Asklegal
Home banner 8aa2d205 0a6a 4e9b a5ca 1fe929ae9e66

Constitution,Criminal

Macam mana nak mengadakan "rally" berdasarkan undang-undang Malaysia?

over 5 years ago Denise C.

35

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


This article was translated from English. For the English version, please click here

 

Warga-warga Malaysia memang kenal sangat dengan hal-hal berkenaan demonstrasi, protes, perhimpunan, rally, dan sebagainya sejak kebelakangan ini. Dari perhimpunan BERSIH ke perhimpunan anti-ICERD yang menjelang, warga-warga Malaysia telah berhimpun di jalanan ibu kota kita. 

Di samping itu, anda mungkin telah membaca berita di mana pihak berkuasa telah memberi kebenaran untuk perhimpunan anti-ICERD diadakan pada hujung minggu ini. Isu ini membawa kita ke soalan yang amat penting – macam mana nak anjurkan rally yang berdasarkan undang-undang dan apa faktor-faktor yang akan diambil kira oleh pihak berkuasa sebelum mereka memberi kebenaran mereka?

Sebelum kita jawab soalan tersebut, jom kita lihat apa maksud “rally”.

 

Ia macam perhimpunan besar

Kalau kita merujuk Cambridge Dictionary, perkataan “rally” ini membawa maksud public meeting of a large group of people, especially supporters of a particular opinion. Kalau diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia, ia bermaksud mesyuarat awam dengan kumpulan yang besar, terutamanya penyokong-penyokong kepada sesuatu pendapat.  

Mengikut definisi ini, ia bermaksud bahawa kecuali keluarga anda mempunyai beratus-ratus orang, masa berjumpa bila balik kampung tu, bukan dianggap rally. 

Hak untuk berhimpun diberi kepada warga Malaysia melalui Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan:

“Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)...semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata...”

Kepada pembaca AskLegal yang setia, pasti anda dah sedia tahu bahawa hanya kerana suatu hak diberi, tidak menjadikannya mutlak

Oleh sebab itu, Malaysia mempunyai satu lagi akta yang mentadbir macam mana perhimpunan boleh diadakan di Malaysia. Akta ini dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2012 (“APA 2012”). Seksyen 3 memberi kita definisi yang lebih mendalam kepada perkataan “perhimpunan”:

“”perhimpunan” ertinya suatu perhimpunan sesuatu bilangan orang yang disengajakan dan sementara di sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak perhimpunan itu diadakan di suatu tempat tertentu atau bergerak”

Dengan ini, kita sudah maklum dengan definisi perhimpunan, jom kita lihat pula apa langkah-langkah yang perlu diambil untuk menganjurkan perhimpunan di Malaysia.

 

Notifikasi kepada pihak berkuasa wajib diberi

Sebahagian dari borang pemberitahuan

Di bawah seksyen 9 APA 2012, pihak penganjur sebarang perhimpunan wajib memberi notifikasi tentang perhimpunan tersebut kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis (“PDP”) sepuluh hari sebelum perhimpunan itu hendak diadakan. 

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah jenis perhimpunan yang tidak wajib dinotifikasikan kepada PDP dan ianya terdiri daripada:

  • perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan melalui Gazette oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
  • perhimpunan keagamaan
  • perhimpunan pengebumian
  • majlis perkahwinan
  • rumah terbuka semasa perayaan
  • pertemuan keluarga
  • hari keluarga yang dianjurkan pihak majikan
  • mesyuarat tahunan pertubuhan/persatuan

Ketika artikel ini ditulis, kami tidak dapat mencari mana-mana tempat perhimpunan yang telah diwartakan oleh Menteri. Oleh itu, nampaknya, sebagai peraturan umum, setiap perhimpunan memerlukan pemberitahuan kepada pihak PDRM.

Bersopan santun, ye

Satu perkara yang wajib dinotakan ialah seksyen 9 hanya memerlukan pemberitahuan kepada pihak PDRM dan seksyen ini tidak memberi kuasa kepada PDP untuk membenarkan atau tidak membenarkan sebarang perhimpunan. Ini bermaksud semua yang diperlukan untuk suatu perhimpunan diadakan ialah untuk memberi pemberitahuan kepada pihak PDRM dan bukan meminta izin. 

Tambahan pula, seksyen 14 menyatakan bahawa pihak PDRM perlu memberi respons mereka kepada sebarang pemberitahuan dalam tempoh lima hari dan kalau mereka gagal memberi respons, maka perhimpunan yang anda ingin anjurkan boleh diadakan sepertimana yang dicadangkan.

Seksyen 14(2) APA:

“Jika Pegawai yang Menjaga Pegawai Daerah tidak memberikan respons terhadap pemberitahuan itu mengikut subseksyen (1), perhimpunan itu hendaklah diteruskan sebagaimana yang dicadangkan dalam pemberitahuan itu”

Oleh itu, nampaknya pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk menghalang sebarang perhimpunan dari diadakan dan dari logik ini, maknanya setiap perhimpunan yang hendak diadakan adalah sah dari sisi undang-undang. Tetapi…

 

Mereka boleh mengenakan syarat dan sekatan

Walaupun pihak PDRM tidak boleh menolak cadangan anda untuk berhimpun, mereka mempunyai kuasa untuk memberitahu anda macam mana perhimpunan itu boleh diadakan. Di bawah seksyen 15(1), pihak polis berkuasa untuk mengenakan sebarang sekatan atau syarat kepada cadangan perhimpunan anda untuk memastikan keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain (yang tidak terlibat dalam perhimpunan itu). 

Sekatan dan syarat ini boleh dikenakan terhadap tarikh, masa, tempat perhimpunan, kelakuan peserta perhimpunan, sebarang sensitiviti budaya/sejarah, dan juga meliputi pembayaran kos pembersihan akibat perhimpunan tersebut. Terdapat juga subseksyen yang luas untuk membolehkan PDP mengenakan sebarang sekatan/syarat yang beliau berpendapat perhimpunan tersebut memerlukan. 

Sebagai ilustrasi, jom kita lihat contoh dibawah:

Ali bercadang untuk menganjurkan perhimpunan di Jalan Bukit Bintang.

Dia memberitahu PDP bahawa perhimpunan tersebut akan berlangsung pada hari Sabtu, pukul 1pm, dan perserta-peserta perhimpunan tersebut akan sebanyak 500 orang.

Dia juga memberitahu pihak PDP bahawa dia akan menggunakan megaphone semasa perhimpunan tersebut dan akan bergerak dari Jalan Bukit Bintang ke Jalan Sultan Ismail.

PDP memberi respons kepada Ali dan mengenakan syarat/sekatan bahawa Ali hanya boleh mengadakan perhimpunan tersebut pada hari Khamis, pukul 2pm, dengan 200 peserta tanpa penggunaan megaphone di Jalan Sultan Ismail sahaja. 

Contoh sebenar yang berlaku dalam tahun 2017 ialah bila pihak PDRM mengubah lokasi satu perhimpunan oleh kerana lokasi yang dicadangkan tidak mampu menyokong bilangan peserta dan setelah menerima beberapa aduan daripada penduduk-penduduk kawasan tersebut.

Tetapi, jangan risau sebab anda boleh mengemukan rayuan kepada sekatan/syarat yang dikenakan dalam tempoh 48 jam selepas menerima sekatan tersebut dan hak ini boleh ditemui dalan seksyen 16:

“Mana-mana penganjur yang terkilan dengan pengenaan sekatan-sekatan dan syarat-syarat di bawah seksyen 15 boleh, dalam tempoh empat puluh lapan jam selepas dimaklumkan mengenai sekatan-sekatan dan syarat-syarat itu, merayu kepada Menteri”

Soalan seterusnya yang anda mungkin ada ialah...apa yang akan berlaku sekiranya anda tidak mematuhi Akta Perhimpunan Awam?

 

Anda mungkin akan menjadi penjenayah

Imej dari beritaharian.sg

Di bawah Akta Perhimpunan Awam, pihak penganjur (anda dalam situasi ini), akan melakukan suatu kesalahan jika anda gagal untuk memberi pemberitahuan kepada PDP. Selain dari itu, sekiranya pihak PDP mengenakan syarat kepada perhimpunan anda, anda perlu memastikan bahawa anda memberitahu peserta-peserta perhimpunan tentang syarat tersebut kerana ia merupakan satu kesalahan untuk tidak mematuhi syarat tersebut. 

Kalau perhimpunan itu menyalahi undang-undang, hanya pihak penganjur (anda) akan melakukan kesalahan di bawah APA 2012. Namun, pihak peserta boleh melakukan kesalahan jenayah jika mereka tidak mematuhi Kanun Keseksaan (tiada terjemahan rasmi).

Maknanya, jika anda merupakan peserta perhimpunan, ini tidak memberi alasan kepada anda untuk melakukan sebarang kesalahan semasa menghadiri sebarang perhimpunan. Di sini lah kita akan melihat seksyen 142 Kanun Keseksaan:

“Sesiapa yang menyedari bahawa mana-mana perhimpunan ialah perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan dengan sengaja menyertai perhimpunan tersebut merupakan peserta perhimpunan yang menyalahi undang-undang” [tiada terjemahan rasmi]

Maksud seksyen ini ialah walaupun ia tidak menyalahi APA 2012 untuk menjadi peserta perhimpunan haram, ia salah dari sisi Kanun Keseksaan.

Secara kesimpulannya, kesalahan-kesalahan sebagai penganjur dan peserta adalah seperti berikut tetapi ia harus dinotakan bahawa senarai di bawah tidak lengkap dan cuma terdiri daripada kesalahan yang tertumpu untuk tujuan artikel ini.

Penganjur

  • Gagal memberitahu PDP – kesalahan di bawah seksyen 9(5) APA
  • Gagal mematuhi sekatan/syarat yang dikenakan – kesalahan di bawah seksyen 15(3) APA
  • Melakukan perbuatan jenayah – kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan mana-mana undang-undang lain

Peserta

  • Gagal mematuhi sekatan/syarat yang dikenakan – kesalahan di bawah seksyen 15(3) APA
  • Menjadi peserta perhimpunan haram – kesalahan di bawah seksyen 142 Kanun Keseksaan
  • Melakukan perbuatan jenayah – kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan mana-mana undang-undang lain

Tetapi, penyelesaian kepada hal ini senang sahaja…

 

Patuhi je lah undang-undang

Walaupun kesalahan-kesalahan di atas macam sangat menakutkan, ia memang tidak. Ini kerana semua yang diperlukan dari anda ialah untuk memberi pemberitahuan kepada PDP dan menjadi individu yang bertimbang rasa apabila menyertai sebarang perhimpunan.

Ia juga penting untuk ingat bahawa walaupun anda mungkin berjuang untuk tujuan yang penting, perhimpunan anda masih akan menjadi gangguan kepada kehidupan orang lain di kawasan itu dan ia adalah baik untuk mengurangkan kesan-kesan perhimpunan anda terhadap mereka. Perkara-perkara kecil seperti memungut sampah sendiri dan tidak menyebabkan kerosakan kepada persekitaran anda amat penting. 

Jika anda berfikir anda boleh menganjurkan sebarang jenis perhimpunan sahaja, seperti perhimpunan bermain pisau atau berlaga ayam, kita nak menarik perhatian anda ke seksyen 141 Kanun Keseksaan kerana seksyen ini mengharamkan sebarang perhimpunan dengan peserta melebihi lima orang sekiranya tujuan am mereka adalah untuk melakukan perbuatan jenayah. 

Tags:
kanun keseksaan
perlembagaan persekutuan
rally
bersih
anti-icerd
demonstrasi
perhimpunan
akta perhimpunan aman 2012
0f315077 b990 4dbf 9522 952dc679442c
Denise C.

"No no I clean"


35

Shares

A+

A-