Asklegal
Home banner 5157dbc0 c013 4a74 b4db 926de076d49d

Consumer,General

Selamat ke Muslim minum boba dengan sijil halal negara luar?

over 4 years ago Azar Ishak

34

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for the English version]

Sekarang ni bukan lagi rahsia yang bubble tea atau boba dah jadi minuman yang cukup POPULAR. Boleh dikatakan rakyat Malaysia tak mengenal umur, jantina, kaum dan agama, semuanya suka dengan minuman trendy ni.

Tapi di sebalik semaraknya perniagaan boba, ada dua francais boba yang dah mencetuskan kontroversi baru-baru ini kerana status halal mereka yang masih lagi kabur. Dengan kata lain, masyarakat Islam Malaysia mungkin tak boleh minum minuman ni dengan yakin. Pada masa sama, ada juga kontroversi lain baru-baru ni melibatkan bir 0% alkohol. 

 

Apa sebenarnya yang kecoh sangat ni? 

Imej dari Giphy.

Jadi, jom kita mula dengan isu yang mudah dulu, dan ia adalah pasal bir 0% alkohol. Kalau korang nak tahu, JAKIM dari awal lagi dah kata, mana-mana produk yang ada perkataan “beer” (atau “bir”) tak akan diberikan sijil halal, tak kisahlah ia mengandungi alkohol atau tak. Hal ini selaras dengan garis panduan yang melarang mana-mana produk dengan nama “tidak halal” seperti bah kut teh atau bacon dari menerima status halal bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat Muslim.

Walau bagaimanapun, hal yang agak sama juga nampaknya melibatkan bubble tea, dan ia pun buatkan kita tertanya-tanya: macam mana pula susu, teh dan bebola kanji ubi ni boleh jadi tak halal?

Pada awalnya, isu ni muncul bila seorang pengguna Facebook bangkitkan kebimbangannya pasal perniagaan Xing Fu Tang dan The Alley yang mungkin tak ada sijil halal. Pengguna ni tunjukkan yang francais ni tak tersenarai dalam laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Benda ni dah dapat reaksi hebat dari netizen yang komen dan kongsi, sampaikan The Alley keluarkan satu kenyataan. The Alley menjelaskan yang mereka masih lagi menunggu sijil halal dari JAKIM, manakala Xing Fu Tang pula kata mereka sebenarnya ada sijil halal dari Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang juga merupakan pertubuhan Islam antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM

Perkara ni kemudiannya dah bawa dua lagi persoalan lain…

  1. Kalau makanan tu tak ada babi, adakah ia masih selamat untuk dimakan?
  2. Adakah sijil halal dari negara lain membuatkan ia halal di Malaysia?

Mari kita jawab soalan yang pertama dulu. 

 

Tanpa alkohol atau khinzir, tak bermakna ia halal

Imej dari Meme Center 

Selalunya ada salah faham tentang halal, terutamanya di kalangan rakan-rakan bukan Muslim kita tentang makna “no pork” (tanpa khinzir). 

Sebenarnya, penerangan halal lebih luas lagi, di mana halal itu sendiri dalam bahasa Arab bermakna – dibenarkan di bawah undang-undang Syariah. Di Malaysia, peraturan tentang halal ada ditetapkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, dan ia selaras dengan hukum syarak atau undang-undang Syariah. Halal ditakrifkan sebagai:

  • Ia tak mengandungi bahagian atau benda dari haiwan yang dilarang atau tidak disembelih mengikut hukum syarak.
  • Tidak mempunyai najis seperti darah
  • Tidak memabukkan
  • Tidak memudaratkan kesihatan
  • Tidak mempunyai mana-mana bahagian anggota manusia
  • Tidak bersentuhan dengan apa-apa alat atau permukaan yang dicemari najis

Oleh kerana itu, ketiadaan sijil halal masih menjadi isu di kalangan umat Islam, sebab walaupun tak mengandungi daging babi atau lemak babi, masih ada keraguan tentang adanya pencemaran semasa dalam proses pembuatan. Maka, tujuan halal JAKIM adalah untuk memastikan yang sesuatu tu menepati standard dari pembuatan dan logistik, dari kilang sampailah masuk ke mulut kita. 

Hal ni berkaitan dengan isu pensijilan dari negara lain juga. Walaupun JAKIM mengiktiraf sijil halal dari negara-negara lain, ia mungkin lebih kepada produk yang dihasilkan dan dibungkus di negara-negara terbabit. Ini berbeza dengan kedai-kedai makan, kerana melibatkan penyediaan produk yang dari awal lagi menggunakan bahan mentah. Malah, JAKIM dah jelaskan yang premis tu tak akan disahkan halal, selagi ia belum diakui oleh JAKIM atau JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) tanpa mengira apa-apa keadaan sekalipun:

"Bahagian ini menegaskan bahawa premis makanan yang menggunakan bahan mentah atau ramuan yang telah dipersijilkan halal tidaklah bermaksud ia boleh memperihalkan premis makanan tersebut sebagai telah dipersijilkan halal.

"Melainkan hendaklah diperakukan halal oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) selaku pihak yang berautoriti dalam Pensijilan Halal Malaysia.” – JAKIM, dipetik dari kenyataan di halaman Facebook JAKIM

Seperti mana yang kita boleh nampak, banyak faktor yang dipertimbangkan untuk sesuatu makanan tu jadi halal, selain dari tak mengandungi daging babi dan alkohol. Bila ada percanggahan antara label dan isi kandungan sebenar, dapatlah kita faham kenapa masyarakat Muslim nak ia diperjelaskan, supaya sebarang kekeliruan tu dapatlah dielakkan.

 

Tapi kadang-kadang, kamu mungkin kena buat keputusan sendiri

Imej dari XFT Facebook

Walaupun dah dinyatakan secara hitam dan putih, tapi masih ada lagi keadaan samar di antara apa itu halal dan haram. Berdasarkan kajian dari Kolej Universiti Islam Malaysia, di bawah tafsiran Syariah, terdapat dua konsep tambahan untuk menentukan sama ada makanan tu halal atau haram, iaitu masbooh dan makruh.

Masbooh – sesuatu makanan tu tidak jelas status hukumnya sama ada ia halal atau haram. Keraguan ini mungkin datang dari pembuatan atau bahan-bahannya. Jika ada keraguan, maka ia dikira sebagai masbooh

Makruh – dalam kata lain, ia adalah makanan yang tak haram, tapi tak digalakkan kerana boleh menggalakkan kita mengambil benda yang tak halal. Oleh itu, masyarakat Muslim digalakkan untuk menjauhkan diri dari apa-apa yang makruh. Ini melatih mereka untuk mengawal diri masing-masing, supaya lebih senang mengelak dari terambil benda yang haram.

Walaupun keyakinan tu ada dan kita lebih selesa bila tahu sesuatu makanan dah diiktiraf halal oleh JAKIM, masih ada lagi konsep caveat emptor, yang mana pengguna masih bertanggungjawab memeriksa kualiti barang yang dibelinya. Dengan kata lain, kalau korang ragu-ragu, buatlah pilihan yang lebih baik. 

 

Tags:
jakim
makanan halal
halal jakim
makruh
masbooh
bubble tea halal
boba halal
status halal
sijil halal

34

Shares

A+

A-