Asklegal
Home banner 7e959988 8ae3 437f afa9 a2966e87ca30

Criminal

Mengapa Malaysia ingin menjatuhkan hukuman yang lebih ringan kepada pengedar dadah?

about 6 years ago Clarence Kuna

94

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Imej di atas dipetik daripada filem | Artikel ini diterjemah daripada Bahasa Inggeris. Click here for English version.

 

Malaysia merupakan salah satu negara di dunia yang masih menjatuhkan hukuman mati untuk sesetengah kesalahan jenayah. Selain dari hukuman mati yang dikenakan untuk kesalahan jenayah yang kita sedia maklum seperti pembunuhan atau penculikan, hukuman mati juga dikenakan bagi sesetengah kesalahan jenayah yang kita kurang ketahui seperti cubaan pemberontakan dalam angkatan tentera (seksyen 132 Kanun Keseksaan) ataupun kes rogol yang mengakibatkan kematian mangsa (seksyen 276(4) Kanun Keseksaan).

Artikel ini akan difocuskan pada kesalahan pengedaran dadah yang membawa hukuman mati mandatori. Kita mungkin menggunakan istilah mandatori secara sewenang-wenangnya di dalam konteks harian, tetapi dari sudut undang undang, istilah mandatori ini sebenarnya amat penting.

Hukuman mati hanyalah mandatori bagi sesetengah kesalahan jenayah. Hukuman mati mandatori bermakna jika seorang pengedar dadah didapati bersalah, maka hakim yang terbabit wajib menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah. Ini bertentangan dengan hukuman mati bukan mandatori, di mana hakim boleh membuat pilihan samada pesalah dijatuhkan hukuman penjara ataupun dijatuhkan hukuman mati jika undang-undang membolehkan hukuman tersebut.

Jika anda ada mengikuti perkembangan terkini, anda mungkin sedia maklum yang Malaysia telah memansuhkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah. Ada beberapa sebab untuk pemansuhan ini, tetapi salah satu sebab utama ialah...

 

Penyabitan kesalahan pengedaran dadah tidak susah

Image from malaymailonline.com

Di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB 1952” – tiada terjemahan rasmi), jika anda didapati bersalah atas kesalahan mengedar, membuat tawaran untuk mengedar ataupun bersedia untuk mengedar dadah, anda akan dijatuhkan hukuman mati.

Ini  menunjukkan bahawa undang-undang kita amat keras terhadap pengedar dadah (ataupun bakal pengedar).

Dan jika kita lihat dengan teliti, secara teori ia lebih mudah untuk anda disabitkan bersalah mengedar dadah dengan kewujudan anggapan undang-undang (“legal presumptions”).

Anggapan undang-undang bermaksud bahawa mahkamah boleh menganggap bahawa pesalah telah melakukan jenayah sehinggalah ada bukti yang menyatakan sebaliknya.

Terdapat pelbagai anggapan yang wujud di bawah Seksyen 37 ADB tetapi secara ringkasnya, artikel ini hanya akan difokuskan pada anggapan pemilikan dan pengetahuan (yang dijumpai dalam seksyen yang sama) dan anggapan mengedar.

Anggapan pemilikan dan pengetahuan

Anggapan pemilikan dan pengetahuan boleh dikaitkan dengan saranan yang sering diberi oleh ibu bapa kita sebelum kita berangkat ke luar negara – “Jangan tolong bawa barang orang lain”.

Mungkin kita berfikir mengapa ibu bapa kita amat paranoid, tetapi nasihat ini sebenarnya amat penting dan berguna. Anggapan pemilikan dan pengetahuan di sini bermaksud jika anda membawa dadah bersama anda, maka anda dianggap pemilik dadah tersebut dan dianggap mempunyai pengetahuan bahawa bahan tersebut adalah dadah. Sebagai contoh, rakan anda memberi anda sebotol bedak untuk dibawa ke Jepun dan apabila anda melalui kastam, didapati bahawa kandungan botol bedak tersebut adalah heroin, maka anggapan pemilikan dan pengetahuan boleh digunakan untuk situasi ini.

Seksyen 37(d) ADB (tiada terjemahan rasmi):

“barangsiapa yang didapati memiliki atau mengawal apa-apa sekalipun yang mengandungi apa-apa jenis dadah berbahaya akan, sehingga bukti yang mengatakan sebaliknya diberi, dianggap memiliki dadah tersebut dan akan, sehingga bukti yang mengatakan sebaliknya diberi, dianggap tahu akan peranan dadah tersebut…”

A car hood filled with drugs. Image from twitter.com via @CustomsBorder
Anggapan mengedar

Anggapan mengedar ialah tanggapan dimana jika anda dijumpai dengan dadah dalam kuantiti tertentu, anda akan dianggap mengedar dadah tersebut. Hukuman untuk pengedaran dadah adalah lebih berat daripada hukuman untuk pemilikan dadah untuk penggunaan peribadi.

Seksyen 37(d) ADB ada menyenaraikan kuantiti terperinci bagi semua dadah di bawah Akta ini. Sebagai contoh, anda hanya perlu memiliki 15 gram heroin bagi disyaki mengedar heroin.

(sebahagian) Seksyen 37(d) ADB (tiada terjemahan rasmi):

“barangsiapa yang didapati memiliki –(i) heroin seberat 15 gram atau lebih ….. akan dianggap, sehingga bukti yang mengatakan sebaliknya diberi, mengedar dadah tersebut…”

Anda boleh melihat betapa mudahnya kesabitan kesalahan pengedaran dadah boleh dijatuhkan apabila anggapan-anggapan ini digunakan bersama. Contoh situasi dimana anggapan-anggapan ini digunakan bersama ialah seperti berikut:

Rakan anda memberi beg miliknya kepada anda untuk dijaga semasa anda berdua di kelab malam.

Tiba tiba, polis menyerbu kelab malam tersebut dan anda ditangkap dengan 20 gram heroin di dalam beg yang anda sedang jaga.

Anda akan didakwa mengedar dadah kerana pihak berkuasa menganggap beg yang dijaga oleh anda adalah milik anda dan anda ada niat untuk mengedar dadah yang dijumpai.

Walaubagaimanapun, ia adalah penting untuk tahu bahawa anggapan-anggapan ini boleh ditentang. Anggapan-anggapan ini hanya benar sehingga anda boleh membuktikan sebaliknya di mahkahmah.

Kita ambik rujukan contoh di atas: anggapan pemilikan dan pengetahuan dadah boleh dipertikaikan jika beg rakan anda mengandungi dompet dan kad pengenalan rakan anda, di mana ia boleh menjadi bukti bahawa beg tersebut bukan milik anda.

 

Berita baik: Undang-undang ini telah dipinda!

Image from dpj0.wordpress.com
Image from dpj0.wordpress.com

Kebanyakan dari kita menganggap bahawa hukuman mati mandatori ini telah berkuatkuasa di Malaysia sejak penubuhannya, tetapi ia hanya diperkenalkan pada tahun 1983 sebagai salah satu langkah kerajaan bagi memerangai gejala dadah.

Meskipun begitu, statistik menunjukkan bahawa bilangan orang ditahan atas kesalahan mengedar dadah telah meningkat dari tahun ke tahun. Ini bermakna hukuman mati mandatori tidak berkesan dalam memerangi gejala dadah.

Selepas menyedari bahawa hukuman berat tidak berkesan, Kabinet Malaysia bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan, pada 30hb November 2017, Parlimen juga bersetuju untuk memansuhkannya. Pemansuhan ini mendapat sokongan dari badan hak asasi manusia dan sebilangan ahli politik Malaysia.

“Jika mengambil nyawa seseorang itu adalah salah, maka kerajaan tidak juga patut berbuat demikian. Ianya ironik dan salah ... Tiada sistem perundangan yang sempurna. Kita ambil nyawa seseorang dan beberapa tahun selepas itu, kita dapati bahawa orang lain yang melakukan jenayah tersebut. Apa yang patut kita buat? ” – Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, terjemahan petikan dari temuramah The Star, 29hb Ogos 2010

 

Apa implikasinya kepada pengedar dadah?

Australian Maria Exposto was arrested at KLIA for drug trafficking. Image from abc.net.au

Ada dua senario yang boleh berlaku di sini.

Pertama, hukuman mati akan dimansuhkan sama sekali bagi kesalahan berkaitan dadah. Ini bermakna tertuduh akan dikenakan hukuman penjara sebagai ganti.

Kedua, hukuman mati akan menjadi hukuman pilihan, bukan lagi hukuman mandatori.

Maksudnya di sini hakim boleh membuat pilihan samada beliau ingin menjatuhkan hukuman mati ataupun sebaliknya. Sebagai contoh, jika hakim yakin bahawa pesalah dipaksa untuk menjadi penyeludup dadah ataupun diperas ugut untuk mengedar dadah, maka hakim boleh membuat pilihan untuk mengenakan hukuman yang lebih ringan. Anggapan pemilikan dan pengetahuan dan anggapan pengedar masih lagi ada tetapi hukuman mati bukan lagi mandatori.

Tetapi harus kita sedari bahawa pemansuhan hukuman mati mandatori bukan bermaksud pengedar dadah akan dilepaskan begitu sahaja.

Walau apa jenis hukuman yang akan diberi, kita harus berhati-hati dengan tidak meninggalkan beg kita tanpa pantauan dan tidak menerima bungkusan dalam bentuk apa sekalipun dari orang yang tidak kita kenali.

 

 

Tags:
akta dadah berbahaya 1952
pengedaran dadah
hukuman mati
Abb3569d 1a37 409d ae68 577ef094832e
Clarence Kuna

clarencekuna@gmail.com


94

Shares

A+

A-