Asklegal
Home banner 30afc220 973f 4616 9d6c 8dc2e64bb506

Consumer,General

Boleh ke restoran halang anda bawa masuk makanan dari luar?

over 4 years ago Azar Ishak

32

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


[Click here for the English version]

Cuba bayangkan macam ni, hari tu korang rasa macam nak berjimat sikit, jadi korang pun tapau makanan dari rumah bawa pergi tempat kerja. Tapi bila sampai masa makan tengah hari, kawan-kawan pejabat korang ajak pula makan dekat luar. 

Disebabkan tak nak hampakan diorang, korang pun ikutlah diorang pergi restoran, dan tiba-tiba korang nampak papan tanda – “DILARANG MEMBAWA MAKANAN DARI LUAR”. Korang buat tak tahu je, sebab sebelum ni ada je korang bawa masuk makanan dari luar, walaupun ada papan tanda yang larang. Tapi kali ni keadaan berbeza, bila pelayan restoran halang korang dari bawa makanan tu. Dengan rasa malu dan tertanya-tanya, – “Boleh ke restoran halang korang bawa makanan dari luar?” 

 

Apa restoran boleh buat kalau korang bawa makanan dari luar?

Imej dari Medium

Restoran pasa asasnya bertindak secara menasabah. Pertama, diorang cuma beritahu yang korang tak boleh bawa makanan dari luar. Lepas tu, diorang mungkin akan caj korang sebab bawa makanan dari luar. Dalam kes yang ekstrem, diorang akan halau korang keluar. 

Tapi boleh ke diorang halau korang keluar? Ya, diorang boleh. Menurut kawan peguam kitorang, Fahri Azzat, restoran ada hak untuk halau korang keluar. Walaupun tak ada undang-undang khusus yang menghalang orang dari bawa makanan luar, tapi korang kena tahu yang restoran adalah harta persendirian dan pemilik harta persendirian boleh mengenakan peraturan kepada orang lain. Jadi, bila korang masuk ke premis diorang, ia bermakna yang korang terikat dengan peraturan diorang. Ini apa yang dijelaskan oleh Fahri:

“Semua restoran adalah harta persendirian. Pemilik harta boleh memberikan kebenaran (atau dalam istilah undang-undang, lesen) kepada seseorang untuk masuk ke tanah mereka. Dalam memberikan izin, mereka boleh mengenakan syarat-syarat yang anda perlu ikuti.” – Fahri Azzat, dari jawapan emel-nya kepada Asklegal. 

Pada asasnya, restoran diorang, maka peraturan diorang. Jadi, kalau restoran tu ada kod pakaian formal yang ketat, korang juga kena patuhinya. Macam mana kalau korang beli minuman dari restoran dan makan bekal makanan sendiri. Adakah ni bermaksud yang restoran kena layan korang? Jawapannya bergantung pada keadaan, sebab ada sesetengah restoran yang benarkan dan ada juga tak benarkan.

Korang mungkin terfikir yang restoran buat macam ni sebab nak korang – cuma beli makanan dan minuman diorang je kan? Tapi sebenarnya, ada sebab yang lebih besar untuk peraturan sebegini.

 

Diorang tak nak bertanggungjawab kalau korang kena keracunan makanan

Imej dari imgflip

Bukan kerana takut korang saman diorang. Sebab diorang sendiri tak bertanggungjawab untuk makanan luar. Tapi, ia pasal di mana korang dapat makanan tu. Hal ni boleh kita lihat dalam Seksyen 13(1) Akta Makanan 1983, di mana ia adalah kesalahan untuk menyediakan makanan yang berbahaya untuk kesihatan.

Mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Apa yang diorang takut adalah kes macam ni boleh bagi kesan kepada restoran diorang. Korang mungkin dapat sakit sebab makanan dari luar, tapi korang muntah dalam premis. Orang mesti ingat yang korang kena keracunan makanan tu sebab makan makanan restoran. Seperti mana yang Fahri jelaskan:

"Restoran tidak akan bertanggungjawab. Pembekal atau penyedia makanan yang dibawa ke restoran akan bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, restoran mungkin kelihatan buruk kepada orang lain kerana 'pelanggan' kelihatan seolah-olah mereka sakit kerana makanan yang dimakan di restoran itu. "

 

Boleh ke restoran denda/halau korang keluar sebab bawa makanan dari luar?

Imej dari Giphy

Seperti mana yang diberitahu sebelum ni, restoran tu adalah harta persendirian dan korang tertakluk dengan syarat-syarat yang ditetapkan bila korang berada dalam premis tersebut. Ada restoran yang mungkin akan caj korang sebab bawa makanan dari luar, tapi ia bergantung kepada berapa tegasnya diorang jalankan polisi tu. Korang juga boleh diminta untuk keluar dari restoran.

Kalau korang pilih untuk tetap berada dalam restoran, walaupun dah diminta keluar, korang berpotensi untuk lakukan pencerobohan (trespassing) premis. Kata Fahri:

"Jika anda melanggar peraturan restoran, mereka boleh mengatakan bahawa anda tidak memenuhi syarat untuk masuk dan mengusir anda. Jika anda enggan, anda akan menceroboh premis itu."

Dengan tetap tak nak tinggalkan premis, korang dah lakukan “pencerobohan jenayah” di bawah Seksyen 441, Kanun Keseksaan (tiada terjemahan rasmi, diterjemahkan oleh Asklegal):

Sesiapa yang memasuki atau ke atas harta yang dimiliki oleh orang lain dengan niat untuk melakukan suatu kesalahan atau untuk mengugut, mengaib atau mengganggu mana-mana orang yang memiliki harta itu; atau dengan sah mengikut undang-undang atau harta sedemikian, terus menyalahi undang-undang di sana dengan maksud untuk menakutkan, mengaibkan atau mengganggu mana-mana orang itu, atau dengan niat hendak melakukan suatu kesalahan, adalah dikatakan melakukan "pencerobohan jenayah".

Akibatnya, korang boleh didenda maksimum RM3,000 dan/atau dipenjara maksimum 6 bulan di bawah Seksyen 447, Kanun Keseksaan.

Siapa yang melakukan pencerobohan jenayah akan dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh berlanjutan hingga * enam bulan atau dengan denda yang boleh sampai * tiga ribu ringgit atau dengan keduanya. 

Kesimpulannya, cara terbaik adalah korang ikut je peraturan dan syarat-syarat yang dah ditetapkan oleh sesuatu restoran tu. “Dilarang Membawa Makanan Dari Luar” sebenarnya lebih dari sekadar alasan ekonomi. Diorang tak nak dipandang serong atau disalah sangka, bila korang sakit sebab makan makanan dari luar, dalam estoran diorang. Kalau korang nak bawa juga, cuba tanya dulu kepada pihak restoran, tapi ingat ni – kalau bos kedai tu kata tak boleh bermakna tak boleh.

Tags:
tapau
dilarang membawa makanan dari luar
akta makanan
peraturan restoran
pengguna

32

Shares

A+

A-