Asklegal
Home banner 8daa4807 5747 4399 8976 2703763dd3c6

Criminal,General

Boleh ke Malaysia keluar dari perjanjian antarabangsa... sebab kita tak suka?

Not published yet ago Azar Ishak

0

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Baru-baru ni, kerajaan Malaysia dah berhadapan dengan kritikan kerana mempertimbangkan usaha untuk menandatangani dua perjanjian antarabangsa – ICERD dan Statut Rom (Rome Statute). ICERD mendapat kritikan sebab ia dikatakan akan memberi kesan kepada hak istimewa tertentu dan Statut Rom pula dibimbangi dapat menjejaskan perkara-perkara berkaitan dengan institusi raja.

[BACA LAGI:  5 things you should know about Malaysia's signing of the Rome Statute]

[BACA LAGI:  5 points about ICERD that Malaysians are disagreeing over]

Kerajaan kita sebenarnya dah menandatangani salah satu dari dua perjanjian tu, iaitu Statut Rom pada 4 Mac 2019. Tapi secara tiba-tiba, pada 5 April 2019, Tun Dr Mahathir mengumumkan yang Malaysia menarik diri dari perjajian ni, kerana:

“Terlalu banyak kekeliruan berhubung Statut Rom, jadi kita tidak akan teruskan…  Bukan kerana kita fikir ia berbahaya, tetapi kerana ia dipolitikkan, disebabkan orang yang mempunyai kepentingan” – Dr Mahathir, di sidang medianya. 

Sebenarnya bukan Malaysia je yang buat keputusan macam tu, tapi Filipina pun dalam proses untuk tarik diri dari Statut Rom masa kita tandatanganinya.

Tapi itulah yang kita nak bincang, ICERD takde la masalah sangat sebab kita memang belum tandatangan lagi, tapi untuk Statut Rom yang kita dah tandatangan; boleh ke kita tarik diri macam tu je?

Kalau korang fikir benda ni macam kontrak; bila korang tak tandatangan, korang tak payah risau. Tapi kalau korang dah tandatangan, korang tak boleh senang-senang nak tarik diri tanpa sebarang syarat. Jadi, inilah persoalannya… boleh ke kita senang-senang tarik diri dari perjanjian antarabangsa? 

 

Kebanyakan perjanjian ada peruntukan untuk keluar 

Triti (treaty) secara asasnya adalah perjanjian antara negara-negara yang akhirnya membentuk undang-undang. Contohnya macam ni, beberapa negara dah bersetuju kalau salah satu negara di antara diorang diserang, maka yang lain akan tolong negara tu; dan kalau betul-betul ada negara yang diserang, mereka semua akan tolong.

Begitulah juga dengan Statut Rom iaitu satu perjanjian yang menghalang negara-negara ahlinya dari melakukan jenayah perang, dan kalau diorang buat juga, orang yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Bila kerajaan Malaysia dah tandatangan perjanjian ni, maka ia juga terpakai untuk negara kita. Tapi boleh ke kita cakap “benda ni dah tak terpakai pada kita lagi” macam apa yang Duterte buat? 

Jawapannya YA. Ini kerana, Statut Rom ada peruntukan untuk menarik diri atau keluar darinya. Perkara 127(1) Statut Rom menyatakan:

“Negara ahli, melalui pemberitahuan bertulis yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menarik diri dari Statut ini. Penarikan diri itu akan berkuatkuasa satu tahun selepas tarikh penerimaan pemberitahuan itu, melainkan pemberitahuan itu menetapkan tarikh kemudiannya.”

Ini bermakna, Malaysia yang dah buat keputusan untuk tak nak lagi ikut Rom Statut kena beritahu pemimpin PBB. Dan lepas setahun, penarikan diri tu akan berkuatkuasa.

Cara ni tak terhad pada Statut Rom je, sebab terdapat beberapa lagi perjanjian antarabangsa yang Malaysia boleh keluar dan tarik diri. Sebagai contoh, Perjanjian Paris (Paris Agreement) yang dianggotai banyak negara termasuk Malaysia untuk menangani perubahan iklim. Kalau Malaysia nak keluar dari perjanjian ni, kita cuma perlu ikut Perkara 28, dan kita tak tertakluk lagi dengan undang-undang tu.

Bagaimanapun, kita tak boleh keluar atau kata kita tak nak ikut undang-undang tertentu macam tu je, sebab…

 

Tak semua perjanjian antarabangsa kita dapat elak

Sama juga macam warga Malaysia yang tak boleh kata Kanun Keseksaan tak terpakai kepada diorang, Malaysia (atau mana-mana negara lain) tidak boleh keluar/menarik diri daripada undang-undang antarabangsa tertentu, seperti …

PERJANJIAN YANG TAKDE MEKANISME UNTUK KELUAR 

Macam yang diberitahu awal tadi, perjanjian macam Statut Rom dan Perjanjian Paris ada bahagian yang spesifikkan cara untuk negara-negara keluar dari perjanjian itu.

Tapi di sebalik itu, ada juga perjanjian-perjanjian tertentu yang TAK beritahu macam mana sesebuah negara tu nak keluar darinya. Dalam kes macam ni, maka rujukan mestilah dibuat kepada Konvensyen Vienna mengenai Undang-Undang Triti yang menerangkan macam mana undang-undang antarabangsa berjalan

Berdasarkan Perkara 56 Konvensyen Vienna, kalau perjanjian itu tak menyatakan sesebuah negara boleh menarik diri darinya, maka negara tu tak boleh keluar dari perjanjian. Kecuali:

  1. Ia diputuskan bahawa ada bukti yang menunjukkan negara-negara terlibat itu sebenarnya berkehendakkan jalan keluar.
  2. Dengan melihat perjanjian secara menyeluruh, negara-negara itu menganggap wujudnya mekanisme untuk keluar.

Contoh perjanjian macam ni adalah Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik (International Covenant on Civil and Political Rights) yang menyatakan negara-negara tak boleh secara mudah tarik diri dari undang-undangnya. Negara macam Korea Utara ada cuba nak tarik diri dari perjanjian ni dengan beritahu pemimpin PBB, tapi keputusannya diorang tak boleh

JUS COGENS

Jus cogens ditakrifkan sebagai norma undang-undang antarabangsa yang mesti dipatuhi oleh keseluruhan masyarakat antarabangsa tanpa sebarang penjejasan.

Ini termasuklah peraturan-peraturan tak bertulis tertentu yang mesti dipatuhi oleh semua negara tanpa pengecualian. Jus cogens secara dasarnya melarang perbuatan penghapusan etnik (genocide), lanun maritim, perhambaan secara umum (termasuk perdagangan hamba), penyeksaan, mengembalikan pelarian ke tempat asalnya dan perang pencerobohan.

Kalau pun ada negara-negara yang nak buat perjanjian membenarkan perhambaan, penyeksaan dan sebagainya; perjanjian tu akan terbatal kerana Perkara 53 Konvensyen Vienna kata, negara-negara tak boleh buat apa-apa perjanjian yang melanggar norma-norma tersebut.

Jadi, ini adalah satu contoh undang-undang antarabangsa yang Malaysia tak boleh kata tak nak ikut satu hari nanti.

 

Tapi kenapa kita perlukan undang-undang antarabangsa?

Arena antarabangsa adalah satu arena yang sukar diramal. Walaupun setiap negara memerlukan satu sama lain, untuk terus bertahan dan wujud, ada benda yang diorang masih nak buat dengan cara diorang sendiri. Kerana itulah adanya beberapa undang-undang yang membolehkan kerjasama, dan dengan adanya beberapa undang-undang, negara-negara dunia tak bolehlah buat sesuka hati diorang.

Korang boleh nampak contohnya seperti yang kita tunjukkan tadi. Ada undang-undang penting yang semua negara perlu ikut tak kira apa pun, dan ada pula undang-undang yang kita boleh berkecuali darinya. Kaedah ini membolehkan sesebuah negara dapat menyesuaikan diri dalam politik dan percaturan antarabangsa, seperti mana yang Malaysia buat. Bila sentimen tempatan menunjukkan sokongan yang kurang, kita tak tandatangan ICERD dan tarik diri dari Statut Rom. 

Tags:
icerd
undang-undang antarabangsa
statut rom
wisma putra
perjanjian antarabangsa
pbb

0

Shares

A+

A-