Asklegal
Home banner ab57ca25 11dd 4714 a4b2 7b759120e208

General,Property

Boleh ke simpan haiwan peliharaan dalam apartmen?

7 months ago Azar Ishak

17

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Link here for the English version: Can you legally keep pets in Malaysian apartments? ]

Kalau korang tinggal di flat, kondominium atau apartmen, dah jadi perkara biasa bila peraturan pengurusan kediaman melarang korang dari memelihara haiwan peliharaan. Diorang buat macam tu sebab risau kalau nanti akan ada masalah bising, bau dan sebagainya yang akan menggangu jiran-jiran dan penghuni lain. Tapi macam mana kalau korang memang tetap nak simpan haiwan peliharaan yang korang dah anggap sebagai keluarga?

Kami dapat beberapa soalan daripada pembaca yang sebenarnya keliru sama ada haiwan peliharaan ni dibenarkan di bangunan kediaman mewah. Ada juga berita dan laporan beberapa tahun lepas yang kata korang sebenarnya dibenarkan untuk ada haiwan peliharaan. Tapi, ada juga pemilik rumah yang kata haiwan peliharaan tetap dilarang di kondominium dan apartmen. Inilah yang membuatkan ramai keliru, kerana…

 

Jawapannya bergantung pada daerah mana yang korang tinggal

Imej dari  Blockcatalog.com

Di bawah Akta Pengurusan Strata 2013, pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa untuk meluluskan peraturan sama ada boleh atau tak menyimpan haiwan peliharan dalam bangunan strata. Untuk lebih faham, bangunan strata termasuklah bangunan mewah (kondominium, apartment, flat) dan berpagar dan kawasan komuniti yang dikawal.

Ini bermakna majlis-majlis tempatan yang berbeza boleh mempunyai peraturan yang berbeza tentang isu memelihara haiwan peliharaan di bangunan strata. Kami juga ada hubungi beberapa pihak berkuasa tempatan di Lembah Klang untuk dapatkan peraturan diorang.

Walaupun macam tu, bukan semua jenis haiwan peliharaan dibenarkan. Sebagai contoh, kalau korang tinggal di Kuala Lumpur, peraturan hanya membenarkan korang memelihara anjing kecil tertentu, macam – Miniature Pinscher, Bichon Frise, Pekingese, Papillon, Poodle (Toy), Japanese Chin, Maltese, Pomeranian, Chihuahua. Kalau korang tak pasti sama ada haiwan peliharaan korang tu dibenarkan ke tidak, korang bolehlah cuba hubungi majlis tempatan korang untuk tahu lebih lanjut.

Tapi, walaupun majlis tempatan benarkan korang simpan haiwan peliharaan dalam kondo, prosesnya tak semudah yang korang fikirkan. Misalnya, DBKL beritahu kitorang yang korang kena dapatkan lesen untuk haiwan peliharan korang.  Bagaimanapun, korang mesti kena dapatkan kelulusan bertulis dari pengurusan kondo masing-masing dulu, sebelum boleh buat permohonan. Kalau pengurusan kondo masih berkeras tak benarkan korang ada haiwan peliharaan, korang boleh cabar larangan tu dalam Tribunal Pengurusan Strata (SMT)

Korang boleh buat permohonan tu di sini. Bila cabaran tu berjaya, tribunal akan keluarkan peraturan pengurusan yang melarang korang dari memiliki haiwan peliharaan tu. Walaupun begitu, tak semua pihak boleh bawa tuntutan tu ke tribunal. Contohnya, kalau korang cuma penyewa di hartanah tu, korang mungkin tak boleh bawa isu ni untuk tindakan lanjut.

Korang boleh dapatkan maklumat yang lebih lagi dalam artikel kitorang ni:

[BACA LAGI: Bolehkah pihak pengurusan kondo di Malaysia masuk dan sita harta benda kepunyaan kita?]

 

Ada dua lagi syarat…

Walaupun korang diberikan kebenaran simpan haiwan peliharaan dalam unit rumah, kena ingat juga yang ia datang dengan tanggungjawab. Undang-undang kecil 14, Jadual Ketiga Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2015 dah menyenaraikan tanggungjawab yang korang MESTI ikut. Kalau tak, korang berisiko kehilangan lesen kalau pengurusan kondo buat laporan terhadap korang. 

1. Haiwan peliharaan korang mesti tak buat gangguan atau menyakitkan hati orang
Image from Barkpost.com

Ia cukup mengganggu kalau haiwan peliharaan korang buat masalah kepada orang lain dan rosakkan kebahagiaan diorang. Sebagai contoh, haiwan peliharaan akan buat gangguan dan menyakitkan hati (annoyance) bila:

  • Kerap buat bising macam menyalak
  • Menyebabkan kerosakan kepada harta benda, macam mencakar dinding atau rosakkan tanaman bunga
  • Menyebabkan bau yang mengganggu kawasan awam macam lif dan tangga
  • Berjalan atau tidur di kawasan orang lain
  • Jatuhkan tong sampah

Kalau haiwan peliharaan buat gangguan dan menyakitkan hati penduduk lain, korang boleh diminta untuk keluarkan haiwan peliharaan korang tu dari bangunan di bawah undang-undang kecil 14 (2) Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata 2015. Jika korang gagal buat macam tu, pihak pengurusan boleh ambil apa-apa tindakan untuk keluarkan haiwan peliharaan tu dari bangunan.

2. Haiwan peliharaan korang mestilah tak menyebabkan sebarang risiko kepada keselamatan dan kesihatan pemilik rumah lain
Imej dari DogsAholic

Korang mesti pastikan yang haiwan peliharaan korang tak mendatangkan bahaya terhadap orang lain. Contohnya, haiwan peliharaan korang mesti tak bawa sebarang penyakit yang boleh merebak kepada orang lain.

Korang juga kena pastikan haiwan peliharaan korang tak agresif. Kalau anjing korang menyerang, menggigit, mengancam atau mencederakan orang lain tanpa provokasi, lesen anjing korang boleh ditarik balik dan korang kena keluarkannya dari kawasan bangunan tu. Korang juga mungkin akan kena saman, sebab haiwan peliharaan korang dah menyebabkan kecederaan orang lain.

[BACA LAGI: 6 common things some Malaysian pet owners do - that are actually illegal!] 

 

Jadilah tuan yang baik

Dengan ada lesen, tak bermakna korang boleh abaikan tanggungjawab sebagai pemilik haiwan. Masih ada lagi beberapa perkara asas yang korang kena ikuti, terutamanya bila korang tinggal di kondominium berkepadatan tinggi. Di sana terdapat beberapa tanggungjawab asas sebagai pemilik haiwan peliharaan, tak kiralah di mana korang tinggal.

  • Sentiasa bersihkan najis haiwan korang
  • Vaksin haiwan peliharaan korang
  • Latih haiwan perliharaan korang
  • Simpan haiwan perliharaan korang di bawah pengawasan yang betul masa berjalan-jalan
Tags:
dbkl
haiwan peliharaan
bela haiwan peliharaan di kondo
akta pengurusan strata
kucing dan anjing

17

Shares

A+

A-