Asklegal
Home banner 5590d8d2 7eb2 44c6 8d5b 66e4d759547c

General

Boleh ke saman pihak pengurusan parkir kalau kereta kita dipecah atau dirosakkan?

almost 4 years ago Azar Ishak

7

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

Dekat Malaysia ni, antara benda yang susah dicari adalah tempat letak kenderaan atau parkir. Boleh dikatakan di mana saja kita pergi, kita perlukan parkir untuk letakkan kenderaan kita khususnya kereta. Tapi, cuba korang bayangkan peristiwa ni jadi kepada korang:

Korang parkir kereta di tempat letak kenderaan dan terus pergi ke pasaraya. Sejam lepas tu, korang kembali ke kereta dan korang nampak salah satu cermin kereta korang dah pun dipecahkan. Marah dan terkejut, korang pun pergi ke pejabat pengurusan tempat letak kenderaan dan beritahu apa yang dah jadi. Malangnya, kakitangan di sana kata yang mereka tak boleh buat apa-apa dan tunjukkan kepada korang papan tanda “PARK AT YOUR OWN RISK” atau secara literalnya – “Parkir Dengan Risiko Sendiri”. 

Hal ni dah semestinya menimbulkan persoalan besar kepada kita semua, sama ada benar atau tak pihak pengurusan tempat letak kenderaan tak bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap kereta kita? Sebelum menjawab soalan tu, adalah lebih baik untuk kita tengok dulu keabsahan yang pihak pengurusan tempat letak kenderaan katakan tu…

 

Pengurusan tempat letak kenderaan boleh mengasingkan diri mereka dari tanggungjawab

Imej dari mrkumai.blogspot

Kalau korang selalu pergi ke pasaraya, korang dah pasti pernah nampak papan tanda yang bertulis: “PARKIR DENGAN RISIKO SENDIRI” atau “PIHAK PENGURUSAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN KENDERAAN”

Apa yang kita nampak di sesetengah tempat letak kenderaan ni sebenarnya dikenali sebagai klausa pengecualian. Dalam konteks ni, secara dasarnya pihak pengurusan tak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku di tempat letak kenderaan semasa korang meletakkan kenderaan korang atau mana-mana kenderaan lain. Klausa pengecualian bukan hanya ada pada papan tanda tempat letak kereta, malah ia juga selalunya akan ada dalam resit, token atau notis yang boleh dilihat orang ramai. Maka secara asasnya, pihak pengurusan tempat letak kenderaan kena memastikan yang klausa ni mudah dilihat oleh orang ramai dan ia mudah difahami. 

Dalam kes – Malaysian Newsprint Industries Sdn Bhd v Perdana Cigna Insurance Bhd & Ors [2008], mahkamah menyatakan yang klausa pengecualian tu akan dianggap sebagai tak ada bermakna sekiranya ia tak disampaikan dengan berkesan kepada orang ramai. Maknanya, klausa pengecualian memang kena jelas dan mudah difahami oleh orang ramai. 

Sebelum ni, kami ada tulis satu artikel pasal apa akan jadi kalau kereta korang kena curi di parkir valet. Sebenarnya, undang-undangnya masih seakan sama dan ini apa yang peguam kata untuk senario itu:

"Berapa banyak tanggungjawab yang dapat dielakkan bergantung pada sejauh mana klausa pengecualian. Ini ditafsirkan dengan tegas dan peraturan 'kontra-profarentum' berlaku - sebarang kekaburan dalam klausa akan ditafsirkan terhadap perniagaan yang berusaha untuk mengecualikan tanggungjawab. " - Peguam korporat, katanya kepada ASKLEGAL

Peraturan ‘kontra-profarentum’, adalah peraturan undang-undang kontrak yang mengatakan bahawa setiap klausa yang tidak jelas atau samar-samar dapat ditafsirkan terhadap pihak terlibat (pengurusan tempat letak kereta) yang membuat peraturan tersebut.

Perkara ni boleh melindungi pelanggan dari syarikat yang cuba buat pengecualian tanggungjawab atas terlalu banyak perkara, seperti banjir atau kecuaian mereka sendiri, dan undang-undang akan membuat syarikat itu bertanggungjawab atas apa sahaja yang tidak dilindungi.

Sebagai contoh, ada tempat letak kenderaan yang mungkin pasang papan tanda bertulis, "Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan kepada kereta anda". Tapi, mereka tak menyatakan sama ada pihak pengurusan akan bertanggungjawab terhadap kenderaan lain yang rosak. Peraturan macam ni boleh dianggap agak kabur dalam pengertian itu. Oleh itu, dengan menggunakan peraturan 'kontra-profarentum', pihak pengurusan akan dipertanggungjawabkan dalam situasi macam tu.

 

Jadinya, boleh ke kita saman mereka? 

Yang ni nak kira macam mana? Imej dari Giphy

Dalam senario macam ni, ia mungkin agak sukar untuk buat tuntutan terhadap pihak pengurusan. Melainkan, kerosakan tu berlaku disebabkan pengurusan tempat letak kenderaan tu sendiri. Namun begitu, kalau perkara tu dilakukan oleh orang lain dan pihak pengurusan memang dah buat papan tanda yang mereka tak akan bertanggungjawab atas kecurian atau kerosakan pada kenderaan korang –  tak banyak sebenarnya yang korang boleh buat terhadap pihak pengurusan

Jadinya, apa yang kita boleh buat adalah dengan ambil langkah berjaga-jaga untuk pastikan tak ada sebarang barang berharga yang ditinggalkan dalam kenderaan. Selain tu, pastikan juga kenderaan dikunci, diletakkan di tempat yang dirasakan selamat dan bukannya ditempat yang tersembunyi dan tak ramai orang. Tak salah untuk kita berusaha sikit, dari bersedih di kemudian hari. 

Tetapi, baru-baru ni terdapat satu kes baru yang mungkin akan mengubah keadaan ini. Anda boleh baca artikel tersebut dalam Bahasa Inggeris melalui pautan di bawah. Kami akan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Malaysia tak lama lagi.

[READ MORE: This case made it easier to sue carparks over a stolen vehicle in Malaysia ]

Tags:
tempat parking
parking kereta
pecah masuk kereta
tempat letak kereta
tempat letak kenderaan
kecurian kereta
pengurusan parking
saman parking

7

Shares

A+

A-