Industrial,Employment
Kerap panggil setiausaha 'sayang', bos di Sarawak ni kena pecat
over 4 years ago Azar Ishak[Click here for the English version]
Boleh ke kita dipecat sebab panggil rakan sekerja ‘sayang’? Ada je yang cuma nak bergurau di tempat kerja, lebih-lebih lagi dalam ofis yang selalunya ceria je. Dan semua orang pun rasa tak kisah dan ketawa dengan gurauan tu.
Tapi, macam mana pula kalau orang yang dipanggil sayang tu sebenarnya tak suka dan korang pula pulak buat tak kisah dah tetap panggilnya sayang? Kalau jadi macam tu, ia sebenarnya dah jatuh dalam kategori gangguan seksual. Sebabnya, apa yang kami dapat dari kes-kes mahkamah, gangguan seksual ni bukan je terhad pada sentuhan semata-mata.
Banyak kali dipanggil ‘sayang’
Dalam kes ni, ia berlaku antara seorang bos dengan setiausahanya. Mungkin kita boleh mula dengan bosnya dulu. Logan adalah Superitenden Pembinaan, yang bekerja dengan Murphy Sarawak Oil. Dia dah bekerja dengan syarikat tu selama empat tahun. Bila kontraknya diperbaharui pada 2 Februari 2015, dia dah ditugaskan kepada kontraktor syarikatnya, Brooke Dockyard, di Kuching.
Di sana, dia dapat seorang setiausaha, ‘RR’ (bukan nama sebenar). Boleh kata, dia tak ambil masa yang lama untuk ‘terlalu’ selesa dengan setiausahanya tu. Pada minggu-minggu awal lagi, Logan dah panggil RR ni ‘sayang’, walaupun RR cakap jangan panggilnya macam tu. Dia juga ada bagi mesej pada RR, macam ucap selamat pagi, termasuklah kata-kata dan gambar-gambar yang tak sesuai. Dalam dua mesej WhatsApp-nya pada 12 Februari, dia kata:
“Sayang, tolong datang awal ke pejabat” – Logan
Dan juga:
“Terima kasih sayang. Selamat memandu. Saya tunggu nak tengok wajah senyuman sayang saya.” – Logan
Benda ni bukan saja dibuat dalam perbualan peribadi. Masa mesyuarat dengan pekerja-pekerja lain pada awal Mac, dia ada umumkan RR yang duduk di sebelahnya sebagai sayangnya. RR rasa terganggu dan tak selesa dengan perkara tu, lebih-lebih lagi bila pekerja-pekerja lain mula usiknya dengan kata-kata Logan tu. Dalam mesyuarat sebulan lepas tu, Logan buat hal lagi bila beritahu pekerja-pekerja lain supaya jangan kacau RR, sebab kalau mereka buat macam tu – dia akan marah dan rasa cemburu.
Dan keadaan semakin tak terkawal, bila...
Dia buat lebih daripada panggilnya sayang
Pada Februari, Logan mula buat banyak sentuhan. Sebelum pergi ke majlis First Steel Cutting, Logan ada minta supaya diambil gambarnya dengan RR. Masa bergambar tu, Logan letak tangannya di badan RR. Bila RR nak mengelak, Logan menepisnya dengan kata setiausaha sebelumnya selalu suka dipeluk.
Dia juga nak mereka ‘salam’ setiap pagi. Tapi salam tu bukannya profesional sangat, sebab Logan nanti akan tetap pegang tangan RR dengan lama. Ada sekali, dia kata tangan RR kasar dan dia akan akan belikan losyen untuk buatnya lembut.
Logan juga jadi pemurah sangat bila belikan RR hadiah macam minyak wangi dan losyen tangan (nak buatkan tangannya lembut), tapi ditolak oleh RR pada mulanya. Untuk kali seterusnya, RR tetap tak nak terima hadiah yang diberikan. Minyak wangi tu Logan bagi bila dia tetap nak RR ambilnya di lapangan terbang, walaupun ada pemandu. Bila ditolak, dia tinggalkan minyak wangi tu atas dashboard kereta. Hadiah ni mula nampak romantik bila dia bagi RR bunga masa Hari Kekasih.
Seterusnya pada Mac, syarikat ada anjurkan makan malam team building. Sebelum pergi ke sana, Logan ada minta RR supaya ikutnya beli pakaian. Tapi pakaian tu bukan untuknya, sebaliknya baju baru untuk RR pakai masa makan malam tu nanti, sebab dia nak RR jadi orang yang paling cantik di sana. RR cuba tolak, tapi Logan guna pangkat dengan kata – dia bos dan RR kena ikut arahannya.
RR berhenti dari syarikat
Kalau korang dah baca dari awal, mesti korang perasan yang perkara-perkara ni jadi dari bulan Februari dan Mac 2015. Sebenarnya, ada sebab kenapa tempoh tu singkat: kerana memang dua bulan tu je RR sanggup bekerja dengan Logan sebelum dia ambil keputusan untuk berhenti kerja.
Pada 30 Mac, mereka ada majlis makan malam team building di Damai Beach Resort. Logan tak dapat cari bilik hotelnya, dan bila dapat, ia bukan bilik yang dia nak. Disebabkan marah, dia hubungi RR dan tengkingnya dalam telefon. Dia lepas tu minta RR jumpanya di lobi hotel. Di sana, dia terus mengejek, dengan kata RR layannya macam anjing di depan kontraktor.
Disebabkan hal tu, RR dah tak dapat tahan lagi. Esoknya, dia terus keluar dari mesyuarat team building. Hari seterusnya, dia hantar peletakkan jawatan kepada Logan melalui mesej. RR hanya hantar surat peletakkan jawatan rasminya kepada syarikat seminggu lepas tu. Dia beritahu mereka yang dia tak mampu hantar surat tu lebih awal sebab dia trauma dengan gangguan seksual yang dia hadapi. Bila ditanya kenapa dia tak buat aduan lebih awal, RR kata ini kerana Logan adalah orang atasannya, dan dia takut akan kehilangan kerja atau Logan mintanya letak jawatan.
Syarikat utama, Murphy Oil lepas tu bertindak pantas dengan menghantar surat tunjuk sebab kepada Logan dua hari kemudian (Surat tunjuk sebab pada asasnya akan minta pekerja menjelaskan kenapa mereka tidak boleh berdisiplin). Sebulan lepas tu, syarikat adakan siasatan dalaman (DI) terhadap Logan atas empat tuduhan gangguan seksual.
Mereka hanya buktikan satu… tapi tu pun dah mencukupi
Dalam prosiding sisatan dalaman tu, Logan dah didakwa dengan empat tuduhan gangguan seksual, iaitu:
- Mengganggu RR secara lisan dengan memanggilnya sayang di khalayak umum, di depan kakitangan syarikat lain dan juga melalui mesej elektronik
- Mengganggunya secara fizikal dengan meletakkan tangan di sekitarnya
- Memberi perhatian yang tak diingini kepada RR dengan menawarkannya dan memberikannya hadiah dan mesej
- Menyalahgunakan kedudukannya dengan membuatkan RR bekerja di luar bidang kerja
Menurut panel siasatan dalaman, tindakan-tindakan tak sesuai ni dah membuatkan RR rasa “tak selesa, terganggu, tertekan, berat hati, takut bekerja dan takut dengan apa Logan akan buat seterusnya.”
Bagaimanapun, syarikat tak dapati Logan bersalah atas kesemua kesalahan ni. Mereka memutuskan yang tuduhan pertama - memanggil setiausahanya ‘sayang’ - sudah cukup untuk membuktikan Logan dah melakukan gangguan seksual terhadap RR. Ini kerana, dalam kod syarikat mereka, ada dinyatakan:
Disebabkan dasar sifar toleransi mereka, dua bulan lepas tu Logan dah dipecat. Namun, nampaknya Logan tak puas hati dengan keputusan tu dan bawa majikannya ke Mahkamah Perusahaan, dengan kata dia dah dipecat secara tidak adil.
Mereka ada 40 muka surat bukti yang dia guna perkataan ‘sayang’
Masa di Mahkamah Perusahaan, dalam kes Loganathan Maniam lwn. Murphy Sarawak Oil Co Ltd [2020] 2 ILR 275, Logan mendakwa yang dia dah dipecat secara tak adil dan dia tak dapat berbicaraan yang adil ketika prosiding siatan dalaman.
Untuk tengok sama ada dia memang dipecat secara tak adil, mahkamah kena teliti dua perkara:
- Sama ada Logan bersalah dalam empat pertuduhan salah laku
- Jika dia bersalah, sama ada salah laku itu cukup untuk membuatkannya dipecat
Peliknya, bila disoal – dia tak menafikan yang dia ada panggil RR sayang. Tapi, dia ada kata yang dia cuma panggil sayang tu 3-4 kali je, dan dia tak ada niat jahat: sebab dia cuma anggap RR tu sebagai anak.
Apa yang memalukan, perkara ni tak diterima mahkamah, sebab mahkamah ada hampir 40 muka surat dokumen yang mengandungi perbualan WhatsApp antara Logan dan RR. Di situ, ia menunjukkan Logan memanggil RR sayang hampir dalam setiap mesejnya. Ini adalah tambahan kepada akaun saksi mata yang mengesahkan Logan melakukan hal itu secara terbuka.
Mahkamah juga kata, dalam Bahasa Melayu – perkataan ‘sayang’ adalah istilah kasih sayang, yang menggambarkan keakraban di luar persahabatan. Sebagai seorang lelaki, yang juga orang atasan RR, tindakannya tu tak dapat diterima. Bukan tu je, RR sendiri ada kata yang dia tak selesa bila dipanggil sayang, dan kata perkara tu memalukannya.
Tentang hadiah pula, Logan menafikan yang dia ada niat salah bila bagi hadiah kepada RR. Bagaimanapun, mahkamah mendapati pemberian barang peribadi kepada orang bawah seperti minyak wangi dan bunga sebagai tak boleh diterima. Mahkamah juga buat keputusan yang syarikat ada bukti yang mencukupi bahawa wujudnya gangguan secara fizikal dan salah guna kedudukan oleh Logan.
Kesalahan gangguan seksual terhadap setiausahanya RR juga dianggap cukup serius untuk dia dipecat. Oleh itu, syarikat tak buat sebarang kesalahan dalam keputusan memecatnya. Jadinya, Logan memang tak boleh dapat kerjanya balik.
Ia bukan sentuhan fizikal semata-mata
Seperti mana yang kita boleh lihat, gangguan seksual ni bukan berkait dengan sentuhan fizikal semata-mata. Berdasarkan Akta Kerja 1955, gangguan seksual adalah:
Kita mungkin terlepas pandang dengan gangguan atau bagi hadiah ni sebagai tak ada apa-apa kesalahan. Bagaimanapun, kes ni membuktikan yang kalau kata-kata cinta dan hadiah tu tak diingini, ia boleh dikira sebagai gangguan seksual.
Jadinya, kalau korang rasa diganggu di tempat kerja, jangan ragu-ragu untuk laporkannya pada HR. Kami juga sebelum ni ada tulis cara macam mana nak buat, kalau korang rasa tak pasti apa nak buat selain dari menghubungi HR.
[BACA LAGI: What can you do if you have been sexually harassed in Malaysia?]