Asklegal
Home banner ca53b417 a2ec 4420 b261 cf3a304a2a5f

Property

Lelaki ni berhutang RM70,000 dengan bank, selepas ditipu ejen hartanah

over 3 years ago Azar Ishak

6

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for English version]

Korang dah lama ada impian nak memiliki rumah sendiri. Lepas berbulan-bulan mencari, akhirnya korang jumpa seorang ejen hartanah yang tawarkan sebuah kondominium mewah untuk dijual. Bukan tu je, kondo tu juga lengkap dengan perabot dan datang dengan rebat tunai sampai 60%! Dia beritahu yang tawaran tu sekali je seumur hidup dan korang kena bertindak cepat sebelum unit tu dijual. 

Lepas tu korang pun tandatanganlah SPA, ambil pinjaman dan tunggu untuk hidup selesa serta mewah macam yang diimpikan. Tapi…beberapa bulan lepas tu, korang terkejut bila bank kata korang belum bayar pinjaman korang tu

Sekarang ni, korang sangkut dengan hutang bank sampai RM70,000 dan ejen tu pula entah hilang ke mana. Inilah pengalaman yang dialami oleh seorang juruteknik yang dah ditipu oleh seorang ejen hartanah. 

Ini bagaimana kisahnya bermula…

 

Ejen itu meyakinkannya bukan beli 1 unit, tapi 2 unit

Imej dari Qanvast.

Kisahnya bermula bila Wong, seorang juruteknik, ternampak Skim Rumah Belia di media sosial pada sekitar tahun 2017. Tertarik dengan skim tu, seorang ajen hartanah ada memberitahunya yang dia boleh memiliki sebuah unit dengan 2 bilik di Johor Bahru pada harga yang cuma RM390,000. Ajen tu juga kata yang dia tak perlu bayar wang pendahuluan, asalkan dia bagi sejumlah wang terlebih dahulu kepada ajen tu, yang akan digunakan oleh ejen untuk bayar unit kondo tu. 

Ejen tu juga berjanji yang dia akan membayar ansuran pinjaman bulanan, kerja-kerja pengubahsuaian dan malah jamin akan ada penyewa sebagai pendapatan tambahan untuk Wong. Ejen tu turut meyakinkan Wong untuk beli 2 unit kondo – yang katanya boleh digunakan untuk pelaburan dan Wong boleh jual salah satunya nanti. Bila dengar macam tu, Wong pun percaya dan terima cadangan ejen tadi. Ejen tu kemudiannya buat permohonan pinjaman untuk setiap unit dengan harga RM500,000.

Tapi, selepas beberapa bulan berlalu, Wong mula dapat panggilan dan surat amaran dari pihak bank yang kata bayaran pinjamannya tertunggak dan semakin bertambah. Bila sedar ada benda yang tak kena, Wong pun pergi tengok sendiri unit yang dia beli tu. Bila sampai, alangkah terkejutnya dia bila dapat tahu rupa-rupanya tak ada sebarang ubah suai yang dibuat dan unit tu pun tak ada penyewa

Wong lepas tu cuba menghubungi ejen tadi, tapi ejen tu beritahu yang dia cuma akan bayar pinjaman 2-3 bulan akan datang. Ejen tu kemudiannya tak dapat dihubungi dan hilang macam tu je pada Februari lepas. 

Dipendekkan cerita: Wong sekarang berhutang dengan bank sekitar RM70,000 dan kedua-dua unitnya tu pun bank dah lelong. Kesnya juga kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Majistret, di mana dia mengfailkan kes terhadap ejen hartanah penipu tu.

Apa yang menimpa Wong ni memang betul-betul mengecewakan dan mungkin korang sendiri pun boleh faham betapa sedihnya jadi mangsa penipuan.  

 

Sebaiknya periksa dulu sama ada ejen hartanah tu sah atau tak 

Boleh periksa di LPPEH. Klik sini.

Pada tahun ni, pembeli rumah boleh dianggap bertuah sebab Kempen Pemilikan Rumah (HOC) dah dilanjutkan dan ada macam-macam rebat yang ditawarkan. Bagaimanapun, kita semua tetap kena berwaspada dengan pelbagai teknik penipuan yang melibatkan penjualan hartanah. 

Jadinya, bila korang berjumpa dengan ejen hartanah – terutamanya kalau berjumpa secara atas talian, tanyalah dulu nombor pendaftaran mereka. Ini kerana, ejen hartanah di Malaysia ni dianggap sebagai profesional di bawah undang-undang. Perkara itu ada disebut dalam Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981, yang menyatakan:

(1) Tiada seorang pun boleh melainkan jika dia seorang ejen harta tanah berdaftar dan kepadanya suatu kuasa untuk menjalankan amalan telah dikeluarkan di bawah seksyen 16 – 
(a) menjalankan amalan atau menjalankan perniagaan atau bekerja dengan apa jua nama, stail atau gelaran yang mengandungi perkataan “Ejen Harta Tanah”, “Ejen Perumahan”, “Ejen Harta”, “Ejen Tanah”, “Broker Rumah” atau apa-apa perkataan lain yang seperti dengannya, dalam apa-apa bahasa atau mengandungi apa jua perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh dengan semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan erti bahawa dia adalah seorang ejen harta tanah berdaftar.

Maknanya di sini, seseorang ejen hartanah tu kena berdaftar di bawah undang-undang terlebih dulu, sebelum boleh menjalankan tugasnya. Ada juga beberapa syarat untuk iklan hartanah yang disiarkan secara atas talian. Antaranya seperti iklan yang disiarkan tu mesti kena ada nama, nombor yang boleh dihubungi dan nombor pendaftaran ejen untuk membuktikan kesahihan iklan tu.

Korang juga boleh cari ejen menggunakan nama, nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran mereka di pangkalan data LPPEH. Pangkalan data tu juga membolehkan korang menyemak sama ada sesuatu firma tu sah atau tak. Dalam masa sama, ejen hartanah tak sah boleh didenda hingga RM300,000, dipenjara hingga 3 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Oleh itu, sekiranya korang juga adalah mangsa seperti mana yang dialami oleh Wong, cara terbaiknya adalah korang buat dulu laporan polis terhadap ejen yang terlibat tu. Akan tetapi, korang masih berisiko menanggung hutang yang diambil di bawah nama korang, melainkan korang berjaya membuktikan yang korang tak setuju atau tak pernah membenarkan sebarang urusan jual beli hartanah.

Tags:
hutang
hartanah
hutang bank
beli rumah
ajen hartanah
penipuan
pinjaman bank

6

Shares

A+

A-