Asklegal
Home banner fbca8dd4 3519 4627 822e f547d48d7a28

Civil,Constitution,Family,General

Budak 6 tahun saman kerajaan Malaysia pada 2014. Ini apa yang terjadi...

almost 5 years ago Azar Ishak

231

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for the English version]

(Kemaskini 27/09/2019: Selepas 11 tahun menanti, akhirnya Yu Sheng Meng berjaya menerima surat kelulusan kewarganegaraan daripada Kementerian Dalam Negeri.

Yu diberikan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa khas kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendaftarkan sesiapa di bawah umur 21 tahun sebagai warganegara. Ikuti perjalanan berliku Yu dalam artikel kami ini.)

Masa kanak-kanak, banyak di antara kita yang tak sabar nak jadi dewasa, sebabnya kalau dah dewasa boleh buat apa je yang kita suka. Tapi bila terkenang masa jadi budak-budak dulu, kadang – kadang tu nak kembali pun ada. Masa tu hidup taklah susah sangat dan semua benda boleh menceriakan kita. Tak la macam sekarang, ada banyak tanggungjawab. Sebagai kanak-kanak, korang tak tahu pun macam mana undang-undang berjalan, semuanya macam biasa je.

[BACA LAGI: Can a child sue or be sued?]

Tapi hari ni, kitorang nak beritahu korang pasal budak 6 tahun yang sebenarnya dah saman orang. Orang tu pulak bukannya sembarangan, tapi Kerajaan Malaysia! Kes budak ni dikenali sebagai YSM v Ketua Pengarah Pentaftaran Negara dan ia sebenarnya kisah yang agak merumitkan. Tapi takpe, kitorang akan cuba sedaya upaya untuk kaitkan kisah ni dengan korang semua dengan cara yang terbaik.

 

Dia dilahirkan di Malaysia, tapi dia bukan rakyat Malaysia

Imej dari SirapLimau

Seperti yang diceritakan, kes ni dikenali sebagai YSM v Ketua Pengarah Pendaftaran Negara. YSM tu – budak lelaki yang dipersoalkan dan pihak yang satu lagi adalah Jabatan Pendaftaran Negara atau JPN. Jadinya, kes ni adalah antara seorang budak lelaki dan JPN. YSM adalah singkatan nama sebenar budak lelaki tu dan atas permintaan peguamnya, kitorang akan merujuk YSM sebagai Kevin dan bapa angkatnya sebagai Paul

Imej dari LexisNexis. Kevin tu kanak-kanak yang saman JPN.

Semuanya bermula bila Kevin dilahirkan di Pulau Pinang pada 2008 dari bapanya seorang rakyat Malaysia dan ibunya seorang rakyat Indonesia (kedua-duanya tak berkahwin), dan ini dinyatakan dalam sijil kelahiran Kevin. Tak lama lepas tu, tanpa alasan yang diketahui, ibu bapanya buat keputusan untuk berikan Kevin sebagai anak angkat. Jadinya, bila umur Kevin 4 bulan, seorang lelaki dikenali sebagai Paul dah ambil Kevin sebagai anak angkat dan sijil kelahiran baru pun diberikan kepadanya.

Masalah mula timbul bila Paul perasan yang sijil kelahiran tu catatkan Kevin sebagai penduduk tetap dan bukannya warganegara. Disebabkan Kevin bukan warganegara, dia juga boleh dianggap sebagai kanak-kanak tak bernegara (stateless). Dalam kes macam ni, PR tak boleh jadi warganegara, yang bermaksud selain daripada dibenarkan menetap secara sah di sini, dia tidak akan diberikan apa-apa dokumen pengenalan yang sepatutnya.

Contohnya, dengan takde IC dan passport – Kevin tak boleh miliki apa-apa dan tak boleh keluar dari negara ni. Dia juga tak boleh dapat pendidikan formal dekat mana-mana institusi yang diiktiraf. Tapi yang mungkin lebih menakutkan adalah dia tak jadi rakyat untuk mana-mana negara. Secara undang-undang, dia tak ada tempat yang diboleh panggil sebagai tempat asalnya

Untuk ramai orang, kewarganegaraan adalah sebahagian daripada identiti dan menjadi rakyat untuk sesuatu negara memberikan korang hak-hak dan keistimewaan tertentu. Kalau Kevin jadi orang tanpa negara untuk seumur hidupnya, satu cabaran sukar akan menantinya. Maka, Paul tahu yang dia tak boleh biarkan benda ni macam tu je. Nampaknya dia perlu buat sesuatu yang sepatutnya, dan dia dah ambil apa yang logik dibuat, iaitu…

 

Paul saman JPN bagi pihak Kevin 

Imej dari The Sun Daily

Tapi tunggu kejap… kalau kes ni antara Kevin dan JPN, kenapa pula Paul yang saman bagi pihak Kevin? Memanglah, sah-sah mustahil Kevin tu boleh datang sendiri ke mahkamah, sebab itulah Paul (orang dewasa) yang juga rupanya seorang peguam lakukan tindakan ni bagi pihak Kevin. Tapi dalam sepanjang kes tu, apa saja yang dikatakan oleh mahkamah diarahkan kepada Kevin sendiri dan bukannya kepada Paul. Jadi taklah clickbait sangat bila kitorang kata - budak 6 tahun saman kerajaan… 

Kes ni bermula di Mahkamah Tinggi pada 2014, yang masa tu Kevin berumur 6 tahun. Tapi harapan diorang nak dapat berita baik, berkecai sama sekali.

Ingat lagi tak bila kitorang kata ibu bapa Kevin sebenarnya tak berkahwin? Inilah yang jadi punca masalah. Mahkamah Tinggi kata disebabkan Kevin dilahirkan dari ibu bapa yang tak berkahwin, dia dah jadi anak tak sah taraf. Seksyen 17, Jadual 2, Bahagian III Perlembagaan Persekutuan kata – kriteria untuk jadi warganegara Malaysia adalah seseorang tu mesti lahir dari pasangan yang berkahwin. Kalau dia anak tak sah taraf, kewarganegaraanya akan diambil berdasarkan warganegara si ibu yang melahirkan.

"Bagi maksud Bahagian III Perlembagaan ini rujukan kepada bapa seseorang atau kepada ibu bapanya, atau kepada salah seorang ibu bapa, adalah berkaitan dengan orang yang tidak sah dianggap sebagai rujukan kepada ibunya ..."

Ini tak terpakai dalam kes Kevin sebab ibu bapa kandungnya tak berkahwin dan juga ibunya tak diketahui. 

Tapi, kenapa pula status perkahwinan jadi masalah sekarang, sedangkan Kevin dah jadi anak angkat Paul secara sah? Mungkin kebanyakan daripada kita akan kata yang hujah ni baik dan Kevin sepatutnya dapat kewarganegaraan Malaysia sebab dah jadi anak angkat orang Malaysia. Sebenarnya, hujah inilah yang digunakan oleh peguam Kevin, tapi mahkamah kata – jadi anak angkat tak bagi apa-apa kesan pada kewarganegaraan Kevin

Dalam Perlembagaan Persekutuan, makna “ibu bapa” secara tegas merujuk kepada ibu-bapa kandung dan bukannya ibu-bapa angkat. Jadi, status perkahwinan Paul atau kedudukan diorang sebagai warganegara Malaysia tak bagi apa-apa kesan. Mahkamah kata lagi, tak ada apa yang boleh ubah fakta bahawa Kevin dilahirkan daripada ibu bapa yang tak berkahwin.

Hakim Asmabi Mohamad kata:

Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257) berhubung dengan hak dan kawalan ibu bapa angkat yang mempunyai anak angkat. Bagaimanapun, perintah pengangkatan tidak sama sekali memberi status kewarganegaraan kepada plaintif. Ini disebabkan oleh fakta bahawa ada undang-undang tertentu, Perlembagaan Persekutuan, yang menangani isu mengenai kewarganegaraan supaya apa-apa perkara mengenai kewarganegaraan harus dibaca dan ditafsirkan dalam empat sudut Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, kuasa yang berkaitan dengan kewarganegaraan hendaklah diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Dalam Negeri ...

Jadinya, mahkamah buat keputusan dan kata pengangkatan tak bagi sebab untuk Kevin dapat kewarganegaraan. Tapi ada lagi drama pasal cerita ni: walaupun sebelum kes mahkamah bermula…

 

Mahkamah kata diorang bukan orang terbaik untuk putuskan perkara ni

Imej dari SuaraTv

Apa yang Kevin dan Paul lalui ni memang dah susah, tapi lepas bawa kes ni ke mahkamah, Mahkamah Tinggi pula kata yang kes ni bukan untuk diorang bagi keputusan. Malah, Paul diberitahu tindakannya membawa kes tu ke mahkamah pada masa itu adalah penyalahgunaan proses mahkamah. Tapi bukan mahkamah nak buat jahat atau tak nak dengar kes. Sebabnya, mahkamah tak ada kepakaran untuk dengar kes pasal kewarganegaraan. 

Mahkamah kata kerajaan lebih bersedia untuk memutuskannya. Ini kerana, kerajaanlah yang ada akses dengan maklumat dan rekod berkaitan dengan seseorang yang mana mahkamah tidak semestinya ada.

Fikirlah macam ni:

Kalau korang ada laptop Acer yang nak kena dibaiki, secara teknikalnya korang boleh je bawa laptop tu ke kedai baiki laptop Dell. Walaupun laptop dapat dibaiki, tapi korang dah pasti boleh dapat yang lebih baik kalau bawa laptop korang tu ke pusat pembaikan Acer. Sebabnya, Acer lebih tahu pasal masalahnya dan tahu cara nak baiki Acer berbanding Dell.

Jadi, kalau kerajaan adalah pihak yang boleh buat keputusan kes Kevin, dan ia juga yang menafikan kewarganegaraan Kevin, maknanya kat sini Kevin tak ada jalan lain? Hakim kata, kalau kerajaan tolak permohonan warganegara, pihak tu boleh merayu keputusan ni kepada Menteri Dalam Negeri. Bagaimanapun, sekali menteri dah buat keputusan, keputusan tu adalah muktamad dan tak boleh lagi dirayu.

Masa baca kes dan penghakiman Kevin, kitorang dapati tak ada rayuan yang dibuat kepada Menteri mengenai keputusan JPN. Sebaliknya, Paul dan Kevin langsung pergi ke mahkamah. Kalau diorang menang kes tu kat mahkamah, ia akan jadi berita baik untuk kes-kes lain macam yang Kevin lalui. Kalau undang-undang berubah kerana keputusan kes Kevin, itu akan jadi satu ukuran atau kriteria baru tentang macam mana kes-kes kanak-kanak tanpa kerakyatan akan diputuskan

Keadaan Kevin berubah ke? 

Imej dari Astro Awani

Kalau tak dapat kerakyatan tu dah cukup mengganggu, lepas permohonannya ditolak dua kali, Kevin juga terpaksa bayar ganti rugi kepada JPN: RM1,000 untuk kali pertama dan RM4,000 untuk kali kedua. Lebih malang, masa kes masih dalam pendengaran pada 2016, Paul meninggal dunia akibat leukemia. Tapi syukurlah, bila rakan kongsi firma undang-undang Paul, Encik Tan ambil Kevin sebagai anak angkat dan meneruskan perjuangan Paul. Sekarang ni, dah 3 tahun sejak keputusan Mahkamah Tinggi, tapi nampaknya perjuangan tu belum berakhir.

Nak tahu sama ada Kevin masih ada peluang untuk perjuangkan kesnya, kitorang ada hubungi peguamnya untuk dapatkan perkembangan kes. Diorang beritahu kitorang yang Mahkamah Rayuan dah tetapkan pendengaran kes pada akhir April 2019. Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan, keputusan akan dibuat sama ada kes tu perlu dibawa ke Mahkamah Persekutuan atau tak.

KEMAS KINI: Jadi Mahkamah Rayuan sudahpun mendengar kes ini pada 25hb April 2019. Tapi selepas itu, Mahkamah itu bercadang untuk memberi Kevin dan peguamnya serta JPN dan peguam mereka sikit masa lagi. Ini supaya Kevin dan JPN boleh mencapai satu kesepakatan antara mereka mengenai isu ini. Kevin dan JPN perlu hadir ke Mahkamah Rayuan sekali lagi pada 20hb Jun 2019 dan pada kali ini, mereka harus memaklumkan status kesepakatan mereka kepada mahkamah.

Banyak lagi kes macam Kevin di Malaysia

Rachel dan keluarganya. Imej dari  Dayak Daily

Kes Kevin ni bukanlah baru dan banyak lagi kes yang agak serupa dan diberikan alasan yang sama bila dibawa ke mahkamah. Beberapa minggu lepas, satu kes ni dah dapat perhatian ramai. Rachel Sia, seorang remaja 19 tahun dari Sarawak juga seorang rakyat tanpa negara walaupun dia dilahirkan di Malaysia. Bezanya dengan kes Kevin adalah Rachel jadi anak angkat pasangan suami isteri, tapi Kevin jadi anak angkat seorang lelaki bujang.

Sekali lagi, ini tak membantu Rachel sebab tak ada sorang pun yang dapat buktikan ibu bapa kandungnya berkahwin. Dan kerana itu, dia tetap anak tak sah taraf dan sampai sekarang tak ada IC, passport dan macam-macam lagi. Dia juga tak boleh keluar dari Sarawak.

Contoh lain pula adalah kes MJA v AL. Kes ni juga agak serupa dengan Kevin, tapi bezanya – dia dibesarkan oleh ibu bapa kandung dan tak pernah jadi anak angkat. Pada mulanya, dia dianggap sebagai anak tak sah taraf sebab masa dia dilahirkan, ibu bapanya belum lagi berkahwin. Bagaimanapun, rayuannya untuk dapatkan status warganegara dah dibenarkan walaupun ibu bapanya belum berkahwin masa dia dilahirkan. Ibu bapanya kemudian berkahwin dan dia bukan anak tak sah taraf lagi

Tags:
anak tak sah taraf
jpn
saman kerajaan
kerajaan malaysia
tanpa negara
warganegara

231

Shares

A+

A-