Asklegal
Home banner 10062a1b c729 49ee a757 b4c5afb74748

Criminal,General

Kalau 'ex' anda dedahkan gambar lucah korang, boleh ke dia disaman?

over 5 years ago Azar Ishak

150

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

Sebagai rakyat Malaysia – kebogelan awam (public nudity) atau atau apa-apa benda yang lucah (macam imej bogel) adalah satu perkara yang taboo dan sensitif dalam masyarakat. Ini kerana, ramai di antara kita yang sedar dengan kesan undang-undang terhadap tindakan yang macam tu. Tapi sebelum bincang lebih lanjut, kita juga kena tahu perbezaan antara kebogelan awam (public nudity) dengan kebogelan peribadi (private nudity).

Kebogelan awam (public nudity) – Secara mudahnya boleh diterangkan dengan satu kes yang jadi pada Mac lepas. Bila mana seorang wanita transgender dah bertindak berjalan/menari dalam keadaan berbogel di Kuala Lumpur. Benda ni dah buatkan ramai yang marah dan ada juga yang ambil gambar wanita tu. Gambar tu kemudiannya mula tular di internet dan akhirnya memaksa polis ambil tindakan yang sewajarnya.

Kebogelan peribadi (private nudity) – Kal ni boleh jadi contohnya bila seseorang tu hantar gambar ‘nakalnya’ kepada kekasihnya. Walaupun kita tahu yang benda ni boleh menyalahi undang-undang, tapi masih ramai yang buat. Dan hal ni membawa kita kepada dua situasi.

  1. Macam mana kalau korang kongsi gambar lucah korang sendiri?
  2. Macam mana kalau korang kongsikannya dengan seseorang dan… orang tu bocorkan pulak?

 

1. Bila korang hantar gambar lucah di WhatsApp, adakah korang dah langgar undang-undang?

Haaa… siapa yang pernah buat?

Kalau pihak berkuasa dapat tahu, korang akan berdepan dengan masalah. Ini kerana, secara umumnya, memaparkan apa-apa je imej korang yang tak senonoh adalah satu idea yang teruk sebab ia boleh digunakan terhadap korang di mahkamah nanti sebagai bahan bukti. Jadinya, tak kiralah korang post gambar tu di mesej peribadi WhatsApp, atau dekat akaun peribadi media sosial korang, korang masih lagi boleh didakwa di bawah Seksyen 292, Kanun Keseksaan kerana mengedar dan memiliki bahan pornografi.

Seksyen 292 Kanun Keseksaan (Tiada terjemahan rasmi, diterjemah oleh Asklegal):

“Sesiapa sahaja – (a) menjual, membolehkan disewa, mengedar, mempamerkan secara terbuka atau dengan apa cara memasuki peredaran atau untuk tujuan jualan, sewa, pengedaran, pameran awam, atau peredaran membuat, menghasilkan atau memiliki dengannya apa-apa buku lucah, risalah, kertas, lukisan, representasi, atau figura atau apa-apa sahaja objek lucah lain… boleh dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya..."

Dalam kata lain, Akta ni merangkumi kedua-duanya sama ada gambar tu dipamerkan secara awam atau peribadi, yang mana boleh membuatkan korang dipenjara sampai tiga tahun, didenda atau kedua-duanya.

Tambahan lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu badan kebangsaan yang mengawal dan menyelia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia, boleh mendakwa korang di bawah Seksyen 233(1), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang menyatakan:

(1) Seseorang yang –
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar –
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain… melakukan suatu kesalahan. 

Akta ni mengawal penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang digunakan secara salah. Jadi, kalau korang ada hantar gambar-gambar lucah di laman media sosial atau fikir benda tu okey sebab saja je nak tunjuk gambar separuh bogel… korang boleh didakwa di bawah akta ni. Jika sabit kesalahan, korang boleh didenda tak lebih dari RM50,000.00 atau dipenjara setahun atau kedua-duanya bergantung pada budi bicara mahkamah.

Ini bermakna, menghantar apa-apa je benda lucah adalah satu kesalahan, walaupun korang hantarnya kepada pasangan atau post di akaun peribadi media sosial korang. 

Imej dari mememaker.net

Jadi, ini membawa kita ke jawapan untuk soalan kedua…

 

2. Macam mana kalau pasangan/bekas pasangan bocorkan gambar lucah korang?

GIF dari Giphy

Menghantar gambar lucah diri korang kepada pasangan – yang ada potensi untuk jadi bekas pasangan/kekasih suatu hari nanti – adalah satu risiko kerana gambar-gambar tu nanti boleh memakan diri korang. Jadinya, kalau ada gambar-gambar lucah korang tersebar di internet dan korang nak sekatnya dari beterusan, SKMM boleh sekat gambar/video tu dari boleh diekses oleh orang awam. Cumanya, korang kena buat laporan dulu untuk membolehkan ia disekat.

Korang lepas tu boleh mulakan posiding undang-undang terhadap ‘ex’ korang yang post gambar-gambar tu. Ini kerana, sesiapa yang membocorkan gambar lucah orang lain boleh didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Akta ni pada dasarnya terpakai untuk kedua-duanya sama ada pemilikan dan pengedaran bahan pornografi. Seperti yang dinyatakan di awal tadi, ia boleh membawa hukuman sehingga tiga tahun penjara, denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Selain tu, bekas pasangan korang yang edarkan kandungan pornografi (gambar lucah korang) juga boleh dikenakan dakwaan tambahan di bawah Seksyen 211(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu:

“Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang...”

Kesalahan ini membawa denda tak lebih RM50,000.00, penjara sehingga setahun atau kedua-duanya kerana mengedarkan kandungan yang menyinggung perasaan. Tapi walaupun SKMM boleh menyekat gambar korang dari diekses orang awam, ia tak bermakna yang ia akan terus hilang dari internet.

Ini kerana, ada satu kes dikenali sebagai “The Fappening” yang berlaku beberapa tahun lepas. Kalau korang tak pernah dengar pasal benda ni, ia sebenarnya adalah kejadian di mana koleksi hampir 500 gambar bogel pelbagai selebriti (kebanyakannya wanita) dah dipaparkan di internet akibat isu keselamatan iCloud. Ini adalah kes pencerobohan privasi peribadi yang besar, dan kebanyakan gambar-gambar tu masih lagi beredar di internet.

Jadi, sejauh mana ia selamat untuk korang post gambar di media sosial?

 

Penyelesaian terbaik adalah dengan pencegahan

GIF dari Tenor.com

Seperti mana yang orang selalu cakap – “mencegah tu lebih baik dari mengubati”. Oleh tu, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk elakkan perkara tak baik jadi kepada korang. Dan hal ni terpakai kepada semua, tak kiralah korang pakai Android atau IOS. Korang boleh tetapkan kata laluan di telefon korang sebagai langkah permulaan. Tapi cara ni tak la menjamin keselamatan yang sepenuhnya. 

Jadi, ibu bapa pun kena mainkan peranan dengan pantau aktiviti-aktiviti yang anak diorang buat di internet. Sebabnya, ada kes kanak-kanak hantar gambar lucah kepada orang dewasa sebab dah ‘di-groom’ untuk buat macam tu. Kalau korang tak dengar pasal ‘child grooming’ atau pengantunan kanak-kanak sebelum ni, ia adalah tindakan penyalahgunaan di mana seseorang buat hubungan emosi untuk mengeksploitasi seorang kanak-kanak dengan cara seksual. Hal ni boleh dilakukan secara langsung oleh orang, atau melalui atas talian. 

Oleh itu, kerajaan Malaysia dah meluluskan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, di mana Seksyen 12 dalam Akta ni menjadikan aktiviti pengantunan kanak-kanak oleh orang dewasa sebagai satu jenayah. Di samping itu, kerajaan kini dah memperkenalkan pendaftaran pesalah seks kanak-kanak dengan menyenaraikan lebih 3,000 pedofilia untuk membendung jenayah ini.

 Imej dari malaymail.com

Tapi bila ia sampai pasal isu keselamatan secara amnya, mungkin cara yang terbaik adalah hindari diri korang dari menghantar apa-apa gambar yang tak senonoh. Sebab, kita tak tahu siapa yang akan dapat gambar-gambar tu nanti. Jadinya, kalau tiba-tiba nanti telefon korang kena curi atau hilang dan maklumat peribadi korang (termasuk gambar) dah diedarkan kepada orang lain. Lebih baik korang baca artikel kitorang ni untuk dapatkan pencerahan dan melindungi diri korang.

[BACA LAGI: How to avoid identity theft if your phone gets lost or stolen in Malaysia]

Tags:
kanun keseksaan
kebogelan awam
kebogelan peribadi
akta komunikasi dan multimedia
kongsi bahan lucah

150

Shares

A+

A-