Asklegal
Home banner 7fcc3b06 d995 4cfd a8d5 4242b53db04c

Consumer,Traffic

Penulis kita menyamar untuk dapatkan lesen e-hailing (PSV). Inilah pengalamannnya

over 5 years ago Azar Ishak

396

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Pada Julai 2018 lepas, Kementerian Pengangkutan ada umumkan peraturan baru untuk industri e-hailing, dan salah satunya adalah pemandu tak kira dari mana-mana syarikat sekalipun (sama ada Grab, MyCar atau sebagainya) kena dapatkan lesen PSV. Usaha ke arah ni bertambah lagi pada April 2019, bila maklumat yang lebih terperinci dah diumumkan dengan tarikh akhirnya ditetapkan pada 12 Julai ni. Lepas tarikh tu, pemandu e-hailing yang takde lesen PSV tak boleh jadi pemandu di mana-mana syarikat e-hailing.

Keperluan nak dapatkan lesen ni sebenarnya nampak macam senang je. Dan korang cuma kena ikut aturan ni:

  1. Dapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik yang diluluskan
  2. Buat pemeriksaan kereta dekat PUSPAKOM kalau umur kereta lebih 3 tahun
  3. Daftar dan datang kursus di sekolah memandu terpilih
  4. Ambil ujian berdasarkan kursus
  5. Dapat lesen

Kalau korang pemandu e-hailing sepenuh masa yang tak mulakan lagi proses ni, kitorang nasihatkan korang mulakan cepat. Sebabnya, kitorang yang mulakan proses ni pada 8 Mei pun, dah dijadualkan untuk ambil ujian pada 30 Mei. Andaikanlah yang kitorang lulus percubaan pertama (dan yang lain-lain), maknanya masa yang kitorang ambil untuk keseluruhan proses ni adalah selama 23 hari.

Ini dia pecahan masa dan kos berdasarkan pengalaman penulis kitorang. Tapi ambil maklum juga yang kos ni mungkin lebih rendah untuk sesetengah syarikat e-hailing sebab ada yang bagi subsidi, selain tu – milage korang pun mungkin berbeza. 

 

Kitorang buat pemeriksaan kesihatan… dua kali 

Masa diambil: 2 hari

Kos: RM20 (lebih rendah kalau syarikat e-hailing ada subsidi)

Nak cari klinik panel mana yang boleh buat pemeriksaan ni senang je… cari je kat Google dan nanti korang akan nampak senarai klinik yang disediakan syarikat e-hailing. Kebanyakan klinik ni ada tetapkan masa bila pemandu boleh buat pemeriksaan, dan benda ni kadang-kadang boleh menyusahkan sikit pemandu yang ada kerja sepenuh masa.

Kitorang pula dapat klinik yang tetapkan masa sesuai dengan jadual kerja kitorang . Tapi, bila kitorang sampai sana, diorang beritahu yang masa tu doktor bertugas takde. Jadinya, tak ada cap syarikat untuk sahkan laporan perubatan. Kitorang lepas tu diminta datang sekali lagi esoknya pada masa makan tengah hari. 

PROTIP: Telefon klinik dulu sebelum korang pergi 

Pemeriksaan kesihatan ni terdiri dari pemeriksaan air kencing, penglihatan, tekanan darah dan ujian penafasan; diikuti konsultasi bersama doktor dengan beberapa soalan lain dalam borang JPJ L8A (boleh dapat kat klinik atau download kat sini). Seluruh proses ni ambil masa kurang dari sejam

Umur kereta kitorang pulak tak sampai 3 tahun, jadinya kitorang tak payah pergi PUSPAKOM, tapi korang boleh baca prosesnya kat artikel ni:

[BACA LAGI: Ini apa yang pemandu Grab kena tahu bila buat pemeriksaan kereta di PUSPAKOM]

 

Kitorang sampai merayu dengan sekolah memandu supaya benarkan kitorang masuk kuliah

Masa diambi: 17 hari

Kos: – 

Lepas kitorang Google senarai pusat memandu yang tawarkakan kursus latihan PSV, kitorang pun hubungi pusat yang terdekat untuk daftar… walaupun banyak di antaranya yang engage.

Lepas menderita (mungkin 45 minit) dengar bunyi ~du du~, akhirnya kitorang dapat berhubung dengan satu sekolah memandu kat PJ. Wanita yang angkat telefon tu kata kursus PSV dah penuh untuk 2-3 minggu akan datang. Kitorang lepas tu pun dapat tahu yang kebanyakan sekolah memandu kat Lembah Klang ni cuma buat sesi latihan PSV sekali je seminggu, sebab itulah ramai yang ada dalam senarai menunggu.

Tapi wanita tu baik sebab tawarkan kitorang masuk slot pertama yang ada kosong – dalam masa dua minggu lagi. Tapi kitorang pulak tolak dan kata akan cuba kat akademi lain. Rupa-rupanya, tu idea yang buruk!

Ia ambil masa dua hari untuk kitorang telefon sekolah-sekolah lain dekat kawasan Lembah Klang; dan semuanya kata yang slot diorang dah penuh untuk beberapa minggu. 

PROTIP: Kalau korang kena tunggu bawah 3 minggu, TERIMA JE

Akhirnya, kitorang terpaksa call balik sekolah pertama yang tawarkan slot tadi. Lepas merayu, wanita tu masukkan kitorang dalam slot asal yang ditawarkan sebelum tu. 

Tapi tunggu, sebab ada plot twist.

Masa tunggu sesi kitorang, tiba-tiba Kementerian Pengangkutan kata yang pihaknya benarkan syarikat e-hailing jalankan sesi latihan PSV secara online (e-PSV). Kursus-kursus online ni akan disediakan oleh syarikat e-hailing masing-masing, yang mana ada juga pilihan kursus e-PSV ni dibuat secara percuma. Contohnya, Grab sekarang jemput pemandu-pemandu diorang untuk ambil latihan online secara percuma. Tapi, korang masih lagi kena buat pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan PUSPAKOM (kalau berkenaan).

PROTIP: Kalau syarikat korang ada kursus e-PSV, AMBIL JE

Kitorang tak tahu benda ni masa tu, tapi sekali lagi, ia akan buatkan artikel ni kurang menarik.

 

Kuliahnya taklah seperti mana yang kitorang fikirkan

Masa diambil: 6 jam (tempoh kuliah)

Kos: RM149 (lebih rendah kalau syarikat e-hailing ada subsidi)

Pada hari tu, kitorang datang awal untuk sesi pukul 8:30am, tapi disebabkan ada yang datang lewat, sesi tu pun dimulakan lebih lambat dari yang dijadualkan. Tapi benda tu pun membantu juga, sebab sempatlah kitorang berkenal-kenalan dengan pemandu-pemandu lain, macam ada sorang Datuk ni jadi pemandu Grab sebab dia dah bosan uruskan perniagaan dan nak banyak keluar dari pejabat. Bila kuliah mula pukul 9am, kitorang kira ada 51 orang yang datang.

Kuliah ni mula dengan penyerahan Buku Panduan Pelatih, booklet yang ada semua maklumat yang akan diajar dalam kuliah. Boleh kata yang benda ni nota asas untuk persediaan ujian PSV. Kitorang juga kena sahkan kehadiran dengan buat imbasan cap ibu jari, dan diorang juga banyak kali ingatkan supaya buat imbasan tu lepas habis kuliah. Kalau tak, kehadiran tu jadi tak sah.

PROTIP: Jangan lupa imbas ibu jari korang LEPAS kuliah!

Kuliah ni hanya dijalankan dalam Bahasa Malaysia, dan ia dipecahkan kepada 4 modul; dengan beberapa aktiviti dan role-playing:

  • Pengenalan tentang industri teksi
  • Keusahawanan, teknologi, dan perancangan kewangan
  • Khidmat pelanggan
  • Undang-undang dan garis panduan (modul kegemaran kitorang)

Mungkin disebabkan jangkaan awal kitorang yang berbeza, kitorang sebenarnya agak terkejut bila penekanan modul tu berpusat kepada industri teksi. Dari satu sudut, ia nampak nak ajar pemandu e-hailing dengan perkara-perkara asas pasal memandu kenderaan perkhidmatan awam, dan satu sudut lagi, untuk bagi pemandu teksi idea menggabungkan perkhidmatan e-hailing ke dalam perniagaan diorang.

Slide berdasarkan Robert Kiyosaki’s Cashflow Quadrant

Walaupun kitorang taklah terangkan semua kandungan kuliah ni secara terperinci, tapi ada satu bahagian menarik yang kitorang nak beritahu – slide motivasi pasal keusahawanan yang jadikan Robert Kiyosaki’s Rich Dad Poor Dad sebagai rujukan. Benda ni lawak la juga sebab syarikat dia tu dah bankrup tahun 2007, termasuklah banyak kritikan terhadap nasihat kewangannya (sebahagiannya haram).

Selain tu, ada juga beberapa slide (yang salah satunya kitorang guna untuk feature image) ambil pemandu teksi Jepun sebagai penanda aras perkhidmatan terbaik. Kitorang juga diberitahu yang pemandu e-hailing kena ikut kod pakaian yang sama macam pemandu teksi, macam – kasut tertutup dan seluar hitam, dengan pilihan baju yang ‘sesuai’. 

Tiga kali kitorang berehat, termasuk satu untuk makan tengah hari, dan kitorang pun imbas ibu jari untuk kali terakhir pada pukul 6pm.

 

Kitorang tak tahu bila kitorang boleh ambil ujian

Masa diambil: 1 jam peperiksaan, 7 hari menunggu

Kos: – (termasuk yuran kuliah)

Lepas kuliah, ada di antara kitorang yang tanya staff kat sekolah memandu tu kalau diorang boleh tempah hari tertentu untuk buat ujian. Tapi staff tu kata, disebabkan terlalu ramai pelajar, jadi sekolah akan hubungi diorang bila ada slot kosong nanti. Dengan kata lain, kitorang tak tahu bila kitorang akan ambil ujian tu.

Pada pukul 1.30pm – 29 Mei, kitorang dapat mesej WhatsApp dari sekolah, beritahu kitorang yang ujian tu akan dijalankan pada 30 Mei, pukul 8 pagi. Maknanya, diorang bagi masa tak sampai 24 jam untuk kitorang buat persediaan. Nak-nak lagi bila tarikh tu hari Khamis dan kitorang pun kena kerja hari tu. Kitorang juga diingatkan untuk bawa pen biru bersama dengan IC asal dan lesen memandu.

PROTIP: Bawa pen biru, IC dan lesen memandu

Ujian tu ada 60 soalan pelbagai pilihan dengan markah lulus 48/60, dan ia cuma ada dalam Bahasa Malaysia. Kitorang tak akan bincang pasal soalan-soalan tu, atas faktor undang-undang, tapi apa yang kitorang nak beritahu – Robert Kiyosaki ada muncul dalam soalan tu.

 

Kita mungkin akan kehilangan 100,000 pemandu e-hailing pada 12 Julai ni

Imej dari Cilisos.my

Secara keseluruhannya, kitorang takde isu sangat dengan kandungan kursus sebab maklumat yang diberikan tu mungkin berguna untuk merapatkan jurang antara perkhidmatan teksi dan perkhidmatan e-hailing. Tapi proses tu yang nampak macam menghalang, lebih-lebih lagi kepada pemandu e-hailing separuh masa. Terutamanya pasal kos, tempoh menunggu yang kadang-kadang tak menentu, dan kekeliruan dengan proses. 

Hal ni nampaknya ada disuarakan juga oleh pemandu e-hailing lain dan ia juga menunjukkan kadar kegagalan yang tinggi bagi ujian PSV. Akibatnya, Persatuan E-Hailing Malaysia ada menganggarkan yang separuh dari 200,000 pemandu e-hailing Malaysia mungkin akan tarik diri selepas 12 Julai ni. Untuk pelanggan pula, ia dah pasti akan menambahkan masa menunggu dan tambang:

“Jika hanya ada beberapa sahaja mereka di jalan raya kerana gagal mendapatkan lesen PSV sebelum tarikh akhir, maka tambang pasti akan naik. Semasa waktu puncak, pasti tidak akan ada pemandu yang mencukupi dan masa menunggu juga akan menjadi lebih lama. Pengguna kami pasti marah.” – Mohd Faizul Ezmin, wakil Dacsee, dipetik dari New Straits Times

Kitorang pun tak pasti kalau perjalanan 23 hari kitorang tu normal ke tak (jangan ragu-ragu, beritahu kitorang kat bahagian komen), tapi mungkin usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan dan syarikat e-hailing untuk mengurangkan kos dan perkara yang kena dilalui boleh menggalakkan pemandu memulakan proses ni. Seperti kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan... betul tak?

Tags:
grab
e-hailing
lesen psv
mycar
teksi
latihan
persatuan pemandu e-hailing malaysia

396

Shares

A+

A-