Asklegal
Home banner 41eda9c8 2377 428e a352 de058fb61542

Traffic

Macam mana menguruskan kemalangan trafik di Malaysia

about 6 years ago Clarence Kuna

27

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


1. Tentukan jika anda mengalami sebarang kecederaan.

Gambar dari blog.autoaccident

Tentukan jika anda mengalami sebarang kecederaan atau pendarahan. Hubungi ambulans jika anda memerlukan bantuan perubatan dan jika boleh, buat pertolongan cemas ke atas diri sendiri sebaik mungkin (lebih baik jika anda miliki peti pertolongan cemas yang lengkap dalam kereta anda).

Jika ada sebarang benda asing yang tercucuk di mana-mana bahagian badan anda, jangan sekali-kali mengeluarkannya kerana ia boleh menyebabkan pendarahan yang lebih teruk.

 

2. Periksa adakah persekitaran tempat kemalangan selamat

Gambar dari WoB

Ambil perhatian terhadap persekitaran dan pemandu lain yang terlibat sebelum meninggalkan kenderaan anda. Jika anda berada dalam keadaan berbahaya ataupun ada kumpulan perusuh yang mendekati anda, anda dibenarkan di bawah undang-undang untuk mempertahankan diri sendiri dengan melarikan diri ke balai polis yang terdekat untuk membuat laporan (dan tak payah berhenti).

[BACAAN LANJUT – If I get into a car accident, can I go to the nearest Balai Polis instead of stopping? (artikel Bahasa Inggeris)]

 

3. Ambil gambar kerosakan pada semua kenderaan terlibat, dan kecederaan yang ditimpa oleh semua pihak

Gambar dari boohofflaw

Langkah pertama yang perlu diambil adalah memastikan bahawa semua pihak terlibat selamat. Jika ada pihak yang cedera, maka pihak ambulans perlu dihubungi dengan segera.

Bergantung kepada situasi, ambil gambar kawasan kemalangan SEBELUM mengalihkan kenderaan anda ke bahu jalan. Tetapi janganlah ambil risiko bila mengambil gambar jika kawasan kemalangan nampak tidak selamat.

Anda harus mengambil SEMUA gambar kenderaan yang terlibat (pastikan nombor pendaftaran kereta nampak jelas dalam gambar), dan juga gambar kecederaan yang ditimpa oleh pihak terlibat. Pastikan anda mencatat masa dan lokasi kemalangan.

Nota: jika kemalangan yang dialami nampak serius (contohnya, kedua-dua kereta musnah), hubungi pihak polis dan tunggu sehingga mereka sampai.

 

4. Alihkan kenderaan anda ke bahu jalan

Gambar dari carmudi

Apabila mengalihkan kenderaan anda, pastikan lampu kecemasan dipasang semasa anda mengalihkan kenderaan ke bahagian paling kiri jalan (ataupun lorong kecemasan).

 

5. Kongsi maklumat dengan pemandu-pemandu lain

Gambar dari Carsome

Pastikan maklumat di bawah dikongsi dengan pemandu-pemandu lain yang terlibat dalam kemalangan:

  1. Nombor pendaftaran kereta
  2. Jenis, warna dan tahun keluaran kereta
  3. Nama, alamat dan nombor telefon pemandu
  4. Nama, alamat dan nombor telefon pemilik kenderaan (jika ianya berbeza dari pemandu)
  5. Nombor kad pengenalan dan lesen memandu pemandu kenderaan terlibat

Ambil juga maklumat penyaksi di tempat kejadian jika boleh.

 

6. Buat laporan polis dalam masa 24 jam

Gambar dari Wikimedia commons

Sila ke balai polis berhampiran yang mempunyai cawangan trafik untuk membuat laporan. Biasanya ia merupakan ibu pejabat daerah, namun anda mungkin perlu pastikan balai polis yang terletak di lingkungan tempat kejadian. Anda mesti membuat laporan polis walaupun anda tidak mahu menuntut insurans untuk memastikan tuntutan pihak ketiga tidak diberi kepada mereka yang menukar cerita.

Jika anda mempunyai alasan munasabah untuk tidak melaporkan kemalangan dalam masa 24 jam (misalnya anda berada di hospital disebabkan kecederaan), pihak polis tetap menerima laporan anda.

[BACAAN LANJUT – Bolehkan anda membuat laporan kemalangan kepada PDRM selepas tempoh 24 jam?]

 

7. Hubungi pihak insurans anda dan buat tuntutan jika perlu

Gambar dari AskLegal

Ada 4 jenis tuntutan yang boleh anda buat:

  1. Tuntutan OD (Own Damage) – tuntutan terhadap kenderaan sendiri melalui polisi insurans anda
  2. Tuntutan KFK (Knock For Knock) – tuntutan terhadap kenderaan sendiri melalui polisi insurans anda tanpa menjejaskan NCD (Diskaun Tiada Tuntutan/Non Claim Bonus)
  3. Tuntutan Pihak Ketiga (Third Party) – tuntutan terhadap pihak yang terlibat dalam kemalangan bagi kenderaan anda
  4. Tuntutan Pihak Ketiga Untuk Kecederaan (Third Party Bodily Injury) - tuntutan terhadap pihak yang terlibat dalam kemalangan bagi kos perubatan

Ada syarat tertentu yang perlu anda patuhi bagi setiap jenis tuntutan. Sila hubungi pihak insurans anda melalui talian telefon, atau hubungi wakil insurans anda untuk bantuan.

[BACAAN LANJUT – If you're hit by a driver with no insurance, this Malaysian agency can help... for FREE (artikel Bahasa Inggeris)]

Tags:
malaysia
kemalangan
macam mana
undang trafik
Abb3569d 1a37 409d ae68 577ef094832e
Clarence Kuna

clarencekuna@gmail.com


27

Shares

A+

A-