Asklegal
Home banner 81023d5e 3d74 463e ae86 e24d1fadf8a0

General

Boleh ke kita saman kerajaan, sebab tak tunaikan manifesto pilihan raya?

about 5 years ago Azar Ishak

43

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Bila ada je pilihan raya, setiap parti politik (atau gabungan) selalunya akan buat manifesto iaitu senarai perkara yang diorang nak buat kalau diorang dipilih. Kalau korang tak pernah nampak manifesto pilihan raya sebelum ni, ni dia rujukan manifesto Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada PRU-14 lepas.

Lepas Dr Mahathir buat ucapan pada Ogos 2018, ia menunjukkan yang kerajaan cuma capai 21 dari 60 janji manisfesto diorang dalam tempoh 100 hari (baca ucapan penuh di sini). Ramai orang yang nampak perkembangan ni sebagai kegagalan kerajaan melaksanakan janji dan sekaligus kerajaan telah memungkiri manifesto diorang. Walaupun ada perdebatan sama ada janji tu memang dah dilanggar atau dalam progres, tapi ada juga keadaan yang mana masyarakat sendiri minta supaya kerajaan langgar janji manifesto. Contohnya, bila diorang buat petisyen supaya Dr Mahathir ambil portfolio Menteri Pendidikan

Hakikatnya, semua orang tak dapat terima bila janji-janji manifesto tak ditunaikan, terutamanya bila janji-janji tu jadi antara sebab utama kenapa kita undi diorang ni. Jadi persoalannya sekarang, adakah kerajaan terikat secara undang-undang untuk ikut manifesto lepas diorang dipilih?

[BACA LAGI - How do you sue the government if they make a mistake?]

 

Jawapan ringkas: Tidak, manifesto tak terikat secara undang-undang 

Imej dari The Star.

Walaupun kita dah terbiasa dengan masyarakat yang anggap manifesto sebagai ‘janji’, ia sebenarnya lebih kepada kenyataan niat – sebab di sana tak ada sebarang kontrak antara parti politik dan masyarakat. Secara asasnya, kontrak terjadi apabila:

  1. Seseorang berjanji sesuatu dengan kepada orang lain.
  2. Orang lain itu menerima dan menawarkan janji lain sebagai balasan.
  3. Ia tidak boleh melibatkan hal-hal yang menyalahi undang-undang, dan mesti dikuatkuasakan dalam undang-undang.

Perkara yang tak boleh dikuatkuasakan termasuk perkara yang terkandung dalam Seksyen 25-31 Akta Kontrak 1950, contohnya, terma dalam kontrak pekerjaan yang menyatakan bahawa seseorang tu tak boleh menyertai pihak pesaing selepas meninggalkan syarikat untuk jangka waktu tertentu.

[BACA LAGI- Can Malaysian employers stop their ex-staff from joining a competitor?

Tanpa perjanjian bersama yang disampaikan kepada kedua-dua belah pihak, dan niat untuk kedua-dua belah pihak terikat dengan undang-undang, di sana tak ada sebarang kontrak. Jadi, korang sebenarnya tak boleh saman kerajaan sebab tak tunaikan janji manifesto.

Manifesto biasanya hanya diumumkan oleh parti politik - tidak ada upacara di mana penyokong akan datang untuk menandatanganinya dan berikrar akan mengundi diorang. Oleh itu, tanpa mendapatkan komplikasi undang-undang kontrak di sini, korang boleh anggap yang manifesto sebagai kewajipan moral sahaja. Ia mungkin buat korang kecewa, bila tahu yang ia cuma rancangan parti politik, yang mungkin akan berubah dari masa ke semasa kerana sebab tertentu

Jadi, ada ke jalan nak paksa kerajaan tunaikan janji diorang?

Imej dari The Star.

Jawapannya sekali lagi tak boleh. Sebenarnya sebelum ni, ada je orang yang pernah cuba nak saman kerajaan sebab tak tunaikan janji manifesto, tapi kalah. Jadi di sini, kitorang ceritakan serba sedikit pasal kes tu, dan kenapa keputusannya macam tu.

Salah satu kes yang ada kaitan dengan perkara ni adalah kes Kerajaan Negeri Selangor & Lain v Murtini bt Kasman & Lain-Lain (tak ada dalam online untuk tatapan umum). Ceritanya bermula bila beberapa orang wanita dari Persatuan Ibu Tunggal Selangor dah ambil keputusan untuk saman Kerajaan Negeri Selangor pada 2012.

Diorang buat macam tu sebab Pakatan Rakyat masa tu tak tunaikan janji manifesto diorang pada 2008 untuk beri elaun bulanan kepada setiap ibu tunggul di Selangor. Tuntutan diorang ni didasarkan pada "jangkaan yang sah" atau “legitimate expectation” bahawa diorang akan terima elaun daripada kerajaan negeri kerana manifesto tu.

Tapi lepas tu, mahkamah berpandangan yang kerajaan tak terikat secara sah untuk ikut manifesto 100%, kerana:

  1. Manifesto tu dijanjikan oleh parti politik sebelum diorang dipilih untuk tarik sokongan, yang mana berbeza dari janji-janji formal atau kenyataan yang dilakukan oleh kerajaan.
  2. Parti politik dan kerajaaan adalah dua badan yang berasingan.

Kalau korang rasa tak masuk akal yang parti politik tak sama dengan kerajaan, korang sebenarnya tak berseorangan. Kerajaan tak wujud sampai masa diorang dibentuk selepas pilihanraya, dan sementara parti politik membuat janji, diorang hanya dapat kuasa untuk penuhi janji-janji tu bila  diorang menjadi pemerintah.

[BACA LAGI - Who runs Malaysia after Parliament is dissolved for an election?]

Pada masa tu, ahli-ahli kerajaan tak akan 100% datang dari parti politik yang mula-mula merancang untuk bekerjasama; ahli-ahli ni akan berbeza, gabungan dan pakatan terbentuk mungkin juga boleh berpecah. Jadinya, agak mustahil untuk kerajaan yang dibentuk akan bersetuju dengan setiap janji manifesto. 

Dan tu belum lagi  kita pertimbangkan keadaan ekonomi, nilai-nilai sosial, dan pandangan awam yang semuanya boleh berubah pada setiap masa janji akan dilaksanakan, dan maklumat baru yang mungkin akan muncul. Sebagai contoh, kalau korang sebagai kerajaan tiba-tiba dapat tahu negara ada hutang bertimbun, korang mungkin kena timbang semula peruntukan belanjawan yang korang dah janjikan, sebabnya korang tak ada lagi duit sebanyak yang mana korang fikir boleh belanjakan.

 

Tak ada yang sokong setiap janji yang dibuat oleh parti politik

Imej dari memegenerator.net.

Hakim dalam kes Kerajaan Negeri Selangor tadi merujuk kepada satu kes Inggeris –  Bromley London Borough Council v Greater London Council and anotherHakim Inggeris dalam kes berkenaan, membuat keputusan yang manifesto tak sepatutnya diikut sampai macam kitab suci. Bila sesuatu parti tu dapat kuasa, diorang patut mempertimbangkan janji-janji diorang berdasarkan merit sekali lagi, sama ada ia praktikal dan adil untuk dilaksanakan, dan sama ada akan ada kelemahan besar dengan berbuat demikian.

Mengikut contoh yang ada dalam kes tu, ia boleh menjadi idea yang tak baik untuk menyediakan subsidi pengangkutan seperti yang dijanjikan dalam manifesto, kalau kerajaan pula terpaksa menaikkan cukai untuk membiayai subsidi.

Perkara lain yang berbangkit adalah, rakyat mengundi parti secara keseluruhan dan bukannya keseluruhan manifesto. Korang mungkin ada tak bersetuju dengan satu dua janji manifesto, tapi tetap menyokong parti berkenaan. Korang mungkin terpengaruh dengan beberapa janji, tapi orang lain juga terpengaruh dengan beberapa janji yang lain. Sesetengah orang pula, mungkin tak terpengaruh sama sekali. 

 

Apa yang rakyat Malaysia boleh buat dengan janji yang tak tertunai ni?

Hurmm, korang sentiasa boleh hubungi Ahli Parlimen korang atau undi parti lain dalam pilihan raya akan datang. Tapi kalau undi parti lain pun masalahnya tetap sama, tak ada jaminan yang diorang akan tunai janji. Lebih-lebih lagi kalau korang tak ada banyak pilihan nak pilih mana yang lebih baik. 

Imej dari memegenerator.net.

 

Tags:
kontrak
saman kerajaan
janji manifesto
tak tunai janji
saman kerajaan negeri

43

Shares

A+

A-