General
7 undang-undang ganjil Malaysia (yang anda mungkin tidak tahu kewujudannya)
over 6 years ago Khaliq[Artikel asal ditulis dalam Bahasa Inggeris. Click here for English version]
Dalam mana-mana negara pun, penting adanya undang-undang bagi membantu pentadbiran dan pengurusan negara itu.
Disebabkan kebanyakan undang-undang ini digubal pada waktu di mana norma-norma sosial, moral, bahkan juga teknologi yang jauh berbeza berbanding pada masa sekarang, beberapa undang-undang lama-kelamaan kurang dikuatkuasakan. Akibat daripada itu, ramai yang kurang tahu tentang kewujudan sesuatu undang-undang itu melainkan jika pekerjaan mereka ada terkait dengan undang-undang tersebut atau mereka mempunyai minat terhadapnya dan ingin ambil tahu.
Sehubungan dengan itu, ini tidak bermakna ia tidak sahih lagi, tetapi boleh diterima pakai atau dikuatkuasa sekiranya diperlukan.
Di bawah adalah 7 jenis undang-undang yang kurang diketahui tetapi masih wujud dan sahih di Malaysia.
1. Menunggang gajah di jalanraya
Undang-undang: Seksyen 11(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (tiada penterjemahan rasmi) – Lain-lain Kesalahan:
Hukuman: Denda maksimum tidak melebihi RM50.
Jadi sekiranya anda mahu menunggang gajah pergi ke restoran mamak, dinasihatkan jangan – melainkan anda mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pegawai Polis terlebih dahulu. Bukan sahaja itu, anda juga harus memastikan bahawa gajah itu ditunggang dengan cara yang tidak membahayakan pengguna-pengguna jalan raya yang lain atau menghalangi jalan, jadi, ini tidak memungkinkan anda memakai telefon semasa menunggang.
Secara perspektif, akta ini adalah akta lama. Contohnya, paling anda akan didenda hanya sebanyak RM50 sekiranya menunggang gajah dengan berbahaya di jalan raya, tidak seteruk berbanding denda memandu dengan kelajuan tinggi di lebuhraya pada tahun 2018.
2. Nyanyi lagu yang berunsur lucah di tempat umum
Undang-undang: Seksyen 294(b) Kanun Keseksaan (tiada penterjemahan rasmi) – Nyanyian lucah:
Hukuman: Penjara maksimum selama 3 bulan, denda, atau kedua-duanya.
Seksyen 294(b) Kanun Keseksaan menyatakan bahawa adalah salah jika menyanyikan lagu yang mempunyai unsur lucah di tempat awam. Kelakuan sedemikan sama seperti melakukan aksi lucah di depan orang ramai.
Akta berkenaan itu sendiri tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan “lucah”, jadi ia adalah bersifat subjektif berdasarkan interpretasi pihak berkuasa dan/atau orang lain yang mendengarnya (dan melaporkannya). Undang-undang ini sudah lama tidak dipakai oleh sebab belum ada orang yang dikenakan tindakan baru-baru ini (yang kita dapat cari).
Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik anda menggumam sahaja lirik lagu Despacito jika anda terdesak untuk menyanyikannya semasa melintas jalan.
3. Bermain drum di kawasan bandar pada malam hari
Undang-undang: Seksyen 13(1a) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (tiada penterjemahan rasmi) – Bunyi bising yang keterlaluan
Hukuman: Denda tidak melebihi RM100
Ya, sebenarnya terdapat undang-undang khusus berkenaan bermain alat musik dengan kuat – termasuk drum, tom tom dan trumpet – antara jam 12 pagi hingga 6 pagi di kawasan Bandar atau perkampungan.
Ini diterangkan di dalam Seksyen 13(1a) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (tiada penterjemahan rasmi), di mana ia merangkumi mana-mana kawasan bandar atau perkampungan, dan termasuk juga dengan penggunaan perkakas rumah sehingga mengeluarkan bunyi bising yang boleh mengganggu atau menimbulkan kemarahan orang lain pada bila-bila masa di tempat-tempat awam.
Ini menunjukkan kenapa Malaysia tidak mempunyai band garaj (selain alasan kita memang tidak mempunyai garaj).
4. Percubaan membunuh diri
Undang-undang: Seksyen 309 Kanun Keseksaan (tiada penterjemahan rasmi) – Percubaan membunuh diri:
Hukuman: Penjara maksimum selama 1 tahun, denda, atau kedua-duanya.
Undang-undang ini dikatakan paling kontroversial dan, walaupun lebih diketahui daripada poin yang lain dalam artikel ini, ia masih mampu memberikan kejutan kepada masyarakat umum.
Seksyen 309 Kanun Keseksaan (tiada penterjemahan rasmi) menyebut bahawa percubaan untuk membunuh diri adalah sama sekali salah di sisi undang-undang, dan juga sesiapa yang mencuba untuk membunuh diri akan dikenakan hukuman sewajarnya. Dan ini hanya tertakluk jika percubaan bunuh diri gagal.
5. Menghina atau mengutuk seseorang
Undang-undang: Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (tiada penterjemahan rasmi) – Kelakuan yang menghina:
Hukuman: Denda maksimum RM100
Jika terdapat seseorang membangkitkan kemarahan anda – baik di atas jalan raya ketika memandu mahupun berasak-asak menolak anda di tempat kerumunan ramai – lebih baik anda bersabar dan tahanlah diri anda daripada marah-marah menjerit atau mengutuknya.
Menurut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (tiada penterjemahan rasmi), apa-apa bentuk penghinaan – sama ada dalam perkataan, bahasa atau kelakuan – dengan tujuan mengganggu keamanan umum atau membangkitkan kemarahan orang lain adalah salah dan boleh dikenakan hukuman.
Tetapi sekiranya anda berasa boleh melarikan diri dengan meletakkan keluhan anda di media sosial, maaf kata, itu juga boleh membawa anda ke muka pengadilan.
[Baca lebih lanjut: Shaming someone on social media can land you in jail]
6. Mabuk di tempat awam
Undang-undang: Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (tiada penterjemahan rasmi), – Kemabukan dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam:
Hukuman: Penjara maksimum 14 hari atau denda maksimum sebanyak RM25 untuk kesalahan pertama; penjara maksimum selama 3 bulan, denda sebanyak RM100, atau kedua-duanya untuk setiap kesalahan yang terulang.
Jadi, sekiranya anda hanya berpendapat bahawa satu-satunya kesalahan mengambil alkohol adalah semasa memandu, fikirlah sekali lagi.
Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil menyatakan bahawa seseorang itu dikatakan telah melanggar undang-undang jika didapati mabuk dan tidak mampu menjaga dirinya serta bertingkah laku tidak sopan atau membahayakan orang lain di tempat awam.
Adalah menjadi kesalahan juga jika situasi di atas mengambil tempat di kawasan mahkamah, pejabat-pejabat awam, atau tempat ibadah. Hukuman untuk kesalahan pertama adalah penjara tidak lebih 14 hari atau denda tidak lebih RM25.
Denda maksimum sebanyak RM100.00 maksimum atau hukuman penjara selama tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya sekali dikenakan untuk setiap kesalahan terulang.
7. Seks oral untuk kaum lelaki
Undang-undang: Seksyen 377A Kanun Keseksaan (tiada penterjemahan rasmi) – Persetubuhan di luar tabii:
Hukuman: Penjara maksimum 20 tahun, dan sebat.
Jangan terkejut! Akta ini memang benar-benar memperkatakan tentang tajuk di atas.
Seksyen 377A Kanun Keseksaan menyatakan bahawa seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam mulut seseorang, maka dia telah melakukan suatu kesalahan, iaitu melakukan persetubuhan di luar tabii.
Ini sama juga halnya jika memasukkan zakar ke dalam lubang dubur.
Lebih banyak kita tahu....
Pasti sukar untuk kita mengetahui setiap undang-undang yang wujud, tetapi memberikan alasan tidak tahu undang-undang itu adalah tidak diterima jika anda dihadapkan ke mahkamah – hal yang anda harus ingat apabila menunggang gajah di sekitar KL sambil menyanyikan lagu Despacito.
Terdapat undang-undang yang kedengarannya pelik ataupun ketinggalan zaman di negara lain juga. Misalannya di US, gajah tidak dibenarkan untuk membajak di Carolina Utara (kenapa tak henti-henti isu gajah ini??); jadi memang agak mustahil untuk kemaskini undang-undang yang ada.
Justeru itu, kerajaan mengambil langkah mengemaskini beberapa undang-undang yang difikirkan perlu, seperti menguatkuasakan Akta Keganasan Rumahtangga untuk memperbaiki kelemahan yang ada, atau memperkenalkan Akta Seksual Kanak Kanak seiring dengan timbulnya masalah berkenaan secara online.