Asklegal
Home banner 01cff032 4bd4 4999 82e9 1eb0f0268094

Civil,General,Property

Keluarga ni kena saman sebab pasang CCTV menghala ke rumah jiran

over 4 years ago Azar Ishak

40

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for the English version]

Kalau korang pergi ke mana-mana tempat awam, korang mesti akan perasan dengan kamera litar tertutup atau CCTV di kawasan tersebut. Sebenarnya, sekarang ni di kawasan rumah pun dah ada orang pasang CCTV untuk keselamatan. Dengan adanya CCTV ni, dapatlah mereka awasi kawasan rumah dari apa-apa aktiviti yang mencurigakan. Kalau ada rompakan contohnya, mudahlah nak kenal pasti orang yang pecah masuk rumah tu. 

Namun begitu, walaupun ada CCTV ni boleh dianggap baik untuk kita – ia juga sebenarnya kadang-kadang boleh dianggap sebagai ancaman privasi, terutamanya bila ia merakam orang lain. Dengan kata lain, korang boleh dapat masalah kalau pasang CCTV dalam hartanah korang dan ia mula mengganggu privasi orang lain. Malah, ada kes seorang ni kena saman dengan jiran, sebab pasang CCTV di luar rumah

Tapi sebelum kami bercerita lebih lanjut tentang kes tu, jom kita tengok dulu undang-undang privasi di Malaysia, yang sebenarnya...

 

Tak ada undang-undang privasi di Malaysia

Imej dari AskLegal

Di bawah Perlembagaan Persekutuan (undang-undang tertinggi negara ni) kita akan nampak hak-hak yang setiap rakyat Malaysia dapat. Ada di antaranya tentang hak kebebasan, hak mendapat kerakyatan dan sebagainya. Bagaimanapun, tak ada apa yang dikatakan sebagai hak mendapat privasi

Akan tetapi, walaupun tak ada undang-undang khusus tentang privasi ni, tu tak bermakna yang kita tak ada hak privasi langsung di Malaysia. Sebabnya, ada je undang-undang yang bagi kita hak tertentu untuk mendapat privasi. Contohnya macam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang menghalang perniagaan dan syarikat dari berkongsi maklumat pelanggan mereka dengan pihak ketiga (nanti kami jelaskan).

Di samping tu, undang-undang lain yang melindungi privasi adalah tort kacau ganggu persendirian (private nuisance). Kacau ganggu ni jadi bila ada orang dalam kejiranan kita tu buat sesuatu yang mengganggu keamanan dan menjadikan kita rasa tak selesa untuk tinggal di hartanah kita sendiri. Maknanya, di bawah tort ni, pemilik rumah boleh saman jiran kalau mereka buat kacau ganggu. 

Kembali pada isu CCTV tadi, sebenarnya ia juga boleh dianggap melanggar privasi jiran dan dikira sebagai kacau ganggu. Dan hal inilah yang jadi dalam kes Lew Cher Phow & Ors v Pua Yong Yong & Anor [2011], di mana…

 

Dia saman jiran sebab pasang CCTV 

Imej dari Giphy.

Sebenarnya, kes ni melibatkan dua keluarga di Johor yang rumah mereka betul-betul bersebelahan. Dua jiran ni, Lew dan Pua dikatakan ada banyak masalah, sampaikan tak bertegur sapa antara satu sama lain. Keadaan bertambah buruk bila Pua pasang beberapa kamera di kawasan sekitar rumahnya dan ada satu yang menghala terus ke arah rumah Lew

Pada tahun 2009, Lew ada mohon di mahkamah supaya dikeluarkan perintah injunksi terhadap Pua. Injunksi ni adalah perintah daripada mahkamah untuk menghalang seseorang daripada melakukan sesuatu. Jadinya, kalau perintah ni dikeluarkan – Pua kenalah berhenti dari guna kamera tertentu. Tapi masa tu, mahkamah tolak permohonan tersebut, dengan kata hak untuk privasi tak diakui di Malaysia.

Tapi akhirnya, kes ni dibicarakan di mahkamah pada tahun 2011. Di mahkamah, Lew mendakwa privasi mereka sekeluarga dah dilanggar, kerana kamera tu mengawasi mereka 24 jam, 7 hari seminggu. Malah, Lew juga ada kata disebabkan kamera tu:

  • mereka kena kunci pintu sepanjang masa
  • ia seterusnya menyebabkan mereka selalu jatuh sakit sebab pengudaraan yang lemah
  • mereka kena pasang zink di sepanjang dinding untuk halang kamera (tapi tak berkesan sangat)
  • mereka alami trauma mental dan pelajaran anak-anaknya terjejas

Dia juga kata yang dia dah buat dua laporan polis, tapi jirannya tu masih tak turunkan kemera. Oleh itu, disebabkan segala kesulitan tersebut, dia minta Pua bayar RM500,000 sebagai pampasan.

Hakim dalam kes ni kemudiannya kata tak ada bukti yang Lew dan keluarganya terjejas teruk disebabkan CTTV Pua tu. Dakwaan mereka mengalamani masalah kesihatan dan trauma pun tak berapa kuat. Bagaimanapun, hakim ada kata yang kamera tu dah melanggar privasi, terutamanya bila ia menghala tepat ke arah rumah mereka dan jiran pula boleh tengok mereka 24x7. Dia yakin yang kamera tu sengaja diletakkan di situ untuk mengintip mereka, sebab dua keluarga ni memang ada masalah antara satu sama lain. Dia juga kata:

"Kenyataan bahawa hak untuk privasi tidak diperuntukkan secara khusus tidak menghalang Mahkamah untuk menyatakan bahawa hak tersebut ada. Privasi diakui sebagai hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.”

Jadinya, walaupun mahkamah tak bagi pampasan RM500,000 tu, Pua diperintahkan untuk turunkan kamera dan dilarang sama sekali pasang kamera yang menghala ke arah rumah Lew tu. 

[BACA LAGI: Anda boleh saman jiran, kalau mereka buat 5 perkara menyakitkan hati ni]

 

Tapi, macam mana pula dengan kamera di tempat awam 

Imej dari Harian Metro.

Sebenarnya, hakim dalam kes ni memang buat perbezaan antara tempat persendirian dan awam/separa persendirian macam pusat membeli belah. Dia kata:

“Dalam suasana separa persendirian seperti pusat membeli-belah, orang ramai melepaskan tuntutannya untuk tidak diawasi sebagai imbalan atas peningkatan keselamatan ketika berada di lokasi tersebut. Dalam erti kata itu, sekurang-kurangnya terdapat unsur pilihan individu.” 

- Hakim Vernon Ong

Dengan kata lain, sesiapa yang berada di kawasan awam akan sedar yang rakaman tu dilakukan untuk menjaga keselamatan mereka sendiri. Tapi di tempat persendirian seperti rumah, kamera yang menghala ke rumah jiran berbeza sebab ia akan memerhatikan jiran sepanjang masa dan mereka tak dapat lepas darinya.

Jadinya, korang tak boleh saman perniagaan kerana kacau ganggu persendirian sebab pasang CCTV dalam premis. Namun, walaupun perniagaan boleh merakam korang yang berada di premis, mereka tak boleh kongsikan rakaman tu sesuka hati. Tak kisahlah kalau korang disyaki mencuri barang di premis mereka sekalipun, mereka tetap tak boleh paparkan wajah korang di media sosial. Kalau ada jenayah yang jadi, mereka sepatutnya buat laporan polis dulu. Nanti, PDRM akan periksa rakaman, dan yang terbaiknya hanya selepas dapat kebenaran dari polis – barulah pemilik boleh kongsikan gambar tu kepada awam. 

Seperti yang dikatakan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, perniagaan/syarikat tak dibenarkan untuk berkongsi apa saja data pelanggan kepada pihak di luar perniagaan. Seksyen 4 Akta menyatakan, ‘data’ merangkumi apa sahaja maklumat seperti nama, butiran bil dan malah, rakaman CCTV yang ada korang dalamnya. Hal ni juga ada dikatakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith: 

"Segala rakaman video, termasuk dari kamera litar tertutup (CCTV) di tempat awam atau persendirian, tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi"

- Dato’ Eddin Syazlee Shith, dipetik dari The Star

Bagaimanapun, ia hanya terpakai kepada perniagaan yang berdaftar dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi. Perniagaan yang didaftarkan dengan jabatan ni dan masih secara terbuka berkongsi rakaman CCTV pelanggan akan dianggap melakukan kesalahan dan boleh menyebabkan mereka didenda atau dipenjara.

Tags:
pdrm
pdpa
saman
jiran
cctv
bisnes
privasi
rakaman
tempat awam

40

Shares

A+

A-