Asklegal
Home banner 6f924bd4 147c 4dd5 ad9f dff8c793295a

Property

Mahkamah boleh jual dan lelong hartanah kita. Ini caranya ia berfungsi

almost 4 years ago Azar Ishak

10

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

Mungkin tak semua daripada kita pernah terlibat dalam acara lelong sebelum ni, tapi boleh dikatakan kita pernahlah nampak acara ni dalam TV. Selalunya, kita akan nampak yang sesuatu barang tu diletakkan harga asas, dan lepas tu akan dibida oleh dengan tawaran harga yang lebih tinggi. Orang yang bida dengan harga tertinggi tu nanti akan dapat beli barang tu. 

Tapi, lelong bukan hanya terhad pada barang je, sebabnya ia boleh termasuk juga dengan kereta dan rumah. Ia turut boleh dilakukan oleh institusi undang-undang atau perseorangan yang ada lesen pelelong. Sebelum ni, kami ada tulis pasal macam mana PDRM buat lelongan barang yang mereka rampas dari kegiatan jenayah. 

[BACA LAGIDid you know the PDRM are allowed to sell stuff they confiscate from criminals?]

Jadinya, untuk artikel kali ni – kami akan cerita pasal macam mana pula mahkamah buat lelong, khususnya lelongan hartanah.

 

Hanya hartanah yang dirampas saja yang boleh dilelong 

Imej dari Property Insight

Kalau korang rasa yang mahkamah boleh je ambil hartanah korang dan terus lelong – tu sebenarnya tak tepat dan salah sama sekali. Ini kerana, mahkamah hanya boleh lelong sesebuah hartanah tu sekirnya hartanah tu dah dirampas – atau dengan kata lain diambil kerana hutang dengan bank tak dilangsaikan. Hartanah tu kemudian akan dijual oleh bank, sebab secara teknikalnya banklah yang memiliki hartanah sampai pinjaman dilunaskan.

Bagaimanapun, rampasan bukan bermakna hartanah tu secara automatik akan dijual. Kalau notis rampasan diberikan kepada korang dan korang lepas tu membayar jumlah tertunggak dengan bank, hartanah tu akan diserahkan balik kepada korang. Maknanya, korang masih ada peluang untuk dapatkan balik hartanah sebelum ia dilelong dan dijual. Berbalik kepada lelong…

 

Ada dua jenis lelong yang wujud sebenarnya

Imej dari Giphy.

Sebelum kita pergi ke lelongan mahkamah, sebenarnya ada dua jenis lelong yang kita kena tahu: 

  • lelong kehakiman
  • lelong bukan kehakiman

Perbezaan antara kedua jenis ni adalah adalah terletak kepada siapa yang ada hak milik (secara sah) hartanah

Lelong kehakiman secara asasnya ada kaitan dengan kehakiman iaitu berkait dengan urusan mahkamah

Selepas sesebuah hartanah tu dibeli daripada pemaju, pemaju akan pindahkan hak milik kepada orang yang membeli hartanah tu. Orang tu pula kena bayar pinjaman dengan bank sehinggalah hartanah tu selesai dibayar. Kalau berlaku banyak tunggakan, bank akan rampas hartanah tu dan jualnya kepada orang lain untuk dapatkan wangnya balik. 

Tapi, disebabkan hak milik hartanah tu dah dipindahkan daripada pemaju kepada pembeli, bank kena dapatkan kebenaran dari Mahkamah Tinggi sebelum boleh jual hartanah tu. Kalau mahkamah berikan kebenaran, hartanah tu nanti akan dimasukkan dalam senarai hartanah yang akan dilelong oleh mahkamah

Manakala, lelong bukan kehakiman pula jadi bila mana hak milik hartanah masih lagi di bawah pemaju. Disebabkan hal ni, bank tak perlu dapatkan kebenaran mahkamah kalau nak jual hartanah berkenaan. Bank boleh lelong hartanah tu dalam acara lelongan tertutup, guna khidmat syarikat lelong ataupun buat acara lelong sendiri. 

 

Mahkamah Malaysia ada sistem atas talian untuk lelongan tu 

Imej dari e-Lelong.

Biasanya, acara lelong ni akan dilakukan di dalam bilik mahkamah yang dikhaskan untuknya. Banyak jugalah proses yang korang kena ikut, tapi apa yang paling penting adalah korang kena daftar dulu kalau nak terlibat dalam acara tu. Yang mendaftar tu pula kenalah orang yang betul-betul serius nak beli hartanah dan bukan saja-saja je daftar. Sebabnya, kalau korang daftar, tapi tak terlibat langsung untuk sebarang bidaan – korang boleh kena senarai hitam untuk lelongan seterusnya (bagi tempoh tertentu)

Pada hari lelongan tu, korang dikehendaki bayar 10% tempahan dari harga hartanah tu dulu. Harga tempahan ni diambil dari harga asas hartanah yang akan dilelong dan pembida akan bida dengan harga yang lebih tinggi dari itu. Harga 10% tu kena diberikan dalam bentuk draf bank dan nanti ada kotak di depan bilik mahkamah untuk korang masukkannya. Lepas tu, barulah bidaan bermula bila mana pihak yang membida dengan harga tertinggi akan menang dan beli hartanah tu. Hartanah tu pun akan dipindah milik kepada pembida

Tapi, sejak tahun 2018 – lelong mahkamah dah boleh dibuat secara atas talian, melalui portal e-Lelong di mana memudahkan para pembida untuk buat bidaan tanpa datang ke mahkamah. Maknanya, kalau pembida tu duduk dekat Semenanjung, mereka tak payahlah pergi ke Sabah atau Sarawak kalau nak bida hartanah. Portal tu juga sediakan kemudahan untuk pembida tengok semua hartanah yang dilelong dan ada tutorial macam mana ia berfungsi

Akan tetapi, buat masa sekarang hanya empat mahkamah je yang ada sistem bidaan atas talian iaitu Mahkamah Tinggi Kuantan, Mahkamah Tinggi Temerloh, Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Taiping

 

Boleh ke hartanah yang dah dilelong diambil semula?

Imej dari MyNewsHub.

Pada asasnya, selepas sesebuah hartanah tu dijual dan dipindah milik kepada orang lain secara sah, ia dah menjadi milik orang tu. Ada kebarangkalian untuk korang dapatkan balik hartanah yang dijual disebabkan kesilapan, tapi peluang untuk dapatkan balik tu masih lagi tipis. Kami juga sebelum ni pernah tulis pasal seorang wanita yang rumahnya kena lelong dan dijual kepada orang lain sebab pemaju tak bayar pinjaman bank. 

[BACA LAGIA Malaysian woman lost her home...because her developer didn’t pay the loan]

Wanita ni ada cuba bawa kes ke mahkamah, tapi malangnya ia ditolak. Dia juga ada buat laporan polis, tapi status kes masih lagi belum diketahui. 

Walaupun peluang untuk mendapatkan balik hartanah korang yang dah dijual tu tipis, salah satu cara yang mungkin boleh digunakan untuk dapatkannya balik adalah dengan membelinya semula dari orang yang beli melalui lelong tu. Tapi seperti mana yang dikatakan di awal tadi, kalau hartanah korang tu dah dirampas, tapi masih belum dilelong dan dijual, peluang untuk dapatkannya balik tu masih lagi cerah. 

Tags:
hutang bank
pinjaman bank
lelong
lelong hartanah
lelong rumah
lelong bank
lelong mahkamah
e-lelong
lelong kehakiman
bida
pemaju hartanah

10

Shares

A+

A-