Asklegal
Home banner e3c091ae c0ef 4a91 9cad 65d776095cce

Civil,Contract

Adakah Tealive akan gulung tikar? Ini cerita dia dari mula...

over 5 years ago

33

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Artikel ini diterjemah dari Bahasa Inggeris. Click here for English version]

 

Sesiapa yang gila bubble tea mesti ingat waktu Chatime mula-mula masuk Malaysia dulu, semua orang pun beratur panjang macam nak tuntut BR1M. Tapi sekitar Febuari 2017, Chatime tiba-tiba hilang dan Tealive pulak yang keluar.

Sebenarnya drama sinetron antara pemberi francais yang berasal dari Taiwan (La Kaffa International Co Ltd) dan juga pemegang francais Malaysia (Loob Holding Sdn Bhd) ni dah mendapat liputan luas oleh media, di mana La Kaffa mendakwa Loob telah melanggar kontrak francais kerana tidak membuat bayaran dan juga menggunakan bahan mentah yang tidak diluluskan. Tak lama lepas tu, La Kaffa tamatkan perjanjian francais dan Loob tukar semua nama kedai mereka kepada Tealive - maka rakyat Malaysia dapatlah kembali menikmati bubble tea yang terlebih dan mahal terlebih gula.

Tapi drama ni tak berakhir kat situ je. Baru-baru ni, Mahkamah Rayuan telah meminta Tealive agar memberhentikan operasi mereka, atau dalam kata lain, kena gulung tikar.…. tetapi datang lagi plot twist – Makhamah Persekutuan pula membenarkan Tealive beroperasi seperti biasa. Jadi sekarang, Tealive dibenarkan beroperasi secara sah di Malaysia.

Macam mana benda ni mula berlaku? Yang tu kita akan cover dalam artikel yang lain sebab panjang ceritanya. Jom kita cerita daripada awal permulaan drama antara Tealive dengan Chatime…

 

Harapkan pagar, pagar makan francais

Pada tahun 2011, La Kaffa melantik Loob sebagai pemegang francais Chatime, dan mereka menandatangani persetujuan francais. Seperti mana-mana francais, pemberi francais akan memberikan hak untuk mengusahakan sesebuah perniagaan menggunakan jenama dan konsep yang dimiliki oleh mereka. Contoh francais antarabangsa yang dibawa masuk ke Malaysia adalah KFC, McDonald’s dan The Coffee Bean. 

Kalau korang nak baca dokumen penghakiman Mahkamah Rayuan, boleh klik terus di sini

Bila dah jadi pemegang francais, mereka akan dapat bantuan daripada pemilik jenama yang asal. Tapi mereka juga kena patuh kepada persetujuan francais dan undang-undang francais iaitu Akta Francais 1998. Secara ringkasnya, mereka tak boleh menyalahgunakan harta intelek pemegang francais, membuka bisnes dengan produk yang sama, mahupun menggantikan bahan-bahan tanpa kebenaran daripada pemberi francais.

Dan inilah sebabnya La Kaffa mendakwa Loob kat mahkamah. Ada dua perkara yang perlu diperhatikan di sini, iaitu:

  1. Persetujuan francais antara La Kaffa dan Loob yang dipanggil sebagai Regional Exclusive Representation Agreement (RERA)
  2. Seksyen 27 dalam Akta Francais 1998

Halaman 15 daripada dokumen penghakiman mengulang kembali sebahagian daripada persetujuan francais yang menyatakan bahawa Loob tidak dibenarkan untuk terlibat dalam apa-apa aktiviti komersil yang sama atau menyerupai apa yang dibuat dalam kedai francais. Persetujuan francais ini turut menyatakan yang larangan ini masih terlaksana walaupun setelah persetujuan francais tersebut ditamatkan. Jika persetujuan ini dilanggar, Loob perlu membayar denda kepada La Kaffa, termasuklah US$10,000 bagi setiap persetujuan yang dilanggar beserta beberapa peratus daripada hasil jualan bulanan mereka. Korang boleh baca senarai bayaran penuh pada halaman 36 dokumen penghakiman tersebut.

Dari dokumen penghakiman Mahkamah Rayuan

Pada masa yang sama, seksyen 27 dalam Akta Francais 1998 menyatakan yang pemegang francais perlu memberi jaminan kepada pemberi francais bahawa mereka tidak akan terlibat dalam sebarang perniagaan yang sama sepanjang tempoh francais dan sepanjang dua tahun selepas tamatnya atau perbehentian awal bagi persetujuan francais tersebut.

Tapi walaupun dengan arahan yang jelas daripada kedua-dua dokumen ni, macam mana boleh Tealive tiba-tiba muncul sebulan lepas kontrak Chatime ditamatkan, dan macam mana mereka boleh terus beroperasi?

 

Mahkamah Tinggi tak suruh Loob untuk berhenti jual bubble tea…

Kami ada sebut pasal Mahkamah Rayuan pada bahagian awal artikel ni. Ini kerana La Kaffa terpaksa buat rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelumnya, di mana La Kaffa minta dua perkara:

  1. Perintah larangan (mahkamah mengarahkan seseorang untuk tidak berbuat sesuatu) - Untuk menghentikan Loob daripada mengusahakan Tealive atau apa-apa perniagaan yang menyerupai Chatime
  2. Perintah mandatori (mahkamah mengarahkan seseorang untuk berbuat sesuatu) - Loob harus memulangkan kembali kesemua maklumat dan dokumen sulit berkaitan Chatime kembali kepada La Kaffa

Untuk nak mudah sebut, lepas ni kami akan panggil La Kaffa sebagai ‘Chatime’ dan Loob sebagai ‘Tealive’ di sepanjang artikel, supaya tak berbelit lidah.

Mahkamah Tinggi telah memberikan perintah mandatori, yang membolehkan Chatime mendapatkan kembali dokumen sensitif mereka, tapi tidak memberikan perintah larangan. Salah satu sebab kenapa Mahkamah Tinggi bersetuju dengan alasan Tealive adalah kerana perintah larangan boleh memberi kesan terhadap periuk nasi 800 pekerja serta pelbagai pihak ketiga sepeti pembekal, pegawai bank, dan tuan tanah. Tambahan lagi, pihak hakim berpendapat bahawa jumlah yang Tealive perlu bayar kepada Chatime dah kira cukup la untuk selesaikan kes ni.

Dari dokumen penghakiman Mahkamah Rayuan

Kalau korang baca dokumen penghakiman, bila baca bab perintah larangan dan perintah mandatori yang diminta oleh Chatime, korang mungkin akan jumpa perkataan ‘injuction’ (injuksi) dan bukannya ‘order’ (perintah). Buat pemahaman, kedua-dua istilah ni lebih kurang sama je. Tapi kalau korang nak penerangan terperinci, boleh baca kat sini.

 

…Tapi Mahkamah Rayuan suruh!

Oleh kerana tak puas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, Chatime buat rayuan dan kes ni pergi ke Mahkamah Rayuan. Di sini, Mahkamah Rayuan ambil pandangan yang berbeza daripada Mahkamah Tinggi dan bersetuju dengan Chatime - dan mengurniakan perintah larangan. Sebab-sebab utama mereka adalah:

Kontrak dan undang-undang menyatakan larangan

Mahkamah Rayuan menyatakan yang kedua-dua persetujuan francais dan Akta Francais 1998 menyatakan yang pemegang francais (Tealive) tidak boleh mengendalikan perniagaan yang sama selepas menghentikan persetujuan francais. 

Wang sahaja tidak mencukupi

Mahkamah Rayuan sedar yang persetujuan francais ada menyatakan pampasan jika ianya dilanggar termasuklah US$10,000 bagi setiap kesalahan (walaupun ianya masih belum dibayar oleh Loob kerana kes ini masih lagi berlanjutan). Namun Mahkamah Rayuan turut menyatakan bahawa, walaupun pampasan diberikan, ia tidak bermakna mahkamah perlu terus membenarkan seseorang berbuat sesuatu yang pada asalnya tidak sah di sisi undang-undang.

Mereka tidak setuju dengan alasan ‘impak negatif’ dari Tealive

Mahkamah Rayuan menyatakan Loob telah melanggar kedua-dua persetujuan francais dan Akta Francais 1998, oleh itu impak negatif yang boleh terjadi kepada pihak-pihak yang berkepentingan (pekerja, pegawai bank, tuan tanah dsb) bukanlah sebab yang munasabah untuk tidak mengeluarkan perintah larangan.

 

Jadi adakah Tealive perlu ditutup?

Secara ringkasnya, keputusan Mahkamah Rayuan ini bermakna Tealive harus menghentikan operasi mana-mana cawangan mereka serta sebarang saingan kepada Chatime - jika Tealive tidak mematuhi perintah ini mereka boleh dianggap sebagai menghina mahkamah, dan boleh didenda atau dipenjarakan.

Walau bagaimanapun, Tealive dikatakan ingin memohon penggantungan perlaksanaan bagi keputusan Mahkamah Rayuan serta ingin memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Mungkin ada yang bertanya, kalau Tealive ingin membuat rayuan, adakah perintah larangan masih terlaksana? Bolehkah mereka terus menjalankan perniagaan? Di sinilah datangnya penggantungan perlaksanaan, yang biasanya dipohon oleh pihak yang kalah, untuk memohon agar arahan/keputusan tidak dilaksanakan terlebih dahulu. Dalam kes ini, Tealive memohon kebenaran untuk menangguhkan buat sementara, keputusan daripada Mahkamah Rayuan yang mengarahkan Tealive menutup semua kedai mereka.

Sewaktu artikel ini ditulis, Mahkhamah Persekutuan membenarkan Tealive beroperasi seperti biasa sebagaimana yang ternyata pada awal artikel ini. Kami akan buat follow-up dengan artikel baru sebab artikel ini dah cukup panjang, kan? 

 

Namun kes ni juga akan diselesaikan di Singapore

Sebenarnya apa yang berlaku di mahkamah Malaysia hanyalah sebahagian daripada perbalahan undang-undang antara Chatime dan Tealive. Seperti yang dinyatakan di awal artikel, sebab asal perbalahan ini berlaku adalah kerana Chatime mendakwa yang Tealive (Loob) telah melanggar persetujuan francais; yang membawa kepada tamatnya persetujuan tersebut.

Perbalahan asal ini masih belum selesai, dan ia tidak akan diselesaikan di Malaysia, tapi di Singapore.

Dalam persetujuan francais ada menyatakan bahawa kedua-dua parti bersetuju untuk menyelesaikan masalah secara arbitari di Singapore. Arbitari berlaku apabila dua pihak bersetuju untuk membiarkan pihak ketiga yang bersifat neutral untuk menyelesaikan masalah bagi mereka. Dalam kata lain, ia bagaikan menyaman seseorang di mahkamah am, tetapi dalam kapasiti swasta (dalam hal ni di Singapore International Arbitration Centre) di mana kes dan penghakimanan boleh dijalankan secara persendirian.

(Tapi di bawah undang-undang Malaysia, kebenaran untuk menyelesaikan hal ini di panel arbitari perlulah diberikan oleh mahkamah terlebih dahulu, sebab tu la Chatime tak bawa hal ni ke Singapore terus).

 

Tags:
chatime
tealive
loob holding
la kaffa
mahkamah rayuan
francais
Default avatar


33

Shares

A+

A-