Asklegal
Home banner c3e4a48c 94e3 4073 af03 d1b0c597851e

Employment

Ini sebabnya syarikat boleh batalkan kontrak pekerjaan SELEPAS anda dah tandatangan

over 4 years ago Azar Ishak

48

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

Anda dah lama cari kerja dan dah banyak temuduga yang anda hadiri. Akhirnya, anda dapat panggilan dari syarikat dan mereka beritahu yang anda terpilih untuk jadi salah seorang kakitangan syarikat. Anda pun pergilah ke syarikat tu dan tandatangan surat tawaran kerja. Semuanya nampak baik je mula-mula, sampailah beberapa minggu lepas tu. 

Tiga minggu kemudian, anda dapat panggilan dari syarikat tadi dan kata – mereka tak boleh ambil anda bekerja disebabkan masalah kewangan. Anda yang mula-mula rasa gembira, bertukar sedih, terkejut dan tak tahu nak buat apa dengan situasi macam ni. 

Masa artikel ni ditulis, kita semua masih lagi berdepan dengan ancaman Covid-19 dan Malaysia berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kita juga banyak dengar pasal masalah kewangan yang dihadapi syarikat-syarikat, sampaikan ada syarikat yang terpaksa memberhentikan pekerja dan menarik balik surat tawaran kerja yang dah ditandatangani sebelum PKP bermula. 

Tapi selain dari kerana Covid-19 dan PKP, kita juga pernah dengar ada syarikat yang tarik balik surat tawaran kerja, walaupun takde apa-apa isu seperti masalah kewangan. Jadinya, perkara macam ni menimbulkan persoalan jugalah  – sama ada boleh atau tak syarikat batalkan surat tawaran kerja atau kontrak pekerjaan yang dah ditandatangani? Sebelum kita bincang lebih lanjut, kita kena tahu dulu yang…

 

Ada perbezaan antara surat tawaran kerja dan kontrak pekerjaan

Imej dari Giphy.

Mungkin perkara ni agak mengelirukan sikit, tapi takpe – kami cuba gambarkannya untuk anda:

Senario A: Syarikat beritahu yang anda dah diambil bekerja. Mereka hantar surat tawaran untuk mengesahkan perkara tu. Surat itu cuma beritahu anda tentang jawatan dan tarikh mula bekerja. Ia juga kata kontrak pekerjaan rasmi dengan terma dan syarat yang lengkap hanya akan diberikan kepada anda nanti.

Senario B: Syarikat beritahu yang anda dah diambil bekerja. Mereka minta anda tandatangan perjanjian rasmi yang mengandungi terma dan syarat berkaitan dengan pekerjaan anda. Anda pun tandatanganlah perjanjian tu. 

Jadinya sekarang, dalam Senario A, syarikat memaklumkan kepada anda secara hitam putih yang anda dah diambil bekerja dan perjanjian rasmi akan menyusul. Tapi dalam Senario B, anda dah diminta untuk tandatangan kontrak dan perkara tu menjadi tanda bermulanya hubungan sah/kontrak antara anda dengan syarikat. Anda sekarang terikat dengan terma dan syarat dalam kontrak, begitu juga dengan syarikat. 

Jadi inti utamanya adalah: Sehingga anda dan syarikat secara rasminya bersetuju untuk terikat secara sah dengan terma dan syarat, tak ada apa-apa yang boleh membuatkan mana-mana pihak menarik balik kenyataan mereka. Maka, inilah sebabnya kenapa anda tak boleh kata adanya persetujuan dengan Senario A, sebab masa tu anda masih tak masuk dalam mana-mana kontrak pekerjaan. 

[BACA LAGICan a company sue me in Malaysia if I turn them down after signing the letter offer?]           

Tapi cubalah kata yang anda dah tandatangan kontrak dengan semua terma dan syarat. Tu juga tak bermakna yang syarikat wajib ambil anda bekerja walau apa pun yang jadi sebabnya...

 

Ia bergantung dengan macam mana kontrak anda tu kata

Imej dari Giphy.

Selain dari nyatakan tugas utama anda sebagai pekerja dan tanggungjawab majikan kepada anda, kontrak pekerjaan juga akan merangkumi beberapa perkara lain seperti:

  • tempoh notis anda
  • pemotongan gaji yang dibuat untuk caruman seperti KWSP dan PERKESO
  • apa yang berlaku kalau kontrak itu harus 'ditamatkan' – sama ada anda atau syarikat tak akan terikat dengan kontrak lagi kerana pelbagai sebab

Kalau kontrak tu datang dengan klausa tertentu yang membolehkan anda atau majikan ‘menamatkan’ kontrak, syarikat sebenarnya boleh menarik balik tawaran sebelum anda masuk bekerja. Selalunya, hal sebegini datang dengan klausa ‘pampasan’ – di mana syarikat kena bayar jumlah tertentu kepada anda kerana menamatkan kontrak yang dah dipersetujui. Kalau ada klausa macam ni, tapi syarikat tak bagi anda pampasan, makanya anda ada sebab untuk ambil tindakan kepada syarikat. Tapi macam mana pula kalau klausa macam ni takde, tapi tawaran anda tu tetap ditamatkan syarikat?

Sebenarnya, ada prinsip undang-undang yang mungkin digunakan oleh syarikat untuk menamatkan kontrak anda tu dan perkara ni dikenali sebagai doktrin kekecewaan (doctrine of frustration). Bagaimanapun, dengan prinsip ni tak bermakna yang syarikat boleh tamatkan kontrak ikut suka hati mereka je. Ia mestilah datang dengan peristiwa yang tak dijangka dan di luar kawalan syarikat sehingga memaksa mereka menarik balik tawaran pekerjaan. Antara contohnya seperti syarikat ditutup atau syarikat dah melalui penyusunan semula secara besar-besaran dan tidak perlukan lagi jawatan anda tu. 

Kami akan terangkan secara lebih terperinci tentang hal ni di bawah nanti. Tapi, sekarang ia juga menimbulkan persoalan – boleh ke doktrin ni digunapakai dalam situasi seperti pandemik Covid-19?

 

Kontrak pekerjaan boleh mengalami ‘kekecewaan’ disebabkan Covid-19

Imej dari Giphy.

Kita semua sedia maklum yang Covid-19 ni bukanlah kejadian yang dijangka. Tapi apa yang syarikat kena buktikan kalau mereka nak gunakan kekecewaan ni sebagai sebab menarik balik tawaran pekerjaan? Buat masa sekarang, masih belum ada kes mahkamah berkaitan dengan kontrak pekerjaan yang dibatalkan kerana Covid-19. Jadinya, kami akan tengok kepada kes pekerjaan lama yang boleh bagi penerangan sikit tentang isu seperti ini:

Dalam kes MHS Aviation Sdn Bhd v  Zainol Akmar Mohd Noor [2001], hakim Mahkamah Perusahaan ada memetik satu kenyataan dari buku – "Hubungan Industri dan Pekerjaan oleh Harvey":

"Salah satu contoh penamatan oleh operasi undang-undang adalah doktrin kekecewaan: di mana, tanpa kesalahan salah satu pihak, terjadi beberapa peristiwa pengawalan yang tidak dapat diramalkan secara wajar pada saat kontrak itu dibuat dan yang membuat pelaksanaan kontrak lebih lanjut sama sekali mustahil atau sesuatu yang secara radikal berbeza dari apa yang ditawar oleh pihak-pihak, maka kontrak tersebut segera dibatalkan dengan undang-undang."

Dari petikan ni, dapat kita tengok beberapa perkara yang menjadi elemen utama kekecewaan dan pihak yang mahu menuntutnya (syarikat, dalam hal ini) harus membuktikan unsur-unsur berikut:

  • tak ada pihak yang menyebabkan kekecewaan itu disengajakan
  • kejadian yang tidak dijangka ini tak dapat diramalkan semasa kontrak [pekerjaan] ditandatangani
  • tak mungkin kontrak itu boleh diteruskan/sifat kontrak telah berubah akibat – kesukaran kewangan, kematian, perang, wabak dll.

Penting juga untuk kita tahu yang kekecewaan ni boleh digunapakai sebagai alasan untuk menarik balik kontrak pekerjaan sama ada untuk situasi Covid-19 atau tak. Tapi nampaknya, ia mungkin lebih mudah untuk membuktikan elemen kekecewaan masa Covid-19, lebih-lebih lagi bila syarikat terkesan dengan masalah kewangan. Akan tetapi, tu tak bermakna yang syarikat tak boleh tarik balik kontrak pekerjaan selepas Covid-19 atau PKP berakhir nanti – sebabnya apa yang mereka kena buat cumalah membuktikan adanya elemen kekecewaan tersebut. 

 

Anda masih boleh bawa kes ni ke Mahkamah Perusahaan

Imej dari Fire Prevention Centre.

Katakanlah yang anda tak dapat terima alasan syarikat menamatkan kontrak anda tu disebabkan Covid-19 atau sebagainya. Sebenarnya, anda masih ada hak untuk failkan tuntutan ke Mahkamah Perusahaan bagi dapatkan keadilan. Apa yang pasti, keputusannya nanti tu akan bergantung kepada merit kes – tapi anda masih ada hak untuk membela diri. Bagaimanapun, anda tak boleh failkan tuntutan ni sampailah PKP berakhir nanti – sebab Mahkamah Perusahaan ditutup.

Dari apa yang dah diterangkan ni, ia juga menunjukkan betapa pentingnya untuk kita semua tahu apa yang terkandung dalam kontrak pekerjaan sebelum tandatangan. Pastikan yang anda tengok ada atau tak klausa kekecewaan dalamnya, supaya dapatlah anda berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian yang tak dijangka nanti. 

[READ MORE: 5 perkara asas yang perlu anda tahu apabila menandatangani kontrak]

Tags:
kontrak pekerjaan
covid-19
perintah kawalan pergerakan
pkp
surat tawaran
batal kontrak

48

Shares

A+

A-