General
5 perkara yang anda tidak tahu boleh membawa anda masalah dalam pilihan raya Malaysia
over 6 years ago Khaliq[Click here for English version]
TU DIA, HARI PILIHANRAYA SUDAH TIBA!
Anda bangun awal pagi dan kedengaran kicauan burung di luar dengan sinaran emas cahaya matahari. Setelah bersiap dilengkapi dengan senyuman terbangga anda ke tempat pengundian yang ditetapkan. Anda bakal menjalankan tanggungjawab anda demi menentukan masa hadapan negara dan itu adalah sesuatu yang harus dibanggakan.
Sampai di tempat pengundian, dan – yahoo! – barisan tidak panjang. Dan ada pula seorang yang baik hati menawarkan cupcake dengan terpampangnya muka ahli politik kesayangan anda di situ. Dengan senang hati anda menerimanya dan sebelum dapat memasukkan undi ke dalam kotak, anda diberhentikan oleh pegawai dan menyatakan bahawa anda baru sahaja melanggar undang-undang dan tidak dibenarkan untuk mengundi.
Tersebut merupakan salah satu daripada 5 perkara yang tampak biasa tapi yang boleh melanggar undang-undang. Ambil perhatian kerana setiap satunya mempunyai hukuman denda masing-masing.
1. Menerima makanan dan minuman daripada orang asing
Sekiranya anda ditawarkan makanan, minuman dan sebagainya sebelum, semasa atau selepas proses pengundian, kami menasihatkan bahawa tidak sesekali menerima tawaran-tawaran tersebut kerana tindakan tersebut menunjukkan penghargaan anda telah mengundi
Bersikap tegaslah lebih-lebih lagi jika si pemberi itu mempunyai hasrat supaya anda cenderung mengundi seseorang yang dikehendakinya.
Kenapa? Ini kerana menerima apa-apa tawaran yang kemungkinan boleh menjadi rasuah adalah suatu kesalahan Menjamu (Treating) yang dinyatakan dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:
Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Menjamu:
Kata kuncinya adalah ‘secara rasuah’, di mana adanya motif dan niat lain atas makanan atau minuman yang ditawarkan kepada anda. Dengan kata lain ada udang di sebalik batu. Walaupun kita tidak tahu niat seseorang itu, tetapi adalah lebih baik kita menolak tawaran-tawaran itu pada hari pilihanraya. Ini termasuk juga dengan wang atau token yang sekadarnya.
2. Membawa keluar atau membawa masuk kertas undi ke tempat pengundian
Anda dilarang membawa keluar kertas undi semasa meninggalkan tempat pengundian dalam apa jua keadaan sama ada kertas undi tersebut telah digunakan atau belum digunakan.
Sekiranya anda mempunyai dua kertas undi secara tidak sengaja, hendaklah serahkan salah satunya kepada Pegawai di situ dengan segara. Jangan sesekali membawa keluar kertas undi tersebut.
Anda boleh dikenakan hukuman kerana tindakan membawa keluar kertas undi dari tempat mengundi merupakan suatu kesalahan. Menurut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:
Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Kesalahan-kesalahan oleh seseorang:
Berikutan itu, mencetak mana-mana kertas undi atau dokumen yang boleh digunakan sebagai kertas undi semasa PRU, dan membawanya masuk ke tempat mengundi juga merupakan kesalahan dan boleh dikenakan hukuman seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 3(1):
Jadi, periksalah terlebih dahulu jika terdapat lebihan kertas undi atau kertas undi palsu pada diri anda sebelum meninggalkan tempat mengundi.
3. Menunggu atau berlegar-legar di kawasan tempat mengundi setelah mengundi
Habis sahaja mengundi, tinggalkanlah tempat mengundi secara berhemah – sebagai contoh, jika anda menunggu seseorang, tunggulah sejauh 50 meter dari tempat mengundi itu serta jangan lupa tidak mengambil keluar kertas undi seperti yang disebutkan di atas.
Berlegar-legar atau menunggu dalam lingkungan 50 meter dari tempat mengundi adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:
Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Batasan pada hari mengundi:
(iv) menunggu atau berdiri-diri kecuali bagi maksud membolehkannya masuk ke tempat mengundi untuk membuang undinya...
Amatlah digalakkan membawa ahli keluarga atau rakan-rakan datang mengundi seiring dengan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi tetapi setelah mengundi, tunggulah mereka dengan jarak 50 meter dari tempat mengundi.
Berlegar-legar dalam kawasan pengundian bukanlah idea yang baik.
4. Memakai apa-apa pakaian yang mempunyai logo parti
Undang-undang ini pasti asing bagi kebanyakan orang tetapi yang inilah yang membawa kepada hukuman yang paling berat jika didapati bersalah – oleh sebab itu ambil perhatian!
Sesiapa yang berada di tempat pengundian pada hari PRU – atau dalam lingkungan 50 meter dari tempat pengundian – janganlah memakai atau membawa apa-apa yang mempunyai nama calon, lambang atau simbol mana-mana parti politik.
Ini termasuklah hampir semua kategori pakaian dan aksesori seperti yang disebutkan dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:
Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Batasan pada hari mengundi:
Pakaian yang neutral atau ‘plain’ adalah yang paling sesuai dipakai ketika berada di tempat pengundian supaya tidak mengundang masalah atau syak wasangka.
5. Tidak memperuntukkan waktu yang cukup kepada pekerja untuk mengundi
Kepada majikan-majikan di Malaysia, adakah anda telah memperuntukkan waktu secukupnya untuk pekerja-pekerja anda keluar mengundi semasa PRU?
Gagal untuk berbuat demikian dikatakan telah melanggar undang-undang. Secara spesifiknya dinyatakan dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954:
Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Majikan-majikan hendaklah membenarkan tempoh yang munasabah bagi pekerja-pekerja mengundi:
Ini sama seperti majikan menghalang pekerja-pekerjanya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi jika tidak mengikuti arahan yang tertera di dalam akta di atas. Dengan kata lain, salah di sisi undang-undang.
Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Kesalahan-kesalahan oleh seseorang:
Jika anda rasa itu salah, elakkan saja
Ada lagi perkara-perkara lain yang sepatutunya anda elakkan seperti mengambil selfie atau mengadakan perbincangan hangat berkenaan hal politik semasa beratur untuk mengundi – semua ini anda boleh fikir sendiri – perkara-perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan ketika PRU.
Kadang-kadang kita terlepas pandang hal-hal sedemikian kerana ada yang mengambil remeh kerana berpendapat bahawa perkara-perkara tersebut adalah kecil. Jadi, saling ingat-mengingatilah antara satu sama lain. Pasti kita tidak mahu ditimpa masalah yang tidak diingini semasa mengundi demi menentukan masa hapadan Malaysia, kan?