General
Korang tak boleh saman pemilik kucing, sebab... tak ada undang-undang terhadap kucing
over 5 years ago Azar Ishak[Click here for English version]
Di dunia ni, ada dua jenis haiwan yang selalunya dipelihara, iaitu kucing dan anjing. Sebaliknya, terdapat lebih dari dua jenis undang-undang yang ada di Malaysia. Sebahagian dari undang-undang ni boleh dikatakan berterus terang je, tapi ada juga yang bersifat umum dan kadang-kadang tu agak pelik.
Sebelum ni, kami ada tulis satu artikel pasal undang-undang ganjil di Malaysia, yang kalau korang dengar pun rasa kelakar. Tapi, sebenarnya undang-undang tu memang wujud dan kebanyakannya korang boleh dapati dalam Akta Kesalahan-Kesalah Kecil 1955. Kalau korang periksa Akta ni, korang akan nampak undang-undang pelik macam menunggang gajah atas jalan raya dan memandu babi ke arah jalan awam yang dianggap sebagai kesalahan. Mungkin hal ni jadi disebabkan undang-undang ni memang dah lama dan tak pernah dipinda sejak tahun 1955 lagi.
Jadi, masa kitorang tengah tengok Akta ni, kitorang kenal pasti sesuatu yang agak pelik. Sebab, adanya undang-undang dalam Akta yang bercakap pasal – lembu, kuda, babi dan termasuk juga anjing untuk kesalahan seperti merosakkan harta benda atau membahayakan orang lain. Tapi… tak ada pula undang-undang pasal kucing!
Sebabnya, kucing tak berguna (sorry...)
Secara ringkasnya, Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 adalah akta yang memperuntukkan hukuman untuk kesalahan-kesalahan kecil. Dan bahagian khusus yang kita nak tengok di sini adalah Seksyen 9 Akta yang menyatakan (tiada terjemahan rasmi, diterjemahkan oleh Asklegal:
Pada dasarnya, Akta ni menyatakan bahawa apa-apa kerosakan yang dilakukan oleh kuda, lembu, biri-biri, kambing atau babi terhadap harta awam/swasta akan didenda tidak lebih dari RM100, atau apa sahaja jumlah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Seperti mana dikatakan di awal tadi, Akta ini ada undang-undang untuk anjing. Lebih menarik, ia bukan dalam satu seksyen je, tapi dalam tiga seksyen:
[BACA LAGI: If your dog bites a robber in Malaysia, can you get sued or taken to jail?]
Dengan semua undang-undang terhadap anjing ni, ada satu haiwan popular yang tak ada peruntukan undang-undang iaitu kucing. Jadi persoalannya sekarang, kalau ia tak ada dalam undang-undang, adakah ni bermaksud kucing (dan pemiliknya) kebal dari sebarang undang-undang?
Mungkin penerangan dari peguam, Fahri Azzat boleh bantu kita memahami hal ni dengan lebih baik. Kata Fahri:
Saya fikir kucing biasanya ditinggalkan (dari Akta) kerana ia bukanlah binatang ternakan (beasts of burden) atau binatang berburu (beasts of hunt). Ia dipelihara semata-mata untuk keseronokan (dan mungkin sikit untuk kawalan tikus). Jadi, sedikit undang-undang dikenakan kepadanya. –Fahri Azzat, emelnya kepada Asklegal.
Dalam erti kata lain, ia mungkin ada kaitan dengan untuk apa kucing itu digunakan. Oleh kerana ia adalah haiwan domestik, dan tak ada apa-apa tujuan lain dipelihara melainkan kerana kecomelannya – maka, ia tak dikelaskan dalam Akta kerana kurang kegunaan komersial.
Jadi, adakah ni bermakna kucing bebas dari sebarang tanggungjawab undang-undang, dan korang pun mula pandang tinggi dengan kedudukannya?
Tak juga, sebab kamu sebenarnya masih boleh saman pemilik kucing
Kalau ia adalah kesalahan di bawah undang-undang Persekutuan – dalam kes ni, di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil, maka korang akan dibawa ke mahkamah dan kena bayar denda jika didapati bersalah. Tapi disebabkan kucing tak tersenarai dalam Akta ni, pihak berkuasa tak boleh mendakwa pemilik kucing di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil, tapi memfailkan tuntutan mahkamah masih lagi boleh dibuat - yang biasanya dipanggil lawsuit.
Untuk lebih tepat lagi, korang masih boleh saman pemilik kucing kerana kerosakan harta benda atau kecederaan fizikal akibat kucing mereka. Terdapat banyak jenis tort, tapi untuk kucing, ini 2 contohnya:
Secara asasnya, korang masih boleh saman pemilik kucing dalam dua keadaan ni. Kalau korang nak saman seseorang kerana kerosakan harta benda atau kecederaan fizikal disebabkan oleh kucing mereka, ini apa yang Fahri kata:
Seorang pemilik haiwan peliharaan bertanggungjawab atas kerosakan yang disebabkan haiwan peliharaannya dalam tort di bawah common law (undang-undang am). Jadi dia boleh didakwa di mahkamah sivil kerana kerosakan harta benda yang disebabkan oleh kucingnya.” – Fahri Azzat
Tapi kelemahan cara ni adalah, ia dah pasti membuatkan korang berbelanja lebih untuk saman. Dan oleh kerana saman memerlukan wang yang banyak dan memakan masa, sesetengah orang mungkin tergoda untuk meracun atau curahkan air panas ke atas kucing tu. Tapi, inilah dia undang-undang yang kucing pun termasuk…
Menyakiti kucing (atau apa-apa haiwan lain) akan menyebabkan kamu dipenjara
Sebenarya ada je kes ekstrem di mana orang sanggup racun haiwan peliharaan jiran mereka. Kalau korang rasa menyakiti haiwan ni boleh menyebabkan haiwan tu tak masuk kawasan korang lagi, korang silap. Sebabnya, koranglah yang akan bertanggungjawab di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Akta ni secara dasarnya mengawal semua aktiviti yang melibatkan haiwan melalui Lembaga Kebajikan Haiwan. "Penganiayaan terhadap haiwan " ditakrifkan di bawah Seksyen 29 Akta seperti berikut:
Jadi, kalau korang menggunakan perangkap atau meracun mana-mana kucing yang masuk ke dalam kawasan korang, korang akan diklasifikasikan sebagai pendera haiwan di bawah Akta. Pesalah akan dikenakan denda antara RM20,000 hingga RM100,000 dan/atau dipenjara 3 tahun. Dalam erti kata lain, korang tak boleh "menghukum" kucing dalam apa jua cara kerana ada undang-undang yang melindunginya dari dicederakan.
[BACA LAGI: 5 undang-undang baru yang meningkatkan tahap perlindungan haiwan di Malaysia]
Ini dia bonus points untuk pemilik kucing: Terdapat beberapa tanggungjawab asas yang boleh korang ambil untuk pastikan kucing korang tak menjadi gangguan kepada jiran-jiran – seperti menjaga kucing korang di bawah pengawasan yang betul bila biarkan ia keluar dan latihlah kucing korang tu.
Juga, kadang-kadang tu jalan terbaik adalah korang biarkan je lah bila kucing jiran masuk kawasan korang. Tutup tingkap, pintu dan pagar untuk elakkan kucing liar dari masuk. Kalau korang sakiti kucing liar dengan apa cara sekalipun, korang dikira masih melanggar peruntukan dalam Akta Kebajikan Haiwan.
Tapi, kalau rak kasut korang rosak atau kucing jiran menyerang korang dengan cakarnya, jangan teragak-agak untuk berbincang dengan jiran korang tentangnya.