

Civil,Criminal
Di Malaysia, lelaki boleh didakwa merogol, tapi perempuan tak. Ini sebabnya
Not published yet ago Azar Ishak[Click here for English version]
Secara amnya, kalau kita bercakap soal jenayah rogol – kita akan terbayangkan tindakan jenayah terhadap wanita. Dan apa yang kita bayangkan tu ada benarnya juga – sebab memang dah jadi perkara biasa yang penjenayahnya tu selalunya lelaki dan mangsanya pula wanita. Tapi hakikatnya, bukan semuanya macam tu sebab lelaki pun boleh kena gangguan seksual daripada wanita. Di sinilah kita bertemu dengan masalah – bila mana jenayah terhadap lelaki ni sangat kurang dilaporkan disebabkan adanya perasaan malu.
Sekarang ni, kita dengar banyak kes tentang lelaki yang didakwa kerana jenayah rogol atau buat gangguan seksual. Tapi, tak ada satu kes pun melibatkan wanita dalam kes jenayah merogol lelaki di Malaysia.
Alasan di sebalik keadaan ni sebenarnya adalah disebabkan macam mana undang-undang tu ditafsirkan. Jadinya, hal ni menimbulkan persoalan kepada kita semua. Apa akan jadi kalau ada wanita yang buat kesalahan seksual terhadap lelaki atau wanita lain?
Bagi dapatkan jawapan tu, mungkin kita boleh tengok dulu macam mana undang-undang dibuat untuk jenayah-jenayah ni.
Di bawah undang-undang Malaysia, hanya lelaki boleh didakwa merogol

Undang-undang Malaysia mentakrifkan rogol di bawah Seksyen 375, Kanun Keseksaan sebagai – seorang lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita tanpa kehendaknya atau tanpa persetujuannya. Hukuman terhadap jenayah ni adalah penjara sehingga dua puluh tahun dan sebatan. Terdapat juga 11 senario berbeza yang dinyatakan dalam Akta – di mana kalau rogol berlaku dalam senario tu, hukuman boleh dilanjutkan sehingga tiga puluh tahun penjara.
Memandangkan Kanun Keseksaan menyatakan hanya lelaki yang boleh didakwa atas kesalahan ni, maka ia bermakna dalam undang-undang Malaysia, wanita tak boleh merogol. Untuk tahu lebih lanjut lagi pasal isu ni, kami ada tanya seorang peguam, Alex Netto. Dan ini apa yang dia kata:
"[Ini adalah] yang perlu diterokai dengan teliti di negara ini. Malangnya pada masa ini, Kanun Keseksaan memperuntukkan pelaku itu lelaki dan mangsa itu wanita. " - Alex Netto, Anton & Chen.
Pada dasarnya, untuk seseorang yang didakwa melakukan jenayah rogol, kemasukan (penetration) mesti berlaku untuk membentuk hubungan seksual. Dengan kata lain, hanya lelaki yang ada kemampuan untuk merogol wanita seperti mana yang dinyatakan dalam Kanun Keseksaan.
Jadinya, macam mana undang-undang nak hukum wanita yang buat kesalahan seksual terhadap lelaki atau wanita lain?
Wanita mungkin bersalah kerana serangan seksual, tapi bukan rogol

Walaupun Kanun Keseksaan kata macam tu, tak bermakna yang pesalah wanita boleh lepas macam tu je. Pelaku gangguan seksual masih lagi boleh diambil tindakan kalau mangsa buat laporan polis. Tindakan tu nanti mungkin juga akan diambil di bawah Seksyen 509, Kanun Keseksaan:
Jadinya di sini, serangan seksual adalah jenayah yang sesiapa saja tak kira jantina boleh didakwa di bawahnya. Sesiapa yang didapati bersalah dengan jenayah ni, dia boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun, didenda atau kedua-duanya. Bagaimanapun, kalau korang dah diganggu di tempat kerja oleh rakan sekerja wanita, ada undang-undang tambahan yang boleh lindungi korang dari gangguan seksual.
Seksyen 2, Akta Kerja 1955 mentakrifkan gangguan seksual dalam kerangka pekerjaan sebagai (tiada terjemahan rasmi, diterjemahkan oleh Asklegal):
Dalam masa sama, definisi gangguan seksual juga sangat luas dan ia boleh jadi dari pandangan, perkataan dan sentuhan. Alex menjelaskan lagi yang Akta itu boleh ditafsirkan secara meluas kerana tiada jantina ditentukan:
"Seksyen 2 Akta [Kerja] tidak menyatakan jantina dan hanya bercakap tentang kelakuan seksual yang tidak diinginkan dalam istilah yang luas." - Alex Netto, Anton & Chen.
Tambahnya lagi, Seksyen 81B, Akta Kerja menyatakan – majikan ada tanggungjawab untuk menyiasat sebarang aduan gangguan seksual. Majikan terikat untuk menyiasat dalam tempoh 30 hari dari tarikh aduan dibuat.
Jadinya, siasatan tu adalah wajib dan perlu dilakukan oleh majikan korang. Tindakan daripada majikan tu boleh jadi seperti pecat, gantung tugas, pindah jabatan dan sebagainya.
Selain tu, korang juga boleh pertimbangkan untuk saman pengganggu itu di bawah tort gangguan seksual. Sebabnya, gangguan seksual juga baru-baru ni dah ada dalam tort di Malaysia (baca lagi tentang undang-undang tort di sini), yang membolehkan korang buat saman sivil.
[BACA LAGI: Sexual harassment is not a crime in Malaysia. So what can victims do?]
Tapi dalam konteks undang-undang jenayah, masih tak banyak yang boleh dibuat untuk dakwa wanita kerana merogol atau serangan seksual…
NGO berusaha desak undang-undang yang lebih baik tentang jenayah seksual

Walaupun kita dah ada undang-undang yang cukup untuk jenayah seksual di tempat kerja dan saman sivil pun boleh dibuat di bawah tort, masih ada kekaburan sama ada wanita yang buat jenayah seksual boleh didakwa atas jenayahnya. Alex berkata:
Untuk membawanya kepada hal jenayah, ia memerlukan inisiatif dari Jabatan Peguam Negara untuk menjalankannya. – Alex Netto, Anton & Chen.
Jadinya, pihak Peguam Negara kenalah buat perubahan terhadap undang-undang sedia ada ni. Malah, ada desakan yang dibuat untuk meminda undang-undang mengenai jenayah seksual di Malaysia. NGO seperti – Pertubuhan Perlindungan Wanita (WAO) dan All Women's Action Society (AWAM) adalah antara organisasi yang berusaha mencari perubahan undang-undang berkaitan dengan jenayah seksual.
Makanya sekarang, kalau korang jadi antara mangsa – ini dia antara langkah yang korang patut ambil untuk laporkan jenayah berkenaan:
- Buat laporan polis yang mungkin membawa kepada dakwaan jenayah atau saman sivil terhadap pengganggu wanita itu.
- Kalau gangguan tu berlaku di tempat kerja, adukan kepada jabatan sumber manusia. Kalau tak ada tindakan diambil, atau si pengganggu tu sebenarnya majikan syarikat – laporkan aduan kepada Kementerian Sumber Manusia.