenti dari melakukan amalan undang-undang. Bagaimanapun, Fahri dan Shanmuga ambil keputusan untuk teruskan juga kes dan diorang tetap mahu tolong Tunku Alizan.
Eh kitorang lupa nak beritahu, sebenarnya Tunku Alizan ni bukan je Timbalan Presiden Persekutuan Paintball Malaysia, tapi dia juga adalah seorang peguam. Walaupun dia bukan sebahagian daripada pasukan perundangan dengan Fahri dan Shanmuga, dia dah berkhidmat sebagai penghubung antara undang-undang dan paintball.
Ini caranya macam mana diorang menang kes
Jadi, ini adalah hujah-hujan yang Fahri beritahu kitorang yang dia gunakan dalam mahkamah:
- Senapang paintball tak sepatutnya diletakkan di bawah Akta Senjata 1960 kerana ia tak mematikan – Akta Senjata hanya tertakluk pada senjata yang membawa maut.
- Akta Senjata telah digubal pada tahun 1960-an supaya senjata api boleh dikawal oleh kerajaan. Disebabkan senapang paintball hanya diperkenalkan pada sekitar tahun 1970-an, Akta Senjata tidak mungkin melibatkan senapang paintball.
- Senapang paintball bukanlah senjata tiruan (objek yang nampak macam senjata betul, tapi tak boleh menembak peluru), sebab ia kelihatan berbeza dari senjata sebenar.
Dengan menggunakan hujah-hujah ini dan mungkin beberapa yang lain, akhirnya mahkamah bersetuju dengan diorang.
Mahkamah Tinggi kemudiannya mengisytiharkan yang paintball marker tak sepatutnya dianggap sebagai senjata api dan juga mengarahkan PDRM untuk pulangkan balik kesemua paintball marker yang dirampas kepada EAS. Secara ringkasnya, kes ni berjaya mentakrifkan semula apa itu “senjata” dalam undang-undang, dan paintball marker tak lagi dianggap sebagai “senjata”. Lebih penting lagi, diorang berjaya ubah undang-undang yang dah berkuat kuasa selama 6 tahun.
Orang biasa pun boleh ubah undang-undang… dengan usaha
Ramai daripada kita yang beranggapan bahawa undang-undang hanya boleh diubah oleh ahli politik atau di parlimen je. Tapi macam mana kalau kita diberitahu yang orang biasa pun boleh ubah undang-undang? Antara contoh yang terbaru adalah tort gangguan seksual, yang mana diperkenalkan apabila seorang lelaki bertindak menyaman seorang wanita yang menuduhnya melakukan ganggguan seksual (dan kalah).
Begitu juga dengan membenarkan palang sekuriti di pintu masuk kawasan perumahan, yang diperkenalkan setelah seorang lelaki bertindak menyaman persatuan penduduk perumahannya (dan kalah). Dan sekarang, pasal membenarkan penggunaan paintball marker, bila sebuah syarikat menyaman polis dan menang.
[BACA LAGI: Malaysians can now sue for sexual harassment thanks to a case involving...coconuts?]
[BACA LAGI: Can neighbourhood guards block roads in Malaysia?]
Jadi, dengan risiko yang sentiasa akan ada, korang boleh mengubah undang-undang selagi mana korang sanggup untuk berkorban masa, tenaga dan wang untuk melakukannya… dan terima sebarang kemungkinan, yang tak semestinya seperti mana yang korang harapkan.