Asklegal
Home banner e1dfcdf6 0ddf 401b a2c5 3a61782c4d45

Civil

Peguam ni tipu masyarakat Orang Asli, sampai boleh beli 57 buah pangsapuri

Not published yet ago Azar Ishak

1

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for the English version]

Bayangkan situasi ni, korang seorang jutawan dan dalam masa sama – korang dijanjikan yang duit korang akan disimpan dalam amanah (trust) dan korang nanti boleh hidup dengan menerima faedah yang diterima. Nampaknya, cara tu masih lagi boleh diterima sebab tak ada mana-mana pihak yang disalahgunakan dan nak-nak lagi bila korang tak akan hilang duit korang tu. 

Tapi, macam mana pula kalau orang yang diberikan tanggungjawab menguruskan duit tu tak menjalankan tugasnya seperti yang dijanjikan. Bukan je tak amanah, dia siap beli banyak pangsapuri dengan guna duit korang tu!

Inilah senario yang dihadapi oleh sekumpulan Orang Asli, suku Jakun di Johor. Apa yang jadi adalah, peguam mereka dah salah guna duit amanah mereka dengan beli 57 buah pangsapuri! Tapi syukurlah selepas 11 tahun lamanya kes ni berjalan, mereka akhirnya menang kes terhadap peguam tersebut

Namun begitu, kes tersebut bukannya bermula sejak 11 tahun lalu, sebaliknya…

 

Ia bermula dari keputusan penting pada tahun 1990-an

Empangan Linggiu, Johor. Imej dari The Straits Times.

Pada tahun 1990-an dulu, tanah yang diduduki oleh satu komuniti Orang Asli yang tinggal di Lembah Linggui dah diambil oleh kerajaan negeri Johor. Tanah yang berada di sekitar kawasan tadahan air Sungai Linggiu tu seterusnya digunakan untuk pembangunan empangan bagi membekalkan air ke Singapura. 

Perkara yang jadi ni biasa berlaku, sebab kerajaan negeri memang ada hak untuk ambil tanah dalam negeri masing-masing. Tapi, cara pengambilan tu ada la prosedurnya – macam ia hanya boleh dilakukan jika pengambilan tanah untuk projek awam saja. Dalam masa sama, kerajaan juga kena bagi pampasan ke atas tanah yang diambil tu. 

[BACA LAGI: Dengan 3 syarat ni, kerajaan Malaysia boleh ambil tanah dan hartanah anda secara sah]

Malangnya, komunti Orang Asli ni tak terima sebarang pampasan dari pengambilan tanah tu. Lebih membimbangkan, tanah yang diambil tu juga selama ni menjadi tempat mereka bercucuk tanam dan kesannya mereka kehilangan punca rezeki. 

Orang tengah, Hamzah Mohd Tahir kemudiannya memperkenalkan seorang peguam kepada Tok Batin, yang bersetuju nak tolong mereka tuntut pampasan daripada kerajaan. Peguam tu adalah S Kanawagi dari firma undang-undang Khana & Co. Pada tahun 1995, mereka pun memfailkan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi Johor terhadap kerajaan negeri, mewakili komuniti Orang Asli berkenaan. 

Tuntutan mereka, Adong Bin Kuwau & Ors lwn Kerajaan Negeri Johor & Anor [1997] 1 MLJ adalah keputusan penting bagi kes ni. Berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960, kerajaan mesti memberikan pampasan yang sama dengan nilai pasaran. Tapi, mahkamah kemudiannya buat keputusan menganugerahkan 52 plaintif dengan jumlah pampasan sebanyak RM26.5 juta, iaitu dua kali ganda dari nilai pasaran tanah berkenaan. Malah, mereka juga diberikan faedah terkumpul tambahan sebanyak RM12 juta (dari Nov 1994 - Mei 2000). Keputusan ni membuatkan jumlah keseluruhan yang dibayar kepada penduduk Orang Asli tersebut sebanyak RM38.5 juta

Hakim kemudiannya menjelaskan kenapa beliau memberikan keputusan dua kali ganda dari nilai biasa. Beliau berpendapat dalam kes biasa, tanah tersebut akan dibayar dengan harga pasaran kerana... 

"...akan melibatkan pelucutan penggunaan tanah bagi seseorang kerana tidak ada keterikatan khusus dengan tanah dan di mana dia tidak bergantung pada tanah itu sebagai mata pencariannya..."

Pada asasnya, hakim mengatakan yang kebanyakan orang tak terikat dengan tanah yang diambil atau bergantung kepadanya untuk kehidupan. Jadi untuk kes ni, beliau mempertimbangkan perkara-perkara lain bila memberikan pampasan kepada komuniti Orang Asli tersebut:

  • tanah warisan Orang Asli itu telah diambil
  • hak kebebasan mereka untuk hidup dan tinggal di tanah itu telah diambil
  • mata pencarian mereka telah diambil
  • mata pencarian untuk generasi akan datang juga telah diambil

Walaupun menang dalam kes ni, keadaan nampaknya menjadi lebih parah sebab…

 

Masyarakat Orang Asli ditipu oleh peguam mereka

S. Kanawagi dan anaknya, K. Dinesh. Imej dari COAC.

Dari jumlah sebanyak RM38.5 juta tu, RM22 juta dah diletakkan di bawah Dana Tabung Amanah Lembah Linggiu. Untuk dana amanah tu, RM900 akan dibayar setiap bulan kepada Orang Asli. Peguam mereka, S Kanawagi dan dua orang Tok Batin adalah orang yang diberikan tanggungjawab menguruskan dana berkenaan. Bakinya yang bernilai RM16.5 juta pula akan diserahkan kepada firma guaman yang mewakili mereka. Firma itu juga akan memotong semua perbelanjaan undang-undang yang dipersetujui sebanyak RM500,000, kemudian mengembalikan selebihnya kepada Orang Asli.

Tapi, 9 bulan lepas tu – masyarakat Orang Asli hanya dapat bayaran sebanyak RM2,500 dan RM100 sebulan untuk 9 bulan. Lepas mereka buat aduan kepada peguam tu, barulah mereka dapat bayaran yang dijanjikan sebanyak RM900. 

Namun, masih ada lagi persoalan tentang lebihan sebanyak RM16 juta yang ditolak dengan yuran guaman yang tak pernah sampai ke tangan mereka. Rupa-rupanya, Orang Asli tak tahu dengan perincian pasal keputusan mahkamah. Mereka tak tahu yang S Kanawagi diberikan wang untuk menampung yuran guaman, dan dia kena kembalikan baki kepada mereka.

Mereka hanya tahu tentang hal tu 4 tahun kemudian pada 2004, bila wakil dari Pusat Prihatinan Orang Asli (COAC) dah pergi ke kampung mereka dan terangkan penghakiman penuh tu kepada mereka. 

Mereka kemudian ada cuba berbincang dengan peguam tu tentang masalah ni dan buat laporan polis. Tapi, wang yang hilang tu tak pernah dipulangkan dan peguam tu juga tak bagi penjelasan tentang apa yang dah jadi. Lima tahun kemudian pada 2009, mereka pun buka kes untuk dapatkan balik wang tu daripada S Kanawagi.

 

Peguam tu beli 57 buah pangsapuri dengan menggunakan wang tabung amanah

Imej dari Giphy

Kes ni bermula pada tahun 2009 di Johor Bahru dan penghakiman pertama hanya diberikan pada 2016 di Mahkamah Tinggi Ipoh, disebabkan hakim yang mengendalikan kes tu ditukarkan ke sana. Ia juga melibatkan satu rayuan dan satu rayuan yang gagal dari defendan, sebelum penghakiman akhir diberikan.

Penghakiman pertama – Keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru/Ipoh

Bila adanya siasatan terhadap salah guna wang ni, barulah mereka tahu apa yang jadi dengan RM16.5 juta tu. Firma guaman Khana & Co dah membayar mereka sendiri sebanyak RM16.5 juta sebagai yuran guaman, termasuklah dua lagi peguam dan konsultan asing. Duit tu diambil dari tabung dana amanah oleh S Kanawagi sendiri. Dia kemudiannya menggunakan wang itu untuk membeli 27 buat pangsapuri yang bernilai RM20.7 juta. Pangsapuri-pangsapuri ni kemudiannya disewakan dan dengan hasil sewaan tu, dia beli lagi 30 buah pangsapuri

Pada 2016 di Mahkamah Tinggi Ipoh, keputusan dah dibuat bahawa S Kanawagi telah menyalahgunakan wang tabung amanah Orang Asli. Dia didapati bertanggungjawab bersama anaknya, K Dinesh, dua orang Tok Batin dan firma guaman Khana & Co. Mereka diperintahkan untuk membayar RM37 juta kepada masyarakat Orang Asli yang ditipu. 57 pangsapuri yang dia beli tu pun kena diserahkan kepada Tabung Amanah Lembah Linggiu

Mahkamah Rayuan 

S Kanawagi dan defenden yang lain kemudiannya membuat rayuan terhadap keputusan yang diberikan. Dalam perbicaraan di mahkamah – S Kanawagi diwakili oleh hampir 20 orang peguam, berbanding hanya 7 orang peguam di pihak Orang Asli.

Tapi jumlah tu bukanlah penghalang dan pada 2019 – Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tak menyebelahi S Kanawagi. Mahkamah memutuskan yang dia dan defendan lain bertanggungjawab kerana menyalahgunakan dana. Bagaimanapun, tak seperti penghakiman sebelumnya – mahkamah juga memutuskan yang bayaran tu tak sepatutnya sebanyak RM37 juta. 

Jumlah yang harus dikembalikan tu kena diaudit dan dikira terlebih dulu, dan barulah ia akan dikembalikan kepada Orang Asli.

Penghakiman akhir – Mahkamah Persekutuan 

Sekali lagi, S Kanawagi dan defenden yang lain membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah dan kali ni dalam pendengaran di Mahkamah Persekutuan. Akan tetapi, Mahkamah Persekutuan memutuskan yang rayuan S Kanawagi tak cukup merit untuk didengar. Ini bermakna, tak ada apa-apa kesilapan dalam keputusan mahkamah sebelum itu. 

Jadinya, selepas 11 tahun kes ni berjalan – pada Ogos 2020, mahkamah memutuskan keputusan akhir iaitu defenden didapati bersalah kerana menyalahgunakan tabung amanah Orang Asli dan diperintahkan membayar penghakiman sebanyak RM32 juta dan 57 pangsapuri itu diserahkan kepada Tabung Amanah Lembah Linggiu.

 

Orang Asli menang dan dapat balik wang mereka

Setelah lama menanti, akhirnya mereka berjaya menuntut hak mereka. Imej dari COAC

Sejak 2019, tabung amanah Orang Asli itu dah diuruskan oleh RHB Trustees. Pada tahun lepas, masyarakat Orang Asli yang terlibat dah dibayar RM3,000 dan sumbangan bulanan mereka meningkat dari RM900 ke RM1,200.

Peguam G Ragumaren yang mewakili Orang Asli berkata – mereka sekarang mengambil langkah untuk mendapatkan kembali jumlah penghakiman dan juga 57 pangsapuri tersebut. Hartanah itu kini bernilai antara RM15 - RM 20 juta.

Dalam masa lima tahun, tempoh amanah itu akan tamat. Bila ia berlaku, wang itu akan diagihkan sepenuhnya kepada Orang Asli dan diharapkan tak ada lagi dana yang hilang bertukar menjadi pangsapuri.

Manakala peguam S Kanawagi pula sekarang ni dah dilarang menjadi pengamal undang-undang. 

Tags:
pecah amanah
orang asli
saman peguam
peguam tipu
peguam tipu orang asli
orang asli lembah linggiu
empangan linggiu
pusat prihatinan orang asli (coac)

1

Shares

A+

A-