Asklegal
Home banner ee71b12b a10c 4bc2 9ec3 96bbc139fb32

Criminal

Adakah undang-undang Malaysia benarkan orang awam menangkap penjenayah sendiri?

almost 6 years ago Emma

89

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Cuba korang bayangkan, masa korang tengah jalan-jalan, tiba-tiba korang ternampak satu kejadian ragut berlaku kat depan mata korang. So dalam situasi camni, apa yang korang akan buat? Pasti ramai antara korang yang akan bertindak menghubungi terus pihak polis kan? Tapi korang juga nampak peragut tu dah bermula melarikan diri, rasa sempat ke polis nak sampai kat tempat kejadian? 

Kalau korang rasa takde jalan selain tu, korang silap sebab sebenarnya...

 

Korang boleh lakukan tangkapan sendiri

Di dalam seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah, ataupun lebih dikenali sebagai Criminal Procedure Code (CPC – tiada penterjemahan rasmi) terdapat satu klausa “citizen’s arrest” (penangkapan oleh orang persendirian). Ianya salah satu cara untuk korang melindungi diri dan orang-orang sekeliling sementara menunggu polis tiba.

Seksyen 27 (1) - Criminal Procedure Code (diterjemah oleh Asklegal)


“(1) Mana-mana orang persendirian dibenarkan untuk mengangkap individu yang baginya melakukan jenayah “non-bailable” (tidak boleh dijamin) dan jenayah “seizable” (yang boleh ditangkap oleh polis tanpa waran), atau kategori lain yang telah dinyatakan di bawah seksyen 44 dan haruslah tidak melengahkan penyerahan individu tersebut kepada mana-mana pegawai polis terdekat, atau dalam situasi ketiadaan pegawai polis, membawa individu tersebut ke balai polis terdekat.”

Kalau jenayah tu boleh dijamin (bailable), korang perlu membayar sejumlah wang untuk memastikan korang akan ke mahkamah di kemudian hari. Manakala jenayah yang tak boleh dijamin (non-bailable) pula bermaksud korang tak boleh mendapatkan pelepasan sementara.

Senarai jenayah boleh dijamin dan tidak boleh dijamin terdapat dalam First Schedule CPC Malaysia.

“Seizable offence” pula bermaksud jenayah yang boleh ditangkap polis tanpa memerlukan waran. Senarai jenayah ini ada terdapat juga dalam First Schedule CPC kita, dimana ianya merangkumi jenayah yang lebih serius/berat seperti rompakan dan mencederakan orang lain. Ni beberapa contoh kesalahan “seizable”:

  • Pecah masuk rumah
  • Ragut
  • Culik
  • Bunuh
  • Rogol
  • Menyebarkan berita palsu

Akta Anti Sebar Berita Palsu yang diluluskan baru-baru ini mengelaskan penyebaran berita palsu sebagai jenayah “seizable” yang seperti diterangkan diatas. Secara amnya, mana-mana jenayah dengan denda maksimum 3 tahun atau lebih dikelaskan sebagai jenayah “seizable”.

[BACAAN LANJUT:  But what exactly is considered “fake news”?]

 

Tapi penangkapan macam mana yang dibenarkan supaya korang tak didakwa?

Terdapat cara spesifik yang telah ditetapkan oleh undang-undang untuk melakukan penangkapan. Yang paling penting sekali, ianya tidak keterlaluan atau melampau. Perbuatan mengikat pencuri sebelum menyerahkannya kepada polis jauh berbeza daripada pukulan sampai separuh nyawa dengan niat menghukum.

Mengikut Seksyen 15 dalam CPC menyatakan apabila korang melakukan penangkapan:

    1. Korang harus menahan atau menghalang badan individu yang ditangkap (ikat jika perlu)
    2. Jika suspek cuba melawan, korang boleh gunakan kuasa yang diperlukan untuk menahankan dia
    3. Jangan sesekali menyebabkan kematian suspek tu, melainkan individu tersebut telah melakukan jenayah yang boleh dihukum dengan kematian atau penjara seumur hidup (secara amnya korang tidak boleh menyebabkan kematian individu tersebut di bawah jagaan korang)

[BACAAN LANJUT: Kadang kala, polis menahan orang yang melindungi diri dari perompak...kenapa?]

Lepas tangkap dia, macam mana? Ok, mengikut Seksyen 27(1) CPC, korang harus menyerahkan individu tersebut kepada pegawai polis atau membawanya ke balai polis. Ini bermakna korang kena terus menghubungi polis dan menunggu sehingga pihak polis tiba atau korang boleh membawa terus penjenayah tu ke balai polis berdekatan.

Oh ye, korang tak dibenarkan sama sekali untuk membawa individu tersebut ke kedai mamak, minum teh tarik dengan alasan kononnya nak slow talk. No, no, no!  Senang cerita tak payah nak membawang sangat! Haha. 

Dalam masa yang sama, jangan membenarkan sesiapa pun mencederakan suspek sementara menunggu ketibaan polis. Tahu tak korang bahawa menyerang suspek yang tak berbahaya adalah satu jenayah.

 

Lakukan penangkapan jika korang mampu sahaja!

Jika korang berada dalam keadaan yang masih keliru sama ada korang boleh lakukan penangkapan atau tak, korang boleh guna formula ni: kalau korang ternampak seseorang atau sesuatu harta diambil atau dirosakkan, ia cukup serious untuk korang melakukan “citizen’s arrest”. Tetapi jika korang menangkap individu yang melakukan jenayah yang bukan “seizable offence” – jangan risau, pihak polis tetap mempunyai kuasa untuk memproseskan suspek tersebut.

“Citizen’s arrest” adalah hak yang diberikan oleh undang-undang kepada rakyat, tetapi melakukannya adalah satu pilihan, bukan kewajipan. Kita memang mempunyai hak untuk menangkap pencuri, tetapi bergantung juga kepada kemampuan kita untuk melawannya. Utamakan keselamatan korang, ok? 

Sebagai contoh, ada kes dimana pemuda ini yang dilanggar kereta sendiri semasa menghalang pencuri kereta, dan warga emas ini pula telah meninggal dunia kerana ditikam ketika menghalang kes ragut.

Tags:
criminal procedure code
jenayah
citizen's arrest
tangkapan sendiri

89

Shares

A+

A-