Asklegal
Home banner ddcbd510 c2f6 4c44 9422 4223d78bcad6

Civil

Bagaimana mendapat kembali wang yang anda pinjamkan kepada kawan anda

about 6 years ago Clarence Kuna

49

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Anda mungkin pernah meminjam wang kepada rakan anda tetapi mereka gagal mengembalikannya. Kadangkala, jumlah tersebut adalah kecil sehingga kita boleh menghalalkannya, tetapi kadangkala jumlahnya agak besar. Anda mungkin juga  ingin mendapatkan kembali wang anda atas dasar prinsip.

Mungkin tidak berbaloi untuk menggunankan perkhidmatan guaman yang mahal untuk menuntut kembali wang daripada rakan anda, terutamanya jika wang yang dipinjamkan berjumlah kecil, tetapi tahukah anda bahawa anda boleh menuntut hutung tanpa menggunakan bantuan peguam dengan tiga langkah yang mudah? Ini dikenali sebagai prosedur tuntutan kecil dan ianya tertakluk kepada Perintah 93 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Jika anda berminat untuk membaca versi artikel ini yang lebih lanjut, anda boleh klik sini.

Prosedur tuntutan kecil hanya boleh digunakan untuk pinjaman yang tidak melebihi RM5,000.

 

Langkah 1: Dapatkan Borang 198 dari Mahkamah Majistret

 

Beginilah rupa Borang 198. Gambar dari malaysianbar.org

Ianya bermula dengan mengisi borang yang boleh diperoleh di mahkamah. Maklumat yang perlu diisikan adalah seperti berikut:

  1. Isi nama (plaintif) penuh anda, nombor kad pengenalan dan alamat terkini.

  2. Isi nama (defenden) penuh peminjam, nombor kad pengenalan dan alamat terkini mereka.

  3. Nyatakan jumlah wang yang ingin dituntut.

  4. Nyatakan butiran tuntutan seperti bila kejadian ia berlaku, kenapa kejadian berlaku dan sebagainya. Jika anda mempunyai bukti pinjaman seperti slip transaksi bank ataupun pesanan teks. isikan butiran yang berkenaan seperti nombor transaksi.

  5. Tandatangan borang berkenaan dan sertakan 4 salinan kepada Pejabat Pendaftaran bagi Mahkamah Majistret Kelas Dua bersama bayaran RM10.

Pejabat Pendaftaran akan meletakkan meterai Mahkamah ke atas 4 salinan borang itu dan mengisikan tarikh pendengaran. Walaupun anda boleh mendapatkan nasihat peguam ketika mengisi borang ini, anda tidak boleh mendapatkan perwakilan peguam semasa pendengaran kes.

Dapatkan senarai Mahkamah Majistret di sini.

 

Langkah 2: Poskan borang yang tel dilengkapkan dan termeterai

Setelah borang tersebut dimeterai, anda perlu menghantarnya kepada alamat si peminjam melalui pos berdaftar ataupun dengan tangan.

Adalah penting untuk anda menghantar borang tersebut melalui dua kaedah yang dinyatakan di atas kerana ianya termaktub di bawah undang-undang. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa anda telah melakukan semua yang diperlukan dan si peminjam mendapat notis tentang tarikh pendengaran kes.

 

Langkah 3: Hadir ke mahkamah pada tarikh yang ditetapkan

Inilah caranya mahkamah akan meminta penjelasan dari si peminjam. Gambar dari malaysianbar.org

Ini adalah langkah terakhir dan langkah yang amat penting kerana sekiranya anda tidak hadir ke mahkamaha maka saman anda boleh dibatalkan oleh mahkamah, ataupun mahkamah boleh memihak kepada pihak defendan (jika dia membuat tuntutan balas (counterclaim)). Mahkamah juga akan memerintah anda menanggung kos si peminjam.

Selain daripada itu, anda mesti hadir untuk mempersembahkan kes anda kepada mahkamah dan menyertakan bukti kepada hakim untuk mengukuhkan kes anda (seperti slip transaksi bank dan sebagainya).

Anda juga mesti hadir untuk mendapat kembali wang anda. Jika keputusan mahkamah memihak kepada anda maka adalah penting untuk anda hadir bagi mendapatkan keputusan tersebut supaya anda boleh menguatkuasakannya.

Itulahtiga langkah mudah untuk menuntut wang yang anda pinjamkan kepada rakan anda. Seperti yang kita kelaskan di atas, jika anda perlukan maklumat lanjut, sila bacanya di sini.

Tags:
Abb3569d 1a37 409d ae68 577ef094832e
Clarence Kuna

clarencekuna@gmail.com


49

Shares

A+

A-