Asklegal
Home banner 54257576 6ac8 4e26 b381 b725f60f90a1

Traffic

4 undang-undang yang selalu disalah anggap oleh pemandu di Malaysia

almost 6 years ago adlykiddy

58

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Subjek undang-undang bukanlah satu benda yang kita boleh belajar di sekolah, malah subjek tu takde pun dalam silibus. Tapi kebanyakan undang-undang yang kita tahu pun sebab ibu bapa/kawan/cikgu yang beritahu, tambahan lagi undang-undang boleh diubah dalam Parlimen. Jadi tidak hairanlah kalau ada undang-undang Malaysia yang telah disalah anggap oleh segelintir masyarakat.

Untuk artikel ni, kami akan memperlihatkan 4 “mitos” undang-undang yang berkaitan dengan memandu, seperti…

 

1. Memandu sambil menggunakan lampu kecemasan semasa hujan

Gambar dari malaysiadia.wordpress.com

Ini merupakan satu kebiasaan untuk sesetengah pemandu apabila mereka memandu ketika hujan lebat, dimana lampu kecemasan (iaitu ketika kedua-dua signal) menyala.

Menurut buku panduan JPJ, lampu kecemasan hanya boleh digunakan apabila kenderaan anda berhenti dalam keadaan kecemasan (misalnya enjin roask ataupun tayar pancit) dan tidak sama sekali sewaktu memandu. Kalau hujan lebat, hanya perlu membuka lampu besar. 

Kalau sedang ber-konvoi, undang-undang biasa masih berkuatkuasa jadi bolehlah dikatakan tak patut juga. Kalau nak uji pengetahuan anda boleh cuba kuiz peraturan memandu kita di sini – dah free satu jawapan pun! 

[QUIZ: How well do you know Malaysia’s road rules?]

 

2. Menjawab soalan polis jika diberhentikan sewaktu sekatan (roadblock) 

Kalau anda memandu, pasti confirm anda mempunyai pengalaman diberhentikan oleh polis, tak kisahlah tengah memandu atau sewaktu roadblock. Secara asasnya pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan atau memberi arahan seperti memberhentikan kereta jika terdapat alasan yang munasabah (Reasonable grounds).

Dari situ kuasa polis terhad kepada meminta IC dan lesen memandu, serta menanya soalan lazim seperti nama dan alamat. Soalan selajutnya anda boleh menolak atau berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah sesuai dengan Seksyen 112(2), Kanun Prosedur Jenayah (Tiada penterjermahan rasmi) :

"…[Orang yang diperiksa] hendaklah menjawab semua soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Pegawai itu;
Dengan syarat bahawa saksi itu boleh menolak daripada menjawab jika jawapan itu akan menyebabkan ia dibabitkan pada sesuatu tuduhan jenayah atau penalti atau perlucuthakan."

Sebagai bonus, polis memang berkuasa memeriksa kenderaan anda tanpa waran, terutamanya sewaktu operasi sekatan jalanraya. Kami ada tulis tentang undang-undang ni lebih mendalam, tekan link di bawah untuk baca lebih lanjut. 

[BACAAN LANJUT: Bolehkah PDRM memeriksa kenderaan anda sewaktu menjalankan sekatan jalan raya?]

 

3. ‘Sambung bayar’ untuk kereta second-hand

Gambar dari Bikes Republic

Bagi yang tak tahu, ‘sambung bayar’ merupakan sejenis pembayaran kereta di mana pembeli second-hand akan membayar wang bulanan kepada pembeli atas dasar percaya atau tanpa kontrak rasmi. Kaedah ‘sambung bayar’ ni digunakan oleh pembeli yang tak layak mendapat pinjaman bank ataupun tidak memiliki wang yang cukup untuk membayar deposit kereta. Masalahnya ialah kereta tu masih dibawah nama pembeli asal, jadi bila pembeli ‘sambung bayar’ ni hentikan pembayaran, yang kena adalah pembeli asal sebab semua dokumen dan pinjaman bank masih dibawah namanya. 

Tapi pada tahun 2017, kerajaan telah mengambil keputusan tegas mengenai sistem tersebut. Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa ‘sambung bayar’ merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967 (tiada versi BM rasmi) dan kalau kantoi boleh dikenakan denda RM30,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bukan tu saja, tapi pihak polis akan masuk campur jika terdapat unsur-unsur penipuan, dimana tuan kereta dan ‘pembeli’ mungkin boleh di siasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tiada versi BM rasmi). 

 

4. Pembaharuan cukai jalan Kereta Semenanjung di Sabah/Sarawak

Gambar dari LifeBeginsAtForty40.blogspot

Lagi satu trivia untuk pemilik kenderaan, kadar cukai jalan yang dikenakan di Sabah dan Sarawak sebenarnya adalah lebih rendah berbanding Semenanjung. Malah di Malaysia terdapat beberapa zon berbeza untuk harga cukai jalan iaitu Semenanjung, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor Labuan, dan Sabah serta Sarawak. Jadual dari JPJ boleh dilihat di sini.

Perbezaan ketara ni telah dijelaskan oleh Pengarah Jabatan Kejuruteraan JPJ, Datuk IR HJ Mohamad Dalib dari interview dengan Paultan.org, berkata bahawa disebabkan perbezaan geografi yang berbeza, penduduk Sabah dan Sarawak memerlukan kenderaan yang sesuai untuk pengunaan seharian. Oleh itu, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memberikan harga cukai jalan yang murah untuk menggantikan infrastruktur jalan yang kurang di sana.

“Keadaan geografi di sana, jarak perjalanan serta tahap kemudahan dan prasana jalan raya yang disediakan (oleh kerajaan) adalah sangat berbeza. … Dalam keadaan ini, boleh pandu Kancil? Boleh, tapi hanya di kawasan bandar.

Jadi, mereka perlukan kenderaan pacuan empat roda misalnya, yang jauh lebih mahal berbanding Kancil. Dan struktur cukai jalan ini antaranya bertujuan untuk timbal balik (compensate) segala kekurangan yang ada itu” – Datuk IR HJ Mohamad Dalib, dipetik dari Paultan.org

Untuk pemilik kereta yang didaftarkan di Semenanjung, jangan pula fikir nak jimat duit dengan memperbahurui cukai jalan kereta anda di Sabah atau Sarawak sebab ini melanggar undang-undang Seksyen 24 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seksyen 24(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Mendapat kembali fi:

Jika apa-apa fi yang kena dibayar di bawah Bahagian ini masih belum dibayar selepas satu bulan dari tarikh fi itu patut dibayar, atau jika fi yang telah dibayar kurang daripada amaun yang sepatutnya, maka Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu notis menghendaki orang yang ingkar itu supaya membayar amaun yang kena dibayar itu dalam tempoh empat belas hari dari tarikh notis itu.

Jika didapati bersalah, anda akan dikenakan denda RM2,000 dan mungkin kena membayar perbezaan cukai tersebut. Bukan itu saja, kereta anda mungkin akan kena impaun seperti kes pemandu Rolls Royce ini.

 

Tags:
kanun keseksaan
pdrm
akta pengangkutan jalan 1987
cukai jalanan
lampu kecemasan
kanun prosedur jenayah
sekatan jalan
jpj

58

Shares

A+

A-