General
Susah ke jadi peguam ni? Kami tanya 3 bekas pelajar guaman pendapat mereka
over 7 years ago adlykiddyUntuk artikel ni, kami ingin fokus kan kepada satu bidang yang sangat dekat di hati kami di AskLegal iaitu jurusan perundangan. Untuk sambung belajar dalam jurusan ni, sudah tentu ada ciri-ciri yang perlu di nilai sebelum mendapat tawaran dan walaupun ciri-ciri tersebut berbeza mengikut Universiti/Kolej secara dasarnya sama sahaja.
Bagi yang mendapat keputusan cemerlang sudah tentu korang layak untuk apply tapi bagi yang tidak, usah risau sebab anda masih lagi berpeluang untuk jadi lawyer. Berpandukan maklumat dari afterschool.my mereka menyatakan bahawa sekurang-kurangnya anda kena lulus (credit) 3 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM (atau yang sama taraf).
Manakala untuk STPM (atau yang sama taraf) perlu lulus 2 mata pelajaran dan tempoh antara STPM dan ujiannya perlu dilakukan dalam tempoh satu tahun akademik. Perlu diingatkan bahawa berikut adalah keperluan asas dan ini tidak menjanjikan tempat pemohon di jurusan perundangan.
Tapi bila pemohon dah lulus dan diterima, apa yang boleh mereka boleh expect di universiti/kolej nanti?
1. Penggunaan bahasa professional dalam dunia perundangan (tapi takde lah susah sangat)
Seperti bidang-bidang professional yang lain, jurusan perundangan ada ayat atau perkataan istimewa mereka sendiri. Seperti contoh “Mens Rea” yang bermaksud niat atau “Actus Reus” yang bermaksud perbuatan ni berasal dari Itali (Latin) dan sering digunakan dalam mahkamah Malaysia. Jadi adakah ini akan menyukarkan pelajar-pelajar Malaysia?
Untuk artikel ni, kami telah menemu-ramah 2 orang peguam dan seorang pelatih dalam kamar untuk membantu kami. Jiji (bukan nama sebenar) merupakan seorang peguam yang baru saje grad telah memberitahu bahawa penggunaan bahasa professional perguaman takde lah susah mana janji Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah dikuasi pelajar.
Manakala Jasmin, seorang pelatih dalam kamar, bersetuju dengan kenyataan Jiji -
“Salah satu yang paling saya ingat adalah ‘Res Ipsa Loquitor’ bermaksud perbuatan yang dinyatakan dalam tindakan (the thing that speaks for itself). Sebenarnya tak susah nak hafal sebab sepanjang berada di fakulti perguaman dan bekerja dikalangan peguam, ayat-ayat jargon ni sering digunakan dalam pertuturan harian tak kisah lah masa kat dalam mahkamah atau pun berlawak dengan kawan. Lama-lama awak akan hafal sendiri” - Jasmin, pelatih dalam kamar.
Azlan yang sudah pun menjadi seorang peguam selama 4 tahun berkata, penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris sangatlah penting. Malah katanya lagi, berkenaan tentang penggunaan perkataan jargon merupakan sebahagian dari hidup seorang peguam so nak tak nak memang kena tau. Tapi ni tak semestinya kena hafal semua perkataan jargon on-the spot.
“Awak tak semestinya kena hafal satu kamus Inggeris untuk bercakap dalam bahasa Inggeris secara lancar. Kadang-kadang tu ada juga saya buka balik buku law untuk refresh balik perkataan-perkataan atau terms undang-undang. Nasihat saya, kena rajin baca, kuasai bahasa, dan banyakkan latihan” - Azlan, Peguam.
2. Tak semua peguam masuk mahkamah, ada juga yang duduk office je
Mungkin ada yang taktau tapi bidang perguaman di Malaysia ni sangatlah meluas dan menurut Azlan, peguam terbahagi kepada dua jenis. Yang pertama adalah ‘litigation lawyer’, peguam macam ni adalah yang kita selalu nampak kat dalam TV tu iaitu masuk mahkamah dan berbahas tentang kes-kes yang mereka wakili. Yang kedua pula adalah 'conveyancing lawyer' atau non court lawyers, mereka ni pula tak masuk mahkamah tapi lebih kepada kertas kerja seperti menyelesaikan hal-hal undang-undang macam pembelian tanah, rumah, dan sebagainya.
Tapi ada lagi satu jenis peguam yang bekerja secara eksklusif untuk syarikat yang menggaji mereka iaitu In-House Lawyers. Azlan berkata:
“Apa yang saya nak cakap ni mungkin ada yang akan marah atau tak setuju tapi In-House lawyers ni bagi saya bukanlah peguam betul. Kalau korang pernah perasan, hampir semua syarikat besar mesti ada legal department. Tugas ‘peguam’ untuk syarikat tersebut adalah bagi memastikan setiap prosedur syarikat tersebut mengikut undang-undang tapi ni tak bermaksud mereka boleh ke mahkamah sebab kebanyakkanya takde lesen guaman, hanya ada ilmu tapi tak diiktiraf oleh Bar Malaysia. Mereka hanya bertindak sebagai penasihat undang-undang saje dan tak lebih dari tu” - Azlan, Peguam.
(sebenarnya boleh je peguam bertauliah dan bekerja sebagai penasihat undang-undang dan bertanding dalam mahkamah tapi tu kami akan bagitau kat bawah nanti)
Bagi yang nak sambung jadi sebagai peguam syariah pula, ia berbeza mengikut negeri sebab hal-hal keagamaan ditetapkan mengikut setiap negeri dan bukannya keputusan kerjaan persekutuan. Azlan berkata ada setengah negeri tu, kalau takde lesen guaman pun dah boleh jadi peguam syariah manakala ada pula negeri yang memerlukan lesen guaman. Pendek kata, korang kena check kriteria setiap negeri sebab ia berbeza.
3. Tempoh chambering di semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak berbeza
Seperti yang kami kata kat atas tadi, dunia perguaman ada program persediaan mereka tersendiri dan ia dikenali sebagai chambering. Tapi korang jangan kelirukan dengan latihan industri sebab yang tu pun pelajar guaman kena buat juga.
Gambar dari googlemei.blogspot.com
Berdasarkan Jasmin dan Jiji, chambering secara dasarnya memakan masa 9 bulan untuk lesen guaman di semenanjung manakala 12 bulan untuk lesen guaman di Sabah dan Sarawak. Ini adalah kerana di Malaysia ada dua Mahkamah Tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Malaya (semenanjung) dan Mahkamah Tinggi Sabah/Sarawak.
Menurut Azlan, sewaktu perjanjian Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysia mereka ingin ada mahkamah tertinggi mereka sendiri. Ini bermaksud mana-mana peguam yang dapat lesen di Sabah dan Sarawak tak boleh terlibat dengan apa-apa kes di Semenanjung dan juga sebaliknya. So kalau nak ambil semua kes di Malaysia, peguam tersebut kena ada lesen dari Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak (dan juga permit bekerja kalau dari Semenanjung) .
Untuk latihan industri, ia perlu dilakukan dalam masa 1 bulan atau lebih (tengok syarat universiti/kolej yang korang pergi). Dan sebelum dapat sambung chambering, pelajar kena pastikan mereka dah dapat CLP (Certificate Legal Practice) atau lulus peperiksaan Bar.
Menurut Jasmin lagi, biasanya jurusan perundangan akan memakan masa lebih kurang 5 tahun untuk menghabiskan pengajian ini termasuk juga setahun di asasi, tempoh ni adalah sama untuk IPTA (pengajian tinggi awam) dan IPTS (pengajian tinggi swasta). Tapi ni semua kalau takde yang repeat paper!
Azlan pula berkata setiap proses chambering ni macam program mentor-mentee di mana setiap chambering (anak murid) akan ikut Master Pupil (cikgu). Sewaktu chambering kebiasannya anak murid tersebut diberi peluang untuk ikut cikgu mereka ke mahkamah, membantu menyediakan bahan untuk berbahas, menyoal siasat saksi (sebelum masuk mahkmah dan dibawah pengawasan peguam), dan apa-apa saje kerja yang berkaitan dengan perguaman.
Selesai latihan industri dan chambering tak bermaksud korang boleh terus jadi lawyer
Macam doktor atau jurutera (setengah bidang), Azlan kata pelatih guaman kena dapat PC (Practice Certificate/Sijil Amalan Guaman) dulu sebelum dapat jadi peguam. Selesai je tempoh chambering, pelatih dalam kamar kena apply untuk jadi lawyer. Long Call atau Call to the Bar ni merupakan satu proses macam graduation di mana pelatih dalam kamar akan dipanggil masuk ke mahkamah dan peguam yang bertauliah atau senior lawyer akan membuat satu kenyataan dan membacakan biodata pelatih dalam kamar tersebut kepada hakim dan orang awam.
Dalam masa yang sama, senior lawyer atau peguam bertauliah akan memberitahu bahawa pelatih dalam kamar tersebut layak untuk mewakili sesiapa di dalam mahkamah di mata undang-undang. Selesai je long call atau call to the bar, pelatih dalam kamar tu secara rasminya ‘naik pangkat’ jadi peguam. Yeay!
Bagi yang berminat untuk sambung belajar ke luar negara, pastikan korang check dengan LPQB atau Legal Profession Qualification Board sebab ada setengah negara dan universiti, Malaysia tak terima sijil degree guaman mereka. Jadi pastikan universiti yang korang nak apply tu ada kat dalam list LPQB. Selamat belajar!