General,Traffic
Boleh ke kita tak bayar saman parkir di Malaysia?
about 5 years ago Azar Ishak[Click here for English version]
Kalau korang memang jenis yang selalu memandu, korang mesti pernah kena saman, walaupun sekali. Saman tu boleh jadi sebab parkir tak letak kupon, parkir bertindih, ataupun sebab guna telefon masa memandu. Kalau kena saman dengan majlis tempatan (macam: DBKL, MBPJ, MPSJ dan sebagainya) korang mesti rasa benda tu tak penting sangat. Tapi kalau kena saman dengan polis atau JPJ, cepat-cepat korang bayar saman. Nampaklah di sini kebanyakan rakyat Malaysia anggap saman dari majlis tempatan tu macam tak penting sangat.
Tapi betul ke tindakan kita ni?
Apa bezanya antara saman-saman ni?
Majlis tempatan macam DBKL sebenarnya ada kuasa untuk keluarkan saman berkaitan dengan isu parkir dan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Contohnya macam, parkir di tempat yang salah, parkir dalam petak kuning di masa yang salah dan kegagalan memaparkan kupon parkir. Pegawai DBKL ada kuasa untuk kompaun sesiapa yang lakukan kesalahan ni, seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 120 (e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Oleh itu, pegawai dari mana-mana majlis tempatan sekalipun ada kuasa untuk saman korang atas sebarang kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan, tapi selalunya mereka saman korang disebabkan isu parkir.
Manakala, JPJ pula bertanggungjawab untuk saman korang berkaitan dengan isu pendaftaran, lesen memandu dan kelakuan yang memberi kesan kepada pemandu lain. Contohnya seperti – korang tinggalkan kereta tanpa matikan enjin, memandu di laluan bas, atau gunakan font/saiz plat kereta yang salah. Sebenarnya ada empat kategori kesalahan memandu di bawah peraturan JPJ berdasarkan tingkah laku dan kenderaan korang, iaitu:
- Kategori 1 – Tindakan korang secara langsung menyebabkan kemalagan atau kesesakan jalan raya
- Kategori 2 – Korang berpontensi menyebabkan kemalangan
- Kategori 3 – Kenderaan korang ada isu teknikal yang boleh menyebabkan kemalangan, contohnya macam lampu rosak
- Kategori 4 – Sebarang kesalahan selain di atas, tapi tak menyebabkan kemalangan
Untuk PDRM pula, badan keselamatan ni bertanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat di atas jalan raya. Merekalah yang membendung sebarang tindakan bahaya macam – menggunakan telefon masa memandu, memandu di laluan kecemasan dan buat pusingan-U di tempat yang dilarang. Mereka juga selalunya keluarkan saman masa buat sekatan jalan raya dan musim trafik tinggi – terutamanya masa musim perayaan seperti Hari Raya. Kitorang sebelum ni ada tulis satu artikel untuk tolong korang kenal jenis saman yang macam mana korang kena dari PDRM.
[BACA LAGI: 5 different types of saman that you can get for being a bad driver]
Dan berbeza dengan pandangan umum masyarakat, korang sebenarnya tak boleh abaikan je saman dari majlis tempatan ni, sebab…
Majlis tempatan sekarang ada hak untuk senarai hitamkan anda
Pada tahun 2011, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dah dipinda, di mana JPJ bekerjasama dengan majlis-majlis perbandaran seperti DBKL untuk menguatkuasakan pungutan denda. DBKL lepas tu akan rujuk pesalah trafik kepada JPJ untuk diambil tindakan. Jadinya, kalau korang fikir saman tu akan hilang macam tu je bila korang abaikannya, korang kena fikirkan sekali lagi. Sebab sekarang, walaupun korang ada satu saman tak berbayar, nama korang akan tetap ada dalam sistem. Jadinya, senang kata – kena saman dengan DBKL, samalah macam kena saman dengan JPJ.
Tapi berita gembiranya adalah, selagi mana korang bayar saman, nama korang dibuang dari senarai. Dan berita buruknya, kalau korang abaikannya dalam masa 45 hari – nama korang akan disenarai hitam.
Sebelum ni, kalau korang ada saman tak berbayar, DBKL akan tunda kereta untuk paksa korang bayar. Tapi, keputusan mahkamah terbaru kata – adalah salah untuk sita kereta milik pemandu yang tak membayar saman.
Namun sekarang ni, DBKL dah boleh rujuk orang yang tak bayar saman kepada JPJ. Jadinya, korang kenalah bayar saman dekat DBKL untuk elakkan dipanggil ke mahkamah atau disenarai hitam.
Selalunya, kalau dah disenarai hitam, korang mungkin tak boleh lagi memandu. Dan lebih serius lagi...
Anda boleh dapat banyak lagi saman kalau ada disenarai hitam
Masalah korang tak berakhir di situ saja. Sebabnya, bila nama korang dah disenarai hitam, korang tak boleh barukan cukai jalan dan lesen memandu. Tanpa ada dua benda penting ni, korang dah dikira memandu secara haram. Dengan kata lain, korang tak boleh memandu secara sah, selagi mana korang tak bayar saman.
Hal ni penting sebab memandu tanpa cukai jalan dan lesen memandu adalah kesalahan trafik yang cukup serius. Kalau korang berani, korang boleh je bawa kereta korang tu, tapi kalau kena tangkap, korang kenalah berdepan dengan akibatnya. Ia pun bergantung dengan pihak mana yang tahan korang:
- Kalau ditahan oleh JPJ: Korang akan disaman ke mahkamah dan korang hanya boleh bayar saman di sana. Ni maknanya, korang kena lalui pendengaran (dan berpontensi kena ceramah) sebelum bayar saman.
- Kalau ditahan oleh PDRM: Jika korang ditahan masa sekatan jalan raya dengan cukai jalan yang tamat tempoh, mereka boleh saman korang.
Jadinya, berhati-hatilah kalau nama korang disenarai hitam; pihak berkuasa tetap akan ambil tindakan terhadap korang.
Korang boleh abaikannya, tapi tak boleh sorok
Kalau korang terima saman mahkamah dari majlis tempatan, korang akan diberitahu bila tarikh mahkamah tu nanti. Korang mungkin fikir kalau korang tolak, nafi atau abaikan notis dari mahkamah, korang tak perlu datang ke pendengaran mahkamah. Tapi sebenarnya, sama ada korang terimanya atau tak, ia tak akan ubah tarikh mahkamah. Pendengaran tu akan tetap berjalan, walaupun korang tak ada di situ.
Seperti mana dinyatakan di bawah Seksyen 53(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987:
Jadinya, tak kisahlah apa yang korang buat, tarikh pendengaran akan ditetapkan berdasarkan bila majlis tempatan hantar notis. Dan kalau korang tak datang, mahkamah boleh keluarkan waran untuk menahan korang, seperti mana diperuntukkan di bawah Sekseyn 52(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987:
Dan kalau korang fikir nak tunggu bila ada program diskaun saman, korang kenalah fikirkan semula rancangan tu. Tempoh diskaun biasanya tak konsisten, sebabnya kerajaan tak pernah tetapkan masa tertentu untuk tu, sama ada setiap bulan, setahun sekali ataupun program tertentu.
Yang terbaiknya, selesaikanlah saman korang awal-awal, sebabnya kerajaan pun cuma laksanakan denda minimum untuk saman yang tak dibayar. Jadi akhirnya, kalau korang nak berjimat dari simpan berkepuk saman sampai beribu ringgit, mungkin yang terbaik bayarlah saman korang lebih awal.