Asklegal
Home banner 7b65

General

Rundingan Awam Ke Arah Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan

almost 8 years ago Ramalinggam

0

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Pelaksanaan NHRAP

Malaysia berhasrat mewujudkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan atau National Human Right Action Plan (NHRAP). Sehubungan itu, Jemaah Menteri pada 12 Oktober 2012 telah bersetuju supaya diwujudkan satu Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan dengan memberikan fokus kepada 5 teras iaitu:

  • Hak Sivil dan Politik;
  • Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan;
  • Hak Golongan Rentan;
  • Hak Orang Asal dan Orang Asli; dan
  • Kewajipan Antarabangsa.


Matlamat NHRAP

Berikutan itu, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri telah dilantik sebagai focal agency untuk memastikan pembangunan pelan berkenaan dilakukan dan dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Bagi tujuan ini, Tetuan firma guaman Hazizah & Co telah dilantik oleh BHEUU, Jabatan Perdana Menteri untuk menjalankan kajian ini.


Umumnya, NHRAP bertujuan memberikan panduan kepada pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, badan profesional, pendidik dan masyarakat dalam menjalankan tanggungjawab untuk memastikan hak asasi manusia terpelihara. Dalam menjalankan kajian pembangunan NHRAP ini, pasukan perunding Hazizah & Co menggunakan beberapa pendekatan untuk mengumpul data iaitu temu bual, soal selidik, rundingan awam dan seminar kebangsaan.


Sesi rundingan awam

Baru-baru ini, sesi rundingan awam bagi zon tengah telah dijalankan pada 7 Mei 2016 di Auditorium Tun Muhamed Sufian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya dan sesi rundingan awam bagi zon selatan telah dijalankan pada 13 Mei 2016 di Auditorium JOTIC, Bangunan JOTIC, Johor Bahru.


Tujuan utama rundingan awam adalah untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada setiap lapisan masyarakat agar NHRAP yang dihasilkan kelak mengambil kira kepentingan setiap entiti dalam masyarakat. Rundingan awam ini melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil (CSO).


Dalam sesi rundingan awam ini, para peserta telah menyuarakan isu-isu dan masalah hak asasi yang mereka hadapi, faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut dan cadangan dalam menjamin hak asasi manusia tersebut terpeilhara.


Jadual sesi seterusnya

Rundingan awam yang seterusnya secara bersemuka akan dijalankan seperti berikut.


8.00 pagi hingga 12.00 tengahari di:


Pulau Pinang (25 Mei 2016)

  • Auditorium A, Bangunan KOMTAR, Pulau Pinang


Terengganu (28 Mei 2016)

  • Dewan Serbaguna, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Jalan Kemajuan, Padang Hiliran, Kuala Terengganu


Sarawak (23 Julai 2016)

  • Auditorium Perpustakaan Awam Bintulu, Sarawak
  • Bilik AV, Pustaka Negeri Sarawak, Miri, Sarawak
  • Dewan Auditorium Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak


Sabah (30 Julai 2016)

  • Bilik Madani, Wisma Muis, Kota Kinabalu, Sabah.
  • Bilik Mesyuarat Nunuyan, Dewan Masyarakat Sandakan, Majlis Perbandaran Sandakan, Sabah
  • Auditorium Dewan Perpustakaan Wilayah Tawau, Tawau, Sabah


Ingin mengemukakan maklumat secara bertulis?

Selain kaedah secara bersemuka, rundingan awam juga dijalankan secara bertulis. Individu atau pertubuhan yang ingin memberikan maklumat boleh mengemukakannya secara bertulis kepada pasukan perunding melalui emel kepada perundingnhrap@gmail.com atau layari laman web www.nhrapmalaysia.com.


Pasukan perunding NHRAP Malaysia mengalu-alukan NGO, CSO dan orang awam untuk terlibat dalam sesi rundingan awam bagi memberikan maklumat tentang hak asasi manusia yang dapat membantu dalam membangunkan NHRAP.



Dr. Ramalinggam Rajamanickam

Fakulti Undang-undang

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

rama@ukm.edu.my

03-8921 6355 (samb. 6376)

Tags:

0

Shares

A+

A-