Asklegal
Home banner 8fa162f8 b1db 4826 ae7d 7d72c2346462

General

Bolehkah korang didakwa kalau tengok porn kat Malaysia?

over 6 years ago

169

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris. Click here for English version]

 

Budak-budak lejen yang pernah duduk asrama zaman kolej dulu mungkin tahu yang memiliki video lucah adalah satu kesalahan besar. Kalau kantoi dengan warden bukan je malu, tapi boleh kena buang universiti! Tapi itu undang-undang asrama, macam mana pulak dengan undang-undang negara? Hah, inilah yang AskLegal nak bincangkan, sebab soalan ni lah paling banyak ditanya oleh para pembaca. 

Bila browser korang crash waktu tengok porn dan mak ketuk pintu.

Sebelum tu kita kena tahu dulu, apa yang dikira sebagai "porn" kat Malaysia? Nampaknya undang-undang kita takde pengertian khas bagi pornografi, tapi kita ada pengertian bagi "obscene objects" atau "bahan lucah". Seksyen 292 Kanun Keseksaan ada menyebut "obscene objects" yang melingkupi pelbagai jenis bahan termasuklah buku, DVD, dan video klip.

Jadi, berita yang hot sekarang berkaitan dengan pihak PDRM memiliki program yang boleh memantau pengguna yang melayari laman lucah. Ia sebenarnya digunakan untuk membendung masalah pornografi kanak-kanak – Malaysia merupakan negara yang paling banyak mengakses pornografi kanak-kanak di Asia Tenggara. Kenalah kata bahawa pornografi kanak-kanak adalah dilarang sama sekali dan merupakan jenayah yang serius. 

Tapi bagaimana kalau korang tonton pRon yang “biasa” saja? 

Dalam artikel ni, kami cuma akan membincangkan perlakuan MENONTON porn secara online. Jadi ini tak termasuk perbuatan merakam, membuat, mengedar, menjual, ataupun berkongsi porn, semua tu termasuk dalam rang undang-undang lain yang membawa hukuman berlainan; yang kami harap korang tak terfikirpun untuk terlibat sama. Banyak lagi kerja kat luar sana yang boleh bawak manfaat kepada jiran tetangga.

OK semua dah clear kan? Jadi jom kita mula dengan porn jenis retro, yang selalu kita transfer pakai pen drive zaman kolej dulu…

 

Adalah satu jenayah untuk "memiliki" bahan lucah

Korang mungkin dapat sembunyi dari pihak berkuasa, tapi tidak dari Yang Esa~

Kat sini kami sertakan satu klausa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dalam Bahasa Inggeris (Kanun Keseksaan atau Penal Code tak diterbitkan dalam BM):

(a) sells, lets to hire, distributes, publicly exhibits or in any manner puts into circulation, or for purposes of sale, hire, distribution, public exhibition or circulation makes, produces or has in his possession any obscene book, pamphlet, paper, drawing, painting, representation or figure or any other obscene object whatsoever;

Macam-macam aktiviti yang disebut dalam klausa di atas, tapi mungkin yang paling ramai buat adalah "has in his posession" iaitu memiliki sebarang bahan lucah termasuklah majalah, gambar, DVD, dan klip video. Tapi undang-undang ni nampaknya hanya terlaksana bagi bahan lucah yang korang 'simpan' – misalnya bila korang klik “save” dan download –  dan bukan yang korang tengok kat Internet.

Kalau didapati bersalah, korang boleh disaman hingga RM10 ribu, dipenjara hingga 3 tahun, atau kedua-duanya.

Bukan tu je, Akta Penapisan Filem 2002 turut menyebut pornografi sebagai satu kesalahan:

5. (1) Tiada seorang pun boleh: (a) ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya… apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Akta ni lebih menumpukan kepada bahan lucah dalam bentuk filem. Pesalah boleh disaman daripada RM 10 ribu ke RM 50 ribu, dipenjara hingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali. Kalau korang ingat, satu kes yang melibatkan Akta ini pasal "Trio Datuk T" yang menunjukkan video lucah seseorang yang menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pesalah-pesalah semuanya kena bayar saman (sebab tak nak masuk penjara). Satu lagi kes yang femes berlaku pada tahun 2016, di mana "sex blogger" Alvin Tan dan gelfren dia meletakkan gambar lucah kat blog mereka. Kedua-duanya didakwa dibawah Akta ni tapi dibebaskan pada tahun yang sama.

Jadi korang tau yang korang boleh disaman atau dipenjara kalau korang kantoi sorokkan DVD porn bawah tilam korang. Tapi macam mana pulak kalau korang stream terus daripada laman web, contohnya yang hujung perkataannya sama bunyi dengan Abu Lahab?

 

Tengok porn online, secara teknikalnya, tak boleh didakwa

Setakat ni, memang takde undang-undang tentang perlakuan menonton porn secara online. Tapi apa yang kita ada adalah Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan juga laman web yang disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Siapa yang tak guna Google DNS mungkin biasa dengan skrin ni.


Kod Kandungan ni agak luas liputannya, daripada porn ke sebarang bahan yang mengandungi bahasa kasar, termasuklah dalam iklan. Jom kita tengok apa yang dinyatakan tentang pornografi:

Sebarang pemaparan kegiatan seks yang pada pertimbangan orang bersifat eksplisit dan; pornografik adalah dilarang sama sekali. 

Ini termasuklah sebarang bentuk kandungan yang menyerupai pornografi. Maknanya  pornografi tak boleh ditonton secara offline sekalipun. Walau bagaimanapun, ini hanyalah kod tatalaku, bukannya Akta yang diluluskan di Parlimen, jadi kiranya korang masih tak melanggar undang-undang.

Kod ni turut menyatakan salahlaku bagi pornografi kanak-kanak, dan macam klausa kat atas tadi, adalah “dilarang sama sekali”. Tapi kesalahan ni bukan setakat ada dalam Kod Komunikasi ni je, tapi adalah sebuah jenayah serius di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Pornografi kanak-kanak memang salah di sisi undang-undang dan kalau didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda, penjara, dan rotan.

Satu lagi perkara yang boleh dibuat oleh kerajaan adalah menyekat laman web. Sejak sekitar tahun 2000, SKMM telah menyekat macam-macam jenis laman web, bukan setakat laman pornografi je, tapi juga laman web yang berbaur ‘hasutan’, laman perjudian, dan laman cetak rompak. Contohnya  laman web bagi game “Fight of the Gods” pun pernah kena sekali.

 

Pendek cerita, janganlah download

Nak diringkaskan, ini dua perkara yang boleh berlaku pada korang dari segi undang-undang:

  • Korang boleh didakwa kalau korang ditangkap memiliki bahan lucah. Majalah lucah, gambar atau video yang tak senonoh dalam komputer atau smartphone korang, termasuklah yang korang tangkap sendiri waktu berasmara-dana tu. Tak kisahlah kalau komputer/smartphone/iPad tu korang punya ke tak, tapi kalau korang ditangkap dengannya, memang padah.
  • Kalau korang tengok porn secara online, secara teknikalnya korang tak melanggar sebarang undang-undang dunia. Undang-undang bukan dunia, itu lain cerita.
  • Sebarang benda yang berkaitan dengan pornografi kanak-kanak memang salah, dunia mahupun akhirat.

Sebelum kitorang tamatkan artikel ni, ada beberapa statistik yang agak… menarik untuk direnungkan dan ditermenungkan. Malaysia dapat tempat ke-8 bagi “negara dengan tempoh sesi paling lama” yang menonton porn secara online, manakala wanita Malaysia pulak dapat tempat ke-7 di dunia yang menonton porn guna smartphone/tablet. Kalau nak detail lagi, bandar dengan tempoh sesi paling lama dekat Pornhub.com pulak adalah Kuala Terengganu dan Kota Bahru.

Akhir kata, daripada korang lihat porn, apa kata korang lihat ke dalam hati dan bermuhasabah tentang diri sendiri. 

Tags:
pornografi
bahan lucah
akta penapisan filen 2002
akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017
kod kandungan komunikasi dan multimedia malaysia
mcmc
Default avatar


169

Shares

A+

A-