Asklegal
Home banner db7fb403 df23 4ba6 a308 241652a95ca6

Criminal

Dari segi undang-undang, "pencuri" Low Yat didapati tidak bersalah kerana...

almost 6 years ago Clarence Kuna

388

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Artikel ini diterjemah dari Bahasa Inggeris. For the English version, click here

 

Pasti ramai di antara kita yang arif tentang kes “Pencuri Telefon Low Yat”, tetapi bagi yang terperangkap di bawah tempurung ketika itu, kisahnya begini:

Pada 11 July 2015, Shahrul Anuar Abdul Aziz yang berumur 22 tahun ketika itu, melawat Techasia Boutique di Plaza Low Yat bersama seorang rakan bagi tujuan memantau telefon pintar. Jurujual di Techasia Boutique kemudiannya mengesyorkan telefon pintar Lenovo kepada Shahrul. Apabila jurujual berpaling badan untuk mendapatkan hadiah percuma yang disertakan dengan pembelian telefon tersebut, Shahrul dikatakan mengambil telefon tersebut lalu melarikan diri ke arah escalator. Ketika dia dikejar, Shahrul terjatuh semasa menuruni eskalator dan ditangkap oleh pekerja kiosk OPPO di tingkat bawah.

Kemudian, pada 1 Mac 2018, Mahkamah Rayuan mengugurkan kes dan membebaskan (discharged and acquitted) Shahrul atas sebab teknikal. Pendek kata, Mahkamah Rayuan membebaskan Shahrul. 

Selain dari hal-hal berkaitan yang terjadi akibat dari kecurian ini – seperti rusuhan kecil sejurus selepas Shahrul ditahan – persoalan yang dibincangkan dalam artikel ini adalah bagaimana dan kenapa mahkamah membebaskan Shahrul. Apa yang menarik di sini adalah dia dibebaskan atas sebab teknikal selepas dia asalnya didapati bersalah dalam makhamah. Mari kita lihat….

 

Mahkamah yang mendapatinya bersalah

Imej dari tenor.com

Di dalam semua perbicaraan jenayah, pihak pendakwa akan mengemukakan hujah mereka terdahulu (bagi membuktikan bahawa tertuduh bersalah) diikuti pula dengan pihak pembela (bagi membuktikan bahawa tertuduh tidak bersalah).

Selepas pihak pendakwa mengemukakan bukti mereka, hakim (Magistret) mengarah Shahrul untuk membela dirinya kerana beliau yakin bahawa pihak pendakwa telah menubuhkan kes prima facie terhadap Shahrul. Prima facie bermakna “atas kemunculan pertama” (“On the face of it”) di mana, pada pemeriksaan pertama, ia cukup untuk Shahrul disabit bersalah.

Hakim kemudiannya menerangkan bahawa selepas hujah pihak pendakwa dipertimbangkan, beliau yakin yang Shahrul bersalah, dan jika Shahrul berdiam diri tanpa membela dirinya, maka beliau boleh menyabitkan Shahrul dengan segera.

“Oleh yang demikian, di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksimum ke atas kes pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan dan wujud keterangan yang sewajarnya (reasonable reasons) Tertuduh untuk menyangkalnya. Seandainya Tertuduh bertindak berdiam diri, maka Mahkamah boleh terus mensabitkan Tertuduh dan menjatuhkan hukuman seperti peruntukan kesalahan pertuduhan.” - Magistrate Nur Aminahtul Mardiah Binti Md Nor, Magistrates Court Kuala Lumpur

Di akhir perbicaraan, hakim mendapati Shahrul gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwa dan oleh kerana itu dia didapati bersalah. Hakim kemudian menyabitkan dia bersalah dan menjatuhkan hukuman 4 bulan penjara dan denda RM1,000 ke atasnya.

Shahrul kemudian mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi atas sebab Majistret melakukan salah arah undang-undang tetapi Mahkamah Tinggi menolak rayuan tersebut. Kita tidak akan berbincang perihal rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi yang penting di sini, Shahrul kemudiannya merayu kesnya ke Mahkamah Rayuan.

 

Mahkamah yang membebaskannya

Image result for low yat phone thief
Gambar Shahrul dengan peguamnya. Imej dari forum.lowyat.net

Pada 1 Mac 2018, Mahkamah Rayuan membuat keputusan untuk membebaskan Shahrul.

TETAPI jika hakim yang terdahulu mendapati dia bersalah, kenapa dia dibebaskan?

Ini adalah kerana Mahkamah Rayuan mendapati bahawa hakim yang mendapati dia bersalah telah melakukan satu salah arah (misdirectionundang-undang serius yang menyebabkan kesalah laksanaan keadilan (miscarriage of justice) – yang akan diterangkan kemudian.

Rata-rata banyak rakyat jelata terkejut dengan keputusan ini kerana mereka menjangkakan bahawa dia akan dihukum kerana tindakannya telah mengakibatkan rusuhan Low Yat – akan tetapi kita perlu maklum bahawa Shahrul tidak terbabit dalam rusuhan tersebut; dia berada dalam tahanan polis ketika rusuhan ini berlaku.

Jadi timbul persoalan seperti: apakah sebab teknikal? Mampukah mahkamah membebaskan seseorang atas sebab ini walaupun dia bersalah? Bagi menjawab soalan ini, mari kita lihat maksud di sebalik “salah arah undang-undang”.

 

Kenapa dia dibebaskan?

Salah arah undang-undang secara literal bermaksud “salah arah”. Ini berlaku apabila hakim memberikan “arahan yang salah” semasa perbicaraan kes. Ia seperti memandu menggunakan GPS, kalau GPS memberikan “salah arah” anda akan pergi ke tempat yang salah.

Dalam kes Low Yat ini, salah arah yang didakwa berlaku oleh Shahrul dan peguamnya adalah di mana keputusan Majistret sepertimana dipetik di atas, Di bawah adalah sebahagian dari petikan yang lebih jelas.

“...Mahkamah ini memutuskan bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan dan wujud keterangan yang sewajarnya (reasonable reasons) Tertuduh untuk menyangkalnya...” - Magistrate Nur Aminahtul Mardiah Binti Md Nor, Magistrates Court Kuala Lumpur

Kesimpulannya, menurut Shahrul dan peguamnya, salah arah berlaku apabila majistret mendapati Shahrul bersalah selepas pihak pendakwa mengemukakan hujah mereka dan sebelum Shahrul sempat membela dirinya.

Kenapa hakim tidak boleh menyabitkan Shahrul bersalah selepas pihak pendakwa mengemukakan hujah mereka?

Ini ada kaitan dengan satu istilah yang kerap kita dengan di rancangan TV barat, “guilty beyond reasonable doubt”, iaitu “bersalah melampaui keraguan yang munasabah”. Istilah ini juga berkaitan dengan “standard of proof” dalam kes jenayah. Pada dasarnya, dalam kes jenayah, seseorang boleh didapati bersalah JIKA dia didapati bersalah melampaui keraguan munasabah. Satu lagi fakta menarik adalah dalam kes Balachandran v PP, amat jelas bahawa bersalah melampaui keraguan munasabah boleh berlaku di mana-mana senario di bawah:

  1. Di penghujung perbicaraan, selepas pihak pendakwa dan pihak pembela telah mengemukakan hujah mereka dan semua bukti telah dipertimbangkan
  2. Di penghujung hujah pihak pendakwa (boleh dirujuk sebagai titik tengah perbicaraan); apabila hakim mendapati bahawa satu kes prima facie telah ditubuhkan dan tertuduh berdiam diri (memilih untuk tidak membela dirinya)

Jika kita ingin mengkaji bagaimana seseorang itu bersalah melampaui keraguan munasabah dengan adanya kes prima facie, kita boleh lihat garis panduan yang diberi oleh hakim dalam kes Pendakwa Raya v Mohd Radzi bin Abdul Bakar. Garis panduan ini menyatakan bahawa di penghujung hujah pendakwa raya, hakim perlu memutuskan jika beliau ingin menyabit si tertuduh jika si tertuduh membuat keputusan untuk mendiamkan diri apabila disuruh untuk membela dirinya. Jika ya, maka kes prima facie telah ditubuhkan.

Mahkamah Rayuan telah mendapati bahawa salah arah undang-undang berlaku apabila hakim Majistret mendapati bahawa Shahrul bersalah sebelum dia sempat membela dirinya.

Ini bercanggah dengan undang-undang dan oleh sebab itu, Mahkamah Rayuan membuat keputusan untuk membebaskan Shahrul atas sebab teknikal.

 

Apa akan terjadi selepas dia dibebaskan?

Garis masa kes ini. Klik di sini untuk besarkan imej.

Jika ada salah arah undang-undang berlaku, mahkamah boleh mengarahkan kes dibicara semula. Ini berikutan dengan seksyen 60 Akta Mahkamah Kehakiman 1964:

“…boleh memerintahkan perbicaraan semula atau boleh menghantar balik perkara itu bersama-sama pendapat Mahkamah Rayuan mengenainya kepada mahkamah perbicaraan…”

Akan tetapi, setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan untuk mengugurkan kes dan membebaskan Shahrul, kes ini tidak boleh dibicara semula. Selain itu, menurut prinsip double jeopardy, Shahrul tidak boleh didakwa atas kesalahan yang sama kerana dia telahpun dibebaskan dari tuduhan. Dalam erti kata yang lain, keputusan muktamad telah dibuat dan kes ini kini telah ditutup.

Sepertimana di dalam kes Abou Sylla v PP, mahkamah biasanya akan mengugurkan sabitan jika terdapat salah arah undang-undang. Hanya kes-kes luar biasa yang boleh disabitkan walaupun terdapat salah arah undang-undang.

Pada kebiasaannya, rakyat Malaysia akan menunjukkan rasa tidak puas hati mereka apabila pesalah dibebaskan walaupun – pada permukaannya – terdapat bukti sahih yang menunjukkan dia bersalah. Tetapi perlu kita tahu yang dalam undang-undang, ada tatacara yang perlu diikuti untuk memastikan bahawa tertuduh diberi perbicaraan yang adil. Jika tatacara ini tidak dipatuhi atau jika terdapat salah arah undang-undang, maka tertuduh boleh dibebaskan walaupun ada bukti yang kukuh.

[Bacaan lanjut: Some Malaysians are released after getting arrested for a crime. Here’s why]

Tags:
pencuri low yat
rusuhan low yat
mara digital
kes prima facie
Abb3569d 1a37 409d ae68 577ef094832e
Clarence Kuna

clarencekuna@gmail.com


388

Shares

A+

A-