Criminal,General
Undang-undang Berita Palsu Singapura 553% lebih panjang dari Malaysia. Apa perbezaannya?
Not published yet ago Azar IshakBaru-baru ni, Singapura dah meluluskan undang-undang Anti-Berita Palsu dan ia dah menarik perhatian global. Walaupun begitu, tak lah semua reaksi tu baik-baik. Seperti yang dah diramalkan, perkembangan ni akan menurunkan lagi kedudukan Kebebasan Media yang dah sedia rendah untuk Singapura. Kedudukan Singapura sekarang ni berada pada 151 daripada 180. Malaysia pulak naik 22 anak tangga pada tahun ni iaitu dengan kedudukan 123!!
Apa yang menariknya, di masa Singapura memperkenalkan undang-undang ni, Malaysia pula dalam perbincangan nak memansuhkannya. Akta Malaysia ni dapat perhatian ramai, sebab bekas Perdana Menteri, Najib Razak kata Akta Anti-Berita Tidak Benar diperkenalkan untuk melindungi Malaysia dari ancaman keselamatan. Bagaimanapun, hal ni berubah bila kerajaan baru ambil alih dan kita sekarang ni masih mencuba untuk memansuhkannya, walaupun Dewan Negara menolak pemansuhan akta ini.
Jadinya sekarang, korang mungkin tertanya-tanya, kenapa Malaysia nak lari dari Akta Anti-Berita Tidak Benar, sedangkan Singapura pula memperkenalkannya?
Malaysia nak undang-undang ni untuk elakkan ketidakharmonian
Kerajaan sebelum ni dah memperkenalkan Akta Anti-Berita Tidak Benar pada tahun 2018 untuk membasmi penyebaran berita tak benar di kalangan rakyat Malaysia – yang kemudian membawa kepada banyak penentangan sebab ia mempertaruhkan kebebasan media di negara ini. Selain tu, terdapat juga perdebatan sama ada perlu atau tak kerajaan menggubal akta baru, sedangkan Malaysia dah ada Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
[BACA LAGI: Here's how you may get in trouble with Malaysia's Fake News law]
Jadi, kalau korang tertanya-tanya apa sebenarnya yang Akta ni definasikan, berita palsu/tak benar adalah apa-apa jenis bentuk seperti visual, rakaman video atau apa sahaja yang boleh menggambarkan idea melalui media sosial yang secara keseluruhan atau sebahagiannya tidak benar.
Tapi soalannya sekarang, macam mana nak klasifikasikan sesuatu tu sebagai tak benar?
Takrifan yang dinyatakan dalam Akta ni agak luas, tapi ada beberapa contoh yang dinyatakan dalam Akta yang boleh tolong korang faham apa ia sebenarnya. Akta ni menggariskan 8 sampel senario di bawah Seksyen 4 (3), yang menggambarkan bagaimana seseorang tu boleh berdepan dengan undang-undang. (Korang boleh tengok di sini). Malah, selain dapat masalah sebab berkongsi berita/fakta yang tak benar, Akta ini juga kata yang korang boleh dapat masalah sebagai sumber berita palsu.
Kedudukan semasa Akta ni masih lagi belum diketahui, sebab pemansuhannya dah ditolak oleh Dewan Negara. Jadi, sementara ia masih lagi 50-50… apa pula yang jadi dengan negara jiran kita?
Singapura pun nak Akta ni untuk elakkan ketidakharmonian
Seperti mana yang kitorang beritahu pada awal tadi, Singapura sekarang dah melaksanakan Akta Perlindungan daripada Pemalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (POFMA) kerana beberapa sebab. Dan ini apa yang Perdana Menteri Singapura kata:
Jika kami tidak melindungi diri kami sendiri, pihak yang bermusuhan akan mencari perkara yang mudah untuk membuatkan kumpulan yang berbeza menentang yang lain dan menyebabkan gangguan dalam masyarakat. – PM Lee Hsien Loong , dipetik dari South China Morning Post.
Jadi, kebimbangan utama kerajaan Singapura adalah takut dengan gangguan keharmonian dan undang-undang ni digubal untuk melindungi negara yang berbilang kaum itu dari sebarang "eksploitasi". Bagaimanapun, tindakan negara tu masih lagi terima kecaman, sebab ada dua perkara yang mungkin akan jadi:
- Kerajaan kini ada kuasa untuk menentukan berita dalam negara.
- Kebebasan media akan terikat.
Dengan segala apa yang telah diperkatakan pasal undang-undang baru Singapura ni, kitorang kaji pula kedua-dua Akta dan dapat beberapa perbezaan yang membuatkan undang-undang Singapura ni berbeza dari Akta Anti-Berita Tidak Benar Malaysia…
Beberapa perbezaan utama antara dua Akta
Dalam kata lain, dua Akta ni serupa, tapi dalam masa sama ada juga perbezaannya. Ketepikan perbezaan antara nama Akta, terdapat beberapa tambahan dalam Akta Singapura yang membuatkan adanya perbezaan signifikan Akta Singapura dengan Akta Malaysia.
Singapura: Antara langkah yang dicadangkan adalah hukuman dalam Akta. POFMA membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sebanyak S$1 juta, bergantung kepada keseriusan kes.
Malaysia: (Denda kita berbeza dari Singapura)
Seksyen 4, Akta Anti-Berita Tidak Benar Malaysia menyatakan:
Dengan kata lain, jika sesiapa “berniat jahat” membuat atau penerbitkan berita tak benar, diorang boleh dihukum penjara 6 tahun (sebelum ni 10 tahun), didenda tak lebih dari RM500,000.00 atau kedua-duanya jika didapati bersalah.
Bot ni secara asasnya adalah agen sosial yang berkomunikasi secara autonomi di media sosial. Dalam kes macam ni, kerajaan Singapura nak elakkan bot dari mempengaruhi perbincangan mahkamah dan/atau pandangan masyarakat awam.
Singapura: Akta Berita Palsu Singapura ada senarai menyeluruh Bot bila ia menyiarkan berita palsu.
(a) Untuk berkomunikasi di Singapura pernyataan yang disebutkan dalam subseksyen (1); dan
Malaysia: Tak ada undang-undang tentang bot atas talian dan akaun palsu, tapi Akta kita bagi fokus kepada individu dan organisasi yang melakukan jenayah.
Singapura: Kerajaan dah menubuhkan satu badan yang dipanggil sebagai “Competent Authority” yang pada asasnya adalah pihak berkuasa yang dipilih kerajaan (sekumpulan orang) dan dilantik untuk memutuskan apa berita palsu dan apa yang tidak.
Malaysia: Akta ini menyatakan bahawa seorang Menteri akan dilantik dan akan diberi kuasa dan tanggungjawab terhadap undang-undang ketika ia membuat keputusan tentang apa itu berita palsu dan tidak.
Tun M kritik Singapura… dan Singapura balas balik
Sebenarnya, kedua-dua Perdana Menteri tak dapat lihat perkara ni secara berdepan. Diorang pada asasnya berbeza pemikiran berdasarkan Akta Anti-Berita Palsu antara negara masing-masing masa sidang media diorang bulan lepas. Berikut adalah beberapa petikan dari sidang media tu:
Tun Dr Mahathir:
Bila kita memunyai undang-undang yang menghalang orang dari menyiarkan pandangan mereka, kita takut kerajaan itu sendiri mungkin akan menyalahgunakan undang-undang, seperti apa yang berlaku pada kerajaan terdahulu… Kita tidak mahu mana-mana kerajaan, yang ini dan yang berjaya, menggunakan undang-undang untuk kerajaan sendiri bagi mencipta dan memberitahu berita palsu untuk mengekalkan diri mereka sendiri.” – Tun Dr Mahathir, dipetik dari New Straits Times.
Lee Hsien Loong:
“Perancis telah melakukannya, Jerman telah melakukannya, dan Australia telah melakukan sesuatu yang serupa ... Singapura perlu melakukannya, dan kami mempunyai proses yang panjang dengan jawatankuasa terpilih yang membincangkannya selama hampir dua tahun." – Lee Hsien Loong, dipetik dari New Straits Times.
Berdasarkan dari hal ini, jelas adanya dua jenis pemikiran berkaitan dengan perkara ni. Bagaimanapun, apa yang kita semua kena sedar adalah berita palsu ni sememangnya masalah yang serius. Ini kerana, kalau ia dibiarkan dan tak dipantau, berita palsu berpontesi menimbulkan rasa takut, salah faham dan menggugat keamanan negara.
Walaupun perbezaan ini seolah-olah memperlihatkan ada perselisihan di antara kedua-dua akta, kita mesti perhatikan matlamat dan sebab utama Akta tu iaitu untuk menghalang berita palsu daripada tersebar di internet.
Tapi pada akhir hari nanti, mungkin cara terbaik untuk mengelakkan berita palsu atau terlibat dalam apa-apa masalah undang-undang dengan Akta Anti-Berita Tak Benar, adalah korang kena pertimbang semula niat korang dan akibat yang akan datang bersama-sama dengannya. Menghadkan kebebesan media juga ada kesan negatif, jadi mungkin ia tak ada yang betul dan salah dalam situasi ni. Tapi kita boleh menghadkan penyebaran berita palsu dengan periksa dulu kesahihan setiap berita yang sampai.
P.S. – Sekadar peringatan, walaupun kerajaan cuba nak mansuhkan Akta ni, tapi Akta Anti-Berita Tidak Benar masih lagi aktif di Malaysia, dan korang boleh dapat masalah dengan mana-mana berita palsu yang disiarkan di internet. Oleh tu, jadilah pengguna yang bijak dan baik. :)