Asklegal
Home banner 1004d062 1710 4208 baa0 f9bf483fe70f

Criminal

Apa akan terjadi jika anda ditangkap ketika mengunjungi rumah urut haram?

over 5 years ago Clarence Kuna

285

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Artikel ini diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris. Click here for the English version.

 

Kita di Malaysia memang suka mengunjungi rumah urut, dari rumah urut yang terkenal di pusat membeli-belah sehinggalah rumah-rumah urut kecil yang bersepah di sekitar kawasan Bukit Bintang. Persoalannya, apakah yang akan terjadi jika kita ditangkap ketika mengunjungi rumah urut haram?

Ada dua jenis rumah urut haram:

  1. Rumah urut yang tidak memiliki lesen yang sah
  2. Rumah urut yang menawarkan perkhidmatan yang tidak dibenarkan di sisi undang-undang.

Dalam senario pertama, anda mungkin tidak akan ditahan kerana ianya merupakan masalah pelesenan di antara pemilik rumah urut dan pihak berkuasa, cuma ianya mungkin akan mengganggu sesi urut anda, oleh itu, kita akan mengkaji kes rumah urut yang menawarkan perkhidmatan yang tidak dibenarkan di sisi undang-undang.

 

Apakah jenis perkhidmatan yang tidak dibenarkan di sisi undang-undang?

Gambar dari businessinsider.com

Tiga jenis situasi yang bakal dihadapi pengunjung yang ditangkap di rumah urut haram adalah pelacuran, dadah dan perkhidmatan seks sejenis.

Bagi pelacuran, anda boleh dipenjarakan tidak lebih dari satu tahun atau didenda jika anda didapati meminta atau menggunakan perkhidmatan tersebut.

Seksyen 372B Kanun Keseksaan bagi tujuan pelacuran:

Barang siapa yang mencari langganan atau mendesak bagi maksud persundalan atau mana-mana maksud perbuatan lucah pada mana-mana tempat hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya.

[READ MORE: Adakah pelacuran haram di Malaysia? Jawapannya agak mengejutkan]

Bagi dadah, ianya agak mengelirukan, kerana ia bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan dadah tersebut, berapa banyak yang anda miliki dan banyak faktor lain. Anda boleh didakwa mengedar, memiliki atau menggunakannya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

[READ MORE: Lima fakta yang perlu anda tahu tentang undang-undang dadah di Malaysia]

Jika anda tertanya-tanya apakah yang akan berlaku jika anda ditangkap mengunjungi spa yang menawarkan perkhidmatan seks sejenis, ianya jatuh di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan anda boleh dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 20 tahun:

Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks sengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

 

Apa akan terjadi jika anda ditahan?

Ini baru tangkap basah! Gambar dari theiskandarian.com

Selepas ditahan, anda mungkin akan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Anda hanya boleh ditahan untuk 24 jam dan dalam masa itu anda boleh menghubungi rakan, ahli keluarga atau peguam anda. Jika anda meminta khidmat peguam, pihak polis mesti memberikan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dengan peguam untuk membincangkan kes. Ini diterangkan di dalam seksyen 28A(2) dan 28A(4) Kanun Prosedur Jenayah (“KPJ”):

Seksyen 28A(2) KPJ:

(2)Setelah seseorang itu ditangkap, sebelum pihak polis memulakan sebarang penyoalan dan rakaman, orang yang ditangkap berhak kepada perkara-perkara berikut- (a) berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dengan keluarga atau rakan untuk memaklumkan dimana dia berada; dan (b) berkomunikasi atau cuba berkomunikasi dan berunding dengan peguam pilihannya.

Seksyen 28A(4) KPJ:

Sekiranya orang yang ditangkap meminta untuk berunding dengan peguam, pegawai polis hendaklah membenarkan peguam tersebut berjumpa dengan orang yang ditangkap ditempat tahanannya.

Jika pihak polis tidak dapat melengkapkan siasatan mereka dalam masa 24 jam, maka anda boleh ditahan untuk tempoh yang lebih lama jika majistret mengizinkan tempoh lanjutan (atau dikenali sebagai reman). Ini terkandung dalam seksyen 117(1) KPJ, dengan garis panduan mengenai tempoh tahan reman tapi topik ini akan dibincang dalam artikel lain. 

Selepas semua ini berlaku dan bergantung kepada bahan bukti, pihak polis boeh mendakwa atau membebaskan anda.

 

Apa kata jikalau saya berada di situ untuk khidmat urut yang asli?

Jikalau anda berada di rumah urut haram dengan tujuan mendapatkan khidmat urut yang asli atau anda tidak tahu apakah itu “urut batin” (betul ke ni?) yang ditawarkan oleh rumah urut yang sering anda kunjungi, anda masih boleh ditahan semasa serbuan polis.

Ya betul! Pihak polis tidak perlu menangkap anda semasa anda melakukan jenayah ataupun bersedia untuk melakukan jenayah di rumah urut. Anda hanya perlu berada di dalam premis.

Ini adalah kerana walaupun kita arif dengan kenyataan “tidak bersalah sebelum terbukti” (“innocent until proven guilty”), pihak polis masih boleh menahan anda sebagai orang yang disyaki. Anda masih lagi tidak bersalah setelah ditahan dan kenyataan tersebut hanyalah untuk perbicaraan mahkamah, selepas siasatan polis dilakukan.

AskLegal bertemu dengan seorang peguam hak asasi manusia dan jenayah yang menyatakan bahawa....

 “Apa yang diperlukan untuk tangkapan adalah syak munasabah. Biasanya jika anda dijumpai di rumah urut haram yang menyediakan perkhidmatan yang tidak dibenarkan di sisi undang-undang semasa serbuan polis dalam keadaan yang menunjukkan bahawa anda ada meminta perkhidmatan yang tidak dibenarkan atau dijumpai memiliki barang yang tidak dibenarkan, pihak polis boleh mendakwa yang mereka mempunyai syak munasabah untuk menahan anda” – Dinesh Muthal, dalam satu temu ramah dengan AskLegal

Penggunaan syak munasabah (“reasonable suspicion”) untuk menahan orang yang disyaki (dikenali sebagai tangkapan tanpa waran) lazimnya digunakan untuk ‘kesalahan boleh ditangkap’ (“seizable offence”). Kesalahan boleh ditangkap disenaraikan di bawah Jadual Pertama KPJ, dan semua kesalahan seperti yang diterangkan di atas adalah kesalahan yang boleh ditangkap. Seksyen 23(1)(a) KPJ memberi kuasa kepada polis untuk membuat tangkapan tanpa waran:

“Mana-mana juga pegawai polis atau penghulu boleh tanpa waran ataupun perintah daripada Majistret menangkap – (a) mana-mana orang yang terlibat dalam sebarang kesalahan yang dilakukan di mana-mana jua dalam Malaysia yang mana ia adalah kesalahan boleh ditangkap di bawah sebarang undang-undang yang berkuatkuasa dalam bahagian Malaysia itu dalam mana ia telah dilakukan, atau terhadap sesuatu aduan yang munasabah yang dibuat, atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima atau wujudnya syak yang munasabah di mana orang itu telah terlibat....”

Jadi, berdasarkan syak munasabah, pihak polis boleh menahan anda jika anda berada di dalam rumah urut haram semasa serbuan polis dibuat walaupun anda tidak mempunyai niat tersirat. 

 

Apa yang boleh saya buat untuk mengelakkan tangkapan?

Lebih baik jika anda melawat rumah urut yang terletak di dalam pusat membeli-belah terkenal kerana lazimnya mereka mempunyai lesen yang sah dan tidak menawarkan khidmat yang tidak dibenarkan. Satu lagi cara untuk mengelakkan serbuan polis adalah dengan memastikan lesen yang sah dipamerkan di tingkap atau kaunter rumah urut.

Anda masih boleh melawat rumah urut yang mencurigakan jika ianya masih tempat pilihan anda kerana seperti yang telah dijelaskan di atas, jika anda ditangkap ia tidak bermakna anda bersalah. Anda hanya perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada ia berbaloi ataupun tidak.

[READ MORE: Jika anda ditahan PDRM, adakah is bermakna anda bersalah?]

Tags:
kanun prosedur jenayah
rumah urut haram
serbuan polis
volcano massage
happy ending massage
Abb3569d 1a37 409d ae68 577ef094832e
Clarence Kuna

clarencekuna@gmail.com


285

Shares

A+

A-