Asklegal
Home banner 2bad64a0 a85b 437a 95e4 171b51d85350

Civil,Industrial

Boleh ke anda dipecat sebab ambil banyak sangat MC?

over 4 years ago Azar Ishak

92

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

Cuba bayangkan situasi ni: Anda dah dedikasikan hidup anda selama 8 tahun untuk pekerjaan anda. Anda bukan je suka dengan kerja anda, tapi juga syarikat tempat anda bekerja. Namun, semuanya berubah bila anda disahkan menghidapi kanser perut

Anda sekarang kena buat pilihan, sama ada – ambil cuti selama 6 bulan atau berhenti kerja. Tapi bila pertimbangkan kos rawatan, berhenti kerja dah pasti bukanlah jawapannya. Tapi di sebalik dilema ni, rupa-rupanya bos anda dah ada rancangan lain. Dia hubungi anda dan kata – dia tak ada pilihan lain, selain dari memecat anda. Dia kata – syarikat akan alami kerugian kalau mereka biarkan anda asyik ambil cuti sakit je nanti. 

Rasa kecewa dan terkejut dengan kenyataan tu, anda pun terfikir: Boleh ke syarikat pecat pekerja, masa mereka sedang sakit? 

 

Majikan tak boleh pecat anda kerana ambil MC

Imej dari mStar.

Sebagai seorang pekerja, anda berhak mendapat cuti sakit sekiranya tidak sihat. Seksyen 60F Akta Kerja 1955 menyatakan (tiada terjemahan rasmi, diterjemahkan oleh Asklegal):

“(1) Seorang pekerja hendaklah, selepas pemeriksaan atas perbelanjaan majikan… berhak mendapat cuti sakit berbayar… di mana tiada kemasukan ke hospital diperlukan.” 

Setiap pekerja juga diberikan cuti sakit minimum sebanyak 14 hari setahun (jika anda bekerja kurang dari 2 tahun). Jumlah cuti sakit tu akan meningkat berdasarkan berapa lama anda bekerja. 

[BACA LAGI: 5 types of leave in Malaysia (and if you will be paid when you take them)]

Akta ni seterusnya menyatakan yang anda kena dapatkan MC daripada doktor untuk memohon cuti sakit. Tapi ada juga kemungkinan yang anda tak boleh dapatkannya (sebab masalah jarak dan sebagainya). Dalam kes macam ni, majikan masih tak boleh pecat atau ambil tindakan terhadap anda. Sebabnya, anda berhak ambil cuti sakit dalam keadaan yang munasabah. 

Tapi, macam mana kalau anda perlukan cuti sakit lebih dari sehari? 

Jawapannya, majikan anda masih tak boleh pecat anda. Sebabnya, Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 melindungi pekerja dari dipecat secara tak adil (tiada terjemahan rasmi, diterjemahkan oleh Asklegal):

"Di mana seorang pekerja ... menganggap bahawa dia telah diberhentikan tanpa sebab atau alasan oleh majikannya, dia boleh membuat perwakilan secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk mendapatkan semua kerjanya ..."

Jadinya di sini, kalau anda sakit sebab kena cacar air atau patah tulang – dan perlu cuti lebih dari sehari sebab nak tunggu sembuh, majikan anda tak boleh memecat anda macam tu je. Sebabnya, anda masih ada hak mendapat cuti sakit dengan MC dari doktor. 

[BACA LAGI: Can Malaysian bosses fire you for being pregnant?]

Tapi, macam mana untuk penyakit yang tak boleh disembuhkan? 

 

Memecat pekerja yang sakit adalah pilihan terakhir, tapi itu masih lagi pilihan

Imej dari imgflip.com

Kalau anda diserang strok atau lumpuh, ia dah pasti akan menghalang anda dari bekerja. Situasi ni juga jadi tak adil untuk syarikat dan majikan, kalau mereka terus menggaji anda sebagai pekerja

Jadi dalam situasi sebegini, konsep Medical Board Out akan digunapakai. Majikan dibenarkan untuk memberhentikan pekerja mereka kerana alasan perubatan jika mereka boleh kemukakan faktor-faktor berikut:

  • Sifat atau jenis penyakit yang dialami oleh pekerja.
  • Tempoh ketidakhadiran semasa tempoh pemulihan.
  • Impak ketidakhadiran kepada syarikat dan pekerja lain.
  • Sifat kerja pekerja yang sakit. 

Ini cuma beberapa faktor yang majikan perlu buktikan, sebelum menamatkan kontrak pekerjaan anda. Tapi apa yang kita semua kena tahu, memecat pekerja mestilah jadi pilihan terakhir

Ini kerana, mahkamah pernah mencadangkan alternatif melalui kes undang-undang. Dalam kes MHS Aviation Sdn. Bhd. v Zainol Akmar Mohd Noor, seorang pekerja bernama Zainol Akmar dah dipecat selepas dia disahkan menghidapi serangan jantung.

Mahkamah kemudianya buat keputusan yang pemecatan tu tak adil. Ini kerana, syarikat tak buat sebarang soal selidik tentang penyakitnya, dan terus anggap yang penyakit Zainol tu kekal, tanpa berikannya masa untuk pulih. Mahkamah juga kata, perlu adanya keseimbangan antara kebimbangan syarikat dengan pemulihan pekerja. Kalau pekerja boleh sihat semula dan kembali bekerja, tak ada sebab untuk dia dipecat. 

Dalam kes lain: Gopalakrishnan A/L Vasupillai v Goodyear Malaysia Berhad and Anor, pekerja ini mengalami kecederaan lutut berulang. Dia kemudiannya diberhentikan atas alasan perubatan, walaupun dah bekerja di syarikat tu selama 11 tahun. Hakim dalam kes ini menyatakan:

“Majikan dalam kes ‘medical boarding out’ diharapkan bertindak secara munasabah… dengan kewajiban kesedaran sosialnya, dan harus menawarkan pekerjaan alternatif kepada pekerja itu, walaupun ia mungkin pekerjaan dengan bayaran lebih rendah...” 

Pada asasnya, majikan patut mencuba dan menyediakan alternatif untuk pekerja mereka yang sakit. Ia mungkin melibatkan penurunan pangkat, selagi mana pekerja sanggup untuk terus bekerja. 

Tapi, kalau anda pernah dipecat secara tak adil…

 

Anda boleh saman majikan dan syarikat anda

Imej dari Fire Prevention Centre.

Jadi, kalau anda rasa telah dipecat secara tak adil hanya kerana anda sakit, anda sebenarnya boleh bawa kes ni ke Mahkamah Perusahaan. Ini kerana, Seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 menyatakan (tiada terjemahan rasmi, diterjemahkan oleh Asklegal):

“Mahkamah hendaklah bertindak mengikut ekuiti, hati nurani yang baik dan merit penting kes tanpa mengambil kira bidang teknikal dan undang-undang.”

Pada asasnya, mahkamah akan mengambil kira kebajikan pekerja yang dah dipecat secara tak adil. Tapi apa yang anda kena ingat adalah, aduan tu mesti dibuat dalam tempoh 60 hari selepas dipecat. Anda boleh tengok macam mana prosedurnya dalam garis panduan ini. 

[BACA LAGI: My boss just fired me for no reason, what can I do now?]

Kalau mahkamah dapati yang anda telah dipecat secara tidak adil, anda akan menerima manfaat-manfaat tertentu. Pekerja yang dipecat secara tak adil berhak menuntut apa yang dinyatakan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980. Bagaimanapun, ada sesetengah syarikat yang mempunyai polisi dan peraturan mereka sendiri tentang faedah penamatan kerja. Jadinya, apa yang terbaik – periksalah dengan syarikat anda dulu. 

 

Tags:
mahkamah perusahaan
dipecat kerana mc
hak pekerja
hak majikan
undang-undang kerja
akta kerja
dipecat secara tak adil

92

Shares

A+

A-