Criminal,General
Tinggalkan rumah tanpa alasan munasabah masa PKP, korang boleh dipenjara!
over 4 years ago Azar Ishak[Click here for English version]
COVID-19 nampaknya masih lagi menghantui kita semua dan Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi berjalan ketika ni. Seperti yang dimaklumkan, perintah ni yang pada mulanya berjalan dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 ni, kini akan dilanjutkan sehingga 14 April. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pun dah merayu kepada rakyat Malaysia supaya mematuhi arahan perintah ni dan minta kita supaya duduk di rumah diam-diam. Kalau nak keluar pun, cuma untuk hal-hal tertentu je macam nak beli barang keperluan atau ada kecemasan.
Perhimpunan melibatkan ramai orang juga diminta untuk dibatalkan, selain institusi pendidikan dan bukan perkhidmatan penting turut diarahkan tutup. Bagaimanapun, nampaknya macam masih ramai yang tak kisah sangat dengan arahan ni sebab ada je yang masih lagi berkumpul untuk makan dan balik kampung, sampai buatkan kesesakan lalu lintas. Boleh kata, ramailah yang marah dengan tindakan mereka yang tak bertanggungjawab ni.
Tapi tahu tak kita apa yang kita boleh dan tak boleh buat sepanjang tempoh ni?
Ini bukan perintah berkurung atau lockdown
Sebelum kita masuk pada undang-undang, kita semua kena tahu dulu apa yang jadi ni sebenarnya bukanlah perintah berkurung atau lockdown. Masa Perdana Menteri umumkan Perintah Kawalan Pergerakan ni, ramai yang salah faham dan ingat yang ianya perintah berkurung. Sebenarnya, perintah berkurung ni berbeza dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
Negara yang berada di bawah perintah berkurung macam Itali, memerlukan rakyatnya berada dalam kediaman setiap masa dan kena ada slip kebenaran daripada polis setiap kali mereka keluar. Sebaliknya, kawalan pergerakan taklah setegas tu. Apa yang kita kena buat cuma duduk dalam rumah – tapi masih lagi dibenarkan pergi ke tempat-tempat berdekatan untuk beli makanan atau bekalan perubatan. Tapi, seperti mana yang diberitahu awal tadi, masih ada sektor tertentu yang terus dibenarkan beroperasi.
Makanya, apa yang kita lalui ni bukanlah perintah berkurung sepenuhnya, dan kita juga dibenarkan untuk begerak ke tempat-tempat tertentu. Tapi.. masih ada peraturan-peraturan tertentu yang kita kena patuhi. Jadi, selain tak boleh keluar rumah sesuka hati, apa lagi yang kita tak boleh buat?
Korang tak boleh balik kampung?
Sebelum perintah ni bermula, ramai yang mula balik kampung dan masa tu masih tak ada lagi larangan spesifik terhadap pergerakan dalam negara. Disebabkan penutupan institusi pengajian, ramai juga pelajar-pelajar yang terpaksa pulang ke kampung dan keluarga masing-masing.
Jadinya, semasa kita dinasihatkan tak bergerak antara negeri, PDRM masih lagi membenarkannya jika perlu. Lepas tu, sesiapa yang nak buat perjalanan antara negeri, mereka kena dapatkan borang kebenaran di balai polis berdekatan. Tapi cara ni dah buatkan orang ramai berkumpul di balai polis, sampaikan PDRM sendiri tak dapat nak kawal. Hal ni kemudiannya membawa kepada penarikan balik keperluan kebenaran dan semakin ramailah yang balik kampung.
Pada 18 Mac 2020, kerajaan dah keluarkan peraturan baru yang dibuat oleh Menteri Kesihatan (kita akan bincang nanti). Di bawah peraturan baru ni, dah diputuskan yang pergerakan antara negeri tak dibenarkan sama sekali, kecuali dalam keadaan tertentu:
- Kematian ahli keluarga terdekat
- Ahli keluarga sakit tenat
- Rawatan perubatan diri sendiri dan ahli keluarga
- Lain-lain perkara atas pertimbangan ketua polis balai
Kalau alasan nak bergerak antara negeri tu tak penuhi keadaan-keadaan ni, seseorang tu tak akan dapat kebenaran daripada pihak polis untuk melakukannya. Jadi, kalau korang balik kampung tu tanpa sebab munasabah dan tak dapat kebenaran daripada polis, korang dah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dan melanggar undang-undang.
Tak ada lepak mamak, berkumpul majlis perkahwinan & pengebumian
Kalau keluar makan sorang-sorang nampak macam tak bawa apa-apa mudarat kan? Tapi nampaknya perkara tu tak untuk dua minggu ni. Sebabnya, Kementerian Kesihatan Malaysia dah keluarkan senarai Soalan Lazim Ditanya (FAQs) yang memberi kita gambaran tentang apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa perintah kawalan ni.
Berdasarkan FAQs itu, restoran dibenarkan beroperasi seperti biasa, tapi hanya boleh untuk bawa balik makanan sahaja. Ini bermakna, korang tak dibenarkan untuk duduk dan makan dalam kedai, sebaliknya hanya boleh tapau makanan untuk dibawa balik. Selain tu, ada juga alternatif lain macam perkhidmatan penghantaran makanan seperti GrabFood dan FoodPanda. Seperti mana yang dikatakan di awal tadi, beberapa jam selepas perintah kawalan ni dilaksanakan –masih ada orang Malaysia yang makan di restoran dan kedai kopi. Kalau ditangkap buat macam tu, mereka ni boleh berdepan dengan dakwaan melanggar perintah kawalan.
FAQs ni juga ada sentuh tentang majlis atau perhimpunan penting. Untuk majlis perkahwinan, hanya majlis kecil di kalangan ahli keluarga terdekat je dibenarkan. Tapi untuk resepsi perkahwinan yang selalunya melibatkan ramai tetamu adalah dilarang sama sekali.
Tentang majlis pengebumian pula, walaupun majlis ini penting – masih ada lagi kawalan untuknya. Kalau yang meninggal tu bukan pesakit Covid-19, hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan. Untuk masyarakat muslim pula, beberapa ahli kariah masjid atau surau boleh tolong untuk menyempurnakan pengebumian itu. Tapi kalau yang meninggal itu mangsa Covid-19, tak ada sesiapa yang boleh datang dan jenazahnya pula akan diuruskan oleh kakitangan yang diberikan kuasa.
Untuk tahu lebih terperinci lagi tentang apa yang tak dibenarkan dari 18 Mac sampai 14 April 2020, klik sini.
Tapi muncul juga persoalan, apa akan jadi kalau kita langgar peraturan-peraturan yang dah ditetapkan ni?
Korang boleh didenda dan dipenjara kalau ingkar perintah kawalan
Sebenarnya, perintah kawalan ni sendiri adalah undang-undang yang dah berusia 53 tahun dan ia bukanlah baru je digubal. Akta Polis 1967 mengatakan pihak polis boleh mengarahkan orang Malaysia untuk berada di rumah jika perlu. Seksyen 31, dalam Akta menyatakan:
Jadi, kalau ada kepentingan awam dan keselamatan, PDRM mempunyai kuasa untuk minta sesiapa saja berada di rumah...tapi dalam seksyen sama ada juga dinyatakan:
Ini kedengaran macam kita hanya perlu tinggal dalam rumah sehari je, kan? Selain itu, Perdana Menteri yang membuat perintah ni. Jadi kenapa PDRM yang terlibat? Sebenarnya, bahagian undang-undang ini datang dengan penafian, dan ia kata:
Pada asasnya, Menteri mempunyai kuasa untuk melanjutkan perintah sehingga 14 hari, dan bahkan lebih jika diperlukan. Tugas polis di sini adalah untuk menguatkuasakan perintah itu dan memastikannya dipatuhi. Jadi, sekarang kita tahu dari mana datangnya perintah ni. Tapi apa akan jadi kalau kita ingkar dengan perintah ni?
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 pula adalah satu set undang-undang yang memberitahu kita apakah langkah-langkah yang boleh diambil semasa pandemik, dan apa yang berlaku jika kita ingkar dengan apa-apa perintah yang dibuat pada masa itu. Seksyen 24 dalam akta ni menyatakan –hukuman denda dan penjara sehingga dua tahun untuk kesalahan kali pertama, denda dan penjara lima tahun untuk kali kedua, dan denda bagi tiap-tiap hari kesalahan berterusan.
Tapi kerajaan dah keluarkan satu set undang-undang baru untuk Covid-19, yang dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. Di bawah peraturan ni, sesiapa yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan boleh dipenjara sehingga 6 bulan, didenda RM1,000 atau kedua-duanya.
Jadinya, pastikanlah korang ikut peraturan-peraturan yang ditetapkan ni, dan pekalah dengan segala perkembangan yang diumumkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.