Asklegal
Home banner ada609f6 b858 452a b59e e8358e91f3ea

General,Education

Gadis ni saman cikgunya yang tak datang sekolah selama 7 bulan. Ini kisahnya

about 4 years ago Azar Ishak

17

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

Kalau korang masih ingat, pada tahun lepas kami ada tulis satu artikel tentang seorang kanak-kanak 6 tahun yang saman kerajaan Malaysia. Jika macam tu, dia boleh dikatakan sebagai antara orang paling muda yang pernah saman kerajaan dalam negara ni. Bagaimanapun, kes saman itu difailkan melalui bapanya, sebab dia masih lagi kanak-kanak.

Tapi untuk kali ni, seorang gadis berusia 20 tahun dari Sabah mungkin boleh dikatakan sebagai orang paling muda di Malaysia yang pernah saman seseorang dengan sendiri, tanpa diwakili oleh orang lain. Gadis ni dah bertindak menyaman gurunya yang tak datang sekolah hampir setahun lamanya. Dia percaya disebabkan perkara itu, dia tak bersedia menghadapi SPM, yang kemudiannya menyebabkan dia gagal subjek Bahasa Inggeris. 

Mungkin ada di antara korang yang pernah dengar kes ni dulu. Sebenarnya, kisah ni masuk berita beberapa tahun lalu, tapi kesnya rupa-rupanya hanya akan didengar di mahkamah pada bulan depan. Ia mengambil masa lama, sebab…

 

Kisahnya bermula pada tahun 2015 

Imej dari Sarawak Voice.

Gadis yang dimaksudkan dalam kes saman ni adalah Siti Nafirah yang juga pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2015. Pada masa tu, guru Bahasa Inggerisnya didakwa tak datang mengajar selama lebih kurang 7 bulan berturut-turut. Dan seperti mana yang diberitahu awal tadi, disebabkan hal itu – Nafirah gagal subjek Bahasa Inggeris dan dia percaya yang perkara tu ada kaitan dengan tindakan guru yang tak datang dan mengajar mereka secukupnya. Tapi, dia taklah terus saman gurunya tu. 

Sebab, pada mulanya dia ada buat aduan tentang hal tu kepada pihak sekolah. Tapi, tak ada apa-apa tindakan yang diambil terhadap guru berkenaan. Pada masa itulah, Nafirah bertindak saman – bukan saja guru tu, tapi juga pengetua sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kalau korang tertanya-tanya kenapa macam tu, rupa-rupanya masa Kementerian Pendidikan datang menyiasat kes tersebut, pengetua sekolah didakwa dah memalsukan rekod kehadiran guru tersebut. Jadinya, dari menunjukkan yang guru tu tak datang selama tujuh bulan, rekod hanya menyatakan yang dia tak datang selama dua bulan je. Pengetua tu turut dikatakan mintak pelajar lain cakap benda positif pasal guru tu, dan ini menjadikan kisah Nafirah sukar dipercayai.

Bila dia sedar yang isu tu tak boleh diselesaikan melalui peringkat dalaman, Nafirah pun ambil keputusan untuk guna jalan undang-undang dengan saman mereka. Antara faktor saman tu adalah:

  • salah guna jawatan awam (menyalahgunakan kuasa mereka sebagai penjawat awam)
  • melanggar tugas berkanun di bawah Akta Pendidikan 1996 (mereka gagal menjalankan tugas sebagai pendidik/Kementerian Pendidikan)
  • menafikan haknya di bawah Perlembagaan untuk mendapat pendidikan

Pihak yang dia saman adalah guru, pengetua sekolah, pegawai Jabatan Pendidikan Kota Belud, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan Malaysia. 

Pada saat semua ni berlaku, beberapa tahun pun berlalu sehingga sampai ke tahun 2018. 

 

Dia tidak dibenarkan saman pada mulanya 

Imej dari The Star.

Kalau korang tertanya-tanya kenapa kes ni ambil masa yang lama, ini kerana kes tu pada mulanya tak dapat lampu hijau untuk didengarkan. Jadi, kalau korang tak berapa tahu tentang macam mana prosiding sivil berjalan, ini panduan ringkasnya:

  • Korang boleh failkan kes di mahkamah melalui peguam
  • Korang menyerahkan tuntutan kepada pihak lain dan menunggu mereka membalasnya
  • Mahkamah kemudian akan melihat apakah itu berkaitan dengan isu undang-undang sebenar yang memerlukan penglibatan mahkamah
  • Jika ada, mahkamah akan membenarkan korang meneruskan kes tersebut. Sekiranya tidak ada, tuntutan korang tu akan ditolak

Maka dengan kata lain, bukan semua kes yang difailkan di mahkamah akan didengar oleh hakim. Sebaliknya, hanya yang ada asas yang cukup, barulah mahkamah akan mengendalikan kes tersebut. 

Dalam kes Nafirah, pihak-pihak yang dia saman, ada buat permohonan supaya ia ditolak. Bagaimanapun, pada Julai 2019 – Mahkamah Tinggi dah membenarkan tunutan itu diteruskan. Cumanya, ada satu je yang mereka tak benarkan Nafirah saman, iaitu sekolah. Sebabnyam, hakim berpendapatan sekolah bukanlah satu badan undang-undang. Walaupun begitu, guru dan pengetua tetap disaman sebagai individu.

Ia seterusnya mengambil masa beberapa bulan untuk kedua-dua pihak mengemukakan tuntutan mereka dari kedua-dua belah pihak. Dan akhirnya, mahkamah menetapkan tarikh 4 hingga 8 Mei 2020 sebagai tarikh perbicaraan. Tetapi seperti mana yang kita semua tahu, pandemik Covid-19 pula mengganggu dan perbicaraan terpaksa ditangguhkan.

 

Kes ni akhirnya akan didengar pada November 2020

Imej dari Berita Harian.

Akhirnya, setelah mengambil masa yang panjang – kes ni akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 2 hingga 6 November 2020. Kes ni nampaknya, akan mula dibicarakan dan kita masih tak tahu lagi apa keputusannya nanti. Apa yang pasti, kami akan tulis artikel susulan untuk korang semua. 

Selain itu, korang juga kena tahu disebabkan kes ni didengar di Mahkamah Tinggi, apa saja keputusannya nanti akan masih boleh dirayu di Mahkamah Rayuan dan seterusnya di Mahkamah Persekutuan. Selain itu, kes ni nanti sudah semestinya akan mengambil masa beberapa tahun juga sebelum ia diputuskan. 

Tags:
saman sekolah
siti nafirah
spm
akta pendidikan
saman cikgu
saman guru
saman pengetua
kota belud
jabatan pendidikan

17

Shares

A+

A-