Criminal,General
Adakah penyembur lada (pepper spray) sah dari segi undang-undang?
almost 7 years ago Faiz
[This article is also available in English]
Apabila kita sebagai rakyat Malaysia mula melihat laporan kes ragut & rompakan meningkat, reaksi spontan kita mungkin untuk mencari cara untuk melindungi diri. Agak melampau kalau kita duduk rumah tak nak keluar langsung, tetapi kalau bawak parang untuk mempertahankan diri pergi shopping pun tak masuk akal. (PERINGATAN: INI MENYALAHI UNDANG-UNDANG)
Tetapi bagaimana dengan penyembur lada? Ianya bertujuan untuk melumpuhkan penjahat supaya kita ada masa untuk melarikan diri dengan selamat. Ia tidak melukai penjahat yang disembur, dan secara amnya bukan senjata yang membunuh, jadi tiada masalah untuk membawa penyembur lada bersama kita, bukan? Masalahnya, penyembur lada juga boleh disalahgunakan, seperti insiden di mana seorang cosplayer menyembur penyembur lada terhadap penggangu yang mengikutnya di salah satu konvensyen anime. Nyatalah bahawa penyembur lada ini bahaya apabila digunakan sebagai senjata penyamun juga!
Kami sering mendapat soalan sama ada pengunaan penyembur lada ini adalah sah dari sisi undang-undang Malaysia atau tidak. Hal ini bergantung kepada beberapa faktor yang kita bincangkan di bawah.
Terdapat pelbagai jenis penyembur lada di pasaran
Penyembur-penyembur lada tidak dicipta secara pukul rata. Komposisi kimia pada penyembur lada anda mungkin menjadi faktor yang memutuskan sama ada ia sah untuk dibawa dari segi undang-undang atau tidak. Undang-undang yang berkaitan adalah Akta Barangan Hakisan & Letupan dan Senjata Merbahaya 1958 (CESOWA)
“Senjata Merbahaya” adalah apa-apa barang yang boleh menyebabkan “kecederaan” sekiranya digunakan sebagai senjata. Maksud “kecederaan” yang ditakrifkan di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 319 adalah:
Menurut Seksyen 6(1) CESOWA, adalah kesalahan untuk membawa senjata merbahaya di tempat awam tanpa sebab yang sah. Pesalah boleh dipenjarakan selama 5-10 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Dah jelas? Haa, sekarang kami nak kongsikan 3 jenis semburan pertahanan diri di pasaran, yang anda boleh periksa sendiri pada label & pembungkusannya.
Semburan pertahanan diri ini diciptakan pada tahun 1960-an. Lebih dikenali sebagai "mace", ia adalah perengsa yang menyebabkan rasa pedih & menjatuhkan air mata. Masalahnya adalah bahan ini kurang efektif terhadap pemabuk, penghisap dadah, atau orang yang ganas/gila - senang cerita golongan yang kemungkinan besar perlu dikenakan semburan lada ini…
Kalau tak faham kimia yang panjang tu tak apa, CS pada dasarnya adalah gas pemedih mata. Ia menyebabkan mata berair, dan membuatkan hidung dan mulut anda terasa seperti terbakar. Kalangan yang pernah kena gas di demonstrasi atau protes pernahlan mengalami rasa ini. Gas pemedih mata juga mempunyai kelemahan iaitu kurang berkesan terhadap orang di bawah pengaruh dadah, tidak siuman, atau ganas.
Ini adalah "penyembur lada" sebenar. Apabila disembur, anda akan mula batuk dan tercekik, berasa mual dan terbakar. Anda juga mungkin menjadi buta sementara waktu dan mengalami kesukaran bernafas. Penyembur lada ini berfungsi pada orang di bawah pengaruh dadah, gila, dan ganas - sesuai untuk penguatkuasaan undang-undang dan pertahananan diri.
Jadi, semburan mana yang sah?
Disebabkan semburan lada boleh menyebabkan "kesakitan pada tubuh", ini menunjukkan bahawa ia adalah "senjata merbahaya" dan oleh itu – tidak sah! Tetapi undang-undang di bawah Seksyen 6 CESOWA juga mempertimbangkan alasan anda membawa semburan lada. Seorang pembekal semburan lada pernah mengata bahawa menggunakan semburan lada untuk menyerang orang lain adalah jenayah. Dia juga mengata bahawa pemilik semburan lada perlu mendaftar diri dengan polis.
Laman web PDRM juga menyatakan bahawa bukan sahaja perniagaan yang menjual semburan lada memerlukan lesen, pemilik semburan lada juga harus mendaftar untuk permit. Pendaftaran ini adalah wajib di bawah Akta Senjata 1960 kerana menurut undang-undang, semburan lada adalah "senjata", yang memerlukan permit untuk memiliki satu (ya, seperti senapang juga). Definisi "senjata" dalam Seksyen 2 termasuk:
[BACA SELANJUTNYA – Apakah barangan yang boleh anda bawa untuk mempertahankan diri?]
Undang-undang berkenaan senjata merbahaya telah digunakan secara tidak konsisten, kerana sesetengah kes jenayah melibatkan orang yang menyalahgunakan penyembur lada, tetapi mereka tidak didenda dengan membawa senjata yang merbahaya. Lain pula dengan kes cosplayer yang kami ceritakan tadi. Dia dikenakan denda kerana membawa senjata yang merbahaya di tempat awam. Ia mungkin kerana dia juga membawa sebilah pisau pada masa itu, tetapi penyembur lada yang dibawanya merupakan jenis lebih kuat yang sesuai digunakan pada beruang – semburan beruang (bear spray).
Kandungan capsaicinoid (kimia utama dalam penyembur lada) dalam semburan beruang lebih tinggi daripada penyembur lada yang digunakan terhadap manusia. Kecuali anda seorang yang sering berurusan dengan beruang, anda barangkali tidak mempunyai alasan yang baik untuk membawa semburan beruang - yang menjadikannya satu kesalahan.
Penyembur lada sah dibawakan, tetapi untuk keselamatan sahaja!
Keselamatan adalah suata keutamaan bagi rakyat Malaysia, tapi kalau boleh kami memang tak nak langgar undang-undang ketika melindungi diri. Penyembur lada secara teknikalnya adalah sah di Malaysia, tetapi hanya apabila ia digunakan untuk mempertahankan diri. Sekiranya anda ingin memiliki penyembur lada, sebaik-baiknya semak dengan balai polis berdekatan anda sama ada anda perlu mendaftarkan diri untuk pemilikan mengikut rang undang-undang.
Selain tu, pastikan je lah tak tersilap beli bear spray!
An avid reader