Asklegal
Home banner 339fcd3e d49f 48f1 b3b6 a4f5e51073a3

General

Hostel Malaysia ni 'larang' orang tempatan dari masuk. Boleh ke buat macam tu?

over 4 years ago Azar Ishak

43

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

“Dilarang memakai selipar.” “Dilarang merokok.” “Dilarang membawa makanan luar.” Mungkin kita semua pernah nampak papan tanda macam ni di depan pejabat, restoran atau tempat-tempat tertentu. Sebabnya, ada je tempat yang tetapkan kod pakaian sendiri atau peraturan tertentu sebelum seseorang tu dibenarkan masuk. Tapi macam mana pula kalau kita tak dibenarkan masuk disebabkan kewarganegaraan kita sendiri?

Dan hal tu pula berlaku kepada rakyat Malaysia… di negara Malaysia? 

 

Boleh ke halang orang tempatan, dalam negara mereka sendiri? 

Imej dari TripAdvisor.

Baru-baru ni, kecoh di media sosial pasal sebuah hostel dua-bintang, Reggae Mansion di Kuala Lumpur yang didakwa tak terima penginap dari beberapa negara, termasuklah Malaysia. Hal tu diketahui berdasarkan tangkapan skrin dari bahagian ulasan TripAdvisor yang didedahkan oleh personaliti Twiter terkenal, @Iqtodabal. Dalam tangkapan skrin tu, seorang rakyat Pakistan mendakwa tempahannya dah dibatalkan hanya kerana kewarganegaraannya. Dalam ulasan yang lain pula, ada juga rakyat negara lain yang kata – kawannya dari Kuching pun dinafikan dari masuk ke dalam bar hostel berkenaan

Malah, dalam polisi hostel ni di TripAdvisor, ada dinyatakan yang mereka tak terima tempahan atas talian dari “Malaysia, India dan negara-negara Timur Tengah”. Peliknya, hostel ni kata yang ia hanya terima walk-ins untuk mereka yang datang dari negara-negara ni. Bagaimanapun, sebelum ni Reggae Mansion mempertahankan perkara tu sebagai disebabkan faktor agama, kerana mereka menyediakan minuman beralkohol. 

Hal ni kemudiannya menimbulkan persoalan: boleh ke hostel buat macam tu? 

 

Tempat mereka, peraturan mereka

Imej dari Giphy.

Pertama sekali yang kita kena tahu, hostel macam Reggae Mansion ni adalah hartanah persendirian. Dan disebabkan ia hartanah persendirian, pemiliknya ada kuasa untuk buat apa saja peraturan pada hartanah tu. Ini bermakna, kalau korang masuk ke dalam premis, korang sebenarnya tertakluk kepada peraturan mereka.

Jadinya, kalau sesuatu hartanah persendirian tu menetapkan yang korang kena pakai sut dan tali leher untuk masuk, korang kenalah buat macam tu. Samalah juga kalau mereka tak benarkan korang masuk disebabkan pasport (atau IC) korang. Sebabnya, semua tu tertakluk kepada hak pemilik hartanah. 

Sebenarnya, kami ada bincang topik ni dulu, tentang sama ada korang boleh atau tak bawa makanan luar ke dalam restoran. Boleh baca artikel tu di bawah: 

[BACA LAGI: Can Malaysian restaurants legally stop you from bringing outside food?]

Untuk maklumat lagi, pemilik hartanah persendirian juga ada hak untuk halau korang keluar kalau korang tak ikut peraturan yang mereka tetapkan. Pemilik boleh kata yang korang tak memenuhi syarat dan halang korang dari masuk. Kalau korang berkeras tak nak keluar, korang boleh didakwa kerana menceroboh. Hal ni dipanggil sebagai “pencerobohan jenayah” di bawah Seksyen 441, Kanun Keseksaan:

Barang siapa masuk ke dalam atau ke atas harta yang dimiliki oleh seseorang lain dengan niat hendak melakukan sesuatu kesalahan atau hendak menakutkan, mengaibkan, atau menggusarkan mana-mana orang yang memiliki harta itu; atau setelah dengan sah disisi undang-undang masuk ke dalam atau ke atas harta itu, tinggal di situ dengan menyalahi undang-undang dengan niat dengan jalan demikian itu hendak menakutkan, mengaibkan atau menggusarkan mana-mana orang itu, atau dengan niat hendak melakukan sesuatu kesalahan, adalah dikata melakukan ‘pencerobohan jenayah’

Dalam pada itu, korang juga boleh didenda sehingga RM3000 dan/atau dipenjara sehingga 6 bulan di bawah Seksyen 447, Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan. 

Barang siapa yang melakukan pencerobohan jenayah hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak lebih *enam bulan atau denda sehingga * tiga ribu ringgit atau kedua-duanya.

Tapi ambil perhatian juga yang kami bukannya kata apa yang dilakukan oleh mereka tu okay. Kami cuma nyatakan hak-hak yang pemilik hartanah ada dalam membenarkan pihak mana yang boleh masuk ke dalam premis mereka. Tapi, kalau korang tak setuju dengan apa yang mereka buat, korang boleh je buat semudah ni, iaitu…

 

Gunalah kuasa memilih kita 

Imej dari Giphy.

Mungkin ada di antara korang yang rasa perkara ni salah di sisi moral, bila mana seseorang tu tak dibenarkan masuk hanya disebabkan kewarganegaraan mereka. Tapi nampaknya, memang tak ada undang-undang yang menghalang pemilik dari berbuat demikian. Oleh itu, tak ada jalan undang-undang untuk mengadu pasal mereka ni, sebab apa yang mereka buat tu memang boleh dilakukan.

Jadinya, apa yang korang boleh buat adalah gunakan kuasa pengguna korang. Sebabnya, korang masih ada hak untuk memilih nak guna duit korang tu dekat mana dan untuk apa. Korang juga kenalah berhati-hati dengan baca dulu polisi tempat-tempat menginapan yang nak ditempah atau masuk. Sekurangnya, korang taklah berdepan masalah nanti.

 

Tags:
kanun keseksaan
reggae mansion
hostel
orang tempatan
dihalang masuk
dilarang masuk

43

Shares

A+

A-