Asklegal
Home banner 7d104d74 ad96 4645 9935 46145cbaf15b

Contract,General

Kenapa cop hijau untuk kontrak ini boleh buatkan anda bayar sampai ribuan ringgit?

over 4 years ago Azar Ishak

259

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

Bila korang nak beli atau sewa hartanah, korang mesti perasan yang perjanjian tu sendiri datang dengan beberapa bayaran tambahan. Bayaran tu boleh jadi besar dan kecil, tapi selagi mana urusan tu boleh selesai, korang taklah fikir sangat. Bayar je la apa yang kena dibayar kan? 

Tapi untuk mereka yang menyewa, tak kisahlah korang tuan tanah atau penyewa, korang mesti perasan cop hijau dalam perjanjian. Nilainya boleh semurah RM10, tapi bergantung pada sewa bulanan korang, ia juga boleh jadi sampai RM1,000. Kenapa cop kecil dalam dokumen ni boleh mahal sangat? Sebenarnya, cop hijau ni memang diperlukan dalam perjanjian hartanah dan ia dipanggil sebagai duti setem

Duti setem ni sebenarnya adalah cukai yang dikenakan ke atas dokumen/suratcara yang ada kesan perundangan, komersial dan kewangan. Ia meliputi perkara-perkara seperti perjanjian sewaan, hak milik tanah dan juga polisi insurans. Senang kata macam bayar cukai pendapatan, tapi ia cukai untuk perjanjian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula adalah badan kerajaan yang kutip duti setem ni. Setem ni akan diberikan selepas korang buat pembayaran sebagai pengesahan. Maknanya, masa korang bayar cukai kepada kerajaan, korang juga sahkan kontrak. 

 

Kenapa setem dokumen ni penting sangat?

Imej dari Giphy.

Tujuan setem kontrak ni adalah untuk menyediakan perlindungan kepada orang yang menandatangani perjanjian, kerana dokumen tu nanti boleh diterima di mahkamah kalau berlaku sebarang pertikaian. 

Contohnya macam ni – tuan rumah nak korang keluar dari rumah lepas dua bulan korang menyewa. Tapi dalam perjanjian, dah dinyatakan yang korang boleh tinggal di rumah tu selama 2 tahun. Korang pun bawa masalah ni ke mahkamah untuk selesaikan pertikaian. Sama ada dokumen korang disetem (dicop) atau tak, akan buatkan keadaan yang cukup berbeza

Kalau disetem, dokumen perjanjian korang boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah. Tapi kalau tak disetem, kontrak korang tak boleh dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti. Ini kerana, Seksyen 52(1) Akta Setem 1949 menyatakan (tiada terjemahan rasmi, diterjemah oleh Asklegal):

“Tiada suratcara yang dikenakan duti boleh diterima sebagai keterangan... melainkan suratcara itu telah disetemkan.”

Jadinya, kalau korang tak setem perjanjian sewaan, korang tak boleh guna dokumen tu sebagai bahan bukti di mahkamah untuk melindungi diri korang.

Walaupun begitu, kalau dokumen korang tak disetem, tu tak bermakna yang ia tak sah. Sebabnya, korang masih boleh serahkannya ke mahkamah, tapi dengan syarat kenalah disetemkan dulu, dan bayar sikit penalti sebab tak buat awal-awal. Lepas dah disetem dan urusan bayar penalti selesai, dokumen korang tu dah boleh diterima sebagai bahan bukti

Seksyen 53(1), Akta Setem 1949 menyatakan:

“Apabila seseorang menuntut suatu suratcara di bawah seksyen 51 mempunyai undang-undang atau persetujuan pihak berkuasa untuk menerima keterangan dan mengakui suratcara itu sebagai keterangan mengenai pembayaran duti dan penalti, jika ada, dia hendaklah, dengan seberapa segera yang mudah, menghantar surat cara itu, bersama-sama dengan jumlah duti dan penalti, jika ada, yang dibayar berkenaan dengannya, kepada Pemungut ...

Jadinya di sini, pihak hakim taklah ketepikan kes korang macam tu je, tapi dia akan sarankan korang supaya bayar duti setem dan penalti kepada LHDN terlebih dulu dan kemudian kembali ke mahkamah untuk teruskan kes korang.

 

Berapa nilai penalti tu?

Imej dari Giphy.

Dalam Seksyen 47, Akta Setem 1949 menyatakan:

“Menyimpan mana-mana peruntukan ekspres lain dibuat oleh Akta ini atau mana-mana Akta lain, apa-apa suratcara yang tidak disetem atau tidak mencukupi yang tidak menjadi suatu cek atau nota janji hutang yang dikeluarkan atau dibuat di Malaysia boleh disetem selepas pelaksanaan pembayaran duti tidak dibayar jika suratcara itu dibentangkan untuk disetem dalam masa tiga puluh hari dari pelaksanaannya jika dilaksanakan dalam Malaysia, atau dalam tempoh tiga puluh hari selepas …

Ringkasnya, penalti akan dikenakan, kalau korang tak setem perjanjian korang dalam masa 30 hari selepas perjanjian ditandatangani. Penalti itu dinyatakan dalam Seksyen 47A akta sama iaitu:

(a) RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, kalau ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;
(b) RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, kalau ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman; 
(c) RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman.

Contohnya macam ni – korang tandatangan perjanjian sewaan pada 1 Julai dan 2 bulan lepas tu, korang ada pertikaian dengan tuan rumah pada 5 September. Korang dah lepas tempoh setem 30 hari. Ini bermakna korang jatuh dalam kategori (a), yang membuatkan korang kena bayar duti RM10, ditambah penalti 5% dari yuran asal atau RM25, yang mana lebih tinggi. Jadinya, korang kenalah bayar RM35. 

Kalau korang masih keliru, jangan risau sangat – bawa je dokumen korang tu ke LHDN, nanti mereka akan tolong korang kira nilai penalti.

 

Semakin panjang masa sewa rumah, semakin tinggi anda kena bayar

Imej dari imgflip.

Kalau korang ada ejen yang uruskan perjanjian sewaan korang, mereka akan tolong korang uruskan hal ni dan tak perlulah korang sendiri kena pergi LHDN. Tapi, kalau korang tak ada ejen dan kena uruskan sendiri secara terus dengan tuan rumah, korang kenalah pergi ke pejabat LHDN sendiri. 

Bergantung pada berapa lama korang akan sewa rumah dan berapa bayaran bulanannya, nilai duti setem itu nanti akan berbeza. Contohnya, kalau korang sewa kondominium mewah dengan sewa bulanan RM10,000 untuk 2 tahun sewaan dalam perjanjian, nilai duti setemnya mungkin mencecah RM1,000. Tapi, korang tak perlulah kiranya sendiri, sebab kiraannya ni payah sikit. Bawa je perjanjian sewaan korang ke pejabat LHDN dan isi borang di sana. Nanti pegawai akan bantu korang selesaikan proses tu. 

Sebenarnya, ada beberapa lagi cara bayaran yang korang boleh buat, selain dari bayaran tunai di LHDN, antaranya:

  • dapatkan setem hasil dari pejabat pos (kalau duti tak lebih RM500)
  • kiriman wang (money order) dan wang pos (postal order)
  • solicitor’s cheque atau draf bank
  • Perbankan internet melalui STAMPS

Korang juga boleh buat proses permohonan secara dalam talian (online) dulu. LHDN dah naik taraf sistem yang dikenali sebagai Sistem Frangki Digital. Lepas isi maklumat dalam talian, korang akan diberikan kod QR. Jadi, bila pergi ke pejabat LHDN nanti, korang hanya kena bawa perjanjian sewaan dan tunjukkan kod QR tu kepada pegawai bertugas. Pegawai tu nanti akan cop hijau atas perjanjian sewaan korang dengan menggunakan maklumat yang dah disimpan secara dalam talian tadi.

Imej dari chatpropertymalaysia.

Sampel 1 dikeluarkan dari penggunaan Sistem Frangki Digital baru, menggantikan cop merah dalam Sampel 2 bermula pada tahun 2011. Walaupun macam tu…

 

Nak setem ni taklah susah sangat

Kita baca pun pening. Imej dari imgflip

Lepas korang buat bayaran, terdapat beberapa jenis setem yang dikeluarkan oleh LHDN. Dokumen yang kena cop sebenarnya bukan satu cara je. 

Setem yang paling biasa adalah resit setem atau sijil setem, yang dikeluarkan secara elektronik oleh LHDN bila permohonan setem dibuat secara dalam talian melalui STAMPS. Tapi korang masih kena lampirkan salinan sijil setem tu dengan perjanjian sewaan sebagai bukti dan boleh dikemukakannya di mahkamah nanti sebagai bahan bukti. Satu lagi bentuk setem adalah setem yang dikeluarkan melalui penggunaan Mesin Frangki Digital seperti mana ditunjukkan dalam Sampel 1 (pada asasnya, mereka akan cop dokumen korang). Akhirnya adalah setem hasil, yang korang boleh dapat dari pejabat pos, yang warnanya biru tu. 

Kesimpulannya, korang kenalah pastikan dokumen korang tu ada duti setem untuk melindungi hak korang. Kalau korang ada sebarang kekeliruan tentang hal ni, hubungilah LHDN, sebab mereka sentiasa bersedia membantu kita semua.

 

Tags:
lhdn
perjanjian sewaan
dokumen sewa beli
cop hijau
duti setem
setem hasil
kegunaan duti setem
suratcara
akta setem 1949
 sistem frangki digital

259

Shares

A+

A-