Asklegal
Home banner 889bc433 bb07 4eca b2ff a09fed4322b9

Employment

3 perkara yang pekerja Malaysia kena tahu kalau mereka bekerja masa kawalan pergerakan

about 4 years ago Azar Ishak

66

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

Disebabkan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, kerajaan dah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac lalu dan dijangka akan berakhir pada 31 Mac ni.

Disebabkan perintah ni, ada syarikat-syarikat yang ditutup sementara – tapi tindakan tu masih lagi tertakluk di bawah Garis Panduan yang keluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia

Kalau ada seseorang dah terkena dengan virus ni, dan korang nak tahu apa hak-hak korang – korang bolehlah baca artikel kami sebelum ni. Tapi untuk artikel kali ni, kami nak bincangkan tentang apa yang pekerja kena tahu, kalau syarikat mereka masih lagi belum faham dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan korang masih lagi kena pergi kerja.

Tapi sebelum korang tengok hak-hak korang tu, kami nak jelaskan dulu apa dia ‘perkhidmatan penting’ yang dikecualikan daripada mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ni. 

 

Perkhidmatan penting diperlukan untuk terus hidup

Antaranya macam bank. Imej dari The Malaysian Times.

Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin – ada beberapa perkhidmatan yang dibenarkan untuk terus beroperasi sepanjang kawalan pergerakan ni. Antaranya adalah seperti air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, minyak & gas dan Bomba

Bagaimanapun, bukan tu je sektor kerajaan dan swasta yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ini. Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 ada menyenaraikan segala perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ini. Berikut adalah senarainya:

 

Imej dari PCIDR2020.

Seperti mana yang kita nampak, senarai perkhidmatan ni memang diperlukan sebab ia penting untuk kehidupan seharian kita. Perkhidmatan penting ni pada asasnya adalah diuruskan oleh kerajaan atau apa-apa sektor swasta, dan gangguan terhadap perkhidmatan ni boleh membahayakan nyawa dan keselamatan rakyat Malaysia

Sekarang ni kita nak tengok pula Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Kementeria Kesihatan Malaysia. Khususnya kepada pekerja-pekerja Malaysia yang bukan sebahagian daripada sektor perkhidmatan penting, tapi masih lagi menjalankan tugas diorang:

 

1. Syarikat boleh kurangkan gaji pekerja 

Imej dari imgflip

Dengan terlaksananya Perintah Kawalan Pergerakan sekarang, syarikat-syarikat sebenarnya dibenarkan untuk mengurangkan (pay-cuts) gaji pekerja mereka. Dalam garis panduan dari Kementerian Sumber Manusia, ada diterangkan macam mana syarikat boleh melaksanakan perkara ini secara sementara. 

Dalam masa sama, kementerian juga keluarkan Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja yang memerlukan majikan menyerahkan Borang Pemberhentian kepada Kementerian dalam tempoh 30 hari sebelum mengambil tindakan mengurangkan gaji pekerja. Borang tu boleh didapati di mana-mana pejabat buruh atau di laman web rasmi Kementerian.

Tapi ambil perhatian: Tindakan ini hanya boleh dibuat kalau syarikat menghadapi kerugian kewangan akibat pandemik semasa.

[BACA LAGI: Can Malaysian companies force you to take annual leave?]

 

2. Syarikat boleh kurangkan masa bekerja

Imej dari Giphy.

Kalau mengurangkan gaji pekerja tak dipilih oleh majikan, syarikat boleh mempertimbangkan tindakan untuk mengurangkan waktu bekerja harian. Seperti mana yang dinyatakan dalam bahagian 20, Tatacara Keharmonian Perusahaan, syarikat/majikan boleh mempertimbangkan untuk menghadkan waktu atau hari bekerja

Antara yang disenaraikan. Imej dari PCIDR2020.

Jadinya, kalau syarikat tak nak kurangkan gaji dan nak lindungi hak mereka, syarikat bolehlah pertimbang untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang ada dalam garis panduan ni. 

 

3. Majikan mesti cuba dan carikan pekerja kerja gantian

Imej dari WiffleGif.

Dalam garis panduan ni, ada juga disebutkan tentang syarikat boleh melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off) semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Kementerian Sumber Manusia merujuk perkara ni kepada Tatacara Keharmonian Perusahaan, yang membenarkan penutupan sementara. 

Bagaimanapun, majikan mesti memastikan yang pekerja-pekerja mereka dibayar seperti biasa dan patut menyediakan bantuan untuk mencarikan pekerja itu pekerjaan sementara. Majikan juga dikehendaki mengisi Borang Pemberhentian kepada kementerian dalam tempoh 30 hari sebelum pemberhentian kerja sementara tu dilaksanakan kepada para pekerja

Kalau majikan gagal mengikuti garis panduan itu, mereka boleh berhadapan dengan penalti. 

 

Majikan akan kena denda kalau tak ikut garis panduan

Imej dari The Sentral.

Mana-mana majikan yang gagal mematuhi Garis Panduan Kementerian Sumber Manusia, mereka boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap kesalahan. Kementerian juga akan tubuhkan jawatankuasa pemantauan untuk memastikan setiap garis panduan dipatuhi majikan. 

Selain itu, jawatankuasa pemantauan ni juga akan memastikan nasib pekerja terbela dan merekodkan sebarang maklumat mengenai pemberhentian pekerja di seluruh negara.

Dan kalau korang rasa majikan korang tu tak ikut apa yang dinyatakan dalam garis panduan masa pandemik ni, korang bolehlah buat aduan kepada Kementerian Sumber Manusia melalui talian hotline: +03-88865192

[BACA LAGI: If your boss refuses to pay you in Malaysia, what can you do?]

Tags:
hak pekerja
hak majikan
perintah kawalan pergerakan
kementerian sumber manusia
‘perkhidmatan penting
peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020
tatacara keharmonian perusahaan

66

Shares

A+

A-