Asklegal
Home banner 2a68f644 34df 41b4 8107 661206bf6a6f

Constitution,General

5 perkara yang korang kena tahu tentang Ketua Hakim wanita pertama Malaysia

almost 5 years ago Azar Ishak

40

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Buat kali pertamanya dalam sejarah badan kehakiman Malaysia, seorang wanita dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Nampaknya, hakim tertinggi di Malaysia ialah Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, dan beliau dilantik menjadi Ketua Hakim Negara ke-16, selepas bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum bersara. 

Secara rasminya, Tengku Maimun dah mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara di hadapan YDP Agong pada 6 Mei lalu. Tapi sebelum kitorang bercerita lebih terperinci lagi pasal Ketua Hakim baru kita ni, jom kita fahamkan dulu apa yang Ketua Hakim buat dan kenapa jawatan ni penting untuk negara.

 

Siapa itu Ketua Hakim?

GIF dari giphy.com

Ketua Hakim Negara ni sebenarnya adalah ketua sistem badan kehakiman Malaysia dan ia dicalonkan oleh Perdana Menteri. Pelantikan tu pula kemudiannya akan disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Peranan Ketua Hakim ada ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Artikel 122(1):

“Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada seorang yang dipertua Mahkamah (yang digelar "Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan"),”

Seperti mana yang kitorang jelaskan pada awal tadi, Ketua Hakim adalah ketua badan Kehakiman. Tapi peranan dan fungsi Ketua Hakim lain daripada Peguam Negara (AG) sebab diorang bekerja di cabang kerajaan yang berbeza.

Dengan kata lain, Ketua Hakim adalah ketua pada semua mahkamah dan ada “seniority” terhadap semua hakim. Ketua Hakim juga  bertanggungjawab menghubungkan antara badan Kehakiman dan Kerajaan apabila ia melibatkan dasar dan amalan

[BACA LAGI: Malaysia has a new Chief Justice… But what does he do?]

Jadinya, kita boleh kata yang Tengku Maimun ni hakim kepada seluruh hakim dekat Malaysia. Dengan itu, jom kita tengok lima fakta menarik tentang Tengku Maimun…

 

1. Beliau bermula sebagai pesuruhjaya kehakiman

Imej dari Bernama

Tengku Maimun adalah lulusan dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982 dan mula dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 2007. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sehingga menjadi salah seorang hakim Mahkamah Persekutuan pada November tahun lepas. Tapi, apa sebenarnya yang perlu dilakukannya untuk dilantik jadi Ketua Hakim?

Sebenarnya, ada 3 syarat untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia:

  1. Pertamanya, korang mestilah warganegara Malaysia.
  2. Korang mesti jadi peguam yang pernah kendalikan kes di mahkamah-mahkamah tinggi ATAU menjadi ahli perkhidmatan kehakiman sekurang-kurangnya selama 10 tahun.
  3. Korang mesti dilantik oleh YDP Agong (atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja).

Sejak Malaysia mendapat kemerdekaan pada tahun 1963, 15 hakim dah menjawat jawatan ini, dan kali ni buat kali pertamanya seorang wanita dilantik sebagai Ketua Hakim. Tapi sebenarnya, ada lebih lagi daripada sekadar syarat-syarat yang Tengku Maimun dah penuhi untuk dilantik sebagai Ketua Hakim. Sejak Januari 2013, Tengku Maimun dah jadi salah seorang hakim dalam pelbagai kes berprofil tinggi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Salah satu sebab kenapa beliau terkenal adalah kerana…

 

2. Beliau terkenal dengan keputusannya yang tegas dan kebebasannya dalam badan kehakiman

Imej dari FMT

Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, George Varughese ada kata:

“Yang arif dikenali dengan keputusannya yang tegas, cara kehakiman yang sempurna dan yang paling penting kebebasannya. Pelantikan Yang Arif sangat baik, terutamanya untuk reformasi badan kehakiman.” – This Week in Asia

Jadi, disebalik memenuhi 3 syarat yang membuatkannya sebagai Ketua Hakim wanita pertama Malaysia, terdapat beberapa lagi penghakiman yang pernah dibuat oleh Tengku Maimun, sehingga ia menjadi keputusan penting dalam badan kehakiman Malaysia. Antaranya adalah…

 

3. Kes Akta Hasutan melibatkan mendiang Karpal Singh

Mendiang Karpal Singh. Imej dari Options The Edge

Karpal Singh atau dikenali sebagai Tiger of Jelutong, adalah seorang peguam jenayah terkenal di Malaysia, dan dia dah didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan akhbarnya dan baru je dibebaskan dari tuduhan tu pada Mac 2019.

Ketua Hakim kita, Tengku Maimun adalah satu-satunya hakim yang bagi penghakiman berbeza (penghakiman berbeza dari hakim – hakim lain), di mana beliau mengekalkan dan mahu mengetepikan dakwaan terhadap Karpal Singh, dengan berkata:

“Mahkamah Tinggi telah gagal melihat pembelaan diri perayu secara bebas” kenyaatan Tengku Maimun, dengan menambah bahawa kenyataan Karpal adalah semata-mata pandangannya tentang kepentingan awam. – The Star

Ini hanyalah salah satu daripada keputusan tegas dan pendirian bebas yang pernah dibuat oleh Tengku Maimun. Sebab, satu lagi kes penting yang pernah didengar oleh Tengku Maimun adalah …

 

4. Tentang penukaran agama kanak-kanak di Malaysia

Imej dari imgflip.com

Ini adalah kes penukaran agama yang dirayu oleh seorang lelaki beragama Buddha, bila mana dua orang anaknya dah di-Islamkan oleh ibu mereka. Ibu anak-anak ini dah memeluk Islam terlebih dulu, dan kemudiannya mendapat hak jagaan anak-anak, dan dia seterusnya menukar agama anak-anaknya tu kepada Islam tanpa kebenaran bapa diorang.

Jadi, bila si bapa buat rayuan di Mahkamah Rayuan, Tengku Maimun membenarkan si bapa membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, yang sebelum tu memberikan hak jagaan kepada bekas isteri. Mahkamah juga beri hak penjagaan penuh dua kanak-kanak tu kepada bapanya, dan mengisyitiharkan sijil perakuan agama Islam anak-anak diorang sebagai terbatal dan tak sah. 

Dari keputusan kes ini dan menjelaskan alasan kehakiman Tengku Maimun, maka sekarang ni dalam undang-undang Malaysia, ibu bapa kena bagi persetujuan diorang bila nak mengubah agama anak-anak diorang kepada Islam.

Selain tu, penghakimannya lain yang paling menonjol juga adalah melibatkan kes berkaitan dengan undang-undang kanak-kanak/jagaan kanak-kanak. Pada tahun 2015…

 

5. Beliau putuskan anak tak sah taraf masih boleh bernasabkan nama bapa

GIF dari giphy.com

Tengku Maimun adalah salah seorang hakim yang telah buat keputusan penting untuk kes anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah supaya dibenarkan berbin/binti nama bapa mereka

Mahkamah dalam keputusan tu seterusnya menyatakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tak terikat dengan perintah fatwa atau agama yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang membuat keputusan anak luar nikah tak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

Ini kerana, kebajikan kanak-kanak menjadi pertimbangan utama dan mahkamah merasakan bahawa kanak-kanak itu tidak sepatutnya membawa stigma dengan dikenali sebagai anak tak sah taraf dalam masyarakat.

 

Dari pegawai undang-undang ke Ketua Hakim 

Dengan itu, Tengku Maimun memang terkenal dengan keputusannya yang tetap dan tegas, terutama sekali dalam kes-kes yang melibatkan kanak-kanak. Beliau yang memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada 1982 dan setelah 37 tahun dalam kariernya, akhirnya sekarang beliau menjadi Ketua Hakim wanita pertama Malaysia.

Malah, Tengku Maimun sejurus selepas mengangkat sumpah jawatan ada berkata - yang beliau kini berdepan dengan cabaran untuk mengekalkan keyakinan rakyat dan menguruskan persepsi negatif umum terhadap badan kehakiman. Jadi nampaknya, kita akan dengar banyak lagi tentang beliau dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi setelah beliau diberikan kepercayaan sebagai Ketua Hakim ke-16 Malaysia. 

Tags:
karpal singh
tengku maimun
ketua hakim negara
ketua hakim wanita pertama
mahkamah persekutuan
badan kehakiman

40

Shares

A+

A-