Asklegal
Home banner 1de7dc02 02b5 4872 93a9 9317c4e5351d

General,Traffic

Salah siapa kalau saya langgar kereta yang ‘double park’?

over 6 years ago Clarence Kuna

44

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Kamu mesti pernah terserempak dengan frasa ‘double parking’. Ia adalah suatu cara letak kereta yang biasa digunakan di Malaysia, terutamatanya di kalangan orang yang malas nak cari parking. Mesti ramai orang yang berpendapat tentang cara letak kereta yang tak bertimbang rasa ini, dan selalunya orang akan berpendapat negatif tentang isu ini. Jika kamu masih ingat, 3 tahun dulu terdapat suatu kejadian di mana sebuah trak 4WD merempuh sebuah Myvi yang ‘double park’.

Walaupun, agak kelakar untuk tengok situasi seperti itu, tetapi bukan semua yang mampu (bukan sebab kesian, tetapi sebab dompet) atau berani untuk membuat apa yang permandu trak lakukan. Biasanya, dalam situasi tersebut kita bergantung kepada telinga orang yang double park untuk mendengar hon yang kami tekan secara berterusan. 

Tetapi, bayangkanlah jika kamu berang seperti pemandu trak yang disebut tadi, atau pun semasa anda mengundur kereta anda tidak nampak kereta yang double park. Siapa yang salah jika anda sengaja/tidak sengaja melanggar kereta double park? Sebab walaupun anda melanggar kereta itu, kereta yang ‘double park’ tak patut letak kereta seperti itu, betul?

 

Sebenarnya, ia masih salah anda

Tak kisalah sama ada sengaja atau tidak, anda masih bersalah dalam situasi ini. Mari kita lihat contoh senario di mana anda melanggar kereta tersebut dengan sengaja.

Mungkin anda tidak berpuas hati dengan jawapan ini sebab…...ORANG TU DOUBLE PARK! DIA YANG MELAKUKAN KESALAHAN JALAN RAYA DULU! 

Namun perkara sebegini tidak akan dipandang ringan di sisi undang-undang. Jika anda melanggar kereta yang ‘double park’, anda akan didakwa di bawah LN166/59 Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (tertidur semasa memandu atau gagal mengawal pergerakan kenderaan), di mana anda akan dikenakan denda sebanyak RM300. Malangnya, kita tidak menjumpai salinan ini di atas talian (online).

Ingat tak pemandu lori yang kita sebut di atas? Dia pula didakwa di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang mengatakan bahawa:

 

“Seseorang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain yang menggunakan jalan itu melakukan suatu kesalahan....”

 

Dia boleh dihukum denda dari RM4,000 hingga RM10,000 dan dipenjarakan sehingga tidak lebih dari 12 bulan.

Sebaliknya jika ia berlaku dengan tidak sengaja (kemalangan), ianya masih lagi salah anda berdasarkan anggapan yang ada masih banyak ruang  untuk anda bergerak dan mengelak ataupun anda boleh melihat kenderaan tersebut. Namun ia juga bergantung kepada keadaan dan juga budi bicara pihak polis untuk membuat keputusan.

 

 

Eh tunggu - kereta yang ‘double park’ itu pun bersalah juga!

Hahahaha...padan muka kau! Gambar dari Know Your Meme

Jangan bimbang saudara saudari sekalian, kerana mereka pun bersalah juga. Menurut Ketua Trafik Kuala Lumpur SAC Mahamad Akhir Darus, bukan sahaja kereta tersebut akan ditunda, mereka juga akan dikenakan denda sebanyak RM300. Tambahan pula, ia tertakluk di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyatakan:

 

“Jika mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor menyebabkan atau membenarkan kenderaan motor itu dihentikan di mana-mana jalan dalam apa-apa kedudukan atau apa-apa keadaan atau apa-apa hal keadaan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada pengguna jalan yang lain atau kepada lalu lintas, dia melakukan suatu kesalahan.”

 

Ini bermakna sesiapa yang memberhentikan kenderaan mereka di sebarang jalan raya dengan cara yang berbahaya atau yang menyusahkan pengguna lain boleh dikenakan denda dari RM1,00 hingga RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika halangan ini melibatkan pegawai awam (pegawai polis, pegawai pengangkutan jalan dsb.), Seksyen 48(2) Akta Pengangkutan Jalan membenarkan pihak berkuasa mengapit (clamp) kenderaan yang menghalang. Peruntukan seterusnya dalam Seksyen 48 memberi maklumat terperinci mengenai kaedah tundaan dan pengapitan kenderaan yang diletak secara tidak sah. Seksyen 48(1) dan (2) adalah khusus untuk sesiapa yang ‘double park’. Jadi apa yang perlu anda buat jika kenderaan anda dihalang oleh kenderaan lain yang ‘double park’?

 

Jadi apa yang perlu anda buat jika kenderaan anda dihalang oleh kenderaan lain yang ‘double park’?

Rashid menelefon polis jika ada masalah. Rashid bijak.
Jadilah seperti Rashid. Gambar dari Facebook

Janganlah sekali-kali melanggar kereta yang ‘double park’ kerana anda akan didapati bersalah. Hubungi sahaja majlis perbandaran tempatan (DBKL, MBPJ, dsb.) ataupun polis trafik supaya mereka boleh menunda kenderaan tersebut.

Pastinya ada persoalan seperti “Macam mana kalau pihak berkuasa ambil masa yang lama untuk bertindak?” Dalam temu ramah yang sama, Ketua Trafik Kuala Lumpur SAC Mahamad Akhir juga menerangkan yang beliau faham akan keluhan awam, tetapi undang-undang harus ditegakkan. Beliau menambah bahawa orang awam tidak harus bertindak dengan sendiri dan mereka harus membenarkan pihak penguatkuasa menjalankan tugas mereka. Pendapat yang sama diberi oleh seorang anggota polis yang ditemu ramah kami di ASKLEGAL (yang enggan memberi namanya) untuk artikel ini:

 

“Orang ramai ingin hidup dengan selesa, tetapi mereka kadang kala tidak mengendahkan keselesaan orang lain, secara sengaja ataupun tidak. Fenomena ini (double parking) bukannya baru, tetapi telah meningkat berlipat ganda sejak sepuluh tahun kebelakangan ini. Ini mungkin juga merupakan petunjuk yang menandakan masalah yang lebih dan ini harus dibahaskan. Dalam pada itu, orang awam disarankan supaya tidak bertindak mengikut emosi dan seterusnya merosakkan  kenderaan yang ‘double park’ tersebut. Sebaliknya, mereka harus bergantung kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan” – pegawai polis yang ditemu ramah ASKLEGAL

 

Dan, jika anda ’double park’ kenderaan anda, sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon anda di papan pemuka (dashboard) kereta. Ianya dapat membantu mengurangkan kesengsaraan pemilik kereta yang ingin memandu keluar dari petak tempat letak kenderaan mereka.

Tags:
kemalangan
akta pengangkutan jalan
double park
Abb3569d 1a37 409d ae68 577ef094832e
Clarence Kuna

clarencekuna@gmail.com


44

Shares

A+

A-