Asklegal
Home banner cover image citizen arrest ii

Civil,Criminal

Adakah pukul dan tahan PENCURI salah di sisi undang-undang?!

about 7 years ago adlykiddy

90

Shares

A+

A-

This article is for general informational purposes only and is not meant to be used or construed as legal advice in any manner whatsoever. All articles have been scrutinized by a practicing lawyer to ensure accuracy.

A+

A-


Pernah tak korang tonton atau melihat sendiri depan mata sekumpulan warga Malaysia menahan penjenayah? Nak lagi pelik takde sorang pun anggota polis kelihatan, dan korang pernah tertanya tak “boleh ke seorang rakyat Malaysia tanpa apa-apa kuasa dari pihak polis menahan seseorang?”.

Kat dalam artikel ni, kita akan sentuh isu tersebut dan melihat apa kita sebagai rakyat Malaysia boleh buat kalau tersempak dengan penjenayah.

 

Ya, rakyat biasa memang boleh tangkap penjenayah

Menurut Seksyen 27(1) Akta 593 Kanun Tatacara Jenayah (Tiada terjemahan rasmi), seseorang individu boleh menahan penjenayah atau suspek yang dipercayai sedang atau telah membuat kesalahan undang-undang, asalkan kesalahan tersebut merupakan jenayah yang tidak memerlukan jaminan (non-bailable offence) seperti mencuri, merompak, membunuh, atau merogol. Berdasarkan akta tersebut itu juga, bila sebarang tangkapan telah dibuat tanpa penggunaan kekerasan melampau (seperti serang suspek guna senjata lebih hebat), suspek hendaklah serta merta diserahkan kepada pihak polis di balai yang berdekatan.

 

Video kat atas ini merupakan contoh baik rakyat membuat tangkapan. Berdasarkan interview oleh peguam Dinesh Muthal di Free Malaysia Today, dia berkata: 

“Kadang-kadang kita memperlihatkan orang ramai memukul pencuri yang sudah ditangkap, dan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk memukul seseorang. Ini merupakan sesetengah kes yang saya kena tanggani. Dan bila dah tangkap, kita tak boleh ‘simpan’ dia lama-lama, kalau tidak tindakan itu dikira sebagai menculik sebab itu penting untuk hubungi polis selepas tangkapan dibuat.” – Dinesh Muthal kepada Free Malaysia Today, terjemahan oleh ASKLEGAL.

Dinesh juga berkata berkata sebarang penangkapan mustahil jika tiada sebarang paksaan atau kekerasan jadi ia dibenarkan tapi tidak boleh secara melampau

Tapi ini kalau pesalah kantoi melanggar undang-undang depan mata orang. Ibarat konsep “innocent until proven guilty”, suspek dibenarkan untuk lepas dari tahanan orang awam jika terbukti atau terdapat keraguan tangkapan bahawa suspek adalah penjenayah. Ini tidak bermaksud suspek boleh lari terus, kalau siasatan polis selajutnya dikaitkan semula, suspek boleh ditahan sekali lagi oleh pihak polis.   

 

Jadi rakyat biasa pun boleh jadi polis lah?

Walaupun rakyat biasa boleh buat tangkapan terhadap suspek jenayah ini tidak bermaksud kita boleh melakukan rondaan dan minta I.C seperti anggota polis (menyamar sebagai anggota polis merupakan satu kesalahan besar). Malah dalam sesetengah kes, pihak polis sendiri memerlukan waran atau bukti yang kukuh untuk melakukan tangkapan.

Contoh waran tangkap. Gambar dari coretananuar.com

Tapi menurut Akta 593 Kanun Tatacara Jenayah di bawah Seksyen 27 (5) pula, kalau suspek ditangkap oleh orang awam, suspek dibenarkan untuk memberi maklumat seperti nama dan alamat kediaman kepada orang yang menangkapnya sehingga anggota polis tiba. Jadi kalau dilihat dari satu perspektif, orang awam boleh minta maklumat peribadi suspek ini termasuk jugalah bagi sesiapa yang membantu untuk menangkap suspek. Lagi satu perkara penting yang boleh diberi perhatian adalah perbezaan menangkap penjenayah dan mempertahankan diri dari penjenayah.

Nampak macam lebih kurang sama tapi Akta 593 ini sebenarnya agak berbeza dari undang-undang mempertahankan diri di bawah Seksyen 96 – 106 Akta 574 Kanun Keseksaan (Tiada terjemahan rasmi). Akta tangkap orang ini lebih kepada kejar penjenayah yang sedang melarikan diri atau kantoi sedang melakukan jenayah manakala akta mempertahankan diri ini lebih kepada mangsa jenayah. Tapi apa yang sama adalah, orang awam tidak dibenarkan untuk menggunakan kekerasan yang melampau untuk tumpaskan penjenayah - yang itu pihak berkuasa mempunyai skop yang berlainan. 

“Akak polis dah sampai”. Gambar dari Giphy.com

Setakat ini kita dah cover sedikit sebanyak tentang akta penangkapan suspek oleh orang awam, tapi macam mana pula kalau kita yang ditangkap? 

 

Hak suspek yang ditangkap oleh orang awam

Salah satu kes yang berjaya tangkap perhatian media berkaitan dengan ‘salah guna kuasa’ pernah terjadi pada bulan April awal tahun ini. Kisahnya seorang lelaki telah ditangkap oleh orang sekeliling apabila dia kantoi sedang mencuri. Suspek yang berumur 51 tahun tu telah mati ketika dalam tahanan orang awam dimana suspek yang telah dipukul teruk sehingga berlaku pendarahan dan mati di hospital Kuala Lumpur.

Jadi berdasarkan cerita di atas, orang awam telah memukul suspek selepas berjaya ditangkap. Seperti yang dinyatakan oleh Dinesh:

“Anda dibenarkan untuk menggunakan kekerasan  untuk menangkap suspek, tapi kalau ia digunakan lebih dari diperlukan, anda sendiri sedang melakukan kesalahan” – Dinesh Muthal kepada Free Malaysia Today, diterjemah oleh ASKLEGAL

*AMARAN – VIDEO 18SG

Macam video kat atas ini pula menunjukkan satu kesalahan dimana orang awam telah memukul suspek selepas ditangkap. Menurut peguam Syahdrezan Johan yang ditemu ramah oleh The Star, kalau ditangkap, kita ada hak untuk mendiamkan diri walaupun ditahan oleh pihak polis. Menurutnya lagi, suspek yang ditangkap telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan bahawa suspek berhak untuk mempertahankan diri di mahkamah nanti bersama peguam yang telah dilantik oleh suspek sendiri. 

Jadi andai kata kalau korang telah ditangkap oleh orang awam, mereka tidak dibenarkan untuk memukul, menyeksa, atau simpan korang lama-lama. Kalau ditanya pun, korang hanya boleh kasi nama penuh dan alamat rumah sahaja. Apabila diserahkan kepada anggota polis pula, korang masih ada hak untuk tidak berkata apa-apa sehinggalah masuk mahkamah dan menurut Akta 593 Seksyen 28 (A), anggota polis yang bertanggungjawab perlu kasi masa untuk hubungi keluarga dan peguam. Jadi tak kisah lah kalau anda ditangkap atau yang menangkap suspek, perlu diingkatkan bahawa setiap tindakan ada hadnya.

Tapi janganlah berkelakuan sampai ditahan oleh member-member awam la. 

 

Tags:
kanun keseksaan
orang awam
polis
jenayah
tahan
suspek
kanun tatacara jenayah

90

Shares

A+

A-