Asklegal
Home banner d066da62 734e 4b33 8a6c 2153b3f2f9a1

General

5 Langkah untuk mendapat bantuan guaman di Malaysia

over 5 years ago Clarence Kuna

83

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Hampir semua aspek aktiviti-aktiviti harian mempunyai unsur undang-undang. Ini bermakna terdapat kemungkinan yang anda akan menghadapi masalah undang-undang, dan anda akan memerlukan bantuan seorang peguam. Malangnya, perkhidmatan seorang peguam bukannya percuma, dan mungkin tidak dimampui.

Oleh sebab itu, Malaysia mempunyai badan-badan yang memberikan perkhidmatan guaman secara percuma ataupun yang bersubsidi. Tujuan badan-badan sebegini ditubuhkan adalah untuk memastikan agar semua orang mempunyai peluang untuk mendapat bantuan guaman jika diperlukan. Anda boleh membaca artikel berkenaannya di sini.

 

Langkah 1: Tentukan jika kes anda ialah kes sivil atau kes jenayah

Gambar dari legaldictionary

Jika kes anda membabitkan PDRM dan pendakwa raya awam, ia biasanya adalah kes jenayah. Jika anda didakwa oleh seseorang individu, maka biasanya kes anda merupakan kes sivil. Anda perlu menentukan sama ada kes anda merupakan kes sivil ataupun kes jenayah kerana ia akan menentukan mana satu badan bantuan yang boleh menerima kes anda.

 

Langkah 2: Pilih badan bantuan guaman

Gambar dari freemalaysiatoday

Malaysia mempunyai 3 badan bantuan guaman. Ketiga-tiga badan ini memberikan bantuan untuk situasi yang berbeza, dan mempunyai syarat-syarat kelayakan yang berbeza:

  • Jabatan Bantuan Guaman Malaysia (JBG): Mereka mengendalikan kes-kes jenayah di mana tertuduh sudah mengaku salah. Tujuan mendapat bantuan guaman dalam situasi sebegini adalah untuk mendapat hukuman yang lebih ringan. Mereka juga mengendalikan beberapa jenis kes sivil yang tertentu.
  • Badan Peguam Malaysia (BPM): Mengendalikan kebanyakan kes jenayah dan kes sivil. Perbezaan antara JBGM dan BPM adalah BPM akan mengambil kes anda tidak kira anda mengaku salah ataupun tidak.
  • Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK): Mengendalikan kebanyakan jenis kes jenayah kecuali kes yang melibatkan hukuman mati.

[Untuk maklumat lanjut tentang fungsi badan-badan ini, sila baca artikel ini: Apa yang boleh kamu buat jika kamu tak mampu mengupah peguam?]

 

Langkah 3: Duduki ujian kelayakan

Tak payah study-study untuk ujian ini. Gambar dari themalaysiantimes

Eh, ujian ini bukan macam peperiksaan sekolah! Ujian kelayakan ini adalah untuk menilai situasi kewangan anda bagi menentukan sama ada anda layak untuk mendapat bantuan guaman atau tidak. 

Anda boleh mengambil ujian JBG secara dalam talian (online). Namun, keputusan ujian dalam talian ini tidak muktamad. Tetapi untuk ujian kelayakan BPM dan YBGK, anda perlu hadir ke pejabat mereka untuk mengisi beberapa borang bagi menentukan kelayakan anda.

 

Langkah 4: Buktikan anda mempunyai kes yang sah

Bawalah dokumen yang berkaitan. Gambar dari gettyimages

Sebaik sahaja anda lulus ujian kelayakan kewangan, anda mungkin perlu menduduki satu lagi ujian untuk menentukan jika kes anda sah atau tidak. Ujian ini dikenali sebagai ujian merit.

Sesiapa yang ingin mendapatkan bantuan guaman daripada JBG dan BPM perlu mengambil ujian tersebut. Tetapi YBGK tidak mepunyai syarat untuk menduduki ujian merit, kerana YBGK percaya bahawa anda mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan guaman dalam semua kes jenayah.

[Ujian-ujian ini dibincangkan secara terperinci di sini: Apa yang boleh kamu buat jika kamu tak mampu mengupah peguam?]

Untuk menyenangkan bebad badan-badan tersebut, anda perlu membawa beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan, slip gaji, laporan polis dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan kes anda. Jika anda tidak pasti tentang dokumen-dokumen yang perlu dibawa, anda boleh hubungi badan bantuan guaman untuk pengesahan.

 

Langkah 5: Ikut arahan dan nasihat peguam yang diberi kepada anda

Kempen Bantuan Guaman Melaka. Gambar dari thestar

Langkah-langkah yang telah dibincangkan adalah bertujuan untuk memastikan bantuan diberi kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Jika anda layak untuk mendapatkan bantuan guaman, ikut nasihat peguam yang mewakili anda – hadir ke mahkamah apabila anda disuruh, bawa dokumen-dokumen yang diperlukan dan sebagainya. Ini akan memastikan bahawa kes anda akan berjalan dengan lancar supaya anda berpeluang untuk mendapatkan keputusan yang adil dan saksama. 

Tags:
peguam
bantuan guaman
jbg
bpm
ybgk
Abb3569d 1a37 409d ae68 577ef094832e
Clarence Kuna

clarencekuna@gmail.com


83

Shares

A+

A-